Malaysia legislation
Section 7
Seksyen 7
(2)
Jawatankuasa Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Parlimen hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut:
(a)
Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara sebagai Pengerusi;
(b)
Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat sebagai
Pengerusi Bersama;
(c)
Setiausaha Dewan Negara;
(d)
Setiausaha Dewan Rakyat; dan
(e)
Ketua Pentadbir Parlimen.
Undang-Undang Malaysia 10
Akta 869
(3)
Jika mana-mana anggota Jawatankuasa Kenaikan Pangkat
Perkhidmatan Parlimen mempunyai kepentingan langsung atau tidak langsung dalam apa-apa perkara yang sedang dipertimbangkan oleh Jawatankuasa Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Parlimen, anggota Jawatankuasa Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Parlimen itu hendaklah menzahirkan kepada Jawatankuasa Kenaikan
Pangkat Perkhidmatan Parlimen fakta kepentingannya dan jenis kepentingan itu.
(4)
Suatu penzahiran di bawah subseksyen (3) hendaklah direkodkan dalam minit mesyuarat yang penzahiran itu dibuat dan, selepas penzahiran itu, anggota Jawatankuasa Kenaikan Pangkat
Perkhidmatan Parlimen itu tidak boleh hadir dan mengambil bahagian dalam pertimbangtelitian atau keputusan Jawatankuasa
Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Parlimen.
(5)
Mesyuarat Jawatankuasa Kenaikan Pangkat Perkhidmatan
Parlimen hendaklah dipengerusikan secara bersama oleh
Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara dan Timbalan Yang di-Pertua
Dewan Rakyat.
(6)
Tiap-tiap anggota Jawatankuasa Kenaikan Pangkat
Perkhidmatan Parlimen yang hadir dalam mesyuarat berhak kepada satu undi.
(7)
Semua soalan yang dibangkitkan dalam mesyuarat
Jawatankuasa Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Parlimen hendaklah diputuskan melalui undi majoriti anggota yang hadir dan mengundi, dan jika bilangan undi sama banyak, maka Pengerusi hendaklah mempunyai undi pemutus.
(8)
Yang di-Pertuan Agong boleh, selepas berunding dengan
Majlis Perkhidmatan Parlimen, menetapkan apa-apa perkara yang berhubungan dengan pemangkuan dan kenaikan pangkat anggota
Perkhidmatan Parlimen.
Jawatankuasa Tatatertib Perkhidmatan Parlimen