Malaysia legislation

Section 34

of AKTA KAWALAN PRODUK MEROKOK DEMI KESIHATAN AWAM 2024

Seksyen 34

(2)

Dalam menjalankan kuasanya, pegawai diberi kuasa—

(a)

boleh memeriksa dan meneliti pengendalian apa-apa komputer dan apa-apa radas atau bahan yang berkaitan yang pegawai diberi kuasa itu mempunyai sebab yang munasabah untuk mengesyaki sedang atau telah digunakan berkaitan dengan maklumat atau data itu;

(b)

boleh menghendaki—

(i)

orang, yang pegawai diberi kuasa itu mempunyai sebab yang munasabah untuk mengesyaki bahawa orang itu sedang menggunakan atau telah menggunakan komputer itu berkaitan dengan maklumat atau data itu;

(ii)

orang, yang pegawai diberi kuasa itu mempunyai sebab yang munasabah untuk mengesyaki bahawa komputer itu sedang digunakan atau telah digunakan, bagi pihak orang itu, berkaitan dengan maklumat atau data itu; atau

(iii)

orang yang bertanggungjawab bagi, atau selainnya terlibat dengan, pengendalian komputer, radas atau bahan itu, untuk memberikan apa-apa bantuan yang munasabah kepadanya sebagaimana yang dikehendakinya bagi maksud seksyen ini.

Undang-Undang Malaysia 36

Akta 852

(3)

Pegawai diberi kuasa boleh membuat salinan atau mengambil cabutan daripada maklumat berekod atau data berkomputer, jika difikirkannya perlu.

(4)

Bagi maksud seksyen ini, “akses” termasuklah diberi kata laluan, kod penyulitan, kod penyahsulitan, perisian atau perkakasan yang perlu dan apa-apa cara lain yang dikehendaki untuk membolehkan pemahaman maklumat berekod atau data berkomputer itu.

Penyitaan benda, dsb.