Malaysia legislation

Section 16

of KANUN TATACARA JENAYAH

Seksyen 16

Undang-Undang Malaysia

(2)

Jika kemasukan ke tempat itu tidak dapat diperoleh di bawah subseksyen (1), adalah sah di sisi undang-undang, dalam mana-mana hal bagi seseorang yang bertindak menurut waran dan dalam mana-mana hal yang waran boleh dikeluarkan tetapi tidak boleh didapati tanpa memberi orang yang hendak ditangkap itu peluang untuk lepas lari, bagi pegawai polis atau penghulu memasuki tempat itu dan menggeledah di dalamnya dan, untuk mendapatkan jalan masuk ke tempat itu, memecah buka mana-mana pintu luar atau dalam atau tingkap bagi mana-mana tempat sama ada tempat itu ialah tempat orang yang hendak ditangkap itu atau mana-mana orang lain jika, selepas memberitahu kuasa dan maksudnya dan tuntutan untuk masuk dibuat dengan sewajarnya, dia tidak dapat masuk dengan cara lain.

Kanun Tatacara Jenayah 41

Pemeriksaan orang di dalam tempat yang digeledah menurut waran

Section 16 — CRIMINAL PROCEDURE CODE | mylaw.my