Malaysia legislation
Section 21
Seksyen 21
(2)
Jika Menteri berpuas hati bahawa terdapat situasi akut atau kritikal yang secara serius membahayakan nyawa, kesihatan atau keselamatan penduduk, Menteri boleh, atas syor jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1), melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, melarang atau menyekat, tertakluk kepada apa-apa syarat yang difikirkannya patut, pengimportan, pengilangan, pengedaran atau penjualan produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau itu.
(3)
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan—
(a)
sekiranya orang itu bukan suatu pertubuhan perbadanan—
(i)
bagi kesalahan pertama, didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya;
dan
(ii)
bagi kesalahan kedua atau berikutnya, didenda tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya; dan
Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 27
(b)
sekiranya orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan—
(i)
bagi kesalahan pertama, didenda tidak kurang daripada dua puluh ribu ringgit dan tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya;
dan
(ii)
bagi kesalahan kedua atau berikutnya, didenda tidak kurang daripada lima puluh ribu ringgit dan tidak melebihi tiga ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Pelantikan juruanalisis