Malaysia legislation

Section 92

of *AKTA KESELAMATAN SOSIAL SURI RUMAH 2022

Seksyen 92

Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), peraturan-peraturan itu boleh menetapkan—

(a)

semua perkara yang berhubungan dengan Jawatankuasa atau jawatankuasa yang termasuklah tatacara untuk diikuti oleh Jawatankuasa atau jawatankuasa itu;

(b)

semua perkara yang berhubungan dengan belanja dan perbelanjaan lain sebagaimana yang dibenarkan untuk dibelanjakan daripada Kumpulan Wang;

(c)

amaun daripada Kumpulan Wang yang dibenarkan untuk dibelanjakan bagi maksud perbelanjaan pentadbiran Skim;

(d)

kos dan fi yang kena dibayar berhubung dengan apa-apa prosiding di hadapan Tribunal;

(e)

cara dan tatacara apa-apa prosiding di hadapan Tribunal;

(f)

penubuhan hospital, dispensari dan institusi lain, dan penguntukan suri rumah berinsurans kepada mana-mana hospital, dispensari, klinik atau institusi lain itu;

(g)

semua perkara yang berhubungan dengan penentuan kebolehinsuransan suri rumah berinsurans dan bayaran caruman;

(h)

semua perkara yang berhubungan dengan atau bersampingan dengan bayaran dan kutipan caruman yang termasuklah seperti yang berikut:

(i)

cara dan masa bayaran caruman; dan

(ii)

amaun bayaran caruman;

(i)

semua perkara yang berhubungan dengan maksud caruman dan faedah yang termasuklah seperti yang berikut:

(i)

perkara berkenaan dengan pendaftaran dan cara pendaftaran;

Keselamatan Sosial Suri Rumah 69

(ii)

pengiraan dan penentuan kelayakan caruman dan tempoh pelindungan bagi suri rumah berinsurans;

(iii)

caruman termasuklah kadar caruman yang dibayar terlebih dahulu dan bayaran caruman yang dibayar terlebih dahulu oleh suami atau suri rumah berinsurans itu;

(iv)

kadar faedah dan perakuan hilang upaya, keilatan dan kelayakan bagi apa-apa faedah atau kemudahan di bawah Akta ini;

(v)

cara untuk menilai apa-apa faedah wang tunai di bawah Akta ini termasuklah kaedah mengira faedah wang tunai;

(vi)

cara untuk mentaksir nilai apa-apa faedah atau kemudahan yang bukan faedah wang tunai dan bayaran gantinya;

(vii)

kaedah mengira amaun faedah wang tunai atau elaun perjalanan dan elaun lain yang kena dibayar, dan hal keadaan dan takat penggantian faedah hilang upaya dan keilatan boleh dibenarkan dan kaedah mengira nilai penggantian itu;

(viii)

syarat untuk dipatuhi oleh suri rumah berinsurans semasa sedang menerima apa-apa faedah di bawah

Akta ini termasuk kehendak pemeriksaan perubatan orang itu;

(ix)

cara pelarasan faedah hilang upaya kekal yang kena dibayar berkenaan dengan satu atau berbilang bencana domestik atau syarat untuk menerima faedah itu dalam apa-apa hal jika faedah hilang upaya kekal telah digantikan dengan bayaran sekali gus;

(x)

cara atau penentuan kelayakan bagi faedah yang suri rumah berinsurans berhak di bawah

Akta

Keselamatan Sosial Pekerja 1969, Akta Keselamatan

70

Undang-Undang Malaysia

Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 [Akta 789] dan Akta ini;

(xi)

cara pelantikan, pembayaran elaun dan tatacara penentuan oleh, penilai perubatan;

(xii)

cara pelantikan dan kewajipan pegawai perubatan;

(j)

semua perkara yang berhubungan dengan apa-apa program, skim, fi, langkah atau bantuan kewangan baharu jika difikirkan perlu oleh Menteri untuk menjaga kesejahteraan dan kebajikan suri rumah berinsurans dan orang tanggungannya;

(k)

apa-apa perkara lain yang dikehendaki ditetapkan di bawah

Akta ini.

(3)

Mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini boleh menetapkan apa-apa perbuatan atau peninggalan yang melanggar peraturan-peraturan itu menjadi suatu kesalahan dan boleh menetapkan penalti dengan denda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan itu.

(4)

Walau apa pun subseksyen (1) dan (2), Menteri boleh mengguna pakai mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969, Akta Keselamatan

Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 dan apa-apa Akta lain yang ditadbir oleh Pertubuhan bagi maksud Akta ini tertakluk pada apa-apa syarat dan pindaan yang tidak bercanggah dengan Akta ini.

Syor Jawatankuasa untuk menyemak semula Skim