/akn/my/act/act/2024/856

AKTA SURUHANJAYA PENERBANGAN MALAYSIA (PEMBUBARAN) 2024

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Type
Act
Status
In force
Enacted
2024
Sections
14
Languages
MS · EN

Quick answer

About this act

AKTA SURUHANJAYA PENERBANGAN MALAYSIA (PEMBUBARAN) 2024 is Malaysia Act, cited as Act 856 2024, currently marked in force and first recorded in 2024.

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. Suatu Akta untuk memansuhkan Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015 [Akta 771], untuk membubarkan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta itu, untuk mengadakan peruntukan bagi peletakhakan hartanya pada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia 2017 [Akta 788] dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara yang berkaitan. [ ] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa

Seksyen 2

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

Open as pageSuggest a correction

“Kumpulan Wang Perkhidmatan Awam” ertinya Kumpulan

Wang Perkhidmatan Awam yang ditubuhkan di bawah seksyen 27

Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015;

6

Undang-Undang Malaysia

Akta 856

“Kumpulan Wang Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia”

ertinya Kumpulan Wang Pihak Berkuasa Penerbangan Awam

Malaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 26 Akta Pihak Berkuasa

Penerbangan Awam Malaysia 2017;

“Kumpulan Wang Suruhanjaya Penerbangan” ertinya

Kumpulan Wang Suruhanjaya Penerbangan yang ditubuhkan di bawah seksyen 25 Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015;

“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pengangkutan;

“Pihak Berkuasa” ertinya Pihak Berkuasa Penerbangan Awam

Malaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 3 Akta Pihak Berkuasa

Penerbangan Awam Malaysia 2017;

“Suruhanjaya” ertinya Suruhanjaya Penerbangan Malaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 3 Akta Suruhanjaya Penerbangan

Malaysia 2015.

Seksyen 3

Pemansuhan dan pembubaran

Open as pageSuggest a correction

Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015 dimansuhkan dan Suruhanjaya yang ditubuhkan di bawah Akta itu dibubarkan.

Pemindahan kuasa, hak, dsb.

Seksyen 4

Open as pageSuggest a correction

Semua kuasa, hak, kewajipan, liabiliti dan obligasi yang sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini adalah kuasa, hak, kewajipan, liabiliti dan obligasi Suruhanjaya hendaklah, pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, diturunkan kepada

Pihak Berkuasa.

Pemindahan Kumpulan Wang Suruhanjaya Penerbangan dan

Seksyen 5

Kumpulan Wang Perkhidmatan Awam

Open as pageSuggest a correction

Kumpulan Wang Suruhanjaya Penerbangan dan Kumpulan Wang

Perkhidmatan Awam hendaklah, pada tarikh permulaan kuat kuasa

Akta ini, dipindahkan kepada Kumpulan Wang Pihak Berkuasa

Penerbangan Awam Malaysia.

Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Pembubaran)

7

Kontrak sedia ada, dsb.

Seksyen 6

Open as pageSuggest a correction

Semua perjanjian, surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang wujud sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini dan menyentuh mana-mana harta atau wang yang dipindahkan di bawah Akta ini hendaklah terus berkuat kuasa dan berkesan sepenuhnya, terhadap atau memihak kepada Pihak Berkuasa, dan boleh dikuatkuasakan sepenuhnya dan dengan berkesannya seolah-olah, bukannya Suruhanjaya, tetapi Pihak Berkuasa yang telah dinamakan dalam perjanjian, surat ikatan, dokumen dan surat cara lain itu dan telah menjadi suatu pihak kepada perjanjian, surat ikatan, dokumen dan surat cara lain itu.

Seksyen 7

Perjanjian pengendalian dan konsesi sedia ada

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tiada apa pun dalam seksyen ini boleh ditafsirkan sebagai melanjutkan tempoh atau jangka masa sesuatu perjanjian yang dinyatakan dalam subseksyen (1) melampaui tarikh habis tempohnya.

Kecualian bagi permohonan dan aduan yang belum selesai

Suggest a correction

Seksyen 8

Open as pageSuggest a correction

Apa-apa permohonan yang dibuat atau aduan yang diterima di bawah Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015 yang masih belum selesai sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah, pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, diuruskan di bawah Akta Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia 2017.

Seksyen 9

Kecualian bagi lesen, permit dan hak trafik udara

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tiada apa pun dalam seksyen ini boleh ditafsirkan sebagai melanjutkan tempoh atau jangka masa lesen, permit atau hak yang dinyatakan dalam subseksyen (1) melampaui tarikh habis tempohnya.

Suggest a correction

(3)

Pihak Berkuasa boleh mengubah terma dan syarat yang dikaitkan dengan lesen, permit atau hak yang diberi kuasa di bawah subseksyen (1) bagi maksud menyelaraskan lesen, permit atau hak itu dengan Akta Pihak Berkuasa Penerbangan

Awam Malaysia 2017.

Suggest a correction

(4)

Peruntukan yang berhubungan dengan pembatalan lesen, permit atau hak di bawah Akta Pihak Berkuasa Penerbangan

Awam Malaysia 2017 hendaklah terpakai bagi orang yang disebut dalam subseksyen (1).

Kecualian bagi perintah, dsb.

Suggest a correction

Seksyen 10

Open as pageSuggest a correction

Apa-apa perintah, pengecualian, notis, arahan atau keputusan yang dibuat atau diberikan oleh Suruhanjaya di bawah

Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015 sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah, pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, disifatkan telah dibuat atau diberikan oleh

Pihak Berkuasa di bawah Akta Pihak Berkuasa Penerbangan

Awam Malaysia 2017 sehingga tarikh habis tempoh perintah, pengecualian, notis, arahan atau keputusan itu dan tertakluk kepada terma dan syarat yang dikaitkan dengan perintah, pengecualian, notis, arahan atau keputusan itu.

Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Pembubaran)

9

Keanggotaan Suruhanjaya, dsb.

Seksyen 11

Open as pageSuggest a correction

(2)

Mana-mana anggota Suruhanjaya, kecuali Ketua Setiausaha

Kementerian Pengangkutan tidak boleh, dalam masa dua tahun dari tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, membuat apa-apa kontrak perkhidmatan atau menjalankan atau terlibat dalam apa-apa perniagaan atau aktiviti lain yang dijalankan bagi maksud keuntungan, dalam atau yang berhubungan dengan, penerbangan, melainkan jika dengan kelulusan bertulis Menteri.

Suggest a correction

(3)

Mana-mana anggota Suruhanjaya yang, sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, telah terhenti menjadi anggota

Suruhanjaya, hendaklah terus tidak membuat apa-apa kontrak perkhidmatan atau menjalankan atau terlibat dalam apa-apa perniagaan atau aktiviti lain yang dijalankan bagi maksud keuntungan, dalam atau yang berhubungan dengan, penerbangan sehingga tarikh habis tempoh dua tahun dari tarikh pemberhentiannya, melainkan jika dengan kelulusan bertulis Menteri.

Penerusan prosiding

Suggest a correction

Seksyen 12

Open as pageSuggest a correction

(2)

Apa-apa rayuan yang dibawa, atau apa-apa kebenaran untuk merayu yang dipohon, pada atau selepas tarikh permulaan kuat kuasa

Akta ini, terhadap sesuatu keputusan yang diberikan sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini dalam mana-mana prosiding

10

Undang-Undang Malaysia

Akta 856

undang-undang yang Suruhanjaya menjadi suatu pihak boleh dibawa oleh atau terhadap Pihak Berkuasa sebagaimana rayuan atau kebenaran untuk merayu itu boleh dibawa atau dimohon oleh atau terhadap Suruhanjaya jika Akta ini tidak diluluskan.

Penerusan undang-undang, dsb.

Suggest a correction

Seksyen 13

Open as pageSuggest a correction

(2)

Apa-apa sebutan mengenai Suruhanjaya dalam mana-mana undang-undang bertulis termasuk perundangan subsidiari atau dokumen hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai

Pihak Berkuasa.

Peletakhakan harta, dsb.

Suggest a correction

Seksyen 14

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tiap-tiap harta, hak, kepentingan, obligasi dan liabiliti yang dipindahkan kepada dan terletak hak pada Suruhanjaya hendaklah dipindahkan kepada dan terletak hak pada Pihak Berkuasa dengan hakmilik, estet atau kepentingan yang serupa dan dengan tempoh pemegangan yang serupa sebagaimana harta, hak, kepentingan, obligasi dan liabiliti itu terletak hak atau dipegang sebelum tarikh peletakhakan itu.

Suggest a correction

(3)

Mana-mana tanah yang sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini terletak hak pada Suruhanjaya hendaklah, pada tarikh peletakhakan, terletak hak pada Pihak Berkuasa.

Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Pembubaran)

Suggest a correction

(4)

Jika menurut kuasa subseksyen (1), apa-apa harta yang dipindahkan kepada dan terletak hak pada Pihak Berkuasa, peruntukan

Bahagian Tiga Puluh Kanun Tanah Negara [Akta 828] hendaklah, bagi maksud melaksanakan pendaftaran bagi peletakhakan itu, terpakai bagi Pihak Berkuasa.

Suggest a correction

(5)

Mana-mana harta dan aset selain tanah yang sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini terletak hak pada Suruhanjaya hendaklah, pada tarikh peletakhakan, terletak hak pada

Pihak Berkuasa.

Suggest a correction

(6)

Dalam hal harta, hak, kepentingan, obligasi dan liabiliti yang berbangkit di bawah apa-apa pinjaman yang terletak hak pada

Pihak Berkuasa pada tarikh peletakhakan, Pihak Berkuasa boleh membuat perjanjian atau perkiraan mengenai harta, hak, kepentingan, obligasi dan liabiliti itu dengan mana-mana orang lain.

Suggest a correction

Common questions

What is AKTA SURUHANJAYA PENERBANGAN MALAYSIA (PEMBUBARAN) 2024?
AKTA SURUHANJAYA PENERBANGAN MALAYSIA (PEMBUBARAN) 2024 is Malaysia Act, cited as Act 856 2024, currently marked in force and first recorded in 2024.
Is AKTA SURUHANJAYA PENERBANGAN MALAYSIA (PEMBUBARAN) 2024 still in force?
Yes — AKTA SURUHANJAYA PENERBANGAN MALAYSIA (PEMBUBARAN) 2024 is currently in force.
When did AKTA SURUHANJAYA PENERBANGAN MALAYSIA (PEMBUBARAN) 2024 take effect?
AKTA SURUHANJAYA PENERBANGAN MALAYSIA (PEMBUBARAN) 2024 was first recorded in 2024.
How many sections does AKTA SURUHANJAYA PENERBANGAN MALAYSIA (PEMBUBARAN) 2024 have?
AKTA SURUHANJAYA PENERBANGAN MALAYSIA (PEMBUBARAN) 2024 contains 14 sections.
Where can I read the official version of AKTA SURUHANJAYA PENERBANGAN MALAYSIA (PEMBUBARAN) 2024?
The official text of AKTA SURUHANJAYA PENERBANGAN MALAYSIA (PEMBUBARAN) 2024 is published at lom.agc.gov.my.