Malaysia legislation

Section 17

of KANUN TATACARA JENAYAH

Seksyen 17

Apabila penggeledahan bagi apa-apa jua benda dibuat atau hampir dibuat dengan sah di mana-mana tempat berkenaan dengan apa-apa kesalahan, semua orang yang dijumpai di dalam tempat itu boleh ditahan dengan sah sehingga penggeledahan itu selesai dan, jika benda yang dicari itu adalah daripada jenis yang dapat disembunyikan pada tubuh badan orang itu, mereka boleh diperiksa bagi mencari benda itu oleh atau di hadapan seorang Majistret atau Jaksa Pendamai atau seorang pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada

Inspektor.

Section 17 — CRIMINAL PROCEDURE CODE | mylaw.my