Malaysia legislation

Section 9

of AKTA SURUHANJAYA PENERBANGAN MALAYSIA (PEMBUBARAN) 2024

Seksyen 9

Kecualian bagi lesen, permit dan hak trafik udara

(2)

Tiada apa pun dalam seksyen ini boleh ditafsirkan sebagai melanjutkan tempoh atau jangka masa lesen, permit atau hak yang dinyatakan dalam subseksyen (1) melampaui tarikh habis tempohnya.

(3)

Pihak Berkuasa boleh mengubah terma dan syarat yang dikaitkan dengan lesen, permit atau hak yang diberi kuasa di bawah subseksyen (1) bagi maksud menyelaraskan lesen, permit atau hak itu dengan Akta Pihak Berkuasa Penerbangan

Awam Malaysia 2017.

(4)

Peruntukan yang berhubungan dengan pembatalan lesen, permit atau hak di bawah Akta Pihak Berkuasa Penerbangan

Awam Malaysia 2017 hendaklah terpakai bagi orang yang disebut dalam subseksyen (1).

Kecualian bagi perintah, dsb.