PERMULAAN
Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa
/akn/my/act/act/2025/873
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
AKTA KREDIT PENGGUNA 2025 is Malaysia Act, cited as Act 873 2025, currently marked in force and first recorded in 2025.
Opening note
Bahagian I
Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa
Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta dan Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi permulaan kuat kuasa bahagian yang berlainan atau peruntukan yang berlainan
Akta ini.
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta 873
Undang-Undang Malaysia 12
Akta 873
Pemakaian
Walau apa pun subseksyen (1), subseksyen 79(2) dan (3)
hendaklah terpakai bagi mana-mana orang yang menjalankan suatu perniagaan kredit sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan 1 atau perenggan 3 Jadual 4 yang tidak melibatkan seorang pengguna kredit.
Tertakluk kepada subseksyen (5), Akta ini hendaklah dibaca bersama-sama dengan undang-undang bertulis yang berkaitan dan peruntukan Akta ini hendaklah menjadi tambahan kepada, dan tidak mengurangkan, peruntukan undang-undang bertulis itu, termasuk yang berikut:
Tiada apa-apa dalam Akta ini boleh menghapuskan atau menyekat kesan, atau menghalang pergantungan kepada—
mana-mana undang-undang bertulis yang mengenakan ke atas suatu pemberi kredit atau pemberi perkhidmatan kredit suatu kewajipan yang lebih ketat daripada yang dikenakan di bawah Akta ini;
mana-mana undang-undang bertulis yang mengikutnya apa-apa terma yang selaras dengan Akta ini dianggap tersirat dalam suatu perjanjian kredit; atau
apa-apa terma dalam apa-apa perjanjian secara bertulis antara seorang pengguna kredit dengan suatu pemberi kredit atau pemberi perkhidmatan kredit, mengikut mana-mana yang berkenaan, setakat mana terma itu—
mengenakan suatu kewajipan yang lebih ketat ke atas pemberi kredit atau pemberi perkhidmatan kredit itu daripada yang dikenakan di bawah
Akta ini; atau
memperuntukkan suatu remedi yang lebih menguntungkan kepada pengguna kredit itu daripada remedi yang diperuntukkan di bawah
Akta ini.
Jika terdapat apa-apa percanggahan atau ketidakselarasan dalam pemakaian peruntukan Akta ini dalam hal yang melibatkan pemberi kredit atau pemberi perkhidmatan kredit yang dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, hal itu hendaklah diuruskan mengikut undang-undang sekuriti dan garis panduan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan kaedah-kaedah bursa sebagaimana yang diluluskan oleh
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
Tidak boleh berkontrak keluar dan penyingkiran pilihan undang-undang
Akta ini hendaklah berkuat kuasa walau apa pun apa-apa terma kontrak yang terpakai bagi atau berupa sebagai terpakai bagi undang-undang negara yang lain jika mahkamah mendapati bahawa terma itu telah dikenakan keseluruhannya atau terutamanya bagi maksud untuk membolehkan pihak yang mengenakannya mengelak daripada operasi Akta ini.
Tafsiran
Akta 873
“Akta ini” termasuklah mana-mana perundangan subsidiari, standard atau garis panduan dan pemberitahuan yang dibuat di bawah Akta ini;
“ditentukan” ertinya untuk menentukan secara bertulis dalam apa-apa bentuk termasuk standard atau garis panduan, dan suatu kuasa untuk menentukan termasuklah kuasa untuk menentukan secara berlainan bagi orang yang berlainan atau kelas, kategori atau perihalan orang, perniagaan kredit, perniagaan perkhidmatan kredit, pemberi kredit atau pemberi perkhidmatan kredit yang berlainan;
“ditetapkan” ertinya untuk ditetapkan melalui perundangan subsidiari yang disiarkan dalam Warta, dan suatu kuasa untuk menetapkan termasuklah kuasa untuk menetapkan secara berlainan bagi orang yang berlainan atau kelas, kategori atau perihalan orang, perniagaan kredit, perniagaan perkhidmatan kredit, pemberi kredit atau pemberi perkhidmatan kredit yang berlainan;
“dokumen” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 3 Akta Keterangan 1950 [Akta 56], dan termasuklah buku sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Syarikat 2016
[Akta 777] dan dokumen hakmilik kepada aset;
“harta” ertinya—
tiap-tiap jenis aset, sama ada yang zahir atau tidak zahir, alih atau tak alih, yang ketara atau tidak ketara, walau bagaimana diperoleh;
Kredit Pengguna 15
dokumen atau surat cara undang-undang dalam apa-apa bentuk, termasuk elektronik atau digital, yang menjadi keterangan tentang hakmilik kepada, atau kepentingan dalam, aset itu, termasuk kredit bank, cek kembara, cek bank, kiriman wang, syer, sekuriti, bon, draf dan surat kredit; atau
apa-apa hak, kepentingan, hakmilik, tuntutan, hak dalam tindakan, kuasa atau keistimewaan, sama ada sekarang atau masa hadapan, atau sama ada terletak hak atau kontingen, berhubung dengan mana-mana harta, atau yang selainnya mempunyai nilai;
“individu” ertinya orang sebenar;
“Jawatankuasa Lembaga” ertinya suatu jawatankuasa Lembaga yang ditubuhkan di bawah seksyen 18;
“Jawatankuasa Penasihat” ertinya Jawatankuasa Penasihat yang ditubuhkan di bawah seksyen 36;
“ketua eksekutif”, berhubung dengan suatu pertubuhan perbadanan, ertinya pegawai eksekutif utama perbadanan itu pada masa ini, dengan apa jua namanya digelar dan sama ada dia seorang pengarah atau tidak;
“komputer” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 3 Akta Keterangan 1950;
“koperasi” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 2 Akta Koperasi 1993;
“kredit” ertinya apa-apa perkiraan, perjanjian atau kemudahan sebagaimana yang dinyatakan dalam subseksyen 5(2);
“Lembaga” ertinya lembaga pengarah Suruhanjaya yang disebut dalam seksyen 9;
“lesen” ertinya suatu lesen yang diberikan di bawah seksyen 42;
“liabiliti” termasuklah hutang atau tiap-tiap jenis tanggungan, sama ada sekarang atau masa hadapan, atau sama ada terletak hak atau kontingen;
Undang-Undang Malaysia 16
Akta 873
“Majlis Penasihat Shariah” ertinya Majlis Penasihat Shariah yang ditubuhkan di bawah seksyen 51 Akta Bank Negara Malaysia 2009
[Akta 701] atau seksyen 31zi Akta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 1993;
“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kewangan;
“Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup”
ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi perdagangan dalam negeri dan kos sara hidup;
“Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi perumahan dan kerajaan tempatan;
“orang” termasuklah seorang individu, mana-mana pemilikan tunggal, perbadanan, badan berkanun, pihak berkuasa tempatan, pertubuhan, kesatuan sekerja, koperasi, perkongsian dan mana-mana badan, organisasi, persatuan atau kumpulan orang yang lain, sama ada diperbadankan atau tidak diperbadankan;
“output komputer” ertinya suatu penyataan atau gambaran, sama ada dalam bentuk bertulis, bercetak, bergambar, filem, grafik, akustik atau bentuk lain—
diterjemahkan dengan tepat daripada suatu penyataan atau gambaran yang dikeluarkan sedemikian;
“pemberi kredit” ertinya seseorang yang menjalankan suatu perniagaan kredit jika orang itu—
dibenarkan untuk berbuat sedemikian di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain;
tertakluk kepada Akta Perlindungan Pengguna 1999;
Kredit Pengguna 17
“pemberi kredit Islam” ertinya seseorang yang menjalankan suatu perniagaan kredit Islam jika orang itu diberi kuasa di bawah
Akta ini atau undang-undang bertulis lain;
“pemberi perkhidmatan kredit” ertinya seseorang yang menjalankan suatu perniagaan perkhidmatan kredit jika orang itu—
didaftarkan untuk berbuat sedemikian di bawah
Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007; atau
merupakan seorang pemegang permit di bawah
Akta Sewa Beli 1967;
“Pendaftar” ertinya pendaftar pemberi kredit Islam yang dilantik di bawah perenggan 35(2)(a);
“pendaftaran” ertinya suatu pendaftaran yang dibuat di bawah seksyen 59;
“pengarah” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam
Akta Syarikat 2016, dan termasuklah suatu sebutan kepada seseorang yang menduduki tempat atau bertindak dalam kedudukan sebagai seorang pengarah sesuatu perbadanan, dengan apa jua namanya digelar dan sama ada dilantik dengan sah atau tidak untuk menduduki tempat, atau diberi kuasa dengan sewajarnya untuk bertindak, dalam kedudukan itu;
“pengawal” ertinya seseorang sebagaimana yang ditakrifkan dalam subseksyen 47(6) atau subseksyen 64(6), mengikut mana-mana yang berkenaan;
“Pengerusi Eksekutif” ertinya pengerusi eksekutif Lembaga yang dilantik di bawah seksyen 9;
“pengguna kredit” ertinya mana-mana orang sebagaimana yang dinyatakan dalam subseksyen 5(1);
“pengurusan kanan” ertinya seseorang yang dilantik oleh suatu perbadanan untuk menguruskan mana-mana bahagian perniagaannya atau mempunyai kuasa dan tanggungjawab untuk perniagaan kredit, perniagaan perkhidmatan kredit atau keputusan perniagaan perbadanan itu, dengan apa jua namanya digelar dan termasuklah ketua eksekutif dan ketua pegawai kewangan;
Undang-Undang Malaysia 18
Akta 873
“perbadanan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 3 Akta Syarikat 2016;
“perjanjian kredit” ertinya suatu perjanjian yang dibuat antara suatu pemberi kredit dengan seorang pengguna kredit untuk memberikan kredit;
“perkiraan” ertinya suatu perkiraan sama ada formal atau tidak formal, lisan atau bertulis, nyata atau tersirat;
“perniagaan kredit” ertinya mana-mana perniagaan, sama ada konvensional atau Islam sebagaimana yang dinyatakan dalam
Jadual 2;
“perniagaan kredit Islam” ertinya mana-mana perniagaan sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan 2 Jadual 2;
“perniagaan perkhidmatan kredit” ertinya mana-mana perniagaan memberi perkhidmatan yang berhubungan dengan kredit sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual 3;
“pertubuhan perbadanan” ertinya seseorang yang diperbadankan oleh atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis, dan termasuklah suatu perbadanan atau badan berkanun, pihak berkuasa awam atau pihak berkuasa yang lain, yang diperbadankan oleh atau di bawah suatu undang-undang bertulis;
“perusahaan mikro atau kecil” merujuk kepada suatu perusahaan yang layak sebagai suatu perusahaan mikro atau kecil sebagaimana yang ditakrifkan berdasarkan saiz operasinya, oleh
Majlis Pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana Kebangsaan yang ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Perusahaan Kecil dan
Sederhana Malaysia 1995 [Akta 539];
“Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan” ertinya mana-mana badan sebagaimana yang dinyatakan di bawah subseksyen 34(1);
“premis” termasuklah apa-apa tanah, bangunan, struktur, tempat atau kenderaan, sama ada tetap atau sementara;
“standard atau garis panduan” termasuklah apa-apa obligasi atau kehendak sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya atau suatu Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan di bawah seksyen 123;
Kredit Pengguna 19
“Suruhanjaya” ertinya Suruhanjaya Kredit Pengguna yang ditubuhkan di bawah seksyen 6;
“syarikat” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam subseksyen 2(1) Akta Syarikat 2016;
“Timbalan Pendaftar” ertinya timbalan pendaftar pemberi kredit
Islam yang dilantik di bawah perenggan 35(2)(a);
“Timbalan Pengerusi Eksekutif” ertinya timbalan pengerusi eksekutif Lembaga yang dilantik di bawah seksyen 9;
“undang-undang sekuriti” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam subseksyen 2(1) Akta Suruhanjaya Sekuriti
Malaysia 1993.
Pengguna kredit dan kredit
5. (1) Seorang pengguna kredit yang disebut dalam Akta ini hendaklah terdiri daripada mana-mana orang yang berikut:
seorang individu yang mendapat, telah mendapat atau berhasrat untuk mendapatkan kredit sepenuhnya atau kebanyakannya bagi maksud persendirian, domestik atau isi rumah;
seseorang yang merupakan suatu perusahaan mikro atau kecil yang mendapat, telah mendapat atau berhasrat untuk mendapatkan kredit, jika kredit itu tidak melebihi suatu amaun sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri, atas syor Suruhanjaya;
mana-mana orang lain atau kelas, kategori atau perihalan orang sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya; dan
seorang individu yang bertindak sebagai seorang penjamin sosial, bukan bagi maksud membuat keuntungan, kepada seorang pengguna kredit di bawah perenggan (a), (b)
atau (c) berkenaan dengan suatu perjanjian kredit yang kepadanya Akta ini terpakai.
Undang-Undang Malaysia 20
Akta 873
Kredit yang disebut dalam Akta ini hendaklah terdiri daripada suatu perkiraan, perjanjian atau kemudahan, dalam apa jua bentuk atau dengan apa jua namanya digelar, termasuk yang dibuat mengikut prinsip Shariah—
yang menyebabkan seseorang berhutang atau menanggung suatu obligasi kewangan;
yang membenarkan pembayaran untuk barangan atau perkhidmatan yang dijual kepada seseorang dibuat secara ansuran; atau
apa-apa perkiraan, perjanjian atau kemudahan lain sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya.
Bahagian II
SURUHANJAYA KREDIT PENGGUNA
Penggal 1
Penubuhan, fungsi dan kuasa Suruhanjaya
Penubuhan Suruhanjaya
6. (1) Suruhanjaya Kredit Pengguna ditubuhkan.
Suruhanjaya hendaklah menjadi pertubuhan perbadanan dan hendaklah kekal turun-temurun.
Suruhanjaya boleh mendakwa dan didakwa atas namanya.
Suruhanjaya boleh, atas apa-apa terma sebagaimana yang difikirkan patut oleh Suruhanjaya dan bagi maksud Akta ini—
membuat kontrak;
memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati apa-apa jenis harta alih atau tak alih; dan
menjual, memindahkan, menyerahhakkan, menyerahkan balik, memulangkan, menggadaikan, menggadai janji, mendemis, menyerahhakkan semula, memindahmilikkan,
Kredit Pengguna 21
memajakkan, menyewakan, menyewakan semula atau selainnya melupuskan, atau menguruskan apa-apa harta alih atau tak alih atau apa-apa kepentingan mengenai harta itu yang terletak hak pada Suruhanjaya.
Fungsi Suruhanjaya
7. Fungsi Suruhanjaya adalah seperti yang berikut:
untuk menasihati Menteri dalam semua perkara yang berhubungan dengan kredit pengguna;
untuk menasihati Kerajaan tentang dasar kebangsaan yang melibatkan kredit pengguna;
untuk menggalakkan pelakuan yang sepatutnya dalam kalangan pemberi kredit dan pemberi perkhidmatan kredit;
untuk menggalakkan perkembangan industri kredit pengguna; dan
untuk melakukan apa-apa perkara lain yang timbul daripada, atau berbangkit dengan fungsi Suruhanjaya di bawah
Akta ini.
Kuasa Suruhanjaya
8. (1) Suruhanjaya hendaklah mempunyai kuasa untuk melakukan semua perkara yang perlu atau sesuai untuk dilakukan bagi, atau berkaitan dengan pelaksanaan fungsinya di bawah Akta ini.
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), kuasa Suruhanjaya hendaklah termasuk kuasa untuk—
mengawal selia semua perkara yang berhubungan dengan kredit pengguna;
mengawal selia dan menyelia orang yang menjalankan perniagaan kredit dan perniagaan perkhidmatan kredit yang dikawal selia oleh Suruhanjaya;
Undang-Undang Malaysia 22
Akta 873
mengenakan fi yang ditetapkan dalam melaksanakan fungsinya atau menjalankan kuasanya;
memeriksa perniagaan dan hal ehwal suatu pemberi kredit atau pemberi perkhidmatan kredit yang dikawal selia oleh Suruhanjaya;
mengenakan penalti monetari di bawah seksyen 106;
menyebabkan suatu penyiasatan dibuat dan menjalankan semua kuasa penyiasatan mengenai perkara yang berhubungan dengan perniagaan kredit atau perniagaan perkhidmatan kredit yang dikawal selia oleh Suruhanjaya;
menentukan standard atau garis panduan di bawah seksyen 123 mengenai perkara yang berhubungan dengan kredit pengguna yang dikawal selia oleh Suruhanjaya;
menggunakan semua harta alih dan tak alih Suruhanjaya mengikut cara sebagaimana yang Suruhanjaya fikirkan suai manfaat, termasuk mendapatkan dana dengan menggadai janji harta itu;
menubuhkan dan memberi kuasa kepada suatu jawatankuasa yang terdiri daripada anggota sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya bagi maksud melaksanakan apa-apa fungsinya atau menjalankan apa-apa kuasanya di bawah
Akta ini;
melantik dan menyara apa-apa ejen, pakar atau perunding sebagaimana yang disifatkannya patut bagi membantu
Suruhanjaya dalam melaksanakan fungsinya atau menjalankan kuasanya;
membayar saraan, elaun dan perbelanjaan lain anggota
Lembaga dan Jawatankuasa Lembaga;
memberi geran, pinjaman, pembiayaan dan pendahuluan kepada mana-mana orang atas terma dan syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga; dan
melakukan apa-apa perkara yang bersampingan dengan mana-mana fungsinya dan kuasanya.
Kredit Pengguna 23
Lembaga
9. (1) Hendaklah ada suatu Lembaga Suruhanjaya.
Lembaga hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut:
seorang Pengerusi Eksekutif yang hendaklah menjadi pengerusi Lembaga;
seorang Timbalan Pengerusi Eksekutif yang hendaklah menjadi timbalan pengerusi Lembaga;
seorang anggota yang mewakili setiap yang berikut:
Kementerian Kewangan;
Bank Negara Malaysia;
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia; dan
tidak lebih daripada empat orang anggota lain yang hendaklah mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang berkaitan dalam perkara yang berhubungan dengan kredit pengguna atau apa-apa perkara lain yang berkaitan dengan fungsi Suruhanjaya.
Anggota Lembaga termasuk seorang anggota silih ganti bagi mana-mana anggota yang disebut dalam perenggan (2)(c)
hendaklah dilantik oleh Menteri, atas syor Lembaga.
Anggota silih ganti itu hendaklah hanya disifatkan sebagai anggota Lembaga apabila menghadiri mesyuarat Lembaga bagi menggantikan tempat anggota yang disebut dalam perenggan (2)(c).
Lembaga—
hendaklah bertanggungjawab bagi, dan mempunyai pemantauan ke atas penjalanan perniagaan dan hal ehwal Suruhanjaya;
hendaklah bertanggungjawab bagi objektif dasar yang berhubungan dengan industri kredit;
Undang-Undang Malaysia 24
Akta 873
hendaklah bertanggungjawab bagi pentadbiran am dan pengawasan keseluruhan tadbir urus Suruhanjaya;
hendaklah bertanggungjawab bagi mengkaji semula dan meluluskan belanjawan dan pelan strategik Suruhanjaya; dan
hendaklah bertanggungjawab bagi apa-apa perkara lain sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Akta ini.
Seorang anggota Lembaga hendaklah—
pada setiap masa bertindak secara jujur dan demi kepentingan
Suruhanjaya dan menggunakan usaha yang munasabah dalam melaksanakan fungsinya; dan
tidak boleh menyalahgunakan apa-apa maklumat yang diperoleh atau menggunakan apa-apa pengaruh yang tidak wajar oleh sebab kedudukannya untuk mendapat secara langsung atau tidak langsung suatu kelebihan bagi dirinya atau bagi mana-mana orang lain.
Pelantikan anggota Lembaga
10. (1) Seseorang yang akan dilantik sebagai Pengerusi Eksekutif atau Timbalan Pengerusi Eksekutif di bawah perenggan 9(2)(a)
dan (b) hendaklah seseorang yang mempunyai integriti dan reputasi yang amat baik dengan pengetahuan tentang, atau pengalaman dalam perniagaan, pengurusan syarikat, perlindungan pengguna kredit, produk dan perkhidmatan kewangan atau kredit, undang-undang, ekonomi atau perakaunan.
Menteri, dalam melantik anggota Lembaga yang lain di bawah perenggan 9(2)(d), hendaklah memberi perhatian kepada—
kejujuran, integriti peribadi, integriti kewangan dan reputasi orang itu;
kecekapan dan kebolehan orang itu, termasuk mempunyai pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang berkaitan, dalam memenuhi tanggungjawabnya sebagai seorang anggota Lembaga; dan
kepelbagaian anggota Lembaga dalam hal minat, pengetahuan, kemahiran dan pengalaman.
Kredit Pengguna 25
Tempoh jawatan
11. Semua anggota Lembaga hendaklah dilantik bagi tempoh tiga tahun dan adalah layak untuk pelantikan semula bagi suatu tempoh yang ditentukan dalam instrumen pelantikan yang tidak melebihi suatu tempoh maksimum dua penggal berturut-turut.
Pembatalan pelantikan dan peletakan jawatan
12. (1) Menteri boleh, atas syor Lembaga, pada bila-bila masa, membatalkan pelantikan seorang anggota Lembaga atas apa-apa sebab termasuk yang berikut:
anggota itu tidak hadir dalam tiga mesyuarat Lembaga secara berturut-turut, dalam hal Pengerusi Eksekutif, tanpa kebenaran Menteri dan dalam hal Timbalan Pengerusi
Eksekutif atau anggota Lembaga lain, tanpa kebenaran
Pengerusi Eksekutif;
anggota itu tidak mematuhi obligasinya di bawah seksyen 20; atau
anggota itu hilang kelayakan di bawah seksyen 19.
Pembatalan pelantikan di bawah subseksyen (1) hendaklah disokong dengan suatu sebab secara bertulis.
Mana-mana anggota Lembaga boleh meletakkan jawatannya dengan memberi suatu notis bertulis yang ditujukan kepada
Menteri.
Saraan dan elaun
13. (1) Pengerusi Eksekutif dan Timbalan Pengerusi Eksekutif hendaklah dibayar apa-apa saraan dan apa-apa elaun lain sebagaimana yang ditentukan oleh Jawatankuasa Pencalonan dan Saraan yang ditubuhkan di bawah subseksyen 18(1).
Anggota bukan eksekutif Lembaga yang disebut dalam perenggan 9(2)(c) dan (d) yang dijemput untuk menyertai apa-apa mesyuarat termasuk suatu mesyuarat Lembaga boleh dibayar apa-apa saraan atau elaun sebagaimana yang ditentukan oleh
Menteri.
Undang-Undang Malaysia 26
Akta 873
Mesyuarat Lembaga
14. (1) Lembaga boleh bermesyuarat seberapa kerap yang perlu bagi pelaksanaan fungsinya dan hendaklah menentukan tatacaranya sendiri termasuk tatacara bagi Jawatankuasa Lembaga mengikut amalan tadbir urus yang baik.
Lembaga boleh menjemput mana-mana orang yang bukan seorang anggota Lembaga untuk menghadiri mesyuaratnya bagi menasihati Lembaga tentang apa-apa perkara yang dibincangkan.
Tindakan dan prosiding Lembaga tidak terjejas oleh kekosongan, dsb.
15. Lembaga boleh bertindak walau apa pun terdapat apa-apa kekosongan dalam keanggotaannya dan prosidingnya tidak boleh menjadi tak sah oleh sebab—
ketidakhadiran mana-mana anggota;
apa-apa kecacatan yang kemudiannya diketahui dalam pelantikan atau kelayakan mana-mana anggota atau keanggotaan Lembaga;
apa-apa peninggalan, kecacatan atau salah aturan dalam pengadaan atau penjalanan suatu mesyuarat; atau
kehadiran atau penyertaan seseorang yang bukan seorang anggota Lembaga.
Perwakilan fungsi dan kuasa, dsb.
16. (1) Suruhanjaya boleh mewakilkan fungsinya atau kuasanya di bawah Akta ini kepada—
Pengerusi Eksekutif atau Timbalan Pengerusi Eksekutif;
seseorang yang ditetapkan oleh Lembaga atau mana-mana jawatankuasa yang ditubuhkan; atau
mana-mana pegawai Suruhanjaya.
Kredit Pengguna 27
Perwakilan di bawah seksyen ini tidaklah menghalang pelaksanaan atau penjalanan serentak fungsi atau kuasa yang telah diwakilkan oleh Suruhanjaya.
Kuasa untuk mengguna khidmat orang untuk memberikan bantuan
17. Suruhanjaya boleh mengguna khidmat, sama ada secara am atau dalam sesuatu perkara tertentu, di bawah apa-apa terma dan syarat guna khidmat sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya dari semasa ke semasa, mana-mana orang yang bukan seorang pegawai Suruhanjaya—
untuk memberikan apa-apa bantuan sebagaimana yang dikehendaki atau ditentukan oleh Suruhanjaya berkaitan dengan pelaksanaan fungsinya atau penjalanan kuasanya di bawah Akta ini; atau
untuk melaksanakan atau menjalankan perkara yang sama yang disebut dalam perenggan (a) bagi pihak dan atas nama Suruhanjaya.
Jawatankuasa Lembaga
18. (1) Lembaga hendaklah menubuhkan jawatankuasa yang berikut yang hanya terdiri daripada anggota bukan eksekutif Lembaga yang disebut dalam perenggan 9(2)(c)
dan (d):
Jawatankuasa Audit dan Risiko; dan
Jawatankuasa Pencalonan dan Saraan.
Lembaga boleh menubuhkan apa-apa jawatankuasa lain, dalam apa-apa bentuk dan dengan apa-apa jua namanya digelar, sebagaimana yang Lembaga berpendapat patut atau perlu, yang boleh terdiri daripada mana-mana orang yang berikut sebagaimana yang dilantik oleh Lembaga:
(a)
mana-mana anggota Lembaga; dan
(b)
mana-mana orang lain.
Undang-Undang Malaysia 28
Akta 873
Dalam melantik seseorang di bawah perenggan (2)(b), Lembaga hendaklah mengambil kira kejujuran, integriti peribadi, integriti kewangan, reputasi, pengetahuan, kemahiran dan pengalaman orang itu, yang akan membolehkannya melaksanakan fungsinya sebagai seorang anggota Jawatankuasa Lembaga itu.
Fungsi Jawatankuasa Audit dan Risiko yang ditubuhkan menurut perenggan (1)(a) hendaklah termasuk untuk membantu
Lembaga dalam pengawasannya ke atas—
integriti akaun dan penyata kewangan Suruhanjaya;
keberkesanan sistem kawalan dalaman Suruhanjaya;
pelaksanaan fungsi audit dalaman Suruhanjaya;
pematuhan oleh Suruhanjaya dengan kehendak undang-undang dan pengawalseliaan;
kajian semula dan pengurusan risiko perusahaan Suruhanjaya; dan
apa-apa perkara lain sebagaimana yang ditentukan oleh
Lembaga.
Fungsi Jawatankuasa Pencalonan dan Saraan yang ditubuhkan menurut perenggan (1)(b) hendaklah termasuk—
untuk mengesyorkan anggota Lembaga bagi maksud subseksyen 9(3); dan
untuk bertanggungjawab bagi apa-apa perkara lain sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga.
Fungsi mana-mana Jawatankuasa Lembaga yang ditubuhkan menurut subseksyen (2) hendaklah ditentukan oleh Lembaga.
Orang yang disebut di bawah perenggan (2)(b) hendaklah—
pada setiap masa bertindak secara jujur dan demi kepentingan
Suruhanjaya dan menggunakan usaha yang munasabah dalam melaksanakan fungsinya; dan
Kredit Pengguna 29
tidak menyalahgunakan apa-apa maklumat yang diperoleh atau menggunakan apa-apa pengaruh yang tidak wajar oleh sebab kedudukannya untuk mendapat secara langsung atau tidak langsung suatu kelebihan bagi dirinya atau bagi mana-mana orang lain.
Lembaga boleh membatalkan pelantikan orang yang disebut di bawah perenggan (2)(b) atas apa-apa sebab termasuk yang berikut:
orang itu tidak hadir dalam tiga mesyuarat Jawatankuasa
Lembaga secara berturut-turut tanpa kebenaran Pengerusi
Eksekutif;
orang itu tidak mematuhi obligasinya di bawah seksyen 20; atau
orang itu hilang kelayakan di bawah seksyen 19.
Pembatalan pelantikan di bawah subseksyen (8) hendaklah disokong dengan suatu sebab secara bertulis.
Mana-mana orang yang disebut di bawah perenggan (2)(b)
boleh meletakkan jawatannya dengan memberi suatu notis bertulis yang ditujukan kepada Lembaga.
Kehilangan kelayakan anggota Lembaga dan Jawatankuasa
Lembaga
19. Tiada seorang pun boleh dilantik, atau terus kekal, menjadi seorang anggota Lembaga atau Jawatankuasa Lembaga jika—
dia ialah atau menjadi seorang ahli Dewan Negara atau
Dewan Rakyat atau mana-mana Dewan Undangan;
dia ialah atau menjadi seorang pegawai, pengarah atau pekongsi, suatu pemberi kredit atau pemberi perkhidmatan kredit;
dia ialah atau menjadi seorang pemegang jawatan, atau dia memegang apa-apa jawatan atau kedudukan yang sama dalam suatu parti politik;
Undang-Undang Malaysia 30
Akta 873
telah dibuktikan terhadapnya, atau jika dia telah disabitkan atas, suatu pertuduhan berkenaan dengan—
suatu kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan, keganasan atau keburukan akhlak;
suatu kesalahan di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan rasuah; atau
mana-mana kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan (sama ada pemenjaraan sahaja atau sebagai tambahan kepada atau sebagai ganti suatu denda) selama lebih daripada dua tahun;
kelakuannya, sama ada yang berkaitan dengan fungsinya sebagai seorang anggota Lembaga atau selainnya, telah menjadi kelakuan yang memburukkan nama atau membawa aib kepada Suruhanjaya;
dia ialah atau menjadi seorang bankrap, atau menggantung pembayaran atau mencapai penyelesaian dengan pemiutangnya;
dia ialah atau menjadi tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya untuk melaksanakan fungsinya; atau
dia terlibat atau menjadi terlibat dalam apa-apa aktiviti yang boleh mengganggu kebebasannya dalam melaksanakan fungsinya.
Penzahiran kepentingan
20. (1) Seorang anggota Lembaga atau suatu Jawatankuasa
Lembaga, yang memperoleh atau mempunyai suatu kepentingan, secara langsung atau tidak langsung, berhubung dengan apa-apa perkara yang dibincangkan oleh Lembaga atau
Jawatankuasa Lembaga hendaklah menzahirkan kepada Lembaga atau Jawatankuasa Lembaga itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, kewujudan kepentingannya dan jenis kepentingannya itu.
Kredit Pengguna 31
Sesuatu penzahiran di bawah subseksyen (1) hendaklah direkodkan dalam minit mesyuarat Lembaga atau Jawatankuasa
Lembaga, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan selepas penzahiran itu, anggota Lembaga atau Jawatankuasa Lembaga itu hendaklah—
tidak boleh mengambil bahagian atau hadir dalam apa-apa pertimbangtelitian atau keputusan Lembaga atau Jawatankuasa
Lembaga, mengikut mana-mana yang berkenaan; dan
tidak diambil kira bagi maksud membentuk suatu kuorum
Lembaga atau Jawatankuasa Lembaga, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang berhubungan dengan perkara itu.
Tiada tindakan atau prosiding Lembaga atau Jawatankuasa
Lembaga boleh menjadi tak sah atas alasan bahawa mana-mana anggota Lembaga atau Jawatankuasa Lembaga telah tidak mematuhi seksyen ini.
Mana-mana anggota Lembaga atau Jawatankuasa Lembaga yang melanggar subseksyen (1) atau perenggan (2)(a) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Penyata, laporan, akaun dan maklumat
21. Suruhanjaya hendaklah memberi Menteri apa-apa penyata, laporan, akaun dan maklumat berkenaan dengan pelaksanaan mana-mana fungsinya di bawah Akta ini sebagaimana yang dikehendaki oleh Menteri dari semasa ke semasa.
Penggal 2
Pengerusi Eksekutif dan Timbalan Pengerusi Eksekutif
Pengerusi Eksekutif
22. (1) Pengerusi Eksekutif hendaklah diamanahkan dengan pentadbiran dan pengurusan harian Suruhanjaya dan boleh, melainkan jika diperuntukkan selainnya di bawah Akta ini, menjalankan semua kuasa dan membuat semua tindakan yang boleh dilakukan oleh
Suruhanjaya di bawah Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis yang lain.
Undang-Undang Malaysia 32
Akta 873
Pengerusi Eksekutif boleh membawa apa-apa perkara berhubung dengan fungsi atau kuasa Suruhanjaya kepada Lembaga atau Jawatankuasa Lembaga untuk pertimbangtelitian atau arahan, jika difikirkannya perlu.
Ketiadaan atau ketidakupayaan Pengerusi Eksekutif dan
Timbalan Pengerusi Eksekutif
23. (1) Semasa ketiadaan Pengerusi Eksekutif atau ketidakupayaan
Pengerusi Eksekutif untuk bertindak atas apa-apa sebab,
Timbalan Pengerusi Eksekutif hendaklah menjalankan fungsi
Pengerusi Eksekutif.
Bagi maksud subseksyen (1), dalam hal apabila
Timbalan Pengerusi Eksekutif itu juga tiada atau tidak berupaya untuk bertindak atas apa-apa sebab, seorang pegawai kanan Suruhanjaya yang ditentukan oleh Lembaga atas syor
Jawatankuasa Pencalonan dan Saraan hendaklah menjalankan fungsi
Pengerusi Eksekutif.
Penggal 3
Pegawai Suruhanjaya
Pelantikan pegawai Suruhanjaya, dsb.
24. (1) Suruhanjaya boleh dari semasa ke semasa melantik orang yang hendaklah dibayar apa-apa saraan dan elaun, dan hendaklah memegang jawatan mereka atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga.
Suruhanjaya boleh membuat perkiraan bagi pembayaran apa-apa faedah persaraan, gratuiti atau elaun lain sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga kepada pegawainya dan pekerjanya dan tanggungan mereka.
Semua anggota Lembaga atau mana-mana jawatankuasanya atau mana-mana pegawai Suruhanjaya semasa melaksanakan fungsi mereka atau menjalankan kuasa mereka sebagai anggota atau pegawai itu hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam dalam erti Kanun Keseksaan [Akta 574] dan pegawai awam bagi maksud Akta Keterangan 1950.
Kredit Pengguna 33
Walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis—
dalam mana-mana prosiding sivil oleh atau terhadap
Suruhanjaya; atau
dalam mana-mana prosiding sivil lain yang Suruhanjaya dikehendaki atau dibenarkan oleh mahkamah untuk diwakili atau didengar, atau selainnya berhak untuk diwakili atau didengar, mana-mana pegawai Suruhanjaya yang diberi kuasa oleh Pengerusi
Eksekutif bagi maksud itu boleh, bagi pihak Suruhanjaya, memulakan prosiding itu atau hadir sebagai seorang peguam bela dalam prosiding itu, dan boleh membuat apa-apa kehadiran dan permohonan dan menjalankan semua tindakan berkenaan dengan prosiding itu bagi pihak Suruhanjaya.
Kuasa untuk memberikan pemberian, pinjaman, pembiayaan dan pendahuluan kepada pegawainya, dsb.
25. (1) Suruhanjaya boleh memberikan pemberian, pinjaman, pembiayaan dan pendahuluan, termasuk pinjaman pelajaran dan biasisiwa, kepada pegawainya dan pekerjanya atau kepada orang lain atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga.
Dalam seksyen ini, istilah “pegawai” termasuklah Pengerusi
Eksekutif dan Timbalan Pengerusi Eksekutif.
Penggal 4
Kewangan
Kumpulan Wang Suruhanjaya
26. (1) Suatu Kumpulan Wang yang hendaklah ditadbir dan dikawal oleh Suruhanjaya adalah ditubuhkan.
Kumpulan Wang hendaklah terdiri daripada—
apa-apa jumlah wang sebagaimana yang diperuntukkan dari semasa ke semasa bagi maksud Akta ini oleh Parlimen;
Undang-Undang Malaysia 34
Akta 873
jumlah wang yang dipinjam oleh Suruhanjaya bagi maksud memenuhi mana-mana obligasinya, melaksanakan apa-apa fungsinya atau menjalankan apa-apa kuasanya;
fi atau caj lain yang dikenakan oleh Suruhanjaya;
penalti yang dibayar kepada Suruhanjaya atau wang yang didapatkan oleh, atau bagi pihak, Suruhanjaya dalam menjalankan suatu hak tindakan yang diberikan atau diperoleh di bawah Akta ini;
pendanaan yang diterima oleh Suruhanjaya yang tidak termasuk pemberian yang diterima di bawah perenggan 33(2)(a);
segala jumlah wang atau harta lain yang mungkin dengan apa-apa cara menjadi kena dibayar kepada atau terletak hak pada Suruhanjaya berkenaan dengan apa-apa perkara yang bersampingan dengan fungsinya dan kuasanya; dan
semua wang lain yang secara sah kena dibayar kepada, atau diterima oleh Suruhanjaya.
Kumpulan Wang hendaklah dibelanjakan bagi maksud—
membayar apa-apa perbelanjaan yang ditanggung secara sah oleh Suruhanjaya termasuk fi dan kos guaman dan fi dan kos yang lain, dan saraan dan elaun bagi pegawai-pegawai dan ejen-ejen yang dilantik dan diambil kerja oleh Suruhanjaya, termasuk pemberian pinjaman, pembiayaan, pendahuluan, pemberian, faedah persaraan, biasiswa, elaun persaraan, elaun atau gratuiti;
membayar apa-apa perbelanjaan, kos atau perbelanjaan lain yang dilakukan atau diterima dengan sepatutnya oleh Suruhanjaya dalam melaksanakan fungsinya atau menjalankan kuasanya di bawah Akta ini;
membeli atau menyewa kelengkapan, jentera dan apa-apa bahan lain, memperoleh tanah dan mendirikan bangunan, dan menjalankan apa-apa kerja dan pengusahaan lain dalam melaksanakan fungsinya atau menjalankan kuasanya di bawah Akta ini;
Kredit Pengguna 35
membayar balik apa-apa wang yang dipinjam dan faedah yang kena dibayar atasnya; dan
secara amnya membayar apa-apa perbelanjaan bagi melaksanakan peruntukan Akta ini.
Suruhanjaya hendaklah mempunyai kewajipan untuk memelihara Kumpulan Wang dengan melaksanakan fungsinya dan menjalankan kuasanya di bawah Akta ini untuk menjamin jumlah keseluruhan hasil Suruhanjaya adalah mencukupi untuk membayar semua jumlah wang yang boleh dipertanggungkan dengan sepatutnya kepada akaun hasilnya termasuk susut nilai dan faedah atas modal, dari setahun ke setahun.
Pendanaan kepada Suruhanjaya
27. (1) Suatu Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan boleh, atas apa-apa terma dan syarat yang ditentukan oleh
Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan itu, memberi, meminjamkan atau mendahulukan sejumlah wang—
yang perlu untuk penubuhan Suruhanjaya; dan
berkenaan dengan kekurangan hasil belanjawan Suruhanjaya, yang semunasabahnya perlu untuk pengendalian
Suruhanjaya yang sepatutnya.
Bagi maksud seksyen ini—
pemberian, pinjaman dan pendahuluan di bawah subseksyen (1) hendaklah hanya diberikan oleh
Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan itu tertakluk kepada undang-undang bertulis yang berkaitan dan dengan kelulusan bertulis terdahulu lembaga pengarahnya, atau mana-mana orang lain jika dikehendaki di bawah mana-mana undang-undang bertulis; dan
“Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan” tidak termasuk Suruhanjaya dan semua kementerian yang disebut dalam tafsiran “Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan” dalam seksyen 4.
Seksyen ini hendaklah terhenti berkuat kuasa pada 1 Januari 2031.
Undang-Undang Malaysia 36
Akta 873
Tahun kewangan
28. Tahun kewangan Suruhanjaya hendaklah bermula pada hari pertama bulan Januari dan berakhir pada hari ketiga puluh satu bulan Disember bagi setiap tahun.
Laporan tahunan
29. Suruhanjaya hendaklah, dengan seberapa segera yang praktik selepas berakhirnya setiap tahun kewangan, menyediakan suatu laporan mengenai aktivitinya semasa tahun kewangan itu dan menghantar suatu salinan laporan itu kepada Menteri yang hendaklah menyebabkan salinan itu dibentangkan di hadapan kedua-dua Majlis Parlimen.
Akaun
30. (1) Suruhanjaya hendaklah menyebabkan akaun Kumpulan
Wang yang ditubuhkan di bawah seksyen 26 disimpan dengan sepatutnya dan hendaklah, dengan seberapa segera yang praktik selepas berakhirnya setiap tahun kewangan, menyebabkan suatu penyata akaun Suruhanjaya disediakan bagi tahun kewangan itu yang hendaklah termasuk suatu kunci kira-kira dan suatu akaun pendapatan dan perbelanjaan.
Suruhanjaya hendaklah menyebabkan penyata akaun itu diaudit oleh juruaudit yang dilantik oleh Suruhanjaya.
Suruhanjaya hendaklah dengan seberapa segera yang praktik menghantar satu salinan penyata akaun yang diperakui oleh juruaudit itu dan satu salinan laporan juruaudit kepada Menteri yang hendaklah menyebabkannya dibentangkan di hadapan kedua-dua Majlis Parlimen.
Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980
[Akta 240] tidaklah terpakai bagi Suruhanjaya.
Kredit Pengguna 37
Kuasa untuk meminjam
31. Menteri boleh, atas syor Lembaga, meluluskan untuk
Suruhanjaya meminjam atas apa-apa kadar faedah atau keuntungan dan bagi apa-apa tempoh dan atas apa-apa terma tentang masa dan kaedah pembayaran balik dan selainnya sebagaimana yang diluluskan oleh Menteri, apa-apa jumlah wang yang dikehendaki oleh Suruhanjaya bagi memenuhi mana-mana obligasinya atau bagi melaksanakan mana-mana fungsinya di bawah Akta ini.
Pelaburan
32. Wang Suruhanjaya hendaklah, setakat yang ia tidak dikehendaki untuk dibelanjakan oleh Suruhanjaya di bawah Akta ini, dilaburkan mengikut cara sebagaimana yang difikirkan patut oleh Suruhanjaya, dengan kelulusan Menteri.
Suruhanjaya boleh menubuhkan atau menyertai pertubuhan perbadanan
33. (1) Suruhanjaya boleh, dengan kelulusan Menteri, menubuhkan atau menyertai mana-mana pertubuhan perbadanan bagi maksud melindungi kepentingan awam atau pengguna kredit atau bagi melaksanakan fungsinya di bawah Akta ini.
Suruhanjaya boleh—
menerima suatu pemberian atau sumbangan;
membuat suatu pemberian atau sumbangan; atau
menyediakan apa-apa bentuk bantuan lain, bagi penubuhan atau pengendalian pertubuhan perbadanan itu di bawah subseksyen (1).
Wang yang diterima di bawah perenggan (2)(a) hendaklah disimpan dalam suatu akaun amanah yang ditetapkan.
Suruhanjaya hendaklah membayar wang di dalam akaun amanah yang ditetapkan itu kepada orang yang berhak mengikut maksud yang baginya wang itu diterima oleh Suruhanjaya.
Undang-Undang Malaysia 38
Akta 873
Bahagian III
FUNGSI DAN KUASA PIHAK BERKUASA PENGAWALSELIAAN
DAN PENYELIAAN
Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan
34. (1) Suatu Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan yang disebut dalam Akta ini hendaklah terdiri daripada mana-mana badan yang berikut:
Suruhanjaya;
Bank Negara Malaysia;
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia;
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara
Hidup;
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan; dan
Suruhanjaya Koperasi Malaysia;
Suatu Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan hendaklah mempunyai semua fungsi untuk mengawal selia dan menyelia orang-orang yang berikut yang dikawal selia oleh
Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan itu:
pemberi kredit yang menjalankan perniagaan kredit sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual 2; atau
pemberi perkhidmatan kredit yang menjalankan perniagaan perkhidmatan kredit sebagaimana yang dinyatakan dalam
Jadual 3.
Bagi maksud subseksyen (2), kuasa suatu Pihak Berkuasa
Pengawalseliaan dan Penyeliaan hendaklah termasuk kuasa untuk—
mengenakan fi atau caj lain;
memeriksa perniagaan dan hal ehwal suatu pemberi kredit atau pemberi perkhidmatan kredit yang dikawal selia oleh Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan itu;
Kredit Pengguna 39
mengenakan penalti monetari di bawah seksyen 106;
menyebabkan suatu penyiasatan dibuat dan menjalankan semua kuasa penyiasatan mengenai perkara yang berhubungan dengan perniagaan kredit atau perniagaan perkhidmatan kredit yang dikawal selia oleh Pihak
Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan masing-masing;
menentukan standard atau garis panduan untuk apa-apa perkara di bawah seksyen 123;
mengeluarkan panduan di bawah seksyen 125;
menyiarkan maklumat di bawah seksyen 126; dan
melakukan apa-apa perkara yang bersampingan dengan mana-mana fungsinya dan kuasanya.
Bagi maksud seksyen ini, suatu Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan hendaklah melaksanakan fungsi dan menjalankan kuasa di bawah Akta ini dengan cara yang ia berpendapat paling wajar bagi maksud Akta ini.
Fungsi dan kuasa Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan
Penyeliaan di bawah Akta ini hendaklah menjadi tambahan kepada, dan tidak mengurangkan, fungsi dan kuasa Pihak Berkuasa
Pengawalseliaan dan Penyeliaan itu di bawah undang-undang bertulis berkaitan yang lain.
Pelantikan pegawai atau orang lain
35. (1) Suatu Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan boleh melantik mana-mana pegawainya atau mana-mana orang lain untuk melaksanakan mana-mana atau semua fungsinya atau menjalankan mana-mana atau semua kuasanya, atau memberikan apa-apa bantuan dalam melaksanakan fungsinya atau menjalankan kuasanya di bawah Akta ini sebagaimana yang ditentukan olehnya.
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), Menteri
Perumahan dan Kerajaan Tempatan boleh melantik—
seorang Pendaftar pemberi kredit Islam dan apa-apa bilangan Timbalan Pendaftar pemberi kredit Islam; dan
Undang-Undang Malaysia 40
Akta 873
mana-mana pegawai lain sebagaimana yang perlu bagi maksud Akta ini, termasuk pegawai penyiasat.
Pendaftar dan Timbalan Pendaftar hendaklah mempunyai dan boleh melaksanakan atau menjalankan mana-mana fungsi dan kuasa seorang pegawai penyiasat di bawah Akta ini.
Pendaftar boleh, secara bertulis, mewakilkan semua atau mana-mana fungsinya dan kuasanya di bawah Akta ini, kecuali kuasa pewakilannya, kepada mana-mana Timbalan Pendaftar atau pegawai yang dilantik di bawah subseksyen (1) dan (2).
Bahagian IV
JAWATANKUASA PENASIHAT
Penubuhan Jawatankuasa Penasihat
36. Suatu Jawatankuasa Penasihat ditubuhkan.
Keanggotaan
37. Jawatankuasa Penasihat hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut:
Pengerusi Eksekutif sebagai pengerusi Jawatankuasa
Penasihat;
seorang wakil pengurusan kanan daripada setiap yang berikut:
Kementerian Kewangan;
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi;
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan
Kos Sara Hidup;
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan;
Bank Negara Malaysia;
Kredit Pengguna 41
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia; dan
Suruhanjaya Koperasi Malaysia; dan
mana-mana orang lain sebagaimana yang dilantik oleh
Jawatankuasa Penasihat.
Fungsi Jawatankuasa Penasihat
38. Jawatankuasa Penasihat hendaklah mempunyai fungsi yang berikut:
untuk menyelaras dasar dan strategi bagi perlindungan pengguna kredit selaras dengan Akta ini;
untuk menggalakkan dan memantau pengawalseliaan berkesan industri kredit pengguna dan pelaksanaan
Akta ini yang konsisten;
untuk memudahkan kerjasama dan penyelarasan antara anggota Jawatankuasa Penasihat berhubung dengan—
penjalanan kuasa penyeliaan, penyiasatan dan penguatkuasaan di bawah Akta ini, termasuk dalam hal keadaan jika penjalanan kuasa itu oleh suatu Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan
Penyeliaan mungkin melibatkan perkara yang dikawal selia oleh Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan yang lain;
pembangunan kapasiti Pihak-Pihak Berkuasa
Pengawalseliaan dan Penyeliaan;
memacu reformasi rangka kerja pengawalseliaan kredit pengguna;
menggalakkan kesedaran dan pendidikan kewangan pengguna kredit untuk menggalakkan suatu budaya kredit yang kukuh; dan
menugaskan atau menjalankan kajian atau penyelidikan am bagi maksud yang berhubung dengan Akta ini;
Undang-Undang Malaysia 42
Akta 873
untuk menimbang teliti implikasi mana-mana undang-undang bertulis, garis panduan, atau dasar yang dicadangkan oleh Suruhanjaya atau Pihak Berkuasa
Pengawalseliaan dan Penyeliaan itu; dan
untuk menimbang teliti apa-apa perkara yang boleh dirujuk kepadanya bagi maksud pelaksanaan Akta ini secara patut dan berkesan, dan untuk perlindungan pengguna kredit.
Mesyuarat Jawatankuasa Penasihat
39. Jawatankuasa Penasihat boleh mengadakan tatacaranya sendiri, yang hendaklah selaras dengan amalan tadbir urus yang baik.
Bahagian V
PELESENAN DAN PENDAFTARAN
Penggal 1
Pelesenan
Kehendak untuk lesen
40. (1) Tiada seorang pun boleh menjalankan apa-apa perniagaan kredit sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan 1 atau perenggan 2 Jadual 4 atau mengemukakan dirinya sebagai menjalankan perniagaan itu melainkan jika dia adalah suatu pemberi kredit berlesen.
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
Permohonan untuk lesen
41. (1) Seseorang yang berniat untuk menjalankan suatu perniagaan kredit sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan 1 atau perenggan 2 Jadual 4 hendaklah mengemukakan suatu permohonan kepada Suruhanjaya atau Pendaftar, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Kredit Pengguna 43
Permohonan di bawah subseksyen (1) hendaklah—
dibuat kepada Suruhanjaya atau Pendaftar, mengikut mana-mana yang berkenaan, dalam apa-apa bentuk dan mengikut cara sebagaimana yang ditentukan oleh
Suruhanjaya atau Pendaftar; dan
disertakan dengan pembayaran fi yang ditetapkan dan apa-apa maklumat, butir-butir atau dokumen sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya atau Pendaftar, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Suruhanjaya atau Pendaftar, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh pada bila-bila masa selepas penerimaan suatu permohonan di bawah subseksyen (1)—
menjalankan apa-apa siasatan sebagaimana yang difikirkannya perlu, termasuk menjalankan pemeriksaan terhadap latar belakang kewangan, profesional, jenayah atau yang lain ke atas pemohon dan pengawal, pengarah, pekongsi dan pengurusan kanan pemohon itu; dan
melalui suatu notis bertulis menghendaki pemohon itu untuk memberinya apa-apa dokumen atau maklumat sebagaimana yang disifatkan perlu oleh Suruhanjaya atau Pendaftar, mengikut mana-mana yang berkenaan, berhubung dengan permohonan itu.
