PERMULAAN
Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 is Malaysia Act, cited as Act 852 2024, currently marked in force and first recorded in 2024.
UNDANG-UNDANG
MALAYSIA
Akta 852
Undang-Undang Malaysia 2
Akta 852
Tarikh Perkenan Diraja
...
...
24 Januari 2024
Tarikh penyiaran dalam Warta
...
2 Februari 2024
Hakcipta Pencetak H
Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 3
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta 852
Opening note
Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Kawalan Produk Merokok
Demi Kesihatan Awam 2024.
Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.
Undang-Undang Malaysia 8
Akta 852
Tafsiran
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“bahan merokok” ertinya apa-apa bahan atau apa-apa gabungan bahan, yang digunakan untuk merokok, termasuk nikotin, propylene glycol, glycerol dan triethylene glycol;
“ditetapkan” ertinya ditetapkan oleh Menteri dalam peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;
“iklan” termasuklah apa-apa gambaran melalui apa-apa cara bagi maksud mempromosikan secara langsung atau tidak langsung apa-apa produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau;
“import” ertinya untuk membawa masuk atau menyebabkan dibawa masuk ke dalam Malaysia melalui darat, air atau udara bagi maksud penjualan dari mana-mana tempat di luar Malaysia tetapi tidak termasuk membawa masuk ke dalam Malaysia apa-apa produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau yang terbukti dimaksudkan untuk dibawa ke luar Malaysia dalam kenderaan, vesel atau pesawat udara yang sama yang produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau itu dibawa masuk ke dalam Malaysia tanpa apa-apa pindah kapal atau pendaratan;
“juruanalisis” ertinya mana-mana juruanalisis yang dilantik oleh Menteri di bawah seksyen 22 atau mana-mana ahli kimia yang didaftarkan di bawah seksyen 15 Akta Ahli Kimia 1975
[Akta 158];
“Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Kesihatan, Malaysia;
“menjual” atau “penjualan” termasuklah—
menyebabkan atau membenarkan untuk dijual;
Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 9
menerima, menghantar, mengirim, mengedar, menyampaikan atau menghantar serah bagi penjualan atau pertukaran atau melalui penjualan atau pertukaran atau menurut penjualan atau pertukaran itu;
membekalkan apa-apa produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau yang suatu upah akan diterima oleh pembekal untuk bekalan itu sama ada secara khusus atau sebagai sebahagian daripada perkhidmatan yang dikontrakkan bagi penjualan;
memiliki apa-apa produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau bagi penjualan atau pertukaran; atau
memiliki apa-apa produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau dengan mengetahui bahawa produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau itu boleh dijual, ditawarkan, ditayangkan atau didedahkan bagi penjualan, atau dilupuskan, bagi apa-apa balasan, dan ini termasuklah penjualan elektronik;
“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kesihatan;
“merokok” ertinya menyedut dan menghembus asap atau wap, apa-apa produk tembakau atau produk pengganti tembakau, dan termasuklah memegang atau mempunyai kawalan ke atas apa-apa produk tembakau atau produk pengganti tembakau yang dinyalakan, dipanaskan atau diwapkan atau digunakan dengan apa-apa cara lain;
“orang belum dewasa” ertinya mana-mana orang yang di bawah umur lapan belas tahun;
“pegawai diberi kuasa” ertinya mana-mana pegawai perubatan kesihatan, atau mana-mana pegawai kesihatan persekitaran atau penolong pegawai kesihatan persekitaran daripada Kementerian
Kesihatan atau mana-mana pihak berkuasa tempatan, atau mana-mana orang berkelayakan yang sesuai, yang dilantik oleh
Menteri menjadi pegawai diberi kuasa di bawah seksyen 24;
Undang-Undang Malaysia 10
Akta 852
“pengilang” termasuklah mana-mana orang yang membungkus atau melabel produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau;
“pengimport” termasuklah mana-mana orang yang, sama ada sebagai pemunya, pemberi konsain, penerima konsain, ejen atau broker, memiliki, atau sebaliknya berhak kepada jagaan atau kawalan, produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau yang diimport;
“pertubuhan perbadanan” ertinya suatu syarikat, perkongsian liabiliti terhad, firma atau kumpulan orang yang lain;
“premis” termasuklah—
apa-apa bangunan atau khemah atau apa-apa struktur lain, kekal atau sebaliknya bersama dengan tanah yang bangunan, khemah atau struktur lain itu terletak dan apa-apa tanah bersempadanan yang digunakan yang berkaitan dengannya; atau
apa-apa kenderaan, pengangkut, vesel atau pesawat udara yang digunakan atau yang berkaitan dengan persediaan, pengawetan, pembungkusan, penyimpanan, pengiriman, pengedaran atau penjualan apa-apa produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau;
“produk pengganti tembakau” ertinya apa-apa produk atau produk yang diproses, selain produk tembakau, yang boleh digunakan bagi merokok, sama ada dengan atau tanpa bahan merokok;
“produk tembakau” ertinya tembakau yang diproses atau apa-apa produk yang mengandungi tembakau yang dimaksudkan bagi kegunaan manusia;
“tembakau” ertinya apa-apa produk yang diperoleh daripada daun
Nicotiana tabacum atau spesies Nicotiana yang lain, sama ada dalam keadaan belum diawet atau sudah diawet dan termasuklah kacukan spesies ini, kacukan akibat daripada silangan spesies ini atau kacukan dengan mana-mana spesies pokok lain atau kacukan yang lain, atau versi spesies yang dihasilkan secara genetik atau kacukan spesies itu.
Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 11
Bagi maksud Akta ini, suatu sebutan mengenai “produk merokok” hendaklah ditafsirkan sebagai suatu sebutan mengenai produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau.
Kehendak bagi pendaftaran produk tembakau, dsb.
Tiada produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau boleh diimport, dikilang atau diedar oleh mana-mana orang melainkan jika didaftarkan di bawah
Akta ini.
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan—
bagi kesalahan pertama, didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya; dan
bagi kesalahan kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya; dan
bagi kesalahan pertama, didenda tidak kurang daripada dua puluh ribu ringgit dan tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya; dan
Undang-Undang Malaysia 12
Akta 852
bagi kesalahan kedua atau yang berikutnya, didenda tidak kurang daripada lima puluh ribu ringgit dan tidak melebihi tiga ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Permohonan bagi pendaftaran
Suatu permohonan bagi pendaftaran produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau hendaklah dibuat oleh pemohon kepada Ketua Pengarah mengikut cara sebagaimana yang ditetapkan.
Permohonan yang dibuat di bawah subseksyen (1) boleh ditarik balik pada bila-bila masa oleh pemohon sebelum apa-apa kelulusan oleh Ketua Pengarah.
Tiap-tiap permohonan di bawah subseksyen (1) hendaklah disertakan dengan fi sebagaimana yang ditetapkan dan apa-apa dokumen atau maklumat sebagaimana yang ditentukan oleh
Ketua Pengarah.
