Malaysia legislation
Section 44
Seksyen 44
Perlindungan kepada pemberi maklumat
(2)
Jika mana-mana buku, rekod, akaun, dokumen atau data berkomputer dikemukakan sebagai keterangan atau yang boleh diperiksa dalam mana-mana prosiding sivil atau jenayah mengandungi apa-apa catatan yang dalamnya mana-mana pemberi maklumat dinamakan atau diperihalkan atau yang mungkin membawa kepada dirinya diketahui, mahkamah hendaklah menyebabkan supaya semua petikan itu disembunyikan daripada pandangan atau dipadamkan setakat yang perlu untuk melindungi pemberi maklumat itu daripada diketahui.
Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 41
(3)
Jika dalam perbicaraan bagi apa-apa kesalahan di bawah
Akta ini, mahkamah, selepas pemeriksaan penuh tentang kes itu mempercayai bahawa pemberi maklumat itu dengan sengaja membuat dalam aduannya suatu pernyataan material yang diketahuinya sebagai palsu atau tidak dipercayainya sebagai benar, atau jika dalam apa-apa prosiding lain mahkamah berpendapat bahawa keadilan tidak boleh dilaksanakan sepenuhnya antara pihak-pihak dalam prosiding itu tanpa pemberi maklumat itu diketahui, adalah sah bagi mahkamah untuk menghendaki pengemukaan aduan asal, jika secara bertulis, dan membenarkan pemeriksaan dan menghendaki penzahiran penuh, berkenaan dengan pemberi maklumat itu.
Keterangan ejen provokasi boleh diterima