Jika apa-apa dokumen atau maklumat tambahan yang dikehendaki di bawah perenggan (3)(b) tidak diberikan oleh pemohon itu dalam tempoh yang ditentukan dalam notis bertulis itu atau apa-apa tempoh lanjutan yang diberikan oleh Suruhanjaya atau Pendaftar, mengikut mana-mana yang berkenaan—
permohonan itu tidak lagi boleh diteruskan, tetapi tanpa menjejaskan hak pemohon itu untuk membuat suatu permohonan baharu; dan
tiada bayaran balik bagi fi yang telah dibayar oleh pemohon itu.
Undang-Undang Malaysia 44
Akta 873
Jika suatu pemohon menarik balik suatu permohonan yang telah dikemukakan di bawah subseksyen (2)—
ia tidak akan menjejaskan hak pemohon itu untuk membuat suatu permohonan baharu selepas suatu tempoh sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya atau
Pendaftar, mengikut mana-mana yang berkenaan; dan
tiada bayaran balik bagi fi yang telah dibayar oleh pemohon itu.
Setelah menerima suatu permohonan dan bayaran fi serta pengemukaan maklumat, butir-butir atau dokumen di bawah subseksyen (2) dan apa-apa dokumen atau maklumat tambahan yang diberi di bawah perenggan (3)(b), Suruhanjaya atau Pendaftar, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh mempertimbangkan permohonan itu.
Suatu pemberi kredit berlesen yang berniat untuk menjalankan suatu perniagaan kredit yang berikutnya sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan 1 atau perenggan 2 Jadual 4
hendaklah mengemukakan permohonan lain kepada Suruhanjaya atau Pendaftar, mengikut mana-mana yang berkenaan, mengikut seksyen ini.
Tiada apa-apa dalam Akta ini boleh melarang atau menyekat mana-mana pemberi kredit berlesen yang dikawal selia oleh
Suruhanjaya daripada menjalankan suatu perniagaan kredit Islam sebagai tambahan kepada perniagaan kredit konvensionalnya, dengan syarat pemberi kredit berlesen itu mendapat kelulusan bertulis Suruhanjaya terlebih dahulu.
Pemberian lesen
42. (1) Suruhanjaya atau Pendaftar, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh memberikan suatu lesen jika Suruhanjaya atau
Pendaftar berpuas hati bahawa pemohon itu—
memenuhi kehendak kewangan minimum di bawah seksyen 44; dan
Kredit Pengguna 45
mematuhi mana-mana peraturan-peraturan, standard atau garis panduan, atau kehendak lain yang berhubungan dengan pelesenan di bawah Akta ini atau syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya atau Pendaftar, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Suruhanjaya atau Pendaftar, mengikut mana-mana yang berkenaan—
dalam memberikan suatu lesen di bawah subseksyen (1), boleh menentukan apa-apa syarat bagi lesen itu sebagaimana yang Suruhanjaya atau Pendaftar fikirkan patut untuk dikenakan, mengikut mana-mana yang berkenaan; atau
boleh pada bila-bila masa semasa tempoh lesen itu mengeluarkan suatu notis bertulis untuk—
mengenakan apa-apa syarat tambahan atau baharu;
meminda atau mengubah mana-mana syarat itu; atau
membatalkan atau mengenepikan mana-mana syarat itu.
Jika Suruhanjaya atau Pendaftar, mengikut mana-mana yang berkenaan, menambah, meminda, mengubah, membatalkan atau mengenepikan mana-mana syarat di bawah subseksyen (2), penambahan, pindaan, pengubahan, pembatalan atau pengenepian itu hendaklah berkuat kuasa pada masa penyampaian notis itu atau pada masa sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya atau Pendaftar, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Mana-mana orang yang tidak mematuhi mana-mana syarat suatu lesen yang dikenakan di bawah subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi empat tahun atau kedua-duanya.
Undang-Undang Malaysia 46
Akta 873
Alasan bagi penolakan lesen
43. (1) Suruhanjaya atau Pendaftar, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh menolak permohonan untuk suatu lesen atas mana-mana alasan yang berikut:
permohonan itu tidak dibuat mengikut Akta ini;
pemohon telah tidak mematuhi mana-mana peraturan-peraturan, standard atau garis panduan, atau kehendak yang lain di bawah Akta ini;
pemohon telah tidak memuaskan hati Suruhanjaya atau
Pendaftar, mengikut mana-mana yang berkenaan, bahawa pemohon, pengawalnya, pengarahnya, pekongsinya dan pengurusan kanannya, adalah layak dan sesuai;
apa-apa dokumen atau maklumat yang diberikan oleh pemohon kepada Suruhanjaya atau Pendaftar, mengikut mana-mana yang berkenaan, adalah palsu atau mengelirukan atau daripadanya terdapat ketinggalan yang material; atau
Suruhanjaya atau Pendaftar, mengikut mana-mana yang berkenaan, berpendapat bahawa ia adalah bertentangan dengan kepentingan awam untuk memberikan suatu lesen kepada pemohon itu.
Jika Suruhanjaya atau Pendaftar menolak suatu permohonan di bawah subseksyen (1)—
Suruhanjaya atau Pendaftar hendaklah memberitahu pemohon itu secara bertulis mengenai penolakan itu;
penolakan itu hendaklah tidak menjejaskan hak pemohon itu untuk membuat suatu permohonan baharu setelah suatu tempoh sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya atau Pendaftar, mengikut mana-mana yang berkenaan; dan
tiada bayaran balik bagi fi yang telah dibayar oleh pemohon itu.
Kredit Pengguna 47
Kehendak kewangan minimum bagi pelesenan
44. (1) Tiada seorang pun boleh dilesenkan di bawah seksyen 42
jika orang itu tidak memenuhi kehendak kewangan minimum sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya atau Pendaftar, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Dalam menjalankan perniagaan kreditnya, suatu pemberi kredit berlesen hendaklah mematuhi, pada setiap masa, kehendak kewangan minimum sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya atau Pendaftar, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Suatu pemberi kredit berlesen tidak boleh terus menjalankan mana-mana perniagaan kredit tanpa keizinan bertulis terdahulu
Suruhanjaya atau Pendaftar, mengikut mana-mana yang berkenaan, jika ia tidak memenuhi kehendak kewangan minimum yang ditentukan di bawah subseksyen (1).
Kehendak layak dan sesuai pemberi kredit berlesen
45. (1) Suruhanjaya atau Pendaftar, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh menentukan kehendak layak dan sesuai yang terpakai bagi seorang pengawal, pengarah, pekongsi atau pengurusan kanan suatu pemberi kredit berlesen, yang boleh termasuk kriteria minimum yang berhubungan dengan—
kejujuran, integriti peribadi dan reputasi;
kekompetenan dan kebolehan; dan
integriti kewangan.
Seorang pengawal, pengarah, pekongsi atau pengurusan kanan suatu pemberi kredit berlesen hendaklah pada setiap masa mematuhi kehendak layak dan sesuai sebagaimana yang ditentukan di bawah subseksyen (1).
Undang-Undang Malaysia 48
Akta 873
Pengarah dan pengurusan kanan pemberi kredit berlesen
46. (1) Suatu pemberi kredit berlesen hendaklah hanya melantik atau melantik semula mana-mana orang—
dalam hal suatu pemberi kredit berlesen yang dikawal selia oleh Suruhanjaya—
sebagai pengarahnya atau pengurusan kanannya jika orang itu telah memenuhi kehendak layak dan sesuai sebagaimana yang ditentukan oleh
Suruhanjaya di bawah seksyen 45; dan
sebagai ketua eksekutifnya tertakluk kepada pemerolehan suatu kelulusan bertulis terdahulu
Suruhanjaya; atau
dalam hal suatu pemberi kredit berlesen yang dikawal selia oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan—
sebagai pengarahnya, pekongsinya atau pengurusan kanannya jika orang itu telah memenuhi kehendak layak dan sesuai sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar di bawah seksyen 45; dan
sebagai pengarahnya atau pekongsinya tertakluk kepada pemerolehan suatu kelulusan bertulis terdahulu Pendaftar.
Dalam hal suatu pemberi kredit berlesen yang dikawal selia oleh Suruhanjaya, pemberi kredit berlesen itu hendaklah memberikan suatu notis bertulis kepada Suruhanjaya mengenai pelantikan atau pelantikan semula pengarahnya.
Jika suatu perkara berbangkit sama ada seseorang telah mematuhi kehendak layak dan sesuai yang ditentukan di bawah seksyen 45, Suruhanjaya atau Pendaftar, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah mempunyai budi bicara penuh untuk menentukan perkara itu.
Jika seorang pengarah, pekongsi atau pengurusan kanan kemudiannya menyedari bahawa dia tidak mematuhi kehendak layak dan sesuai yang ditentukan di bawah seksyen 45, dia hendaklah dengan serta-merta memaklumkan kepada pemberi kredit berlesen itu.
Kredit Pengguna 49
Jika seorang pengarah, pekongsi atau pengurusan kanan tidak mematuhi kehendak layak dan sesuai yang ditentukan di bawah seksyen 45, pemberi kredit berlesen itu hendaklah dengan serta-merta memecatnya daripada jawatan itu.
Tertakluk kepada seksyen 131, Suruhanjaya atau Pendaftar, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh mengarahkan suatu pemberi kredit berlesen untuk memecat pengarah, pekongsi atau pengurusan kanan yang tidak mematuhi kehendak layak dan sesuai di bawah seksyen 45 dalam apa-apa tempoh sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya atau Pendaftar, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam apa-apa kontrak perkhidmatan atau apa-apa perjanjian lain yang berhubungan dengan pelantikannya, pemecatan seorang pengarah, pekongsi atau pengurusan kanan di bawah subseksyen (5) atau (6) adalah menurut undang-undang dan sah dan pengarah, pekongsi atau pengurusan kanan yang dipecat di bawah subseksyen (5) atau (6) tidaklah berhak untuk menuntut apa-apa pampasan bagi pemecatan itu.
Suatu pemberi kredit berlesen yang dikawal selia oleh
Suruhanjaya hendaklah memberitahu Suruhanjaya secara bertulis bahawa pengarahnya atau pengurusan kanannya telah terhenti memegang jawatan dan bertindak atas keupayaan sedemikian dan sebab bagi pemberhentian itu dalam suatu tempoh yang ditentukan oleh Suruhanjaya.
Suatu pemberi kredit berlesen yang dikawal selia oleh
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan hendaklah memberitahu Pendaftar secara bertulis hakikat bahawa pengarahnya atau pekongsinya telah terhenti memegang jawatan dan bertindak atas keupayaan sedemikian tidak melebihi empat belas hari selepas pemberhentian itu.
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1), (4), (5)
atau (9) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Undang-Undang Malaysia 50
Akta 873
Pengawal pemberi kredit berlesen
47. (1) Tiada seorang pun boleh mempunyai kawalan ke atas suatu pemberi kredit berlesen melainkan jika—
orang itu telah memenuhi kehendak layak dan sesuai sebagaimana yang ditentukan di bawah seksyen 45 oleh
Suruhanjaya atau Pendaftar, mengikut mana-mana yang berkenaan; dan
orang itu telah mendapat kelulusan bertulis terdahulu
Suruhanjaya atau Pendaftar, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Mana-mana orang yang berniat untuk menjadi seorang pengawal hendaklah mengemukakan suatu permohonan kepada
Suruhanjaya atau Pendaftar, mengikut mana-mana yang berkenaan, dalam apa-apa bentuk atau mengikut cara sebagaimana yang ditentukan Suruhanjaya atau Pendaftar.
Suruhanjaya atau Pendaftar, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh, pada bila-bila masa selepas penerimaan suatu permohonan di bawah subseksyen (2)—
menjalankan penyiasatan sebagaimana yang difikirkannya perlu, termasuk menjalankan pemeriksaan terhadap latar belakang kewangan, profesional, jenayah atau yang lain ke atas orang itu; dan
melalui suatu notis bertulis menghendaki orang itu untuk memberikan kepadanya apa-apa dokumen atau maklumat tambahan sebagaimana yang disifatkan perlu oleh Suruhanjaya atau Pendaftar, mengikut mana-mana yang berkenaan, berhubung dengan permohonan itu.
Jika suatu perkara berbangkit sama ada seorang pengawal telah mematuhi kehendak layak dan sesuai yang ditentukan di bawah seksyen 45, Suruhanjaya atau Pendaftar, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah mempunyai budi bicara penuh untuk menentukan perkara itu.
Kredit Pengguna 51
Jika seorang pengawal tidak atau telah tidak mematuhi kehendak layak dan sesuai sebagaimana yang ditentukan di bawah seksyen 45 oleh Suruhanjaya atau Pendaftar, mengikut mana-mana yang berkenaan—
suatu pemberi kredit berlesen hendaklah memberitahu
Suruhanjaya atau Pendaftar, mengikut mana-mana yang berkenaan, secara bertulis mengenai ketidakpatuhan itu dalam tempoh sebagaimana yang ditentukan oleh
Suruhanjaya atau Pendaftar; dan
pengawal itu hendaklah—
melupuskan pemegangan syer yang menjadikannya sebagai pengawal itu; atau
terhenti mempunyai kawalan dalam, pemberi kredit berlesen itu dalam suatu tempoh atau mana-mana tempoh lanjut, dan tertakluk kepada apa-apa syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya atau Pendaftar, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Bagi maksud seksyen ini, “pengawal” ertinya seseorang yang—
berhak untuk menjalankan, atau mengawal penjalanan, tidak kurang daripada tiga puluh tiga peratus undi yang dikaitkan dengan syer mengundi dalam suatu pemberi kredit berlesen;
mempunyai kuasa untuk melantik, atau menyebabkan dilantik, suatu majoriti pengarah suatu pemberi kredit berlesen; atau
mempunyai kuasa untuk membuat, atau menyebabkan dibuat, keputusan berkenaan dengan perniagaan atau pentadbiran suatu pemberi kredit berlesen, dan untuk memberi kesan kepada keputusan itu atau menyebabkan keputusan itu diberikan kesan kepadanya, dan perkataan “kawalan” hendaklah ditafsirkan sewajarnya.
Undang-Undang Malaysia 52
Akta 873
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) atau (5)
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Pemerolehan kepentingan dalam syer pemberi kredit berlesen
48. (1) Kecuali dengan kelulusan bertulis terdahulu Suruhanjaya, tiada seorang pun boleh memperoleh mana-mana kepentingan dalam syer suatu pemberi kredit berlesen yang dikawal selia oleh
Suruhanjaya dengan membuat suatu perjanjian atau perkiraan atau dalam apa cara sekalipun, jika pemerolehan itu akan menyebabkan orang itu memegang, berserta dengan apa-apa kepentingan dalam syer pemberi kredit berlesen itu yang telah ada dipegang olehnya, suatu kepentingan agregat tiga puluh tiga peratus atau lebih dalam syer pemberi kredit berlesen itu.
Suruhanjaya boleh menentukan perkara yang menjadi
“kepentingan dalam syer” bagi maksud subseksyen (1).
Kecuali dengan kelulusan bertulis terdahulu Pendaftar, tiada seorang pun boleh menjadi suatu pemegang syer substansial suatu pemberi kredit berlesen yang dikawal selia oleh Kementerian
Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Bagi maksud subseksyen (3), “pemegang syer substansial”
hendaklah mempunyai erti sebagaimana yang diberikan kepadanya di bawah seksyen 136 Akta Syarikat 2016.
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) atau (3)
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Pelantikan juruaudit oleh pemberi kredit berlesen
49. (1) Suatu pemberi kredit berlesen, atas perbelanjaannya sendiri, hendaklah melantik secara tahunan seorang juruaudit bagi menjalankan suatu pengauditan ke atas perniagaan kreditnya.
Kredit Pengguna 53
Suruhanjaya atau Pendaftar, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh dalam apa-apa tempoh sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya atau Pendaftar, menghendaki seseorang juruaudit yang dilantik di bawah subseksyen (1)—
supaya memperbesar atau memperluas ruang lingkup pengauditan yang dijalankan di bawah subseksyen (1);
supaya menjalankan suatu pemeriksaan atau mengadakan apa-apa tatacara dalam apa-apa hal tertentu; atau
supaya mengemukakan kepada Suruhanjaya atau Pendaftar, mengikut mana-mana yang berkenaan—
apa-apa maklumat sebagaimana yang dikehendaki oleh Suruhanjaya atau Pendaftar, mengikut mana-mana yang berkenaan, berhubung dengan pengauditan yang dijalankan oleh juruaudit; atau
suatu laporan tentang apa-apa perkara dalam perenggan (a) dan (b).
