Malaysia legislation
Section 83
Seksyen 83
Pengkompaunan kesalahan
(a)
mana-mana kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini sebagai suatu kesalahan yang boleh dikompaun; dan
(b)
kaedah dan tatacara bagi mengkompaun kesalahan itu.
(2)
Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai Pertubuhan yang diberi kuasa secara bertulis oleh Ketua Pengarah boleh, dengan keizinan secara bertulis Pendakwa Raya, pada bila-bila masa sebelum pendakwaan dimulakan, mengkompaun mana-mana kesalahan yang boleh dikompaun dengan membuat suatu tawaran bertulis kepada orang yang disyaki dengan munasabah telah melakukan kesalahan itu apabila dibayar kepada Ketua Pengarah, suatu jumlah wang yang tidak melebihi lima puluh peratus daripada amaun denda maksimum yang orang itu boleh dikenakan jika dia disabitkan atas kesalahan itu, dalam masa sebagaimana yang dinyatakan dalam tawaran bertulis itu.
(3)
Tawaran bertulis di bawah subseksyen (2) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya dimulakan, dan jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran bertulis itu tidak dibayar dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran bertulis itu, atau apa-apa tempoh lanjutan sebagaimana yang diberikan oleh Ketua Pengarah, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran bertulis itu dibuat.
Keselamatan Sosial Suri Rumah 65
(4)
Jika suatu kesalahan telah dikompaun di bawah subseksyen (2), tiada pendakwaan boleh dimulakan berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun itu dibuat, dan Ketua Pengarah, boleh memulangkan apa-apa buku, akaun, rekod atau dokumen lain termasuk rekod elektronik yang disita berkaitan dengan kesalahan itu, tertakluk pada apa-apa terma sebagaimana yang difikirkan patut oleh Ketua
Pengarah.
(5)
Semua jumlah wang yang diterima oleh Ketua Pengarah di bawah seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam dan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang.