Malaysia legislation
Section 8
Seksyen 8
(2)
Jawatankuasa Tatatertib Perkhidmatan Parlimen hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut:
(a)
Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara sebagai Pengerusi;
(b)
Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat sebagai
Pengerusi Bersama;
(c)
Setiausaha Dewan Negara;
(d)
Setiausaha Dewan Rakyat; dan
(e)
Penasihat Undang-Undang Perkhidmatan Parlimen.
(3)
Jika mana-mana anggota Jawatankuasa Tatatertib Perkhidmatan
Parlimen mempunyai kepentingan langsung atau tidak langsung dalam apa-apa perkara yang sedang dipertimbangkan oleh Jawatankuasa
Tatatertib Perkhidmatan Parlimen, anggota Jawatankuasa Tatatertib
Perkhidmatan Parlimen itu hendaklah menzahirkan kepada
Jawatankuasa Tatatertib Perkhidmatan Parlimen fakta kepentingannya dan jenis kepentingan itu.
(4)
Suatu penzahiran di bawah subseksyen (3) hendaklah direkodkan dalam minit mesyuarat yang penzahiran itu dibuat dan, selepas penzahiran itu, anggota Jawatankuasa Tatatertib
Perkhidmatan Parlimen itu tidak boleh hadir dan mengambil bahagian dalam pertimbangtelitian atau keputusan Jawatankuasa
Tatatertib Perkhidmatan Parlimen.
(5)
Mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib Perkhidmatan Parlimen hendaklah dipengerusikan secara bersama oleh Timbalan
Yang di-Pertua Dewan Negara dan Timbalan Yang di-Pertua
Dewan Rakyat.
(6)
Tiap-tiap anggota Jawatankuasa Tatatertib Perkhidmatan
Parlimen yang hadir dalam mesyuarat berhak kepada satu undi.
(7)
Semua soalan yang dibangkitkan dalam mesyuarat
Jawatankuasa Tatatertib Perkhidmatan Parlimen hendaklah diputuskan melalui undi majoriti anggota yang hadir dan mengundi, dan jika bilangan undi sama banyak, maka Pengerusi hendaklah mempunyai undi pemutus.
Undang-Undang Malaysia 12
Akta 869
(8)
Yang di-Pertuan Agong boleh, selepas berunding dengan
Majlis Perkhidmatan Parlimen, menetapkan apa-apa perkara yang berhubungan dengan kawalan tatatertib anggota Perkhidmatan
Parlimen.
(9)
Kawalan tatatertib yang disebut dalam subseksyen (8)
hendaklah termasuk penahanan kerja, penggantungan kerja, hukuman dan pembuangan kerja anggota Perkhidmatan Parlimen.
Jawatankuasa Rayuan Perkhidmatan Parlimen