Bagi maksud subperenggan (2)(c)(i), maklumat yang dikehendaki berhubung dengan pengauditan itu boleh termasuk yang berikut:
penyata kewangan perniagaan kredit itu;
bilangan transaksi yang berhubungan dengan perniagaan kredit itu;
suatu laporan tentang sama ada rekod yang sepatutnya bagi transaksi berhubung dengan perniagaan kredit itu telah disenggarakan; dan
suatu laporan tentang sama ada pemberi kredit berlesen itu telah mematuhi peruntukan Akta ini dan mana-mana undang-undang bertulis yang lain sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya atau Pendaftar, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Undang-Undang Malaysia 54
Akta 873
Pemberi kredit berlesen itu hendaklah mengemukakan suatu salinan laporan audit yang telah ditandatangani dengan sempurna oleh juruaudit itu kepada Suruhanjaya atau Pendaftar, mengikut mana-mana yang berkenaan, tidak lewat daripada tiga bulan atau apa-apa tempoh lain, selepas berakhirnya tahun kewangan pemberi kredit berlesen itu sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya atau Pendaftar, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Jika semasa melaksanakan kewajipannya di bawah seksyen ini, seorang juruaudit yang dilantik di bawah subseksyen (1)
mengesyaki atau mempunyai pengetahuan bahawa pemberi kredit berlesen itu telah melakukan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis yang lain—
juruaudit itu hendaklah dengan serta-merta melaporkan perkara itu kepada Suruhanjaya atau Pendaftar, mengikut mana-mana yang berkenaan; dan
juruaudit itu tidaklah bertanggungan—
bagi suatu kemungkiran suatu kewajipan kerahsiaan antara juruaudit dan pemberi kredit itu berkenaan dengan apa-apa pelaporan kepada
Suruhanjaya atau Pendaftar, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang dibuat dengan suci hati di bawah Akta ini; atau
untuk dibawa guaman dalam mana-mana mahkamah bagi fitnah berkenaan dengan apa-apa penyataan yang dibuat oleh juruaudit itu tanpa niat jahat dalam penunaian kewajipannya di bawah Akta ini.
Saraan dan perbelanjaan juruaudit itu yang berhubungan dengan apa-apa perkhidmatan di bawah seksyen ini hendaklah ditanggung oleh pemberi kredit berlesen itu.
Bagi maksud seksyen ini, “penyata kewangan” termasuklah kunci kira-kira tahunan terkini yang telah diaudit, akaun untung dan rugi, dan penyata yang menyatakan sumber dana, suatu pemberi kredit berlesen.
Kredit Pengguna 55
Suatu pemberi kredit berlesen yang melanggar subseksyen (1)
atau (4) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Seorang juruaudit yang melanggar subseksyen (2) atau perenggan (5)(a) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Pembatalan atau penggantungan lesen
50. (1) Sesuatu lesen yang diberikan kepada suatu pemberi kredit di bawah seksyen 42 hendaklah disifatkan telah dibatalkan jika perniagaan kreditnya telah digulungkan atau selainnya dibubarkan, sama ada di dalam atau di luar Malaysia.
Tertakluk kepada seksyen 131, Suruhanjaya atau Pendaftar, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh membatalkan suatu lesen atas mana-mana alasan yang berikut:
Suruhanjaya atau Pendaftar, mengikut mana-mana yang berkenaan, berkaitan dengan permohonan di bawah seksyen 41, telah diberikan maklumat yang palsu atau mengelirukan, tidak tepat atau tidak lengkap yang daripadanya terdapat ketinggalan yang material;
pemberi kredit berlesen itu tidak atau telah tidak mematuhi—
mana–mana peruntukan Akta ini atau mana-mana kehendak lain sebagaimana yang ditetapkan atau ditentukan oleh Suruhanjaya atau Pendaftar, mengikut mana-mana yang berkenaan; atau
mana–mana syarat yang berkenaan dengan lesennya; atau
ia adalah demi kepentingan pengguna kredit atau awam untuk berbuat sedemikian.
Undang-Undang Malaysia 56
Akta 873
Jika subseksyen (2) terpakai, Suruhanjaya atau Pendaftar, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh, jika ia berpendapat perlu untuk berbuat sedemikian—
menggantung lesen itu bagi suatu tempoh tertentu; dan
pada bila-bila masa melanjutkan atau membatalkan penggantungan lesen itu.
Penyerahan balik lesen secara sukarela
51. (1) Suatu pemberi kredit berlesen yang dikawal selia oleh
Suruhanjaya boleh memohon untuk menyerah balik lesennya secara sukarela dalam bentuk dan mengikut cara sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya.
Suatu pemberi kredit berlesen yang dikawal selia oleh
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan boleh menyerah balik lesennya atas usahanya sendiri dengan menyampaikan lesen itu kepada Pendaftar bersama suatu notis bertulis mengenai penyerahan lesen itu.
Penyerahan balik lesen di bawah subseksyen (1) hendaklah berkuat kuasa setelah mendapat suatu kelulusan bertulis oleh
Suruhanjaya.
Penyerahan balik lesen di bawah subseksyen (2) hendaklah berkuat kuasa empat belas hari daripada tarikh Pendaftar menerima lesen dan notis bertulis itu atau mana-mana tarikh lain sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar.
Setelah penyerahan balik lesen di bawah seksyen ini, tiada bayaran balik bagi apa-apa fi yang telah dibayar oleh pemberi kredit berlesen itu.
Kesan pembatalan, penggantungan dan penyerahan balik lesen
52. (1) Seseorang hendaklah dengan serta merta terhenti menjalankan perniagaan kreditnya jika—
Suruhanjaya atau Pendaftar, mengikut mana-mana yang berkenaan, membatalkan atau menggantung suatu lesen di bawah seksyen 50; atau
Kredit Pengguna 57
penyerahan balik suatu lesen telah berkuat kuasa di bawah subseksyen 51(3) atau (4).
Walau apa pun subseksyen (1), orang yang disebutkan dalam subseksyen (1) hendaklah terus—
tertakluk kepada Akta ini pada takat yang sama sebagaimana suatu pemberi kredit berlesen; dan
menunaikan obligasinya termasuk, tertakluk kepada kelulusan bertulis terdahulu Suruhanjaya atau Pendaftar, mengikut mana-mana yang berkenaan, untuk menjalankan perniagaan kreditnya semata-mata bagi maksud penggulungan hal ehwalnya atau bagi maksud yang benefisial untuk pengguna kreditnya atau orang lain yang berurusan dengannya, sehingga Suruhanjaya atau Pendaftar, mengikut mana-mana yang berkenaan, berpuas hati bahawa orang itu telah menunaikan obligasinya, atau bahawa perkiraan yang mencukupi telah dibuat untuk menunaikan obligasinya, yang belum selesai pada masa pembatalan, penggantungan atau penyerahan balik.
Suatu pembatalan, penggantungan atau penyerahan balik yang disebutkan dalam subseksyen (1) tidak—
mengelak atau menjejaskan mana-mana perjanjian, perkiraan atau transaksi yang dibuat oleh orang yang disebutkan dalam subseksyen (1) dengan mana-mana orang; atau
menjejaskan apa-apa hak, obligasi atau liabiliti yang berbangkit di bawah mana-mana perjanjian, perkiraan atau transaksi itu.
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) atau tidak menunaikan obligasinya di bawah subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
Fi yang kena dibayar oleh pemberi kredit berlesen
53. (1) Suatu pemberi kredit berlesen hendaklah membayar fi sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri atau Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Undang-Undang Malaysia 58
Akta 873
Jika suatu pemberi kredit berlesen yang dikawal selia oleh Suruhanjaya tidak membayar fi yang ditetapkan di bawah subseksyen (1) pada tarikh fi itu perlu dibayar kepada Suruhanjaya, bagi setiap bulan pembayaran itu lewat, pemberi kredit berlesen itu hendaklah membayar suatu fi pembayaran lewat dalam suatu amaun yang ditetapkan oleh Menteri dan fi itu boleh didapatkan kembali oleh Suruhanjaya sebagai suatu hutang sivil kena dibayar kepada Suruhanjaya.
Fi yang ditetapkan yang dibayar kepada, atau didapatkan kembali oleh Suruhanjaya di bawah seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam dan menjadi sebahagian Kumpulan Wang yang ditubuhkan di bawah seksyen 26.
Fi yang ditetapkan yang dibayar kepada Pendaftar di bawah seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam dan menjadi sebahagian
Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan.
Penubuhan, penempatan semula atau penutupan cawangan, dsb., pemberi kredit berlesen
54. (1) Suatu pemberi kredit berlesen yang dikawal selia oleh
Suruhanjaya hendaklah mematuhi kehendak penubuhan, penempatan semula atau penutupan cawangannya sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya.
Suatu pemberi kredit berlesen yang dikawal selia oleh
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan tidak boleh menjalankan perniagaan kreditnya di mana-mana tempat lain selain di alamat atau alamat-alamat yang dibenarkan.
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Pemindahan atau penyerahhakan lesen
55. (1) Suatu pemberi kredit berlesen tidak boleh—
memindah atau menyerahhak lesennya kepada mana-mana orang lain; atau
Kredit Pengguna 59
menyebabkan atau membenarkan mana-mana orang lain untuk menggunakan lesen itu atau menjalankan perniagaan kredit yang ditentukan dalam lesen itu.
Walau apa pun subseksyen (1), suatu pemberi kredit berlesen yang dikawal selia oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan
Tempatan boleh, dengan keizinan bertulis terdahulu Pendaftar, melantik mana-mana orang bagi maksud menjalankan apa-apa hak yang diberikan kepada pemberi kredit berlesen itu di bawah lesen itu, atau menyebabkan atau membenarkan mana-mana orang itu untuk menjalankan mana-mana hak sedemikian.
Walau apa pun subseksyen (1), Pendaftar boleh membenarkan pemindahan suatu lesen jika Pendaftar berpuas hati bahawa—
pemberi kredit berlesen itu—
merupakan suatu syarikat, yang telah dilikuidasikan dan seorang penerima atau pengurus telah dilantik berhubung dengan perniagaan kredit syarikat itu; atau
merupakan suatu pertubuhan, firma atau mana-mana badan orang yang lain, yang telah dibubarkan dan seorang penerima atau pengurus telah dilantik berhubung dengan perniagaan kredit pertubuhan, firma atau mana-mana badan orang yang lain itu; atau
adalah menjadi adil untuk berbuat demikian.
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi empat tahun atau kedua-duanya.
Jualan, pelupusan, pajakan, dsb., perniagaan kredit
56. (1) Kecuali dengan kelulusan bertulis terdahulu Suruhanjaya atau Pendaftar, mengikut mana-mana yang berkenaan, tiada suatu pemberi kredit berlesen boleh—
menjual, melupus, memajak, menyerahhak atau memindah bagaimana jua cara sekalipun, keseluruhan atau mana-mana bahagian perniagaan kreditnya kepada mana-mana orang lain; atau
Undang-Undang Malaysia 60
Akta 873
menyatu atau mencantum perniagaan kreditnya dengan mana-mana orang lain.
Suatu pemberi kredit berlesen yang melanggar subseksyen (1)
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi empat tahun atau kedua-duanya.
Penggal 2
Pendaftaran
Kehendak untuk pendaftaran
57. (1) Tiada seorang pun boleh menjalankan perniagaan perkhidmatan kredit sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan 3
Jadual 4 atau mengemukakan dirinya sebagai menjalankan perniagaan itu melainkan jika dia adalah suatu pemberi perkhidmatan kredit berdaftar.
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
Permohonan untuk pendaftaran
58. (1) Seseorang yang berniat untuk menjalankan suatu perniagaan perkhidmatan kredit sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan 3
Jadual 4 hendaklah mengemukakan suatu permohonan kepada
Suruhanjaya.
Permohonan di bawah subseksyen (1) hendaklah—
dibuat kepada Suruhanjaya dalam apa-apa bentuk dan mengikut cara sebagaimana yang ditentukan oleh
Suruhanjaya; dan
disertakan dengan pembayaran fi yang ditetapkan dan apa-apa maklumat, butir-butir atau dokumen sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya.
Kredit Pengguna 61
Suruhanjaya boleh pada bila-bila masa selepas penerimaan suatu permohonan di bawah subseksyen (1)—
menjalankan apa-apa siasatan sebagaimana yang difikirkannya perlu, termasuk menjalankan pemeriksaan terhadap latar belakang kewangan, profesional, jenayah atau yang lain ke atas pemohon dan pengawal, pengarah dan pengurusan kanan pemohon itu; dan
melalui suatu notis bertulis menghendaki pemohon itu untuk memberinya apa-apa dokumen atau maklumat sebagaimana yang disifatkan perlu oleh Suruhanjaya berhubung dengan permohonan itu.
Jika apa-apa dokumen atau maklumat tambahan yang dikehendaki di bawah perenggan (3)(b) tidak diberikan oleh pemohon itu dalam tempoh yang ditentukan dalam notis bertulis itu atau apa-apa tempoh lanjutan yang diberikan oleh Suruhanjaya—
permohonan itu tidak lagi boleh diteruskan, tetapi tanpa menjejaskan hak pemohon itu untuk membuat suatu permohonan baharu; dan
tiada bayaran balik bagi fi yang telah dibayar oleh pemohon itu.
Jika suatu pemohon menarik balik suatu permohonan yang telah dikemukakan di bawah subseksyen (2)—
ia tidak akan menjejaskan hak pemohon itu untuk membuat suatu permohonan baharu selepas suatu tempoh sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya; dan
tiada bayaran balik bagi fi yang telah dibayar oleh pemohon itu.
Setelah menerima suatu permohonan dan pembayaran fi serta pengemukaan maklumat, butir-butir atau dokumen di bawah subseksyen (2) dan apa-apa dokumen atau maklumat tambahan yang diberikan di bawah perenggan (3)(b), Suruhanjaya boleh mempertimbangkan permohonan itu.
Undang-Undang Malaysia 62
Akta 873
Suatu pemberi perkhidmatan kredit berdaftar yang berniat untuk menjalankan suatu perniagaan perkhidmatan kredit yang berikutnya sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan 3 Jadual 4
hendaklah mengemukakan permohonan lain kepada Suruhanjaya mengikut seksyen ini.
Pendaftaran
59. (1) Suruhanjaya boleh mendaftarkan pemohon itu jika
Suruhanjaya berpuas hati bahawa pemohon itu—
memenuhi kehendak kewangan minimum di bawah seksyen 61; dan
mematuhi apa-apa kehendak lain Akta ini, mana-mana peraturan-peraturan, standard atau garis panduan atau kehendak yang lain yang berhubungan dengan pendaftaran di bawah Akta ini dan syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya.
Suruhanjaya—
dalam mendaftarkan suatu pemohon di bawah subseksyen (1), boleh menentukan mana-mana syarat pendaftaran sebagaimana yang Suruhanjaya fikirkan patut untuk dikenakan; atau
boleh pada bila-bila masa dalam tempoh pendaftaran itu mengeluarkan suatu notis bertulis untuk—
mengenakan apa-apa syarat tambahan atau baharu;
meminda atau mengubah mana-mana syarat itu; atau
membatalkan atau mengenepikan mana-mana syarat itu.
Jika Suruhanjaya menambah, meminda, mengubah, membatalkan atau mengenepikan mana-mana syarat di bawah subseksyen (2), penambahan, pindaan, pengubahan, pembatalan atau pengenepian itu hendaklah berkuat kuasa pada masa penyampaian notis itu atau pada masa sebagaimana yang ditentukan oleh
Suruhanjaya.
Kredit Pengguna 63
Mana-mana orang yang tidak mematuhi mana-mana syarat suatu pendaftaran yang dikenakan di bawah subseksyen (2)
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi empat tahun atau kedua-duanya.
Alasan bagi penolakan pendaftaran
60. (1) Suruhanjaya boleh menolak permohonan untuk suatu pendaftaran atas mana-mana alasan yang berikut:
permohonan itu tidak dibuat mengikut Akta ini;
pemohon telah tidak mematuhi mana-mana peraturan-peraturan, standard atau garis panduan, atau kehendak yang lain di bawah Akta ini;
pemohon telah tidak memuaskan hati Suruhanjaya bahawa pemohon, pengawalnya, pengarahnya dan pengurusan kanannya, adalah layak dan sesuai;
apa-apa dokumen atau maklumat yang diberikan oleh pemohon kepada Suruhanjaya adalah palsu atau mengelirukan atau daripadanya terdapat ketinggalan yang material; atau
Suruhanjaya berpendapat bahawa ia adalah bertentangan dengan kepentingan awam untuk mendaftarkan pemohon itu.
Jika Suruhanjaya menolak suatu permohonan di bawah subseksyen (1)—
Suruhanjaya hendaklah memberitahu pemohon itu secara bertulis mengenai penolakan itu;
penolakan itu hendaklah tidak menjejaskan hak pemohon itu untuk membuat suatu permohonan baharu setelah suatu tempoh sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya; dan
tiada bayaran balik bagi fi yang telah dibayar oleh pemohon itu.
Undang-Undang Malaysia 64
Akta 873
Kehendak kewangan minimum bagi pendaftaran
61. (1) Tiada seorang pun boleh didaftarkan di bawah seksyen 59
jika orang itu tidak memenuhi kehendak kewangan minimum sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya.