Pada bila-bila masa selepas menerima permohonan di bawah subseksyen (1), Ketua Pengarah boleh, secara bertulis, menghendaki pemohon untuk memberikan apa-apa maklumat, butiran atau dokumen tambahan dalam apa-apa tempoh yang dinyatakan oleh Ketua Pengarah.
Jika pemohon gagal untuk mematuhi permintaan yang dibuat di bawah subseksyen (4) dalam tempoh yang dinyatakan dalam permintaan itu atau apa-apa pelanjutan masa yang diberikan oleh
Ketua Pengarah, permohonan itu hendaklah disifatkan telah ditarik balik tanpa menjejaskan hak pemohon itu untuk membuat suatu permohonan baharu.
Setelah permohonan yang dibuat di bawah subseksyen (1)
diluluskan, Ketua Pengarah boleh mengenakan apa-apa syarat sebagaimana yang difikirkannya patut dan Ketua Pengarah boleh mengubah atau membatalkan apa-apa syarat yang dikenakan.
Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 13
Pembatalan pendaftaran
Tertakluk kepada subseksyen (2), Ketua Pengarah boleh membatalkan apa-apa kelulusan pendaftaran yang dibuat di bawah seksyen 4 jika pemohon—
telah melanggar mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah
Akta ini;
telah disabitkan bagi apa-apa kesalahan di bawah
Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.
Ketua Pengarah hendaklah, melalui notis bertulis, sebelum membatalkan apa-apa kelulusan bagi apa-apa produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau di bawah subseksyen (1), memberikan peluang kepada pemohon untuk membuat apa-apa representasi secara bertulis terhadap pembatalan itu, dan sementara menunggu keputusan, semua pengimportan, pengilangan atau pengedaran produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau itu hendaklah digantung bermula dari tarikh penerimaan notis itu.
Mana-mana pemohon yang pendaftaran produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau telah dibatalkan di bawah subseksyen (1) atau digantung di bawah subseksyen (2)
tidak layak untuk menuntut—
apa-apa pembayaran balik fi yang dibayar di bawah subseksyen 4(3).
Daftar produk tembakau, dsb.
Ketua Pengarah hendaklah menyimpan dan menyenggara apa-apa daftar produk tembakau, bahan merokok dan produk pengganti tembakau yang didaftarkan di bawah seksyen 4.
Undang-Undang Malaysia 14
Akta 852
Daftar itu hendaklah disimpan dalam apa-apa cara dan hendaklah mengandungi apa-apa butir sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.
Larangan pengiklanan produk tembakau, dsb.
Tiada seorang pun boleh menerbitkan atau memudahkan mana-mana orang untuk menerbitkan apa-apa iklan yang—
mengandungi apa-apa jenama atau cap dagang yang berhubungan dengan apa-apa produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau;
mengandungi apa-apa tawaran atau pelawaan untuk membeli apa-apa produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau;
mempromosikan apa-apa produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau itu sebagai suatu produk berhenti merokok; atau
mempromosikan apa-apa barang yang digunakan bersama dengan apa-apa produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau.
Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan—
bagi kesalahan pertama, didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya; dan
Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 15
bagi kesalahan kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya; dan
bagi kesalahan pertama, didenda tidak kurang daripada dua puluh ribu ringgit dan tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya; dan
bagi kesalahan kedua atau yang berikutnya, didenda tidak kurang daripada lima puluh ribu ringgit dan tidak melebihi tiga ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Larangan pengiklanan produk tembakau, dsb., tiruan
Tiada seorang pun boleh menerbitkan atau memudahkan mana-mana orang untuk menerbitkan, menyebabkan untuk diterbitkan, atau mengambil bahagian dalam penerbitan, bagi apa-apa iklan yang berhubungan dengan apa-apa produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau tiruan yang—
mengandungi apa-apa dorongan tersurat atau tersirat, cadangan atau galakan untuk membeli apa-apa produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau tiruan; atau
penggunaannya dikira, secara tersurat atau tersirat, yang dimaksudkan atau berkemungkinan untuk menggalakkan mana-mana orang untuk merokok.
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan—
bagi kesalahan pertama, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya; dan
Undang-Undang Malaysia 16
Akta 852
bagi kesalahan kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya; dan
bagi kesalahan pertama, didenda tidak kurang daripada sepuluh ribu ringgit dan tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya; dan
bagi kesalahan kedua atau yang berikutnya, didenda tidak kurang daripada tiga puluh ribu ringgit dan tidak melebihi dua ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Larangan promosi atau tajaan produk tembakau, dsb.
Tiada seorang pun boleh mempromosi atau menaja, atau mengambil bahagian dalam apa-apa perkiraan yang mempromosikan apa-apa produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau, yang dimaksudkan atau berkemungkinan untuk menggalakkan mana-mana orang untuk merokok atau dipromosikan sebagai suatu produk berhenti merokok.
Bagi maksud seksyen ini, “perkiraan” termasuklah apa-apa perjanjian, aku janji atau persefahaman yang telah atau berkemungkinan memberi kesan mempromosikan apa-apa produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau—
dengan memberi atau menerima apa-apa tajaan, pemberian, hadiah, ganjaran, biasiswa atau lain-lain faedah yang seumpamanya; atau
dengan menganjurkan apa-apa kempen, kursus, bengkel, forum, jerayawara, perundingan atau acara.
Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 17
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan—
bagi kesalahan pertama, didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya; dan
bagi kesalahan kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya; dan
bagi kesalahan pertama, didenda tidak kurang daripada dua puluh ribu ringgit dan tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya; dan
bagi kesalahan kedua atau yang berikutnya, didenda tidak kurang daripada lima puluh ribu ringgit dan tidak melebihi tiga ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Larangan penjualan produk tembakau, dsb.
Tiada seorang pun boleh menjual atau mempamerkan bagi penjualan apa-apa produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau melainkan jika jualan atau pameran bagi penjualan itu mematuhi kehendak sebagaimana yang ditetapkan.
Undang-Undang Malaysia 18
Akta 852
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan—
bagi kesalahan pertama, didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya; dan
bagi kesalahan kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya; dan
bagi kesalahan pertama, didenda tidak kurang daripada dua puluh ribu ringgit dan tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya; dan
bagi kesalahan kedua atau yang berikutnya, didenda tidak kurang daripada lima puluh ribu ringgit dan tidak melebihi tiga ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Larangan penjualan produk tembakau, dsb., tiruan
Tiada seorang pun boleh menjual apa-apa produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau tiruan.
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan—
bagi kesalahan pertama, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya; dan
Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 19
bagi kesalahan kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya; dan
bagi kesalahan pertama, didenda tidak kurang daripada sepuluh ribu ringgit dan tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya; dan
bagi kesalahan kedua atau yang berikutnya, didenda tidak kurang daripada tiga puluh ribu ringgit dan tidak melebihi dua ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Larangan produk tembakau, dsb., sebagai pemberian atau hadiah
Tiada seorang pun boleh menjual—
apa-apa produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau bersama dengan apa-apa kupon, ganjaran, barang, tawaran atau perkhidmatan sebagai suatu pemberian atau hadiah;
apa-apa barang atau perkhidmatan bersama dengan apa-apa produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau sebagai suatu pemberian atau hadiah;
apa-apa produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau bersama dengan apa-apa produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau sebagai suatu pemberian atau hadiah; atau
apa-apa produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau yang dibungkus atau dilabel bersama atau sebaliknya dengan apa-apa barang atau perkhidmatan lain.
