Malaysia legislation
Section 18
Seksyen 18
Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan
(2)
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), peraturan-peraturan boleh dibuat bagi maksud yang berikut:
(a)
untuk menetapkan kelayakan bagi pelantikan dan syarat perkhidmatan Setiausaha Dewan Negara dan Setiausaha
Dewan Rakyat;
Perkhidmatan Parlimen 17
(b)
untuk menetapkan terma dan syarat pelantikan anggota
Perkhidmatan Parlimen;
(c)
untuk menetapkan tatatertib anggota Perkhidmatan
Parlimen dan bagi prosiding tatatertib terhadap anggota
Perkhidmatan Parlimen itu, termasuk penahanan kerja, penggantungan kerja, hukuman dan pembuangan kerja anggota Perkhidmatan Parlimen itu;
(d)
untuk menetapkan apa-apa perkara yang berhubungan dengan pentadbiran Perkhidmatan Parlimen;
(e)
untuk menetapkan apa-apa perkara yang dikehendaki untuk ditetapkan bagi maksud Akta ini.
Kecualian