Malaysia legislation
Section 9
Seksyen 9
(2)
Bagi maksud seksyen ini, “perkiraan” termasuklah apa-apa perjanjian, aku janji atau persefahaman yang telah atau berkemungkinan memberi kesan mempromosikan apa-apa produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau—
(a)
dengan memberi atau menerima apa-apa tajaan, pemberian, hadiah, ganjaran, biasiswa atau lain-lain faedah yang seumpamanya; atau
(b)
dengan menganjurkan apa-apa kempen, kursus, bengkel, forum, jerayawara, perundingan atau acara.
Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 17
(3)
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan—
(a)
sekiranya orang itu bukan suatu pertubuhan perbadanan—
(i)
bagi kesalahan pertama, didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya; dan
(ii)
bagi kesalahan kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya; dan
(b)
sekiranya orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan—
(i)
bagi kesalahan pertama, didenda tidak kurang daripada dua puluh ribu ringgit dan tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya; dan
(ii)
bagi kesalahan kedua atau yang berikutnya, didenda tidak kurang daripada lima puluh ribu ringgit dan tidak melebihi tiga ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.