Undang-Undang Malaysia 20
Akta 852
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan—
bagi kesalahan pertama, didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya; dan
bagi kesalahan kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya; dan
bagi kesalahan pertama, didenda tidak kurang daripada dua puluh ribu ringgit dan tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya; dan
bagi kesalahan kedua atau yang berikutnya, didenda tidak kurang daripada lima puluh ribu ringgit dan tidak melebihi tiga ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Larangan penjualan produk tembakau, dsb., kepada orang belum dewasa
Tiada seorang pun boleh menjual apa-apa produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau, atau mengadakan apa-apa perkhidmatan untuk merokok, kepada orang belum dewasa.
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan—
bagi kesalahan pertama, didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya; dan
Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 21
bagi kesalahan kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya; dan
bagi kesalahan pertama, didenda tidak kurang daripada dua puluh ribu ringgit dan tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya; dan
bagi kesalahan kedua atau yang berikutnya, didenda tidak kurang daripada lima puluh ribu ringgit dan tidak melebihi tiga ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Tiada seorang pun yang merupakan orang belum dewasa boleh membeli apa-apa produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau.
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (3) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ringgit atau diperintahkan untuk melaksanakan khidmat masyarakat menurut Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593]
atau Akta Kanak-Kanak 2001 [Akta 611].
PENGILANGAN, DSB.
Harga runcit atau harga jualan minimum
Harga runcit atau harga jualan minimum bagi apa-apa produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau hendaklah mengikut harga dan syarat sebagaimana yang ditetapkan.
Apa-apa permohonan oleh mana-mana pengilang atau pengimport untuk menentukan harga runcit atau harga jualan minimum apa-apa produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau hendaklah dibuat kepada Ketua Pengarah mengikut cara sebagaimana yang ditetapkan.
Undang-Undang Malaysia 22
Akta 852
Harga yang ditetapkan di bawah subseksyen (1) hendaklah termasuk apa-apa duti eksais atau lain-lain cukai yang berkaitan.
Tiada seorang pun boleh menjual apa-apa produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau yang tidak mengikut harga dan syarat yang ditetapkan di bawah subseksyen (1).
Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan—
bagi kesalahan pertama, didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya;
dan
bagi kesalahan kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya; dan
bagi kesalahan pertama, didenda tidak kurang daripada dua puluh ribu ringgit dan tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya;
dan
bagi kesalahan kedua atau yang berikutnya, didenda tidak kurang daripada lima puluh ribu ringgit dan tidak melebihi tiga ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Pembungkusan dan pelabelan
Tiada seorang pun boleh mengilang, mengimport atau mengedar apa-apa produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau melainkan jika produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau itu dibungkus dan dilabel mengikut kehendak sebagaimana yang ditetapkan.
Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 23
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan—
bagi kesalahan pertama, didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya;
dan
bagi kesalahan kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya; dan
bagi kesalahan pertama, didenda tidak kurang daripada dua puluh ribu ringgit dan tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya;
dan
bagi kesalahan kedua atau yang berikutnya, didenda tidak kurang daripada lima puluh ribu ringgit dan tidak melebihi tiga ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Kawasan atau tempat larangan merokok
Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam
Warta dan tertakluk kepada apa-apa syarat yang difikirkannya patut, mengisytiharkan mana-mana bangunan atau bahagian bangunan itu, suatu tempat atau bahagian tempat itu, atau mana-mana kawasan atau kenderaan, yang orang awam mempunyai akses sebagai suatu kawasan atau tempat larangan merokok.
Undang-Undang Malaysia 24
Akta 852
Tiada seorang pun boleh merokok di kawasan atau tempat larangan merokok sebagaimana yang diisytiharkan oleh Menteri di bawah subseksyen (1).
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit.
Larangan merokok, dsb., produk tembakau, dsb., bagi orang belum dewasa
Tiada seorang pun yang merupakan orang belum dewasa boleh merokok, mengunyah atau menggunakan mengikut apa jua cara apa-apa produk tembakau, atau merokok apa-apa produk pengganti tembakau.
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ringgit atau diperintahkan untuk melaksanakan khidmat masyarakat menurut Kanun Tatacara Jenayah atau
Akta Kanak-Kanak 2001.
Tanggungjawab tuan punya bangunan, dsb.
Tuan punya atau penghuni apa-apa kawasan atau tempat larangan merokok yang diisytiharkan di bawah seksyen 16—
hendaklah mempamerkan suatu tanda amaran larangan merokok dalam bentuk sebagaimana yang ditetapkan;
tidak boleh mengadakan apa-apa kelengkapan atau kemudahan merokok atau apa-apa cara yang dihasratkan untuk menggalakkan mana-mana orang untuk merokok;
dan
hendaklah mengambil semua langkah yang munasabah sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah untuk menghalang mana-mana orang daripada merokok di dalam bangunan atau kenderaan itu, atau di tempat atau kawasan itu.
Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 25
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit.
Anggapan perkara berkaitan dengan pelabelan dan pembungkusan
Dalam apa-apa prosiding di bawah Akta ini, apa-apa keterangan bahawa suatu bungkusan yang mengandungi apa-apa produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau dan mengandungi nama, alamat atau tanda berdaftar seorang pengimport, pengilang atau pengedar, atau pemunya hak pengilang, pembungkus, atau seorang ejen mana-mana daripada mereka, hendaklah menjadi keterangan prima facie bahawa produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau itu diimport, dikilangkan atau dibungkuskan, mengikut mana-mana yang berkenaan, oleh setiap seorang daripada orang yang namanya, alamatnya atau tanda berdaftarnya ditunjukkan pada bungkusan itu.
Tanggungjawab pengilang, pengimport atau pengedar
Tiap-tiap pengilang, pengimport atau pengedar suatu produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau hendaklah mengadakan apa-apa maklumat sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai diberi kuasa berhubung dengan produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau itu.
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan—
sekiranya orang itu bukan suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya; atau
sekiranya orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak kurang daripada sepuluh ribu ringgit dan tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
Undang-Undang Malaysia 26
Akta 852
Situasi akut atau kritikal
Menteri boleh, atas nasihat Ketua Pengarah bahawa terdapat situasi akut atau kritikal yang berhubungan dengan kegunaan atau penggunaan apa-apa produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau yang boleh secara serius membahayakan nyawa, kesihatan atau keselamatan mana-mana penduduk dalam mana-mana bahagian negara, menubuhkan suatu jawatankuasa, dengan secepat yang semunasabahnya dapat dilaksanakan, untuk menyelaras dan menasihatinya mengenai perkara itu.
