Skip to content
ActIn force

Akta Perkhidmatan Parlimen 2025

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Enacted
2025
Sections
19
Languages
MS · EN

Akta Perkhidmatan Parlimen 2025 is Malaysia Act, cited as Act 869 2025, currently marked in force and first recorded in 2025.

Front matterCover and publication detailsOpen

MALAYSIA

Akta 869

Undang-Undang Malaysia 2

Akta 869

Tarikh Perkenan Diraja

...

...

9 Julai 2025

Tarikh penyiaran dalam Warta

...

18 Julai 2025

Hakcipta Pencetak H

Perkhidmatan Parlimen 3

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta 869

Opening note

Preamble

  1. Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan Perkhidmatan Parlimen dan Majlis Perkhidmatan Parlimen, pentadbiran Perkhidmatan Parlimen dan perkara lain yang berkaitan. [ ] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

Bahagian I

(1)

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Perkhidmatan

Parlimen 2025.

(2)

Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh

Yang di-Pertuan Agong melalui pemberitahuan dalam Warta.

Bahagian II

PERKHIDMATAN PARLIMEN DAN

MAJLIS PERKHIDMATAN PARLIMEN

Perkhidmatan Parlimen

(1)

Suatu perkhidmatan dengan nama “Perkhidmatan Parlimen”

ditubuhkan dan hendaklah menjadi suatu perkhidmatan berasingan daripada perkhidmatan awam di bawah Akta ini.

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta 869

Undang-Undang Malaysia 6

Akta 869

(2)

Perkhidmatan Parlimen hendaklah terdiri daripada

Setiausaha Dewan Negara, Setiausaha Dewan Rakyat dan anggota

Perkhidmatan Parlimen.

(3)

Seseorang anggota Perkhidmatan Parlimen yang dilantik oleh Majlis Perkhidmatan Parlimen hendaklah tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat pelantikan sebagaimana yang ditetapkan oleh Yang di-Pertuan Agong selepas berunding dengan

Majlis Perkhidmatan Parlimen.

(4)

Seseorang anggota Perkhidmatan Parlimen hilang kelayakan untuk menjadi ahli mana-mana satu Majlis Parlimen atau

Dewan Undangan mana-mana Negeri.

Majlis Perkhidmatan Parlimen

(1)

Hendaklah ada suatu Majlis Perkhidmatan Parlimen yang hendaklah bertanggungjawab bagi perkara yang berhubungan dengan Perkhidmatan Parlimen.

(2)

Majlis Perkhidmatan Parlimen hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut:

(b)

Yang di-Pertua Dewan Rakyat sebagai Pengerusi Bersama;

(e)

dua orang ahli Dewan Negara yang dinamakan oleh

Jawatankuasa Pemilih Dewan Negara dan diluluskan melalui suatu ketetapan Dewan Negara;

(f)

empat orang ahli Dewan Rakyat yang dua orang ialah ahli Kerajaan dan dua orang ialah ahli kumpulan pihak

Pembangkang, yang dinamakan oleh Jawatankuasa Pemilih

Dewan Rakyat dan diluluskan melalui suatu ketetapan

Dewan Rakyat;

(i)

Ketua Setiausaha Perbendaharaan atau wakilnya sebagai anggota ex-officio;

(j)

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam atau wakilnya sebagai anggota ex-officio; dan

(k)

Ketua Pentadbir Parlimen sebagai anggota ex-officio.

Fungsi dan kuasa Majlis Perkhidmatan Parlimen

(1)

Fungsi Majlis Perkhidmatan Parlimen adalah seperti yang berikut:

(a)

untuk melantik dan untuk menentukan terma dan syarat pelantikan anggota Perkhidmatan Parlimen;

(b)

untuk mengawasi semua perkara kewangan yang berhubungan dengan Perkhidmatan Parlimen;

(c)

untuk membangunkan dan untuk melaksanakan program dan latihan yang berhubungan dengan Perkhidmatan

Parlimen; dan

(d)

untuk melakukan semua perkara yang suai manfaat atau semunasabahnya perlu bagi pengurusan hal ehwal

Perkhidmatan Parlimen.

