Malaysia legislation
Section 15
Seksyen 15
(2)
Jika orang itu dengan kekerasan menentang usaha untuk menangkapnya atau cuba untuk mengelakkan penangkapan itu, pegawai atau orang lain itu boleh menggunakan segala cara yang perlu untuk melaksanakan penangkapan itu.
(3)
Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini memberikan hak untuk menyebabkan kematian seseorang yang tidak dituduh atas suatu kesalahan yang boleh dihukum dengan hukuman mati atau pemenjaraan seumur hidup.
Penggeledahan tempat yang dimasuki oleh orang yang hendak ditangkap