Jika Menteri berpuas hati bahawa terdapat situasi akut atau kritikal yang secara serius membahayakan nyawa, kesihatan atau keselamatan penduduk, Menteri boleh, atas syor jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1), melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, melarang atau menyekat, tertakluk kepada apa-apa syarat yang difikirkannya patut, pengimportan, pengilangan, pengedaran atau penjualan produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau itu.
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan—
bagi kesalahan pertama, didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya;
dan
bagi kesalahan kedua atau berikutnya, didenda tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya; dan
Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 27
bagi kesalahan pertama, didenda tidak kurang daripada dua puluh ribu ringgit dan tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya;
dan
bagi kesalahan kedua atau berikutnya, didenda tidak kurang daripada lima puluh ribu ringgit dan tidak melebihi tiga ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Pelantikan juruanalisis
Menteri boleh melantik mana-mana orang untuk menjadi juruanalisis bagi maksud Akta ini.
Pelantikan juruanalisis yang dibuat di bawah subseksyen (1)
hendaklah disiarkan dalam Warta.
Makmal yang diluluskan
Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam
Warta, meluluskan seberapa jumlah makmal bagi maksud
Akta ini.
Mana-mana makmal yang diluluskan di bawah subseksyen (1)
hendaklah dikeluarkan suatu perakuan kelulusan yang dalam apa-apa prosiding undang-undang di bawah Akta ini, hendaklah boleh diterima dalam keterangan sebagai bukti prima facie bagi fakta yang dinyatakan dalam perakuan itu.
Menteri hendaklah menyediakan atau menyebabkan disediakan suatu senarai makmal yang diluluskan dan Menteri boleh mengubah senarai itu sebagaimana hal keadaan memerlukan.
Undang-Undang Malaysia 28
Akta 852
Pelantikan pegawai diberi kuasa
Menteri boleh melantik seberapa ramai pegawai diberi kuasa sebagaimana yang difikirkannya perlu bagi maksud
Akta ini.
Mana-mana pegawai diberi kuasa yang dilantik di bawah subseksyen (1) hendaklah dikeluarkan suatu perakuan pemberian kuasa yang dalam apa-apa prosiding undang-undang di bawah
Akta ini, boleh diterima dalam keterangan sebagai bukti prima facie bagi fakta yang dinyatakan dalam perakuan itu.
Seseorang pegawai diberi kuasa hendaklah, apabila bertindak dalam bidang kuasa dan kewajipannya di bawah Akta ini, disifatkan sebagai seorang pekhidmat awam mengikut pengertian
Kanun Keseksaan [Akta 574].
Kuasa penyiasatan
Seseorang pegawai diberi kuasa hendaklah mempunyai kuasa seorang pegawai polis yang apa jua pun pangkatnya sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Kanun Tatacara Jenayah berhubung dengan penyiasatan, dan kuasa itu hendaklah sebagai tambahan kepada kuasa yang diperuntukkan di bawah Akta ini dan bukannya pengurangan.
Kuasa untuk memasuki premis
Sekiranya pegawai diberi kuasa semunasabahnya percaya bahawa mana-mana premis digunakan atau mungkin digunakan bagi maksud pengilangan, pembungkusan, penyimpanan, penyerahan, pengedaran atau penjualan produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau atau apa-apa produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau tiruan, pegawai diberi kuasa hendaklah mempunyai kuasa untuk memasuki mana-mana premis pada bila-bila masa yang munasabah bagi maksud—
memeriksa apa-apa produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau atau apa-apa produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau tiruan;
Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 29
memeriksa apa-apa barang atau kelengkapan yang pegawai diberi kuasa semunasabahnya percaya digunakan atau boleh digunakan bagi pengilangan, pembungkusan, penyimpanan, penyerahan, pengedaran atau penjualan produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau atau apa-apa produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau tiruan;
mengumpul apa-apa sampel produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau; atau
memeriksa dan menyita apa-apa dokumen yang dijumpai dalam mana-mana premis yang pegawai diberi kuasa percaya bahawa dokumen itu mengandungi apa-apa maklumat berhubung dengan apa-apa produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau atau apa-apa produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau tiruan.
Kuasa untuk mengambil sampel
Setelah pembayaran kepada mana-mana orang yang menjual produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau atau kepada ejen atau pekerjanya, pada nilai pasaran semasa bagi produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau itu, mana-mana pegawai diberi kuasa boleh di tempat yang produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau itu dijual meminta dan memilih dan mengambil atau memperoleh sampel produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau itu bagi maksud analisis.
Seseorang pegawai diberi kuasa boleh, di tempat yang pegawai diberi kuasa semunasabahnya percaya digunakan atau boleh digunakan bagi maksud pengilangan, pembungkusan, penyimpanan, penyerahan, pengedaran atau penjualan produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau itu, meminta dan memilih dan mengambil atau memperoleh sampel produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau itu bagi maksud analisis tanpa bayaran daripada mana-mana pengimport, pengilang atau pengedar atau daripada ejen atau pekerjanya.
Undang-Undang Malaysia 30
Akta 852
Mana-mana orang yang enggan atau cuai untuk mematuhi apa-apa permintaan yang dibuat di bawah subseksyen (1) atau (2)
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
Tatacara mengambil sampel
Jika apa-apa sampel bagi apa-apa produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau dikehendaki bagi maksud apa-apa analisis, pegawai diberi kuasa yang membeli sampel itu mengikut subseksyen 27(1) atau selainnya memperoleh sampel itu mengikut subseksyen 27(2), hendaklah memberitahu penjual atau ejen atau pekerjanya yang menjual produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau itu atau pengimport, pengilang atau pengedar atau ejen atau pekerjanya bahawa dia bermaksud sampel itu dianalisis oleh seorang juruanalisis.
Tatacara untuk mengambil dan berurusan dengan sampel itu hendaklah sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.
Anggapan
Apabila apa-apa produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau disyaki telah melanggar peruntukan
Akta ini telah diperoleh menurut seksyen 27 atau telah disita menurut seksyen 32, 33 atau 35, dari tempat yang pegawai diberi kuasa semunasabahnya percaya digunakan atau boleh digunakan bagi maksud pengilangan, pembungkusan, penyimpanan, penyerahan, pengedaran atau penjualan produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau itu dan produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau itu terkandung dalam beberapa bekas, adalah mencukupi untuk menganalisis sampel kandungan itu tidak kurang daripada sepuluh peratus daripada bekas itu dan jika analisis itu membuktikan bahawa kesemua sampel itu adalah daripada sifat dan perihalan yang sama, maka hendaklah dianggap, sehingga dibuktikan sebaliknya, bahawa kandungan semua bekas itu adalah daripada sifat dan perihalan yang sama sebagaimana sampel yang dianalisis dan jika analisis itu menunjukkan bahawa
Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 31
sampel itu terdiri daripada atau mengandungi produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau, maka hendaklah dianggap, sehingga dibuktikan sebaliknya, bahawa kandungan semua bekas itu terdiri daripada atau mengandungi peratusan yang sama dengan produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau itu.
Kuasa untuk membuka bungkusan dan memeriksa produk tembakau, dsb.