Dalam menjalankan perniagaan perkhidmatan kreditnya, suatu pemberi perkhidmatan kredit berdaftar hendaklah mematuhi, pada setiap masa, kehendak kewangan minimum sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya.
Suatu pemberi perkhidmatan kredit berdaftar tidak boleh terus menjalankan mana-mana perniagaan perkhidmatan kredit tanpa keizinan bertulis terdahulu Suruhanjaya, jika ia tidak memenuhi kehendak kewangan minimum sebagaimana yang ditentukan di bawah subseksyen (1).
Kehendak layak dan sesuai pemberi perkhidmatan kredit berdaftar
62. (1) Suruhanjaya boleh menentukan kehendak layak dan sesuai yang terpakai bagi seorang pengawal, pengarah atau pengurusan kanan suatu pemberi perkhidmatan kredit berdaftar, yang boleh termasuk kriteria minimum yang berhubungan dengan—
kejujuran, integriti peribadi dan reputasi;
kekompetenan dan kebolehan; dan
integriti kewangan.
Seorang pengawal, pengarah atau pengurusan kanan suatu pemberi perkhidmatan kredit berdaftar hendaklah pada setiap masa mematuhi kehendak layak dan sesuai sebagaimana yang ditentukan di bawah subseksyen (1).
Pengarah dan pengurusan kanan pemberi perkhidmatan kredit berdaftar
63. (1) Suatu pemberi perkhidmatan kredit berdaftar hendaklah hanya melantik atau melantik semula mana-mana orang—
Kredit Pengguna 65
sebagai pengarahnya atau pengurusan kanannya jika orang itu telah memenuhi kehendak layak dan sesuai sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya di bawah seksyen 62; dan
sebagai ketua eksekutifnya tertakluk kepada pemerolehan suatu kelulusan bertulis terdahulu Suruhanjaya.
Suatu pemberi perkhidmatan kredit berdaftar hendaklah memberikan suatu notis bertulis kepada Suruhanjaya mengenai pelantikan atau pelantikan semula pengarahnya.
Jika suatu perkara berbangkit sama ada seseorang telah mematuhi kehendak layak dan sesuai yang ditentukan di bawah seksyen 62, Suruhanjaya hendaklah mempunyai budi bicara penuh untuk menentukan perkara itu.
Jika seorang pengarah atau pengurusan kanan kemudiannya menyedari bahawa dia tidak mematuhi kehendak layak dan sesuai yang ditentukan di bawah seksyen 62, dia hendaklah dengan serta-merta memaklumkan kepada pemberi perkhidmatan kredit berdaftar itu.
Jika seorang pengarah atau pengurusan kanan tidak mematuhi kehendak layak dan sesuai yang ditentukan di bawah seksyen 62, pemberi perkhidmatan kredit berdaftar itu hendaklah dengan serta-merta memecatnya daripada jawatan itu.
Tertakluk kepada seksyen 131, Suruhanjaya boleh mengarahkan suatu pemberi perkhidmatan kredit berdaftar untuk memecat pengarahnya atau pengurusan kanannya yang tidak mematuhi kehendak layak dan sesuai di bawah seksyen 62 dalam apa-apa tempoh sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya.
Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam apa-apa kontrak perkhidmatan atau apa-apa perjanjian lain yang berhubungan dengan pelantikannya, pemecatan seorang pengarah atau pengurusan kanan di bawah subseksyen (5) atau (6) adalah menurut undang-undang dan sah dan pengarah atau pengurusan kanan yang dipecat di bawah subseksyen (5) atau (6) tidaklah berhak untuk menuntut apa-apa pampasan bagi pemecatan itu.
Undang-Undang Malaysia 66
Akta 873
Suatu pemberi perkhidmatan kredit berdaftar hendaklah memberitahu Suruhanjaya secara bertulis bahawa pengarahnya atau pengurusan kanannya telah terhenti memegang jawatan dan bertindak atas keupayaan sedemikian dan sebab bagi pemberhentian itu dalam suatu tempoh yang ditentukan oleh Suruhanjaya.
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1), (4)
atau (5) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Pengawal pemberi perkhidmatan kredit berdaftar
64. (1) Tiada seorang pun boleh mempunyai kawalan atas suatu pemberi perkhidmatan kredit berdaftar melainkan jika—
orang itu telah memenuhi kehendak layak dan sesuai sebagaimana yang ditentukan di bawah seksyen 62 oleh
Suruhanjaya; dan
orang itu telah mendapat kelulusan bertulis terdahulu
Suruhanjaya.
Mana-mana orang yang berniat untuk menjadi seorang pengawal hendaklah mengemukakan suatu permohonan kepada
Suruhanjaya dalam apa-apa bentuk dan mengikut cara sebagaimana yang ditentukan Suruhanjaya.
Suruhanjaya boleh, pada bila-bila masa selepas penerimaan suatu permohonan di bawah subseksyen (2)—
menjalankan apa-apa siasatan sebagaimana yang difikirkannya perlu, termasuk menjalankan pemeriksaan terhadap latar belakang kewangan, profesional, jenayah atau yang lain ke atas orang itu; dan
melalui suatu notis bertulis menghendaki orang itu untuk memberikan kepadanya apa-apa dokumen atau maklumat tambahan sebagaimana yang disifatkan perlu oleh Suruhanjaya berhubung dengan permohonan itu.
Kredit Pengguna 67
Jika suatu perkara berbangkit sama ada seorang pengawal telah mematuhi kehendak layak dan sesuai yang ditentukan di bawah seksyen 62, Suruhanjaya hendaklah mempunyai budi bicara penuh untuk menentukan perkara itu.
Jika seorang pengawal tidak atau telah tidak mematuhi kehendak layak dan sesuai sebagaimana yang ditentukan di bawah seksyen 62 oleh Suruhanjaya—
suatu pemberi perkhidmatan kredit berdaftar hendaklah memberitahu Suruhanjaya secara bertulis mengenai ketidakpatuhan itu dalam tempoh sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya; dan
pengawal itu hendaklah—
melupuskan pemegangan syer yang menjadikannya sebagai pengawal itu; atau
terhenti mempunyai kawalan dalam, pemberi perkhidmatan kredit berdaftar itu dalam suatu tempoh atau mana-mana tempoh lanjut, dan tertakluk kepada apa-apa syarat sebagaimana yang ditentukan oleh
Suruhanjaya.
Bagi maksud seksyen ini, “pengawal” ertinya seseorang yang—
berhak untuk menjalankan, atau mengawal penjalanan, tidak kurang daripada tiga puluh tiga peratus undi yang dikaitkan dengan syer mengundi dalam suatu pemberi perkhidmatan kredit berdaftar;
mempunyai kuasa untuk melantik, atau menyebabkan dilantik, suatu majoriti pengarah suatu pemberi perkhidmatan kredit berdaftar; atau
mempunyai kuasa untuk membuat, atau menyebabkan dibuat, keputusan berkenaan dengan perniagaan atau pentadbiran suatu pemberi perkhidmatan kredit berdaftar, dan untuk memberi kesan kepada keputusan itu atau menyebabkan keputusan itu diberikan kesan kepadanya, dan perkataan “kawalan” hendaklah ditafsirkan sewajarnya.
Undang-Undang Malaysia 68
Akta 873
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) atau (5)
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Pemerolehan kepentingan dalam syer pemberi perkhidmatan kredit berdaftar
65. (1) Kecuali dengan kelulusan bertulis terdahulu Suruhanjaya, tiada seorang pun boleh memperoleh mana-mana kepentingan dalam syer suatu pemberi perkhidmatan kredit berdaftar dengan membuat suatu perjanjian atau perkiraan atau dalam apa cara sekalipun, jika pemerolehan itu akan menyebabkan orang itu memegang, berserta dengan apa-apa kepentingan dalam syer pemberi perkhidmatan kredit berdaftar itu yang telah ada dipegang olehnya, suatu kepentingan agregat tiga puluh tiga peratus atau lebih dalam syer pemberi perkhidmatan kredit berdaftar itu.
Suruhanjaya boleh menentukan perkara yang menjadi
“kepentingan dalam syer” bagi maksud subseksyen (1).
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Pelantikan juruaudit oleh pemberi perkhidmatan kredit berdaftar
66. (1) Suatu pemberi perkhidmatan kredit berdaftar, atas perbelanjaannya sendiri, hendaklah melantik secara tahunan seorang juruaudit bagi menjalankan suatu pengauditan ke atas perniagaan perkhidmatan kreditnya.
Suruhanjaya boleh dalam apa-apa tempoh sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya, menghendaki seseorang juruaudit yang dilantik di bawah subseksyen (1)—
supaya memperbesar atau memperluas ruang lingkup pengauditan yang dijalankan di bawah subseksyen (1);
Kredit Pengguna 69
supaya menjalankan suatu pemeriksaan atau mengadakan apa-apa tatacara dalam apa-apa hal tertentu; atau
supaya mengemukakan kepada Suruhanjaya—
apa-apa maklumat sebagaimana yang dikehendaki oleh Suruhanjaya berhubung dengan pengauditan yang dijalankan oleh juruaudit; atau
suatu laporan tentang apa-apa perkara dalam perenggan (a) dan (b).
Bagi maksud subperenggan (2)(c)(i), maklumat yang dikehendaki berhubung dengan pengauditan boleh termasuk yang berikut:
penyata kewangan perniagaan perkhidmatan kredit itu;
amaun transaksi yang berhubungan dengan perniagaan perkhidmatan kredit itu;
suatu laporan tentang sama ada rekod yang sepatutnya bagi transaksi berhubung dengan perniagaan perkhidmatan kredit itu telah disenggarakan; dan
suatu laporan tentang sama ada pemberi perkhidmatan kredit berdaftar itu telah mematuhi peruntukan
Akta ini dan mana-mana undang-undang bertulis yang lain sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya.
Pemberi perkhidmatan kredit berdaftar itu hendaklah mengemukakan suatu salinan laporan audit yang telah ditandatangani dengan sempurna oleh juruaudit itu kepada Suruhanjaya tidak lewat daripada tiga bulan atau apa-apa tempoh lain, selepas berakhirnya tahun kewangan pemberi perkhidmatan kredit berdaftar itu sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya.
Jika semasa melaksanakan kewajipannya di bawah seksyen ini, seorang juruaudit yang dilantik di bawah subseksyen (1) mengesyaki atau mempunyai pengetahuan bahawa pemberi perkhidmatan kredit berdaftar itu telah melakukan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis yang lain—
juruaudit itu hendaklah dengan serta-merta melaporkan perkara itu kepada Suruhanjaya; dan
Undang-Undang Malaysia 70
Akta 873
juruaudit itu tidaklah bertanggungan—
bagi suatu kemungkiran suatu kewajipan kerahsiaan antara juruaudit dan pemberi itu berkenaan dengan apa-apa pelaporan kepada Suruhanjaya yang dibuat dengan suci hati di bawah Akta ini; atau
untuk dibawa guaman dalam mana-mana mahkamah bagi fitnah berkenaan dengan apa-apa penyataan yang dibuat oleh juruaudit itu tanpa niat jahat dalam penunaian kewajipannya di bawah
Akta ini.
Saraan dan perbelanjaan juruaudit itu berhubungan dengan apa-apa perkhidmatan di bawah seksyen ini hendaklah ditanggung oleh pemberi perkhidmatan kredit berdaftar itu.
Bagi maksud seksyen ini, “penyata kewangan” termasuklah kunci kira-kira tahunan terkini yang telah diaudit, akaun untung dan rugi, dan penyata yang menyatakan sumber dana, suatu pemberi perkhidmatan kredit berdaftar.
Suatu pemberi perkhidmatan kredit berdaftar yang melanggar subseksyen (1) atau (4) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Seorang juruaudit yang melanggar subseksyen (2) atau perenggan (5)(a) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Pembatalan atau penggantungan pendaftaran
67. (1) Suatu pemberi perkhidmatan kredit yang berdaftar di bawah seksyen 59 hendaklah disifatkan sebagai terbatal pendaftarannya jika perniagaan perkhidmatan kreditnya telah digulungkan atau selainnya dibubarkan, sama ada di dalam atau di luar Malaysia.
Kredit Pengguna 71
Tertakluk kepada seksyen 131, Suruhanjaya boleh membatalkan pendaftaran suatu pemberi perkhidmatan kredit atas mana-mana alasan yang berikut:
Suruhanjaya, berkaitan dengan permohonan di bawah seksyen 58, telah diberikan maklumat yang palsu atau mengelirukan, tidak tepat atau tidak lengkap yang daripadanya terdapat suatu ketinggalan yang material;
pemberi perkhidmatan kredit berdaftar itu tidak atau telah tidak mematuhi—
mana–mana peruntukan Akta ini atau mana-mana kehendak lain sebagaimana yang ditetapkan atau ditentukan oleh Suruhanjaya; atau
mana–mana syarat yang berkenaan dengan pendaftarannya; atau
ia adalah demi kepentingan pengguna kredit atau awam untuk berbuat sedemikian.
Jika subseksyen (2) terpakai, Suruhanjaya boleh, jika ia berpendapat perlu untuk berbuat sedemikian—
menggantung pendaftaran itu bagi suatu tempoh tertentu; dan
pada bila-bila masa melanjutkan atau membatalkan penggantungan pendaftaran itu.
Pembatalan pendaftaran secara sukarela
68. (1) Suatu pemberi perkhidmatan kredit berdaftar boleh memohon untuk pendaftarannya dibatalkan secara sukarela dalam bentuk dan mengikut cara sebagaimana yang ditentukan oleh
Suruhanjaya.
Pembatalan pendaftaran di bawah subseksyen (1) hendaklah berkuat kuasa setelah mendapat suatu kelulusan secara bertulis oleh Suruhanjaya.
Setelah pembatalan pendaftaran di bawah seksyen ini, tiada bayaran balik bagi apa-apa fi yang telah dibayar oleh pemberi perkhidmatan kredit berdaftar itu.
Undang-Undang Malaysia 72
Akta 873
Kesan pembatalan pendaftaran, penggantungan, dan pembatalan pendaftaran secara sukarela
69. (1) Seseorang hendaklah dengan serta merta terhenti menjalankan perniagaan perkhidmatan kreditnya jika—
Suruhanjaya menggantung suatu pendaftaran atau membatalkan pendaftaran suatu pemberi perkhidmatan kredit berdaftar di bawah seksyen 67; atau
pembatalan pendaftaran telah berkuat kuasa di bawah subseksyen 68(2).
Walau apa pun subseksyen (1), orang yang disebutkan dalam subseksyen (1) hendaklah terus—
tertakluk kepada Akta ini pada takat yang sama sebagaimana suatu pemberi perkhidmatan kredit berdaftar; dan
menunaikan obligasinya termasuk, tertakluk kepada kelulusan bertulis terdahulu Suruhanjaya untuk menjalankan perniagaan perkhidmatan kreditnya semata-mata bagi maksud penggulungan hal ehwalnya atau bagi maksud yang benefisial untuk pengguna kreditnya atau orang lain yang berurusan dengannya, sehingga Suruhanjaya berpuas hati bahawa orang itu telah menunaikan obligasinya, atau bahawa perkiraan yang mencukupi telah dibuat untuk menunaikan obligasinya, yang belum selesai pada masa pembatalan pendaftaran, penggantungan atau pembatalan pendaftaran secara sukarela.
Suatu pembatalan pendaftaran, penggantungan atau pembatalan pendaftaran secara sukarela yang disebutkan dalam subseksyen (1) tidak—
mengelak atau menjejaskan mana-mana perjanjian, perkiraan atau transaksi yang dibuat oleh orang yang disebutkan dalam subseksyen (1) dengan mana-mana orang; atau
menjejaskan apa-apa hak, obligasi atau liabiliti yang berbangkit di bawah mana-mana perjanjian, perkiraan atau transaksi itu.
Kredit Pengguna 73
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) atau tidak mematuhi obligasinya di bawah subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
Fi yang kena dibayar pemberi perkhidmatan kredit berdaftar
70. (1) Suatu pemberi perkhidmatan kredit berdaftar hendaklah membayar fi sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri.
Jika suatu pemberi perkhidmatan kredit berdaftar tidak membayar fi yang ditetapkan di bawah subseksyen (1) pada tarikh fi itu perlu dibayar kepada Suruhanjaya, bagi setiap bulan pembayaran itu lewat, pemberi perkhidmatan kredit berdaftar itu hendaklah membayar suatu fi pembayaran lewat dalam suatu jumlah sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri dan fi itu boleh didapatkan kembali oleh Suruhanjaya sebagai suatu hutang sivil kena dibayar kepada Suruhanjaya.
Fi yang ditetapkan yang dibayar kepada, atau didapatkan kembali oleh Suruhanjaya di bawah seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam dan menjadi sebahagian Kumpulan Wang yang ditubuhkan di bawah seksyen 26.
Penubuhan, penempatan semula atau penutupan cawangan, dsb., pemberi perkhidmatan kredit berdaftar
71. Suatu pemberi perkhidmatan kredit berdaftar hendaklah mematuhi kehendak penubuhan, penempatan semula atau penutupan cawangannya sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya.