(2)

Majlis Perkhidmatan Parlimen hendaklah mempunyai segala kuasa sebagaimana yang perlu bagi melaksanakan fungsinya di bawah Akta ini.

Mesyuarat

(1)

Majlis Perkhidmatan Parlimen hendaklah bermesyuarat seberapa kerap yang perlu bagi melaksanakan fungsinya.

(2)

Mesyuarat Majlis Perkhidmatan Parlimen hendaklah dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.

Undang-Undang Malaysia 8

Akta 869

(3)

Kuorum Majlis Perkhidmatan Parlimen ialah tujuh orang.

(4)

Tiap-tiap anggota Majlis Perkhidmatan Parlimen, selain anggota ex-officio, yang hadir dalam mesyuarat berhak kepada satu undi.

(5)

Semua soalan yang dibangkitkan dalam mesyuarat

Majlis Perkhidmatan Parlimen hendaklah diputuskan melalui undi majoriti anggota yang hadir dan mengundi, dan jika bilangan undi sama banyak, maka Pengerusi hendaklah mempunyai undi pemutus.

(6)

Majlis Perkhidmatan Parlimen boleh menentukan tatacaranya sendiri.

(7)

Majlis Perkhidmatan Parlimen hendaklah menyebabkan minit semua mesyuaratnya disenggarakan dan disimpan dalam bentuk yang sepatutnya.

(8)

Jika mana-mana anggota Majlis Perkhidmatan Parlimen mempunyai kepentingan langsung atau tidak langsung dalam apa-apa perkara yang sedang dipertimbangkan oleh

Majlis Perkhidmatan Parlimen, anggota Majlis Perkhidmatan

Parlimen itu hendaklah menzahirkan kepada Majlis Perkhidmatan

Parlimen fakta kepentingannya dan jenis kepentingan itu.

(9)

Suatu penzahiran di bawah subseksyen (8) hendaklah direkodkan dalam minit mesyuarat yang penzahiran itu dibuat dan, selepas penzahiran itu, anggota Majlis Perkhidmatan Parlimen itu tidak boleh hadir dan mengambil bahagian dalam pertimbangtelitian atau keputusan Majlis Perkhidmatan Parlimen.

(10)

Majlis Perkhidmatan Parlimen boleh mengundang mana-mana orang untuk menghadiri mesyuarat Majlis Perkhidmatan

Parlimen bagi maksud menasihatinya tentang apa-apa perkara yang dibincangkan tetapi orang itu tidak berhak untuk mengundi dalam mesyuarat itu atau hadir semasa sesuatu keputusan dibuat.

(11)

Mana-mana orang yang diundang untuk menghadiri mana-mana mesyuarat Majlis Perkhidmatan Parlimen boleh dibayar apa-apa elaun dan perbelanjaan lain sebagaimana yang ditentukan oleh Majlis Perkhidmatan Parlimen.

Perkhidmatan Parlimen 9

Bahagian III

SETIAUSAHA DEWAN NEGARA DAN

SETIAUSAHA DEWAN RAKYAT

Setiausaha Dewan Negara dan Setiausaha Dewan Rakyat

(1)

Setiausaha Dewan Negara hendaklah berada di bawah arahan dan kawalan Yang di-Pertua Dewan Negara.

(2)

Setiausaha Dewan Rakyat hendaklah berada di bawah arahan dan kawalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.

(3)

Yang di-Pertuan Agong boleh, selepas berunding dengan

Majlis Perkhidmatan Parlimen, menetapkan kelayakan bagi pelantikan dan syarat perkhidmatan Setiausaha Dewan Negara dan Setiausaha Dewan Rakyat.

Bahagian IV

JAWATANKUASA

Jawatankuasa Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Parlimen

(2)

Jawatankuasa Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Parlimen hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut:

(a)

Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara sebagai Pengerusi;

(b)

Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat sebagai

Pengerusi Bersama;

(e)

Ketua Pentadbir Parlimen.