Bagi maksud Akta ini, seseorang pegawai diberi kuasa boleh membuka, di tempat yang pegawai diberi kuasa semunasabahnya percaya digunakan atau boleh digunakan bagi maksud pengilangan, pembungkusan, penyimpanan, penyerahan, pengedaran atau penjualan produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau, atau produk tembakau, bahan merokok, atau produk pengganti tembakau tiruan, apa-apa bagasi, bungkusan, atau apa-apa bekas lain dan boleh memeriksa apa-apa produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau atau produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau tiruan yang terkandung dalamnya, dan bagi maksud pemeriksaan itu membawa barang yang sama itu ke pejabat pegawai diberi kuasa.
Kuasa untuk memberhentikan, menggeledah dan menyita pengangkut
Sekiranya seseorang pegawai diberi kuasa mempunyai sebab yang munasabah untuk mengesyaki bahawa mana-mana pengangkut sedang membawa apa-apa produk tembakau, bahan merokok, produk pengganti tembakau, jentera, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau apa-apa artikel lain yang berkenaan dengannya suatu kesalahan di bawah Akta ini kecuali bagi kesalahan di bawah seksyen 17, sedang atau telah dilakukan, pegawai itu boleh memberhentikan dan menggeledah pengangkut itu dan boleh, jika semasa pemeriksaan itu dia mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa pengangkut itu sedang atau telah digunakan bagi pelakuan kesalahan itu, menyita pengangkut itu dan mana-mana produk tembakau, bahan merokok, produk pengganti tembakau, jentera, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau apa-apa artikel lain yang dijumpai dalam pengangkut itu yang semunasabahnya dipercayai dapat memberikan keterangan mengenai pelakuan kesalahan itu.
Undang-Undang Malaysia 32
Akta 852
Orang yang mempunyai kawalan atau bertanggungjawab ke atas pengangkut itu hendaklah, jika dikehendaki berbuat demikian oleh pegawai diberi kuasa—
memberhentikan pengangkut itu dan membenarkan pegawai diberi kuasa untuk menggeledah pengangkut itu; dan
membuka semua bahagian pengangkut itu bagi penggeledahan dan mengambil semua langkah yang perlu untuk membolehkan atau memudahkan penggeledahan itu dijalankan sebagaimana yang difikirkan perlu oleh pegawai diberi kuasa itu.
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
Penggeledahan dan penyitaan dengan waran
Jika seseorang Majistret mendapati, berdasarkan maklumat bertulis dengan bersumpah daripada pegawai diberi kuasa dan selepas apa-apa siasatan sebagaimana yang difikirkannya perlu, bahawa terdapat sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa—
terdapat dalam mana-mana premis keterangan yang perlu bagi pengendalian suatu penyiasatan mengenai, pelakuan suatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, Majistret itu boleh mengeluarkan suatu waran yang memberi kuasa kepada mana-mana pegawai diberi kuasa yang dinamakan dalam waran itu, untuk memasuki premis itu pada bila-bila masa yang munasabah pada waktu siang atau malam, dan dengan atau tanpa bantuan, dan jika perlu dengan kekerasan.
Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 33
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), waran yang dikeluarkan oleh Majistret boleh memberikan kuasa kepada pegawai diberi kuasa itu untuk—
menyita atau mengambil sampel apa-apa produk tembakau, bahan merokok, produk pengganti tembakau atau benda lain; atau
menyita apa-apa dokumen, rekod, manual, buku, bahan atau artikel lain atau membuat salinan atau cabutan daripada dokumen, rekod, manual, buku, bahan atau artikel lain itu.
Seseorang pegawai diberi kuasa yang menjalankan penggeledahan di bawah subseksyen (1) boleh, bagi maksud menyiasat kesalahan itu, memeriksa mana-mana orang yang berada di dalam atau di premis itu.
Tiada seorang pun boleh diperiksa kecuali oleh seorang lain yang sama jantina, dan pemeriksaan itu hendaklah dijalankan dengan mengambil kira dengan tegas tentang kesopanan.
Seseorang pegawai diberi kuasa boleh, dalam menjalankan kuasanya di bawah seksyen ini, jika perlu untuk berbuat demikian—
memecah buka mana-mana pintu luar atau dalam premis itu atau mana-mana pagar, kepungan, pintu pagar atau halangan lain kepada premis itu, untuk masuk ke dalam premis itu;
memindahkan dengan kekerasan apa-apa halangan kepada kemasukan, penggeledahan, penyitaan dan pemindahan sebagaimana dia diberi kuasa untuk melaksanakannya di bawah seksyen ini; dan
menahan mana-mana orang yang dijumpai di dalam premis sehingga penggeledahan itu selesai.
Jika, oleh sebab sifat, saiz atau amaunnya, adalah tidak praktikal untuk memindahkan apa-apa bekas, bungkusan, pengangkut, buku, dokumen atau lain-lain benda yang disita di bawah seksyen ini, pegawai diberi kuasa hendaklah mengelak pengangkut, kontena atau premis yang bekas, bungkusan, buku, dokumen atau lain-lain benda itu dijumpai.
Undang-Undang Malaysia 34
Akta 852
Mana-mana orang yang, tanpa kuasa yang sah, memecahkan, mengganggu atau merosakkan lak yang disebut dalam subseksyen (6)
atau memindahkan apa-apa bekas, bungkusan, pengangkut, buku, dokumen atau lain-lain benda yang disita dengan dilak atau cuba berbuat demikian, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
Penggeledahan dan penyitaan tanpa waran
Sekiranya seseorang pegawai diberi kuasa mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa mana-mana premis digunakan atau mungkin digunakan bagi maksud pengilangan, pembungkusan, penyimpanan, penyerahan, pengedaran atau penjualan produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau atau apa-apa produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau tiruan dan oleh sebab kelengahan dalam memperoleh suatu waran geledah di bawah seksyen 32—
produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau atau apa-apa produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau tiruan, artikel atau benda lain yang dicari boleh dipindahkan atau diganggu;
atau
keterangan yang dicari itu boleh diganggu atau dimusnahkan, pegawai itu boleh memasuki premis itu dan menjalankan berkenaan dengan premis itu, semua kuasa yang disebut dalam seksyen 32
dengan cara yang sepenuhnya dan secukupnya seolah-olah pegawai itu telah diberi kuasa untuk berbuat demikian oleh suatu waran yang dikeluarkan di bawah seksyen itu.
Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 35
Akses kepada maklumat berekod, data berkomputer, dsb.
Mana-mana pegawai diberi kuasa yang menjalankan kuasanya di bawah Akta ini, kecuali bagi siasatan suatu kesalahan di bawah seksyen 17, hendaklah diberi akses kepada apa-apa maklumat berekod atau data berkomputer yang berhubungan dengan pengilangan, pembungkusan, penyimpanan, penyerahan, pengedaran atau penjualan apa-apa produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau, atau apa-apa produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau tiruan, sama ada yang disimpan dalam komputer atau selainnya.
