Malaysia legislation

Section 2

of AKTA KREDIT PENGGUNA 2025

Seksyen 2

(2)

Walau apa pun subseksyen (1), subseksyen 79(2) dan (3)

hendaklah terpakai bagi mana-mana orang yang menjalankan suatu perniagaan kredit sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan 1 atau perenggan 3 Jadual 4 yang tidak melibatkan seorang pengguna kredit.

(3)

Tertakluk kepada subseksyen (5), Akta ini hendaklah dibaca bersama-sama dengan undang-undang bertulis yang berkaitan dan peruntukan Akta ini hendaklah menjadi tambahan kepada, dan tidak mengurangkan, peruntukan undang-undang bertulis itu, termasuk yang berikut:

(a)

Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 [Akta 758];

(b)

Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 [Akta 759];

(c)

Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002 [Akta 618];

(d)

Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 [Akta 671];

(e)

Akta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 1993 [Akta 498];

(f)

Akta Sewa Beli 1967 [Akta 212];

(g)

Akta Perlindungan Pengguna 1999 [Akta 599];

(h)

Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 [Akta 400];

(i)

Akta Pemegang Pajak Gadai 1972 [Akta 81];

(j)

Akta Koperasi 1993 [Akta 502]; dan

(k)

Akta Suruhanjaya Koperasi Malaysia 2007 [Akta 665].

Kredit Pengguna 13

(4)

Tiada apa-apa dalam Akta ini boleh menghapuskan atau menyekat kesan, atau menghalang pergantungan kepada—

(a)

mana-mana undang-undang bertulis yang mengenakan ke atas suatu pemberi kredit atau pemberi perkhidmatan kredit suatu kewajipan yang lebih ketat daripada yang dikenakan di bawah Akta ini;

(b)

mana-mana undang-undang bertulis yang mengikutnya apa-apa terma yang selaras dengan Akta ini dianggap tersirat dalam suatu perjanjian kredit; atau

(c)

apa-apa terma dalam apa-apa perjanjian secara bertulis antara seorang pengguna kredit dengan suatu pemberi kredit atau pemberi perkhidmatan kredit, mengikut mana-mana yang berkenaan, setakat mana terma itu—

(i)

mengenakan suatu kewajipan yang lebih ketat ke atas pemberi kredit atau pemberi perkhidmatan kredit itu daripada yang dikenakan di bawah

Akta ini; atau

(ii)

memperuntukkan suatu remedi yang lebih menguntungkan kepada pengguna kredit itu daripada remedi yang diperuntukkan di bawah

Akta ini.

(5)

Jika terdapat apa-apa percanggahan atau ketidakselarasan dalam pemakaian peruntukan Akta ini dalam hal yang melibatkan pemberi kredit atau pemberi perkhidmatan kredit yang dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, hal itu hendaklah diuruskan mengikut undang-undang sekuriti dan garis panduan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan kaedah-kaedah bursa sebagaimana yang diluluskan oleh

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Tidak boleh berkontrak keluar dan penyingkiran pilihan undang-undang