Undang-Undang Malaysia 10

Akta 869

(3)

Jika mana-mana anggota Jawatankuasa Kenaikan Pangkat

Perkhidmatan Parlimen mempunyai kepentingan langsung atau tidak langsung dalam apa-apa perkara yang sedang dipertimbangkan oleh Jawatankuasa Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Parlimen, anggota Jawatankuasa Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Parlimen itu hendaklah menzahirkan kepada Jawatankuasa Kenaikan

Pangkat Perkhidmatan Parlimen fakta kepentingannya dan jenis kepentingan itu.

(4)

Suatu penzahiran di bawah subseksyen (3) hendaklah direkodkan dalam minit mesyuarat yang penzahiran itu dibuat dan, selepas penzahiran itu, anggota Jawatankuasa Kenaikan Pangkat

Perkhidmatan Parlimen itu tidak boleh hadir dan mengambil bahagian dalam pertimbangtelitian atau keputusan Jawatankuasa

Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Parlimen.

(5)

Mesyuarat Jawatankuasa Kenaikan Pangkat Perkhidmatan

Parlimen hendaklah dipengerusikan secara bersama oleh

Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara dan Timbalan Yang di-Pertua

Dewan Rakyat.

(6)

Tiap-tiap anggota Jawatankuasa Kenaikan Pangkat

Perkhidmatan Parlimen yang hadir dalam mesyuarat berhak kepada satu undi.

(7)

Semua soalan yang dibangkitkan dalam mesyuarat

Jawatankuasa Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Parlimen hendaklah diputuskan melalui undi majoriti anggota yang hadir dan mengundi, dan jika bilangan undi sama banyak, maka Pengerusi hendaklah mempunyai undi pemutus.

(8)

Yang di-Pertuan Agong boleh, selepas berunding dengan

Majlis Perkhidmatan Parlimen, menetapkan apa-apa perkara yang berhubungan dengan pemangkuan dan kenaikan pangkat anggota

Perkhidmatan Parlimen.

Jawatankuasa Tatatertib Perkhidmatan Parlimen

(1)

Hendaklah ada suatu Jawatankuasa Tatatertib Perkhidmatan

Parlimen untuk menjalankan kawalan tatatertib terhadap anggota

Perkhidmatan Parlimen.

Perkhidmatan Parlimen 11

(2)

Jawatankuasa Tatatertib Perkhidmatan Parlimen hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut:

(a)

Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara sebagai Pengerusi;

(b)

Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat sebagai

Pengerusi Bersama;

(3)

Jika mana-mana anggota Jawatankuasa Tatatertib Perkhidmatan

Parlimen mempunyai kepentingan langsung atau tidak langsung dalam apa-apa perkara yang sedang dipertimbangkan oleh Jawatankuasa

Tatatertib Perkhidmatan Parlimen, anggota Jawatankuasa Tatatertib

Perkhidmatan Parlimen itu hendaklah menzahirkan kepada

Jawatankuasa Tatatertib Perkhidmatan Parlimen fakta kepentingannya dan jenis kepentingan itu.

(4)

Suatu penzahiran di bawah subseksyen (3) hendaklah direkodkan dalam minit mesyuarat yang penzahiran itu dibuat dan, selepas penzahiran itu, anggota Jawatankuasa Tatatertib

Perkhidmatan Parlimen itu tidak boleh hadir dan mengambil bahagian dalam pertimbangtelitian atau keputusan Jawatankuasa

Tatatertib Perkhidmatan Parlimen.

(5)

Mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib Perkhidmatan Parlimen hendaklah dipengerusikan secara bersama oleh Timbalan

Yang di-Pertua Dewan Negara dan Timbalan Yang di-Pertua

Dewan Rakyat.

(6)

Tiap-tiap anggota Jawatankuasa Tatatertib Perkhidmatan

Parlimen yang hadir dalam mesyuarat berhak kepada satu undi.

(7)

Semua soalan yang dibangkitkan dalam mesyuarat

Jawatankuasa Tatatertib Perkhidmatan Parlimen hendaklah diputuskan melalui undi majoriti anggota yang hadir dan mengundi, dan jika bilangan undi sama banyak, maka Pengerusi hendaklah mempunyai undi pemutus.

