Malaysia legislation
Section 95
Seksyen 95
(2)
,
Pertubuhan boleh membenarkan apa-apa penyata, butir-butir, rekod, notis, laporan, daftar atau dokumen lain yang dikehendaki untuk dikemukakan atau diberikan di bawah Akta ini atau peraturan-peraturan yang dibuat
72
Undang-Undang Malaysia di bawah Akta ini melalui perantaraan elektronik atau secara penghantaran elektronik.
(2)
Syarat dan spesifikasi yang di bawahnya penyata, butir-butir, rekod, notis, laporan, daftar atau dokumen lain yang disebut dalam subseksyen (1) dikemukakan atau diberikan hendaklah sebagaimana yang ditentukan oleh Pertubuhan.
(3)
Penyata, butir-butir, rekod, notis, laporan, daftar atau dokumen lain yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah disifatkan telah dikemukakan atau diberikan oleh seseorang kepada Pertubuhan pada tarikh pengakuterimaan penyata, butir-butir, rekod, notis, laporan, daftar atau dokumen lain itu dihantar secara elektronik oleh
Pertubuhan kepada orang itu.
(4)
Pengakuterimaan oleh Pertubuhan, penyata, butir-butir, rekod, notis, laporan, daftar atau dokumen lain yang dikemukakan atau diberikan menurut subseksyen (3) boleh diterima sebagai keterangan dalam mana-mana prosiding.
Penubuhan dan penyenggaraan hospital, dsb.