Malaysia legislation
Section 13
Seksyen 13
Orang awam hendaklah memberikan maklumat mengenai perkara tertentu
(a)
pelakuan atau niat mana-mana orang lain untuk melakukan apa-apa kesalahan yang boleh dihukum di bawah Kanun
Keseksaan atau mana-mana undang-undang bertulis lain;
atau
(b)
apa-apa kematian mengejut atau luar biasa atau kematian akibat keganasan atau apa-apa kematian dalam hal keadaan yang menimbulkan syak, atau tubuh mana-mana orang yang dijumpai mati tanpa diketahui bagaimana orang itu telah menemui ajalnya, hendaklah jika tiada alasan yang munasabah, yang beban membuktikannya terletak pada orang yang menyedari sedemikian, dengan segera memberikan maklumat kepada pegawai yang menjaga
Kanun Tatacara Jenayah 39
balai polis yang terhampir atau kepada seorang pegawai polis atau penghulu yang terhampir tentang pelakuan atau niat itu atau tentang kematian mengejut, luar biasa atau akibat keganasan itu atau tentang hal terjumpanya mayat itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.
(2)
Jika mana-mana orang menjumpai mana-mana mayat dan dia mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa si mati itu telah menemui ajalnya melalui perbuatan atau peninggalan yang menyalahi undang-undang, dia tidak boleh mengalihkan atau dengan apa-apa cara mengubah kedudukan mayat itu kecuali setakat yang perlu bagi keselamatan mayat itu.
Pegawai polis terikat untuk melaporkan perkara tertentu