Undang-Undang Malaysia 12

Akta 869

(8)

Yang di-Pertuan Agong boleh, selepas berunding dengan

Majlis Perkhidmatan Parlimen, menetapkan apa-apa perkara yang berhubungan dengan kawalan tatatertib anggota Perkhidmatan

Parlimen.

(9)

Kawalan tatatertib yang disebut dalam subseksyen (8)

hendaklah termasuk penahanan kerja, penggantungan kerja, hukuman dan pembuangan kerja anggota Perkhidmatan Parlimen.

Jawatankuasa Rayuan Perkhidmatan Parlimen

(1)

Hendaklah ada suatu Jawatankuasa Rayuan Perkhidmatan

Parlimen untuk menerima, menimbangkan dan memutuskan apa-apa rayuan yang dikemukakan oleh seseorang anggota Perkhidmatan

Parlimen terhadap keputusan Jawatankuasa Kenaikan Pangkat

Perkhidmatan Parlimen dan Jawatankuasa Tatatertib Perkhidmatan

Parlimen.

(2)

Jawatankuasa Rayuan Perkhidmatan Parlimen hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut:

(b)

Yang di-Pertua Dewan Rakyat sebagai Pengerusi Bersama;

dan

(c)

tiga orang anggota Majlis Perkhidmatan Parlimen yang dilantik oleh Pengerusi dan Pengerusi Bersama

Majlis Perkhidmatan Parlimen.

(3)

Jika mana-mana anggota Jawatankuasa Rayuan Perkhidmatan

Parlimen mempunyai kepentingan langsung atau tidak langsung dalam apa-apa perkara yang sedang dipertimbangkan oleh

Jawatankuasa Rayuan Perkhidmatan Parlimen, anggota

Jawatankuasa Rayuan Perkhidmatan Parlimen itu hendaklah menzahirkan kepada Jawatankuasa Rayuan Perkhidmatan Parlimen fakta kepentingannya dan jenis kepentingan itu.

(4)

Suatu penzahiran di bawah subseksyen (3) hendaklah direkodkan dalam minit mesyuarat yang penzahiran itu dibuat dan, selepas penzahiran itu, anggota Jawatankuasa

Rayuan Perkhidmatan Parlimen itu tidak boleh hadir dan mengambil bahagian dalam pertimbangtelitian atau keputusan

Jawatankuasa Rayuan Perkhidmatan Parlimen.

Perkhidmatan Parlimen 13

(5)

Mesyuarat Jawatankuasa Rayuan Perkhidmatan Parlimen hendaklah dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua

Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.

(6)

Tiap-tiap anggota Jawatankuasa Rayuan Perkhidmatan

Parlimen yang hadir dalam mesyuarat berhak kepada satu undi.

(7)

Semua soalan yang dibangkitkan dalam mesyuarat

Jawatankuasa Rayuan Perkhidmatan Parlimen hendaklah diputuskan melalui undi majoriti anggota yang hadir dan mengundi, dan jika bilangan undi sama banyak, maka Pengerusi hendaklah mempunyai undi pemutus.

Majlis Perkhidmatan Parlimen boleh menubuhkan jawatankuasa

(1)

Majlis Perkhidmatan Parlimen boleh menubuhkan apa-apa jawatankuasa sebagaimana yang Majlis Perkhidmatan

Parlimen fikirkan perlu atau suai manfaat untuk membantu

Majlis Perkhidmatan Parlimen dalam melaksanakan fungsinya.

(2)

Majlis Perkhidmatan Parlimen boleh melantik mana-mana anggota Perkhidmatan Parlimen untuk menjadi anggota mana-mana jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1).

(3)

Majlis Perkhidmatan Parlimen boleh melantik mana-mana anggotanya untuk menjadi pengerusi jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1).

(4)

Jawatankuasa hendaklah tertakluk kepada dan bertindak mengikut apa-apa arahan yang diberikan oleh Majlis Perkhidmatan

Parlimen.