Dalam menjalankan kuasanya, pegawai diberi kuasa—
boleh memeriksa dan meneliti pengendalian apa-apa komputer dan apa-apa radas atau bahan yang berkaitan yang pegawai diberi kuasa itu mempunyai sebab yang munasabah untuk mengesyaki sedang atau telah digunakan berkaitan dengan maklumat atau data itu;
orang, yang pegawai diberi kuasa itu mempunyai sebab yang munasabah untuk mengesyaki bahawa orang itu sedang menggunakan atau telah menggunakan komputer itu berkaitan dengan maklumat atau data itu;
orang, yang pegawai diberi kuasa itu mempunyai sebab yang munasabah untuk mengesyaki bahawa komputer itu sedang digunakan atau telah digunakan, bagi pihak orang itu, berkaitan dengan maklumat atau data itu; atau
orang yang bertanggungjawab bagi, atau selainnya terlibat dengan, pengendalian komputer, radas atau bahan itu, untuk memberikan apa-apa bantuan yang munasabah kepadanya sebagaimana yang dikehendakinya bagi maksud seksyen ini.
Undang-Undang Malaysia 36
Akta 852
Pegawai diberi kuasa boleh membuat salinan atau mengambil cabutan daripada maklumat berekod atau data berkomputer, jika difikirkannya perlu.
Bagi maksud seksyen ini, “akses” termasuklah diberi kata laluan, kod penyulitan, kod penyahsulitan, perisian atau perkakasan yang perlu dan apa-apa cara lain yang dikehendaki untuk membolehkan pemahaman maklumat berekod atau data berkomputer itu.
Penyitaan benda, dsb.
Apa-apa produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau atau produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau tiruan, pengangkut, jentera, kelengkapan, buku, rekod, dokumen, artikel atau benda lain yang pegawai diberi kuasa semunasabahnya mengesyaki telah digunakan atau akan digunakan dalam pelakuan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini bolehlah disita dan ditahan oleh pegawai diberi kuasa itu.
Apabila tiada orang dituduh bagi apa-apa kesalahan, benda yang disita itu hendaklah, melainkan jika dituntut oleh pemunya atau orang yang daripadanya benda itu disita dalam tempoh tiga puluh hari daripada penyitaan itu, dilupuskan mengikut budi bicara Ketua Pengarah atau pegawai diberi kuasa tetapi jika dalam tempoh itu suatu tuntutan dibuat oleh pemunya atau mana-mana orang yang daripadanya benda itu disita, benda yang disita itu hendaklah dipulangkan kepadanya.
Sekiranya apa-apa benda yang disita pada menjalankan kuasa yang diberikan di bawah Akta ini daripada jenis yang mudah musnah atau mengikut tabiinya lekas rosak, Ketua Pengarah boleh mengarahkan supaya benda itu dijual atau dimusnahkan pada bila-bila masa, dan hasil jualan itu dipegang oleh pegawai diberi kuasa sementara menanti keputusan apa-apa pendakwaan di bawah Akta ini atau tuntutan di bawah seksyen ini.
Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 37
Senarai benda yang disita
Jika apa-apa penyitaan dibuat di bawah Bahagian ini, pegawai diberi kuasa yang membuat penyitaan itu hendaklah menyediakan suatu senarai produk tembakau, bahan merokok, produk pengganti tembakau, pengangkut, jentera, kelengkapan, buku, rekod, dokumen, artikel atau benda lain yang disita dan mengenai premis yang di dalamnya ia dijumpai dan hendaklah menandatangani senarai itu.
Senarai yang disediakan mengikut subseksyen (1) hendaklah diserahkan dengan serta-merta kepada—
penghuni premis yang apa-apa produk tembakau, bahan merokok, produk pengganti tembakau, pengangkut, jentera, kelengkapan, buku, rekod, dokumen, artikel atau benda lain yang disita itu dijumpai; dan
orang yang mempunyai kawalan atau bertanggungjawab ke atas pengangkut itu, jika penyitaan itu dibuat di bawah seksyen 33.
Jika penyitaan itu dibuat di dalam atau dari mana-mana premis yang tidak berpenghuni, pegawai diberi kuasa hendaklah bilamana mungkin menampal suatu senarai benda yang disita di tempat yang mudah dilihat di premis itu.
Pemulangan sementara pengangkut, dsb.
Jika apa-apa pengangkut, jentera atau kelengkapan disita di bawah Akta ini, mahkamah boleh pada bila-bila masa memerintahkan pemulangan sementara pengangkut, jentera atau kelengkapan itu kepada pemunya pengangkut, jentera atau kelengkapan atau orang yang daripada milikan, jagaan atau kawalannya ia disita, tertakluk kepada terma dan syarat sebagaimana yang mahkamah boleh kenakan, dan tertakluk dalam mana-mana hal, kepada jaminan yang mencukupi diberikan sehingga memuaskan hati mahkamah bahawa pengangkut, jentera atau kelengkapan itu akan diserahkan balik kepada mahkamah apabila diminta dan bahawa terma dan syarat itu, jika ada, akan dipatuhi.
Undang-Undang Malaysia 38
Akta 852
Kos memegang produk tembakau yang disita, dsb.
Jika mana-mana produk tembakau, bahan merokok, produk pengganti tembakau, atau apa-apa produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau tiruan, pengangkut, jentera, kelengkapan atau artikel disita atau diserahkan di bawah
Akta ini dipegang dalam jagaan pegawai diberi kuasa sementara menunggu penyelesaian apa-apa prosiding berkenaan dengan suatu kesalahan di bawah Akta ini, kos untuk memegangnya dalam jagaan hendaklah boleh didapatkan semula sebagai suatu hutang sivil yang kena dibayar kepada Kerajaan.
Kerajaan tidaklah bertanggungan kepada mana-mana orang bagi apa-apa kemerosotan kualiti mana-mana produk tembakau, bahan merokok, produk pengganti tembakau, atau apa-apa produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau tiruan, pengangkut, jentera, kelengkapan atau artikel, yang disita atau diserahkan di bawah Akta ini.
Kuasa untuk menghendaki kehadiran orang yang mempunyai pengetahuan tentang kes
Seseorang pegawai diberi kuasa yang membuat penyiasatan di bawah Akta ini boleh, melalui perintah secara bertulis, menghendaki kehadiran di hadapannya mana-mana orang yang pada hematnya mempunyai pengetahuan tentang fakta dan hal keadaan kes itu, dan orang itu hendaklah hadir sebagaimana yang dikehendaki.
Jika orang itu enggan atau tidak hadir sebagaimana yang dikehendaki oleh suatu perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1), pegawai diberi kuasa boleh melaporkan keengganan atau ketidakhadiran itu kepada seorang Majistret yang hendaklah mengeluarkan suatu waran untuk memastikan kehadiran orang itu sebagaimana yang dikehendaki oleh perintah itu.
Pemeriksaan orang yang mempunyai pengetahuan tentang kes
Seorang pegawai diberi kuasa yang membuat penyiasatan di bawah Akta ini boleh memeriksa secara lisan mana-mana orang yang dikatakan mempunyai pengetahuan tentang fakta dan hal keadaan kes.
Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 39
Orang itu terikat untuk menjawab semua soalan yang berhubungan dengan kes itu yang dikemukakan kepadanya oleh pegawai diberi kuasa, tetapi orang itu boleh enggan untuk menjawab apa-apa soalan yang jawapannya mungkin mendedahkannya pada suatu pertuduhan jenayah, penalti atau pelucuthakan.
Seseorang yang membuat pernyataan di bawah seksyen ini terikat di sisi undang-undang untuk menyatakan yang benar, sama ada atau tidak pernyataan itu dibuat secara keseluruhannya atau sebahagiannya untuk menjawab soalan.
Pegawai diberi kuasa yang memeriksa seseorang di bawah subseksyen (1) hendaklah terlebih dahulu memaklumkan kepada orang itu mengenai peruntukan subseksyen (2) dan (3).
Suatu pernyataan yang dibuat oleh mana-mana orang di bawah seksyen ini hendaklah, bilamana mungkin, diubah ke dalam bentuk bertulis dan ditandatangani oleh orang yang membuat pernyataan itu atau dilekatkan cap ibu jarinya, mengikut mana-mana yang berkenaan, selepas—
pernyataan itu dibacakan kepadanya dalam bahasa yang dalamnya pernyataan itu dibuat olehnya; dan
Pendakwaan
Tiada pendakwaan bagi atau berhubung dengan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini boleh dimulakan kecuali oleh atau dengan keizinan bertulis Pendakwa Raya.
Undang-Undang Malaysia 40
Akta 852
Notis terlebih dahulu tentang keterangan pakar dalam mahkamah
Dalam apa-apa prosiding bagi sesuatu kesalahan di bawah
Akta ini, tiada keterangan pakar boleh diterima sebagai keterangan melainkan jika, dalam tempoh yang berakhir sepuluh hari genap sebelum perbicaraan, orang yang dituduh dengan kesalahan itu telah menyampaikan kepada pendakwaan suatu notis bertulis bahawa dia bermaksud untuk mengemukakan keterangan pakar, dan hendaklah menzahirkan dalam notis itu nama pakar dan sifat keterangan pakar itu, dan hendaklah juga memberikan sesalinan apa-apa dokumen yang hendak dikemukakan oleh pakar itu dalam perbicaraan itu.
Bidang kuasa untuk membicarakan kesalahan
Walau apa pun apa-apa undang-undang bertulis yang berlawanan, mahkamah Majistret Kelas Pertama hendaklah mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini dan mengenakan hukuman bagi apa-apa kesalahan di bawah
Akta ini.
Perlindungan kepada pemberi maklumat
Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen (2) dan (3), tiada saksi dalam mana-mana prosiding sivil atau jenayah berkewajipan atau dibenarkan untuk menzahirkan nama, alamat atau apa-apa maklumat mengenai pemberi maklumat, atau bahan maklumat yang diterima daripadanya atau menyatakan apa-apa perkara yang mungkin membawa kepada pemberi maklumat itu diketahui.
Jika mana-mana buku, rekod, akaun, dokumen atau data berkomputer dikemukakan sebagai keterangan atau yang boleh diperiksa dalam mana-mana prosiding sivil atau jenayah mengandungi apa-apa catatan yang dalamnya mana-mana pemberi maklumat dinamakan atau diperihalkan atau yang mungkin membawa kepada dirinya diketahui, mahkamah hendaklah menyebabkan supaya semua petikan itu disembunyikan daripada pandangan atau dipadamkan setakat yang perlu untuk melindungi pemberi maklumat itu daripada diketahui.
Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 41
Jika dalam perbicaraan bagi apa-apa kesalahan di bawah
Akta ini, mahkamah, selepas pemeriksaan penuh tentang kes itu mempercayai bahawa pemberi maklumat itu dengan sengaja membuat dalam aduannya suatu pernyataan material yang diketahuinya sebagai palsu atau tidak dipercayainya sebagai benar, atau jika dalam apa-apa prosiding lain mahkamah berpendapat bahawa keadilan tidak boleh dilaksanakan sepenuhnya antara pihak-pihak dalam prosiding itu tanpa pemberi maklumat itu diketahui, adalah sah bagi mahkamah untuk menghendaki pengemukaan aduan asal, jika secara bertulis, dan membenarkan pemeriksaan dan menghendaki penzahiran penuh, berkenaan dengan pemberi maklumat itu.
Keterangan ejen provokasi boleh diterima
Walau apa pun mana-mana rukun undang-undang atau peruntukan Akta ini atau mana-mana undang bertulis lain yang berlawanan, dan ejen provokasi itu ialah seorang pegawai diberi kuasa, apa-apa pernyataan, sama ada lisan atau bertulis, yang dibuat kepada ejen provokasi oleh mana-mana orang yang kemudiannya dipertuduh atas suatu kesalahan di bawah Akta ini boleh diterima sebagai keterangan semasa perbicaraannya.
Tiada penzahiran maklumat
Tiada apa pun dalam Akta ini atau dalam mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini boleh menghendaki mana-mana pegawai diberi kuasa untuk menzahirkan fakta atau mengemukakan dokumen yang didapatinya—
Kuasa untuk memerintahkan kehadiran ke mahkamah
Jika Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai diberi kuasa mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa mana-mana orang telah melakukan suatu kesalahan di bawah
Akta ini, dia boleh, sebagai ganti membuat permohonan kepada mahkamah untuk mendapatkan suatu saman, dengan serta-merta menyampaikan kepada orang itu suatu notis yang memerintahkan orang itu supaya hadir di hadapan mahkamah Majistret yang paling hampir yang mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan kesalahan itu, pada masa dan tarikh yang dinyatakan dalam notis itu.
Jika mana-mana orang yang disampaikan suatu notis sebagaimana yang diperuntukkan oleh subseksyen (1) tidak hadir secara sendiri atau melalui peguam, mahkamah boleh, jika berpuas hati bahawa notis telah disampaikan, mengeluarkan suatu waran bagi menangkap orang itu melainkan jika didapati adalah tidak semunasabahnya mungkin bagi orang itu untuk hadir sedemikian.
Pengkompaunan kesalahan
Menteri boleh, dengan kelulusan Pendakwa Raya, membuat peraturan-peraturan yang menetapkan—
apa-apa kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini sebagai suatu kesalahan yang boleh dikompaun; dan
kaedah dan tatacara untuk mengkompaun kesalahan itu.
Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 43
Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai diberi kuasa oleh Ketua Pengarah boleh, dengan keizinan bertulis Pendakwa Raya, pada bila-bila masa sebelum suatu pertuduhan dimulakan, mengkompaun mana-mana kesalahan yang ditetapkan sebagai suatu kesalahan yang boleh dikompaun dengan membuat suatu tawaran bertulis kepada orang yang disyaki dengan munasabah telah melakukan kesalahan itu untuk mengkompaun kesalahan apabila dibayar kepada Ketua Pengarah suatu jumlah wang tidak melebihi lima puluh peratus daripada amaun maksimum denda yang orang itu boleh dikenakan jika dia disabitkan dengan kesalahan itu, dalam apa-apa masa sebagaimana yang dinyatakan dalam tawaran bertulis itu.
