Malaysia legislation

Section 14

of KANUN TATACARA JENAYAH

Seksyen 14

Tiap-tiap pegawai polis dan tiap-tiap penghulu hendaklah dengan serta-merta menyampaikan kepada Majistret yang terhampir atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor yang terhampir apa-apa maklumat yang diketahuinya atau didapatinya mengenai—

(a)

kejadian apa-apa kematian mengejut atau luar biasa atau apa-apa kematian dalam hal keadaan yang menimbulkan syak; atau

(b)

hal terjumpanya mayat mana-mana orang tanpa diketahui bagaimana orang itu telah menemui ajalnya.