(5)

Jawatankuasa hendaklah bermesyuarat seberapa kerap yang perlu pada masa dan tempat sebagaimana yang ditentukan oleh pengerusi jawatankuasa.

(6)

Jawatankuasa boleh mengundang mana-mana orang untuk menghadiri mesyuarat jawatankuasa untuk menasihati jawatankuasa mengenai apa-apa perkara yang sedang dibincangkan.

(7)

Jawatankuasa boleh menentukan tatacaranya sendiri.

Undang-Undang Malaysia 14

Akta 869

Bahagian V

(1)

Hendaklah ada seorang Ketua Pentadbir Parlimen dalam kalangan anggota perkhidmatan awam am Persekutuan.

(2)

Ketua Pentadbir Parlimen hendaklah bertanggungjawab bagi keseluruhan pentadbiran dan pengurusan fungsi dan hal ehwal harian Parlimen termasuk perkara kewangan

Perkhidmatan Parlimen.

(3)

Ketua Pentadbir Parlimen hendaklah mempunyai kawalan am terhadap anggota Perkhidmatan Parlimen.

(4)

Ketua Pentadbir Parlimen hendaklah melaksanakan apa-apa kewajipan lain sebagaimana yang diarahkan oleh

Majlis Perkhidmatan Parlimen.

(5)

Dalam menunaikan kewajipannya, Ketua Pentadbir Parlimen hendaklah bertindak di bawah kuasa dan arahan am Majlis

Perkhidmatan Parlimen.

(6)

Ketua Pentadbir Parlimen hendaklah menjadi setiausaha kepada Majlis Perkhidmatan Parlimen.

Dana

Kerajaan hendaklah mengadakan dana yang mencukupi bagi Perkhidmatan Parlimen setiap tahun untuk membolehkan

Majlis Perkhidmatan Parlimen melaksanakan fungsinya di bawah

Akta ini.

Saraan

Seseorang anggota Perkhidmatan Parlimen hendaklah dibayar apa-apa saraan dan faedah lain sebagaimana yang boleh ditentukan oleh Majlis Perkhidmatan Parlimen dan diluluskan oleh

Yang di-Pertuan Agong.

Perkhidmatan Parlimen 15

Bahagian VI

(1)

Kecuali bagi apa-apa maksud Akta ini atau bagi maksud mana-mana prosiding sivil atau jenayah di bawah mana-mana undang-undang bertulis atau jika selainnya dibenarkan oleh

Majlis Perkhidmatan Parlimen—

(a)

tiada anggota Majlis Perkhidmatan Parlimen atau anggota

Perkhidmatan Parlimen, sama ada semasa atau selepas tempoh jawatan atau penggajiannya, boleh menzahirkan apa-apa maklumat yang diperoleh olehnya semasa menjalankan kewajipannya; dan

(b)

tiada orang yang menghadiri mana-mana mesyuarat

Majlis Perkhidmatan Parlimen atau seseorang yang dengan apa-apa cara mempunyai akses kepada apa-apa maklumat atau dokumen yang berhubungan dengan hal ehwal Perkhidmatan Parlimen boleh menzahirkan maklumat atau dokumen itu.

(2)

Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan bagi tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Perlindungan terhadap guaman dan prosiding undang-undang

Tiada tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding lain boleh diambil atau dibawa, dimulakan atau dikekalkan dalam mana-mana mahkamah terhadap mana-mana anggota Majlis Perkhidmatan

Parlimen, Jawatankuasa Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Parlimen,

Jawatankuasa Tatatertib Perkhidmatan Parlimen, Jawatankuasa

Rayuan Perkhidmatan Parlimen, jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah Akta ini, atau mana-mana anggota Perkhidmatan Parlimen, berkenaan dengan apa-apa perbuatan, pengabaian atau keingkaran yang dilakukan atau ditinggalkan olehnya dengan suci hati, atas sifat yang sedemikian.