Suatu tawaran di bawah subseksyen (2) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya dimulakan.
Jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu, atau apa-apa lanjutan masa sebagaimana yang diberikan oleh Ketua Pengarah, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat.
Jika suatu kesalahan telah dikompaun di bawah seksyen ini—
tiada pendakwaan boleh dimulakan berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun itu dibuat; dan
apa-apa dokumen atau benda yang disita yang berkaitan dengan kesalahan boleh dilepaskan oleh Ketua Pengarah, tertakluk kepada terma sebagaimana yang difikirkan patut oleh Ketua Pengarah.
Semua jumlah wang yang diterima oleh Ketua Pengarah atau pegawai diberi kuasa di bawah seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam dan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang
Disatukan Persekutuan.
Undang-Undang Malaysia 44
Akta 852
Kesalahan oleh pertubuhan perbadanan
Jika mana-mana pertubuhan perbadanan melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini, orang yang semasa melakukan kesalahan itu ialah seorang pengarah, pegawai pematuhan, pekongsi, pengurus, setiausaha atau pegawai lain yang seumpamanya bagi pertubuhan perbadanan itu atau yang bertindak atas apa-apa sifat itu atau dengan apa-apa cara atau sehingga apa-apa takat bertanggungjawab bagi pengurusan apa-apa hal ehwal pertubuhan perbadanan atau kumpulan orang atau membantu dalam pengurusannya—
boleh dipertuduh secara berasingan atau bersesama dalam prosiding yang sama bersekali dengan pertubuhan perbadanan itu; dan
jika pertubuhan perbadanan itu didapati bersalah atas kesalahan itu, hendaklah disifatkan bersalah atas kesalahan dan boleh dikenakan hukuman atau penalti yang sama sebagaimana seorang individu melainkan jika, dengan mengambil kira jenis fungsinya atas kapasiti itu dan semua hal keadaan, dia membuktikan—
bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuannya; atau
bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa persetujuannya atau pembiarannya dan bahawa dia telah mengambil semua langkah yang munasabah dan menjalankan usaha yang wajar untuk menghalang pelakuan kesalahan itu.
Jika mana-mana orang boleh dikenakan di bawah Akta ini apa-apa hukuman, penalti atau pelucuthakan bagi apa-apa perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran, dia boleh dikenakan hukuman, penalti atau pelucuthakan yang sama bagi tiap-tiap perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran pekerja atau ejen orang itu, atau pekerja kepada ejen itu, jika perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran itu telah dilakukan—
oleh ejen orang itu semasa bertindak bagi pihak orang itu; atau
Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 45
oleh pekerja ejen orang itu dalam masa penggajian pekerja itu oleh ejen itu atau selainnya bagi pihak ejen yang bertindak bagi pihak orang itu.
Perlindungan terhadap guaman dan prosiding undang-undang
Tiada tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding lain boleh dibawa, dimulakan atau dikekalkan dalam mana-mana mahkamah terhadap mana-mana pegawai diberi kuasa atas sebab atau yang berkenaan dengan apa-apa perbuatan yang dilakukan atau yang ditinggalkan daripada dilakukan olehnya bagi maksud menguatkuasakan Akta ini melainkan jika dibuktikan bahawa perbuatan itu dilakukan dan ditinggalkan daripada dilakukan dengan niat jahat dan tanpa kepercayaan yang munasabah bahawa perbuatan itu adalah perlu bagi maksud melaksanakan apa yang dimaksudkan olehnya.
Tanggung rugi
Kerajaan tidak boleh bertanggungan untuk menggantikan apa-apa kerugian yang pemunya atau penghuni atau orang yang bertanggungjawab bagi mana-mana premis akibat daripada kemasukan, penggeledahan atau penyitaan di bawah Akta ini, melainkan jika kerosakan itu telah disebabkan oleh pengabaian atau kesalahan yang disengajakan oleh seorang pegawai awam.
Jika berlaku apa-apa pertikaian tentang amaun pampasan berkenaan dengan apa-apa kerosakan yang disebabkan sedemikian, maka amaun pampasan itu hendaklah diputuskan dan ditentukan secara terus oleh suatu mahkamah Majistret.
Perwakilan kuasa
Ketua Pengarah boleh, secara bertulis, mewakilkan apa-apa kuasa, tanggungjawab atau fungsi Ketua Pengarah, selain kuasa di bawah seksyen 48, kepada mana-mana pegawai di bawah kawalan, arahan dan penyeliaan Ketua Pengarah tertakluk kepada apa-apa syarat, batasan atau sekatan yang difikirkan patut oleh
Ketua Pengarah.
Undang-Undang Malaysia 46
Akta 852
Apa-apa perwakilan di bawah seksyen ini tidak menghalang
Ketua Pengarah sendiri daripada melaksanakan atau menjalankan, mana-mana kuasa, tanggungjawab atau fungsi yang diwakilkan itu pada bila-bila masa.
Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan
Menteri boleh membuat peraturan-peraturan yang perlu atau suai manfaat bagi maksud pelaksanaan peruntukan Akta ini.
Tanpa menjejaskan keluasan makna subseksyen (1), Menteri boleh menetapkan—
semua perkara yang berhubungan dengan cara permohonan, pembatalan, penggantungan atau penarikan balik pendaftaran suatu produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau;
semua perkara yang berhubungan dengan butiran yang perlu diberikan oleh pemohon, cara kelulusan, terma, syarat dan sekatan pendaftaran yang akan dikenakan kepada pemohon;
semua perkara yang berhubungan dengan larangan mengenai pengiklanan produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau;
semua perkara yang berhubungan dengan larangan mengenai promosi atau tajaan produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau;
semua perkara yang berhubungan dengan sekatan dan larangan mengenai penjualan produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau;
semua perkara yang berhubungan dengan harga runcit atau harga jualan minimum produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau;
Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 47
semua perkara yang berhubungan dengan pembungkusan dan pelabelan produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau;
semua perkara yang berhubungan dengan tatacara mengambil dan mengendalikan sampel dan analisis; dan
Mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah subseksyen (1) boleh menetapkan apa-apa perbuatan atau peninggalan yang melanggar peraturan-peraturan itu menjadi suatu kesalahan dan boleh menetapkan hukuman denda yang tidak melebihi dua ratus ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan itu.
Mana-mana orang yang mengimport, mengilang atau mengedarkan produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau sebelum permulaan kuat kuasa subseksyen 3(1)
dan 14(1) Akta ini hendaklah, dalam tempoh enam bulan dari tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, memohon kepada Ketua Pengarah untuk didaftarkan di bawah subseksyen 3(1) Akta ini.
Jika Ketua Pengarah menolak permohonan bagi pendaftaran yang dibuat di bawah subseksyen 3(1), pengimport, pengilang atau pengedar produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau hendaklah, dengan perbelanjaannya sendiri, memanggil semula dan memberhentikan penjualan produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau itu.
If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.