Malaysia legislation
Section 48
Seksyen 48
(a)
apa-apa kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini sebagai suatu kesalahan yang boleh dikompaun; dan
(b)
kaedah dan tatacara untuk mengkompaun kesalahan itu.
Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 43
(2)
Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai diberi kuasa oleh Ketua Pengarah boleh, dengan keizinan bertulis Pendakwa Raya, pada bila-bila masa sebelum suatu pertuduhan dimulakan, mengkompaun mana-mana kesalahan yang ditetapkan sebagai suatu kesalahan yang boleh dikompaun dengan membuat suatu tawaran bertulis kepada orang yang disyaki dengan munasabah telah melakukan kesalahan itu untuk mengkompaun kesalahan apabila dibayar kepada Ketua Pengarah suatu jumlah wang tidak melebihi lima puluh peratus daripada amaun maksimum denda yang orang itu boleh dikenakan jika dia disabitkan dengan kesalahan itu, dalam apa-apa masa sebagaimana yang dinyatakan dalam tawaran bertulis itu.
(3)
Suatu tawaran di bawah subseksyen (2) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya dimulakan.
(4)
Jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu, atau apa-apa lanjutan masa sebagaimana yang diberikan oleh Ketua Pengarah, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat.
(5)
Jika suatu kesalahan telah dikompaun di bawah seksyen ini—
(a)
tiada pendakwaan boleh dimulakan berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun itu dibuat; dan
(b)
apa-apa dokumen atau benda yang disita yang berkaitan dengan kesalahan boleh dilepaskan oleh Ketua Pengarah, tertakluk kepada terma sebagaimana yang difikirkan patut oleh Ketua Pengarah.
(6)
Semua jumlah wang yang diterima oleh Ketua Pengarah atau pegawai diberi kuasa di bawah seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam dan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang
Disatukan Persekutuan.
Undang-Undang Malaysia 44
Akta 852
Kesalahan oleh pertubuhan perbadanan