Malaysia legislation
Section 6
Seksyen 6
Semua perjanjian, surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang wujud sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini dan menyentuh mana-mana harta atau wang yang dipindahkan di bawah Akta ini hendaklah terus berkuat kuasa dan berkesan sepenuhnya, terhadap atau memihak kepada Pihak Berkuasa, dan boleh dikuatkuasakan sepenuhnya dan dengan berkesannya seolah-olah, bukannya Suruhanjaya, tetapi Pihak Berkuasa yang telah dinamakan dalam perjanjian, surat ikatan, dokumen dan surat cara lain itu dan telah menjadi suatu pihak kepada perjanjian, surat ikatan, dokumen dan surat cara lain itu.