Malaysia legislation
Section 5
Seksyen 5
(2)
Mesyuarat Majlis Perkhidmatan Parlimen hendaklah dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Undang-Undang Malaysia 8
Akta 869
(3)
Kuorum Majlis Perkhidmatan Parlimen ialah tujuh orang.
(4)
Tiap-tiap anggota Majlis Perkhidmatan Parlimen, selain anggota ex-officio, yang hadir dalam mesyuarat berhak kepada satu undi.
(5)
Semua soalan yang dibangkitkan dalam mesyuarat
Majlis Perkhidmatan Parlimen hendaklah diputuskan melalui undi majoriti anggota yang hadir dan mengundi, dan jika bilangan undi sama banyak, maka Pengerusi hendaklah mempunyai undi pemutus.
(6)
Majlis Perkhidmatan Parlimen boleh menentukan tatacaranya sendiri.
(7)
Majlis Perkhidmatan Parlimen hendaklah menyebabkan minit semua mesyuaratnya disenggarakan dan disimpan dalam bentuk yang sepatutnya.
(8)
Jika mana-mana anggota Majlis Perkhidmatan Parlimen mempunyai kepentingan langsung atau tidak langsung dalam apa-apa perkara yang sedang dipertimbangkan oleh
Majlis Perkhidmatan Parlimen, anggota Majlis Perkhidmatan
Parlimen itu hendaklah menzahirkan kepada Majlis Perkhidmatan
Parlimen fakta kepentingannya dan jenis kepentingan itu.
(9)
Suatu penzahiran di bawah subseksyen (8) hendaklah direkodkan dalam minit mesyuarat yang penzahiran itu dibuat dan, selepas penzahiran itu, anggota Majlis Perkhidmatan Parlimen itu tidak boleh hadir dan mengambil bahagian dalam pertimbangtelitian atau keputusan Majlis Perkhidmatan Parlimen.
(10)
Majlis Perkhidmatan Parlimen boleh mengundang mana-mana orang untuk menghadiri mesyuarat Majlis Perkhidmatan
Parlimen bagi maksud menasihatinya tentang apa-apa perkara yang dibincangkan tetapi orang itu tidak berhak untuk mengundi dalam mesyuarat itu atau hadir semasa sesuatu keputusan dibuat.
(11)
Mana-mana orang yang diundang untuk menghadiri mana-mana mesyuarat Majlis Perkhidmatan Parlimen boleh dibayar apa-apa elaun dan perbelanjaan lain sebagaimana yang ditentukan oleh Majlis Perkhidmatan Parlimen.
Perkhidmatan Parlimen 9