Pemindahan atau penyerahhakan pendaftaran
72. (1) Suatu pemberi perkhidmatan kredit berdaftar tidak boleh—
memindah atau menyerahhak pendaftarannya kepada mana-mana orang lain; atau
menyebabkan atau membenarkan mana-mana orang lain untuk menggunakan pendaftarannya untuk menjalankan perniagaan perkhidmatan kredit yang ditentukan dalam pendaftaran itu.
Undang-Undang Malaysia 74
Akta 873
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi empat tahun atau kedua-duanya.
Jualan, pelupusan, pajakan, dsb., perniagaan perkhidmatan kredit
73. (1) Kecuali dengan kelulusan bertulis terdahulu Suruhanjaya, tiada suatu pemberi perkhidmatan kredit berdaftar boleh—
menjual, melupus, memajak, menyerahhak atau memindah bagaimana jua cara sekalipun, keseluruhan atau mana-mana bahagian perniagaan perkhidmatan kreditnya kepada mana-mana orang lain; atau
menyatu atau mencantum perniagaan perkhidmatan kreditnya dengan mana-mana orang lain.
Suatu pemberi perkhidmatan kredit berdaftar yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi empat tahun atau kedua-duanya.
Penggal 3
Perkara am
Permohonan oleh orang yang terkilan untuk kajian semula atas keputusan di bawah Bahagian ini
74. (1) Suruhanjaya boleh mengkaji semula keputusannya sendiri di bawah Bahagian ini apabila dibuat atas permohonan oleh mana-mana orang yang terkilan dengan keputusan itu.
Permohonan yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah dibuat secara bertulis dalam masa empat belas hari selepas orang yang terkilan itu diberitahu tentang keputusan itu.
Kredit Pengguna 75
Kajian semula oleh Suruhanjaya di bawah subseksyen (1)
tidak boleh termasuk orang yang mengambil bahagian dalam pertimbangtelitian keputusan terdahulu itu.
Jika suatu permohonan untuk kajian semula dibuat di bawah seksyen ini, keputusan Suruhanjaya di bawah Bahagian ini tidak boleh berkuat kuasa sehingga kajian semula itu diselesaikan.
Walau apa pun subseksyen (4), Suruhanjaya boleh menyatakan dalam pemberitahuan di bawah subseksyen (2) bahawa keputusan
Suruhanjaya hendaklah berkuat kuasa serta-merta pada tarikh pemberitahuan itu dikeluarkan atau pada mana-mana tarikh lain yang ditentukan oleh Suruhanjaya, jika Suruhanjaya berpendapat bahawa ia perlu untuk kepentingan awam.
Suatu keputusan Suruhanjaya di bawah subseksyen (1)
adalah muktamad.
Rayuan kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan atas keputusan di bawah Bahagian ini
75. (1) Mana-mana orang yang terkilan dengan keputusan
Pendaftar di bawah Bahagian ini boleh, dalam masa empat belas hari selepas orang itu telah diberitahu mengenai keputusan itu, memohon secara bertulis kepada Menteri Perumahan dan
Kerajaan Tempatan untuk suatu rayuan terhadap keputusan itu.
Jika suatu permohonan bagi suatu rayuan dibuat di bawah subseksyen (1), keputusan Pendaftar di bawah Bahagian ini tidak boleh berkuat kuasa sehingga rayuan itu diselesaikan.
Walau apa pun subseksyen (2), Pendaftar boleh menyatakan dalam pemberitahuan di bawah subseksyen (1) bahawa keputusan
Pendaftar hendaklah berkuat kuasa serta-merta pada tarikh pemberitahuan itu dikeluarkan atau pada mana-mana tarikh lain yang ditentukan oleh Pendaftar, jika Pendaftar berpendapat bahawa ia perlu untuk kepentingan awam.
Apa-apa keputusan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan di bawah subseksyen (1) adalah muktamad.
Undang-Undang Malaysia 76
Akta 873
Penyiaran nama pemberi kredit berlesen dan pemberi perkhidmatan kredit berdaftar
76. Suruhanjaya hendaklah, dengan seberapa segera yang praktik, menyiarkan suatu senarai semua pemberi kredit berlesen dan pemberi perkhidmatan kredit berdaftar yang dikawal selia oleh
Suruhanjaya dalam apa-apa bentuk dan mengikut cara yang ditentukan oleh Suruhanjaya.
Perjanjian dengan pemberi kredit tidak berlesen tidak boleh dikuatkuasakan
77. Tiada perjanjian yang di bawahnya kredit diberikan dan yang berupa sebagai suatu perjanjian kredit dibuat antara seorang pengguna kredit dan suatu pemberi kredit tidak berlesen boleh dikuatkuasakan.
Anggapan mengenai perniagaan memberi kredit atau perkhidmatan kredit
78. (1) Jika dalam mana-mana prosiding mahkamah terhadap mana-mana orang, dikatakan bahawa orang itu adalah suatu pemberi kredit, bukti suatu transaksi kredit tunggal yang dibuat oleh orang itu hendaklah menimbulkan suatu anggapan bahawa orang itu menjalankan perniagaan memberi kredit kepada seorang pengguna kredit sehingga yang bertentangan dibuktikan.
Jika dalam mana-mana prosiding mahkamah terhadap mana-mana orang, dikatakan bahawa orang itu adalah suatu pemberi perkhidmatan kredit, bukti suatu perkhidmatan tunggal yang diberi oleh orang itu yang berhubungan dengan kredit hendaklah menimbulkan suatu anggapan bahawa orang itu menjalankan perniagaan memberi perkhidmatan kredit melibatkan seorang pengguna kredit sehingga yang bertentangan dibuktikan.
Ketidakpakaian Bahagian V
79. (1) Bahagian V tidak terpakai bagi—
seseorang sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual 5; dan
Kredit Pengguna 77
mana-mana orang yang menjalankan suatu perniagaan kredit atau perniagaan perkhidmatan kredit di bawah
Akta Sewa Beli 1967, Akta Perlindungan Pengguna 1999,
Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 dan Akta Pemegang
Pajak Gadai 1972, melainkan jika orang itu berniat untuk menjalankan mana-mana perniagaan kredit atau perniagaan perkhidmatan kredit sebagaimana yang dinyatakan dalam
Jadual 4.
Jika seseorang menjalankan suatu perniagaan kredit atau perniagaan perkhidmatan kredit sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan 1 atau perenggan 3 Jadual 4 yang tidak melibatkan seorang pengguna kredit, orang itu hendaklah mengemukakan suatu pengisytiharan kepada Suruhanjaya tentang hakikat itu, dalam apa-apa bentuk dan mengikut cara sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya.
Seseorang yang disebut di dalam subseksyen (2) hendaklah mengemukakan pengisytiharan tersebut kepada Suruhanjaya berserta dengan apa-apa dokumen atau maklumat sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya.
Bahagian VI
PERNIAGAAN KREDIT ISLAM
Pemakaian
80. Bahagian ini hendaklah terpakai bagi suatu pemberi kredit
Islam yang menjalankan mana-mana perniagaan kredit Islam sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan 2 Jadual 2.
Kewajipan untuk memastikan pematuhan Shariah
81. (1) Suatu pemberi kredit Islam hendaklah pada setiap masa memastikan bahawa perniagaan kredit Islamnya, hal ehwalnya dan aktivitinya adalah mematuhi Shariah dan menguruskan perniagaannya, hal ehwal dan aktivitinya mengikut cara yang mematuhi Shariah.
Undang-Undang Malaysia 78
Akta 873
Suatu pemberi kredit Islam boleh, melalui Pihak Berkuasa
Pengawalseliaan dan Penyeliaannya, mendapatkan nasihat atau keputusan daripada Majlis Penasihat Shariah mengenai perkara
Shariah berkenaan dengan perniagaan kredit Islamnya, hal ehwalnya atau aktivitinya yang menghendaki penentuan hukum Syarak oleh
Majlis Penasihat Shariah.
Suatu pematuhan kepada apa-apa nasihat atau keputusan
Majlis Penasihat Shariah berkenaan dengan apa-apa perniagaan kredit Islam, hal ehwal atau aktiviti tertentu hendaklah disifatkan sebagai suatu pematuhan kepada Shariah berkenaan dengan perniagaan, hal ehwal atau aktiviti itu.
Suatu Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan boleh menjalankan suatu penilaian sebagaimana yang ia fikirkan perlu untuk menentukan sama ada pemberi kredit Islam itu sedang menjalankan atau telah menjalankan perniagaan kredit Islamnya, hal ehwalnya atau aktivitinya mengikut cara yang mematuhi
Shariah.
Mana-mana pemberi kredit Islam yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi empat tahun atau kedua-duanya.
Dasar dan tatacara dalaman mengenai perniagaan kredit Islam
82. (1) Suatu pemberi kredit Islam hendaklah, pada setiap masa memastikan bahawa dasar dan tatacara dalamannya mengenai perniagaan kredit Islam adalah selaras dengan peraturan-peraturan yang dibuat di bawah perenggan 122(2)(b) dan (c) dan standard atau garis panduan yang dibuat di bawah perenggan 123(2)(b)
dan (c).
Tiap-tiap pengarah, pekongsi atau pegawai suatu pemberi kredit Islam, dan seseorang yang dilantik oleh suatu pemberi kredit
Islam untuk menasihati mengenai pematuhannya kepada Shariah hendaklah pada setiap masa mematuhi dasar dan tatacara dalaman yang diterima pakai oleh pemberi kredit Islam itu termasuk dasar dan tatacara dalaman untuk melaksanakan peraturan-peraturan yang dibuat di bawah perenggan 122(2)(b) dan (c) dan standard atau garis panduan yang dibuat di bawah perenggan 123(2)(b)
dan (c).
Kredit Pengguna 79
Rujukan kepada Majlis Penasihat Shariah daripada mahkamah atau penimbang tara
83. (1) Jika dalam mana-mana prosiding yang berhubungan dengan suatu perniagaan kredit Islam di hadapan mana-mana mahkamah atau penimbang tara apa-apa persoalan berbangkit mengenai suatu perkara Shariah, mahkamah atau penimbang tara itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah—
mengambil kira mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah perenggan 122(2)(b) dan standard atau garis panduan yang dibuat di bawah perenggan 123(2)(b); atau
merujuk persoalan itu kepada Majlis Penasihat Shariah untuk keputusannya.
Apa-apa keputusan yang dibuat oleh Majlis Penasihat Shariah menurut suatu rujukan yang dibuat di bawah perenggan (1)(b)
hendaklah mengikat mahkamah atau penimbang tara yang membuat rujukan itu.
Bahagian VII
PELAKUAN PERNIAGAAN BAGI PERLINDUNGAN
PENGGUNA KREDIT
Penggal 1
Kehendak pelakuan
Kewajipan untuk memastikan pelakuan perniagaan yang adil, bertanggungjawab dan profesional
84. Suatu pemberi kredit atau pemberi perkhidmatan kredit hendaklah mengurus dan memastikan ia menjalankan perniagaan kreditnya atau perniagaan perkhidmatan kreditnya dengan cara yang adil, bertanggungjawab dan profesional apabila berurusan dengan pengguna kredit.
Undang-Undang Malaysia 80
Akta 873
Pematuhan dengan peraturan-peraturan dan standard atau garis panduan mengenai pelakuan perniagaan
85. (1) Bagi maksud seksyen 84, peraturan-peraturan di bawah seksyen 122 dan standard atau garis panduan di bawah seksyen 123
boleh termasuk yang berikut:
pelakuan perniagaan dilarang;
promosi apa-apa perniagaan kredit atau perniagaan perkhidmatan kredit, termasuk melalui penerbitan atau penyiaran suatu iklan;
kehendak ketelusan dan pendedahan, termasuk pemberian maklumat kepada seorang pengguna kredit yang tepat, jelas, tepat pada masanya dan tidak mengelirukan;
terma yang adil dalam suatu perjanjian kredit;
pengenaan faedah, keuntungan, fi atau caj;
pemberian penilaian kemampuan kredit yang ditawarkan kepada pengguna kredit termasuk hal keadaan jika kredit tidak boleh diberikan;
amalan kutipan hutang yang adil;
penyediaan bantuan kepada seorang pengguna kredit yang mengalami kesusahan kewangan untuk memenuhi kewajipan kewangannya di bawah suatu perjanjian kredit;
pengendalian aduan dan mekanisme penyelesaian pertikaian;
kekompetenan pegawai atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihak suatu pemberi kredit atau pemberi perkhidmatan kredit termasuk untuk memastikan bahawa mereka menerima latihan secukupnya untuk terlibat dengan pengguna kredit; dan
pengurusan apa-apa dokumen atau maklumat yang berhubungan dengan perniagaan atau hal ehwal mana-mana pengguna kredit.
Tiap-tiap pemberi kredit atau pemberi perkhidmatan kredit hendaklah pada setiap masa memastikan bahawa dasar dan tatacara dalamannya yang berhubungan dengan pelakuan perniagaan adalah selaras dengan peraturan-peraturan yang dibuat di bawah perenggan 122(2)(d) dan standard atau garis panduan yang dibuat di bawah perenggan 123(2)(c).
Kredit Pengguna 81
Tiap-tiap pengarah, pekongsi atau pegawai suatu pemberi kredit atau pemberi perkhidmatan kredit hendaklah pada setiap masa mematuhi dasar dan tatacara dalaman yang diterima pakai oleh pemberi kredit atau pemberi perkhidmatan kredit itu termasuk dasar dan tatacara dalaman untuk melaksanakan peraturan-peraturan yang dibuat di bawah perenggan 122(2)(d) dan standard atau garis panduan yang dibuat di bawah perenggan 123(2)(c).
Kesusahan kewangan
86. (1) Bagi maksud perenggan 85(1)(h), Suruhanjaya boleh mengeluarkan standard atau garis panduan di bawah seksyen 123
untuk menentukan—
hal keadaan yang layak sebagai kesusahan kewangan; dan
bentuk dan cara bantuan yang akan diberikan oleh suatu pemberi kredit, jika penentuan itu adalah, menurut pendapat Suruhanjaya, perlu atau wajar.
Dalam menjalankan kuasanya di bawah subseksyen (1),
Suruhanjaya hendaklah memastikan standard atau garis panduan yang dibuat adalah—
demi kepentingan keteraturan penjalanan fungsi dan pembangunan industri kredit pengguna, dengan mengambil kira akses berterusan pengguna kredit kepada kredit; dan
tidak memudaratkan kestabilan kewangan.
Seorang pengguna kredit boleh memohon bantuan kesusahan kewangan daripada suatu pemberi kredit berkenaan dengan suatu perjanjian kredit dengan pemberi kredit itu, jika mana-mana hal keadaan kesusahan kewangan yang ditentukan di bawah subseksyen (1) terpakai.
Setelah menerima suatu permohonan di bawah subseksyen (3), pemberi kredit itu hendaklah membuat suatu penilaian untuk menentukan sama ada suatu bantuan boleh diberikan kepada pengguna kredit itu.
Undang-Undang Malaysia 82
Akta 873
Semasa suatu penilaian di bawah subseksyen (4), hak pemberi kredit itu untuk memulakan sebarang prosiding, pelaksanaan atau mana-mana proses undang-undang yang lain terhadap pengguna kredit itu hendaklah digantung.
Jika pemberi kredit itu berpuas hati bahawa bantuan kesusahan kewangan harus diberi, pemberi kredit itu hendaklah menentukan bentuk dan cara bantuan yang akan diberikan, melainkan jika
Suruhanjaya telah mengeluarkan suatu penentuan mengenai perkara itu di bawah perenggan (1)(b).
Penggal 2
Pelakuan perniagaan dilarang
Pelakuan perniagaan dilarang
87. (1) Tiada seorang pun boleh terlibat dalam apa-apa pelakuan perniagaan dilarang sebagaimana yang dinyatakan dalam
Jadual 6.
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
Bahagian VIII
PEMERIKSAAN DAN PENYIASATAN
Penggal 1
Kuasa pemeriksaan
Pemeriksaan oleh Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan
Penyeliaan
88. (1) Suatu Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan boleh memeriksa, dengan atau tanpa apa-apa notis terdahulu, perniagaan dan hal ehwal suatu pemberi kredit atau pemberi perkhidmatan kredit yang dikawal selia oleh Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan
Penyeliaan itu di bawah Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain yang ditadbir oleh Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Kredit Pengguna 83
Bagi maksud suatu pemeriksaan di bawah subseksyen (1),
Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan itu boleh memeriksa—
seorang individu, jika dia adalah suatu pemberi kredit atau pemberi perkhidmatan kredit, mengikut mana-mana yang berkenaan;
seorang pengarah, pekongsi atau pegawai suatu pemberi kredit atau pemberi perkhidmatan kredit; atau
mana-mana orang yang berikut:
seseorang yang pernah menjadi pada bila-bila masa, seorang pengarah, pekongsi atau pegawai suatu pemberi kredit atau pemberi perkhidmatan kredit;
seseorang yang, atau pernah pada bila-bila masa, mempunyai urus niaga dengan suatu pemberi kredit atau pemberi perkhidmatan kredit; atau
seseorang yang Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan itu percaya mengetahui tentang hakikat dan hal keadaan kes itu.
Kewajipan untuk memberi akses kepada, dan mengemukakan dokumen, maklumat, dsb.