Undang-Undang Malaysia 16

Akta 869

Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948

Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 [Akta 198]

hendaklah terpakai bagi apa-apa tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding terhadap mana-mana anggota Majlis Perkhidmatan

Parlimen, Jawatankuasa Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Parlimen,

Jawatankuasa Tatatertib Perkhidmatan Parlimen, Jawatankuasa

Rayuan Perkhidmatan Parlimen, jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah Akta ini, atau mana-mana anggota Perkhidmatan Parlimen, berkenaan dengan apa-apa perbuatan atau benda yang dibuat atau dilakukan olehnya atas sifat yang sedemikian.

Pekhidmat awam

Tiap-tiap anggota Majlis Perkhidmatan Parlimen, Jawatankuasa

Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Parlimen, Jawatankuasa Tatatertib

Perkhidmatan Parlimen, Jawatankuasa Rayuan Perkhidmatan

Parlimen, jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah Akta ini, atau tiap-tiap anggota Perkhidmatan Parlimen, semasa menunaikan kewajipannya sebagai anggota Majlis Perkhidmatan Parlimen,

Jawatankuasa Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Parlimen,

Jawatankuasa Tatatertib Perkhidmatan Parlimen, Jawatankuasa

Rayuan Perkhidmatan Parlimen, jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah Akta ini, atau anggota Perkhidmatan Parlimen itu, hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam mengikut pengertian

Kanun Keseksaan [Akta 574].

Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan

(1)

Yang di-Pertuan Agong boleh, selepas berunding dengan Majlis Perkhidmatan Parlimen, membuat apa-apa peraturan-peraturan yang suai manfaat atau perlu bagi memberikan kuat kuasa sepenuhnya atau bagi melaksanakan dengan lebih baik peruntukan Akta ini.

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), peraturan-peraturan boleh dibuat bagi maksud yang berikut:

(a)

untuk menetapkan kelayakan bagi pelantikan dan syarat perkhidmatan Setiausaha Dewan Negara dan Setiausaha

Dewan Rakyat;

Perkhidmatan Parlimen 17

(b)

untuk menetapkan terma dan syarat pelantikan anggota

Perkhidmatan Parlimen;

(c)

untuk menetapkan tatatertib anggota Perkhidmatan

Parlimen dan bagi prosiding tatatertib terhadap anggota

Perkhidmatan Parlimen itu, termasuk penahanan kerja, penggantungan kerja, hukuman dan pembuangan kerja anggota Perkhidmatan Parlimen itu;

(d)

untuk menetapkan apa-apa perkara yang berhubungan dengan pentadbiran Perkhidmatan Parlimen;

(e)

untuk menetapkan apa-apa perkara yang dikehendaki untuk ditetapkan bagi maksud Akta ini.

Kecualian

Tiap-tiap anggota perkhidmatan awam yang telah dilantik secara tetap dan dimasukkan ke dalam perjawatan tetap sebaik sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini dan telah memilih untuk menjadi anggota Perkhidmatan Parlimen hendaklah, pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini—

(a)

diambil kerja atas terma dan syarat perkhidmatan yang kepadanya dia berhak sebaik sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini; dan

(b)

disifatkan sebagai anggota perkhidmatan awam bagi maksud

Akta Pencen 1980 [Akta 227].

Common questions

What is Akta Perkhidmatan Parlimen 2025?
Akta Perkhidmatan Parlimen 2025 is Malaysia Act, cited as Act 869 2025, currently marked in force and first recorded in 2025.
Is Akta Perkhidmatan Parlimen 2025 still in force?
Yes — Akta Perkhidmatan Parlimen 2025 is currently in force.
When did Akta Perkhidmatan Parlimen 2025 take effect?
Akta Perkhidmatan Parlimen 2025 was first recorded in 2025.
How many sections does Akta Perkhidmatan Parlimen 2025 have?
Akta Perkhidmatan Parlimen 2025 contains 19 sections.
Where can I read the official version of Akta Perkhidmatan Parlimen 2025?
The official text of Akta Perkhidmatan Parlimen 2025 is published at lom.agc.gov.my.

Something wrong on this page?

If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.

Akta Perkhidmatan Parlimen 2025 (No. 869) | mylaw.my