Malaysia legislation
Section 40
Seksyen 40
(2)
Orang itu terikat untuk menjawab semua soalan yang berhubungan dengan kes itu yang dikemukakan kepadanya oleh pegawai diberi kuasa, tetapi orang itu boleh enggan untuk menjawab apa-apa soalan yang jawapannya mungkin mendedahkannya pada suatu pertuduhan jenayah, penalti atau pelucuthakan.
(3)
Seseorang yang membuat pernyataan di bawah seksyen ini terikat di sisi undang-undang untuk menyatakan yang benar, sama ada atau tidak pernyataan itu dibuat secara keseluruhannya atau sebahagiannya untuk menjawab soalan.
(4)
Pegawai diberi kuasa yang memeriksa seseorang di bawah subseksyen (1) hendaklah terlebih dahulu memaklumkan kepada orang itu mengenai peruntukan subseksyen (2) dan (3).
(5)
Suatu pernyataan yang dibuat oleh mana-mana orang di bawah seksyen ini hendaklah, bilamana mungkin, diubah ke dalam bentuk bertulis dan ditandatangani oleh orang yang membuat pernyataan itu atau dilekatkan cap ibu jarinya, mengikut mana-mana yang berkenaan, selepas—
(a)
pernyataan itu dibacakan kepadanya dalam bahasa yang dalamnya pernyataan itu dibuat olehnya; dan
(b)
orang itu diberi peluang untuk membuat apa-apa pembetulan yang ingin dibuat.