Malaysia legislation

Section 19

of AKTA PERKHIDMATAN PARLIMEN 2025

Seksyen 19

Tiap-tiap anggota perkhidmatan awam yang telah dilantik secara tetap dan dimasukkan ke dalam perjawatan tetap sebaik sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini dan telah memilih untuk menjadi anggota Perkhidmatan Parlimen hendaklah, pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini—

(a)

diambil kerja atas terma dan syarat perkhidmatan yang kepadanya dia berhak sebaik sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini; dan

(b)

disifatkan sebagai anggota perkhidmatan awam bagi maksud

Akta Pencen 1980 [Akta 227].