89. (1) Bagi maksud suatu pemeriksaan di bawah subseksyen 88(1), seseorang di bawah pemeriksaan dan pengarahnya, pekongsinya atau pegawainya—
hendaklah memberikan kepada Pihak Berkuasa
Pengawalseliaan dan Penyeliaan itu akses dan mengemukakan kepada Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan itu dokumennya, cagaran yang dipegang berkenaan dengan transaksi pengguna kredit, hakmilik, wang tunai, premis, barangan, benda, harta, perkakas, kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, sistem, data, program, maklumat atau artikel, dalam apa-apa tempoh sebagaimana yang ditentukan oleh Pihak Berkuasa
Pengawalseliaan dan Penyeliaan itu;
Undang-Undang Malaysia 84
Akta 873
hendaklah memberikan kepada Pihak Berkuasa
Pengawalseliaan dan Penyeliaan itu, secara lisan atau bertulis, apa-apa maklumat dan penjelasan yang berhubungan dengan perniagaannya dan hal ehwalnya atau ejennya dalam apa-apa tempoh sebagaimana yang ditentukan oleh Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan
Penyeliaan itu;
hendaklah membenarkan Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan itu untuk membuat salinan atau membuat cabutan bagi apa-apa dokumen yang disebut dalam perenggan (a); dan
hendaklah bagi maksud seksyen ini memberi kepada
Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan itu kata laluan, kod penyulitan, kod penyahsulitan, perisian atau perkakasan yang perlu dan apa-apa cara lain yang dikehendaki bagi membolehkan pemahaman apa-apa program atau data yang disimpan dalam mana-mana komputer atau selainnya termasuk dalam suatu bentuk yang maklumat terkandung dalam suatu komputer atau selainnya dapat diambil dan yang ia dapat dilihat dan dibaca.
Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan itu boleh mengambil milik apa-apa dokumen, cagaran yang dipegang berkenaan dengan transaksi pengguna kredit, hakmilik, wang tunai, barangan, benda, harta, perkakas, kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, sistem, data, program, maklumat atau artikel yang ia mempunyai akses di bawah subseksyen (1), jika
Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan itu berpendapat bahawa dokumen, cagaran yang dipegang berkenaan dengan transaksi pengguna kredit, hakmilik, wang tunai, barangan, benda, harta, perkakas, kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, sistem, data, program, maklumat atau artikel itu boleh—
diganggu, dimusnahkan, disembunyikan atau dialihkan melainkan jika Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan
Penyeliaan itu mengambil milik atasnya; atau
diperlukan sebagai keterangan dalam mana-mana prosiding undang-undang, sama ada sivil atau jenayah, yang boleh dimulakan di bawah Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain.
Kredit Pengguna 85
B a g i m a k s u d s u a t u p e m e r i k s a a n d i b a w a h subperenggan 88(2)(c)(ii) dan (iii), seseorang di bawah pemeriksaan hendaklah—
memberi kepada Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan
Penyeliaan itu apa-apa dokumen, maklumat atau penjelasan sebagaimana yang dikehendaki oleh Pihak Berkuasa
Pengawalseliaan dan Penyeliaan itu dalam apa-apa tempoh sebagaimana yang ditentukan olehnya; dan
tidak bertanggungan bagi suatu kemungkiran suatu kontrak yang berhubungan dengan, atau suatu kewajipan, kerahsiaan kerana memberikan dokumen, maklumat atau penjelasan di bawah perenggan (a).
Mana-mana orang yang diperiksa di bawah seksyen 88
hendaklah hadir di hadapan Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan
Penyeliaan itu di suatu tempat, dan pada suatu masa, sebagaimana yang ditentukan oleh Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan
Penyeliaan itu.
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1), perenggan (3)(a) atau subseksyen (4), atau enggan membenarkan
Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan itu untuk mengambil milik di bawah subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Penggal 2
Kuasa penyiasatan
Penyiasatan oleh Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan
90. (1) Suatu Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan boleh menyebabkan suatu penyiasatan dibuat dan bagi maksud itu, boleh menjalankan semua kuasa penyiasatan yang diperuntukkan di bawah Akta ini berkenaan dengan semua perkara mengenai kredit pengguna yang dikawal selia oleh Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan itu di bawah Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain yang ditadbir oleh Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan itu.
Undang-Undang Malaysia 86
Akta 873
Suatu Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan boleh melantik seorang pegawai Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan
Penyeliaan atau mana-mana orang lain yang dilantik di bawah subseksyen 35(1) untuk menjadi seorang pegawai penyiasat bagi menjalankan suatu penyiasatan di bawah Penggal ini.
Bagi maksud penyiasatan yang dijalankan oleh Kementerian
Perumahan dan Kerajaan Tempatan—
orang-orang yang berikut boleh menyebabkan suatu penyiasatan dibuat:
seorang pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Sarjan;
Pendaftar pemberi kredit Islam dan Timbalan
Pendaftar pemberi kredit Islam; dan
mana-mana orang lain sebagaimana yang dilantik oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan;
apa-apa sebutan kepada pegawai penyiasat di bawah
Penggal ini hendaklah termasuk seorang pegawai polis melainkan jika diperuntukkan selainnya di bawah peruntukan Akta ini; dan
seorang pegawai kanan polis yang disebut di bawah
Penggal ini hendaklah mempunyai erti sebagaimana yang diberikan kepadanya di bawah Akta Polis 1967 [Akta 344].
Seorang pegawai penyiasat hendaklah disifatkan sebagai seorang pekhidmat awam bagi maksud Kanun Keseksaan, dan sebagai seorang pegawai awam bagi maksud
Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593] dan Akta Keterangan 1950.
Kuasa pegawai penyiasat
91. (1) Seorang pegawai penyiasat yang disebut di bawah seksyen 90 hendaklah mempunyai semua fungsi dan kuasa yang diberikan kepada suatu Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan
Penyeliaan di bawah Bahagian ini, dan jika pegawai penyiasat itu bukan seorang pegawai Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan
Penyeliaan itu, dia hendaklah, berhubung dengan fungsi dan kuasa itu—
tertakluk kepada; dan
Kredit Pengguna 87
menikmati apa-apa hak, keistimewaan, perlindungan, kekebalan dan tanggung rugi, sebagaimana yang diperuntukkan dalam Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain yang terpakai bagi seorang pegawai
Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan seolah-olah dia ialah seorang pegawai Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan
Penyeliaan.
Seorang pegawai penyiasat, dalam melaksanakan fungsinya dan menjalankan kuasanya, hendaklah tertakluk kepada dan mematuhi arahan, kawalan, petunjuk, syarat, sekatan atau batasan sebagaimana yang ditentukan oleh Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan itu, secara lisan atau bertulis, sama ada secara am, atau dalam apa-apa hal atau hal keadaan tertentu.
Seorang pegawai penyiasat yang melakukan apa-apa penyiasatan atas mana-mana orang di bawah Penggal ini hendaklah mempunyai kuasa untuk mengendalikan suatu sumpah atau ikrar kepada orang yang sedang disiasat.
Kuasa memasuki, menggeledah dan menyita dengan waran
92. (1) Jika ternyata pada seorang majistret, atas maklumat bertulis, dengan bersumpah dan selepas apa-apa siasatan sebagaimana yang difikirkannya perlu bahawa terdapat sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa—
mana-mana premis telah digunakan atau akan digunakan bagi; atau
terdapat keterangan di dalam mana-mana premis yang perlu bagi menjalankan suatu penyiasatan mengenai, pelakuan suatu kesalahan di bawah Akta ini, majistret itu boleh mengeluarkan suatu waran yang memberi kuasa kepada seorang pegawai penyiasat yang dinamakan dalam waran itu, pada bila-bila masa yang munasabah, pada waktu siang atau malam dan dengan atau tanpa bantuan untuk memasuki premis itu dan jika perlu dengan kekerasan.
Undang-Undang Malaysia 88
Akta 873
Suatu waran di bawah subseksyen (1) boleh memberi kuasa kepada pegawai penyiasat itu untuk—
masuk ke dalam mana-mana premis dan menggeledah, menyita dan menahan apa-apa dokumen, cagaran yang dipegang berkenaan dengan transaksi pengguna kredit, hakmilik, wang tunai, barangan, benda, harta, perkakas, kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, sistem, data, program, maklumat atau artikel;
mempunyai akses untuk memeriksa, membuat salinan, atau mengambil cabutan daripada, apa-apa dokumen, cagaran yang dipegang berkenaan dengan transaksi pengguna kredit, hakmilik, wang tunai, komputer, output komputer, sistem, data, program, atau maklumat yang disita dan ditahan sedemikian, termasuk akses kepada mana-mana program atau data yang disimpan dalam mana-mana komputer atau selainnya, atau mempunyai akses untuk, memeriksa atau menyemak operasi mana-mana komputer atau selainnya, dan apa-apa perkakas atau bahan yang berkaitan dengannya;
mengambil milikan, dan memindahkan dari premis itu, apa-apa dokumen, cagaran yang dipegang berkenaan dengan transaksi pengguna kredit, hakmilik, wang tunai, barangan, benda, harta, perkakas, kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, sistem, data, program, maklumat atau artikel yang disita dan ditahan sedemikian;
memeriksa mana-mana orang yang berada di dalam, atau di, premis itu, dan bagi maksud pemeriksaan itu, menahan orang itu, tertakluk kepada seksyen 97, dan memindahkannya ke mana-mana tempat yang perlu untuk membantu pemeriksaan itu, dan menyita dan menahan apa-apa dokumen, cagaran yang dipegang berkenaan dengan transaksi pengguna kredit, hakmilik, wang tunai, barangan, benda, harta, perkakas, kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, sistem, data, program, maklumat atau artikel yang dijumpai pada orang itu;
memecah buka, memeriksa, dan menggeledah, apa-apa artikel, bejana atau bekas, termasuk mengakses suatu komputer atau selainnya; atau
Kredit Pengguna 89
memberhentikan, menahan atau menggeledah mana-mana kenderaan.
Seorang pegawai penyiasat boleh jika adalah perlu untuk berbuat demikian—
memecah buka mana-mana pintu luar atau dalam premis itu atau halangan lain kepada premis itu, untuk masuk ke dalam premis itu;
masuk ke dalam premis itu dan tiap-tiap bahagian premis itu dengan kekerasan;
memindah dengan menggunakan kekerasan apa-apa halangan kepada kemasukan, penggeledahan, penyitaan, penahanan atau pemindahan yang dia diberi kuasa untuk melaksanakan di bawah seksyen ini; atau
menahan, tertakluk kepada seksyen 97, mana-mana orang yang dijumpai dalam mana-mana premis, atau apa-apa kenderaan, yang digeledah di bawah subseksyen (2)
sehingga premis atau kenderaan itu selesai digeledah.
Seorang pegawai penyiasat hendaklah bagi maksud seksyen ini disediakan dengan kata laluan, kod penyulitan, kod penyahsulitan, perisian atau perkakasan yang perlu dan apa-apa cara lain yang dikehendaki bagi membolehkan pemahaman apa-apa program atau data yang disimpan dalam mana-mana komputer atau selainnya termasuk dalam suatu bentuk yang maklumat terkandung dalam suatu komputer atau selainnya dapat diambil dan yang ia dapat dilihat dan dibaca.
Apa-apa dokumen, cagaran yang dipegang berkenaan dengan transaksi pengguna kredit, hakmilik, wang tunai, barangan, benda, harta, perkakas, kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, sistem, data, program, maklumat, artikel atau penyataan yang diperoleh atau diberikan kepada seorang pegawai penyiasat semasa berjalannya suatu penggeledahan di bawah seksyen ini hendaklah, walau apa pun mana-mana undang-undang yang bertentangan, menjadi boleh diterima sebagai keterangan dalam apa-apa prosiding di bawah
Akta ini.
Undang-Undang Malaysia 90
Akta 873
Kebolehterimaan waran
93. Suatu waran yang dikeluarkan di bawah Akta ini adalah sah dan boleh dikuatkuasakan walau apa pun apa-apa kecacatan, kesilapan atau peninggalan di dalamnya atau dalam permohonan bagi waran itu dan apa-apa dokumen, cagaran yang dipegang berkenaan dengan transaksi pengguna kredit, hakmilik, wang tunai, barangan, benda, harta, perkakas, kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, sistem, data, program, maklumat atau artikel yang disita di bawah waran itu hendaklah menjadi boleh diterima sebagai keterangan dalam mana-mana prosiding di bawah Akta ini.
Kuasa memasuki, menggeledah dan menyita tanpa waran
94. (1) Jika seorang pegawai penyiasat berpuas hati atas maklumat yang diterima bahawa dia mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa oleh sebab kelengahan dalam memperoleh suatu waran geledah di bawah seksyen 92
penyiasatan akan terjejas atau keterangan mengenai pelakuan suatu kesalahan mungkin diganggu, dipindahkan, dirosakkan atau dimusnahkan, pegawai penyiasat itu boleh memasuki premis itu dan menjalankan di dalam, pada dan berkenaan dengan premis itu semua kuasa yang disebut dalam seksyen 92 dengan cara yang sepenuhnya dan secukupnya seolah-olah dia telah diberi kuasa untuk berbuat demikian oleh suatu waran yang dikeluarkan di bawah seksyen itu.
Bagi maksud seksyen ini, jika penyiasatan itu dijalankan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan pegawai penyiasat itu ialah seorang pegawai polis, pegawai polis itu hendaklah seorang pegawai kanan polis.
Senarai harta yang disita, dsb.
95. (1) Seorang pegawai penyiasat, dalam menjalankan penyiasatannya atau penggeledahannya, hendaklah—
menyediakan dan menandatangani suatu senarai semua dokumen, cagaran yang dipegang berkenaan dengan transaksi pengguna kredit, hakmilik, wang tunai, barangan, benda, harta, perkakas, kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, sistem, data, program, maklumat atau artikel yang disita; dan
Kredit Pengguna 91
menyatakan dalam senarai itu lokasi di mana, atau orang yang padanya, dokumen, cagaran yang dipegang berkenaan dengan transaksi pengguna kredit, hakmilik, wang tunai, barangan, benda, harta, perkakas, kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, sistem, data, program, maklumat atau artikel itu dijumpai atau diperoleh.
Penghuni premis yang dimasuki di bawah subseksyen 92(1)
atau seksyen 94 semasa suatu penyiasatan, atau mana-mana orang bagi pihaknya, hendaklah pada tiap-tiap masa dibenarkan untuk hadir sepanjang penggeledahan itu, menandatangani senarai geledah itu atau meletakkan cap ibu jarinya atas senarai itu, dan diberikan satu salinan senarai geledah yang telah disiapkan dan ditandatangani atau diletakkan cap ibu jari di bawah seksyen ini.
Jika penghuni premis itu atau orang yang bertindak bagi pihak penghuni itu di bawah subseksyen (2) enggan menandatangani senarai geledah itu atau meletakkan cap ibu jarinya atas senarai geledah itu, pegawai penyiasat itu hendaklah mengendorskan namanya atas senarai geledah itu, hakikat dan sebab keengganan berbuat demikian, jika ada, yang dinyatakan oleh penghuni itu atau orang yang bertindak bagi penghuni itu.
Bagi maksud seksyen ini, jika penyiasatan itu dijalankan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan pegawai penyiasat itu ialah seorang pegawai polis, pegawai polis itu hendaklah seorang pegawai kanan polis.
Pelepasan, pelupusan atau pelucuthakan barangan yang disita, dsb.
96. (1) Seorang pegawai penyiasat hendaklah, melainkan jika diperintahkan selainnya oleh mana-mana mahkamah—
pada penutupan penyiasatan atau apa-apa prosiding yang berbangkit daripada penyiasatan itu; atau
dengan mendapat keizinan bertulis terdahulu Pihak Berkuasa
Pengawalseliaan dan Penyeliaan masing-masing pada bila-bila masa sebelum penyiasatan ditutup,
Undang-Undang Malaysia 92
Akta 873
melepaskan apa-apa dokumen, cagaran yang dipegang berkenaan dengan transaksi pengguna kredit, hakmilik, wang tunai, barangan, benda, harta, perkakas, kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, sistem, data, program, maklumat atau artikel yang disita, ditahan atau dipindah olehnya atau mana-mana pegawai penyiasat lain di bawah Bahagian ini menurut subseksyen (2)
atau (3), mengikut mana-mana yang berkenaan.
Bagi maksud subseksyen (1), jika penyiasatan itu dijalankan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan
Kos Sara Hidup—
mana-mana orang yang mengakui bahawa dia adalah pemilik dokumen, cagaran yang dipegang berkenaan dengan transaksi pengguna kredit, hakmilik, wang tunai, barangan, benda, harta, perkakas, kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, sistem, data, program, maklumat atau artikel itu, boleh, secara kediri atau melalui ejennya yang diberi kuasa secara bertulis, memberi suatu notis bertulis kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup;
setelah menerima notis di bawah perenggan (a), Kementerian
Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup boleh, selepas membuat pertanyaan sebagaimana yang perlu, mengarahkan dokumen, cagaran yang dipegang berkenaan dengan transaksi pengguna kredit, hakmilik, wang tunai, barangan, benda, harta, perkakas, kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, sistem, data, program, maklumat atau artikel itu dilepaskan atau dilucut hak atau merujuk perkara itu kepada seorang majistret; dan
majistret yang kepadanya perkara itu dirujuk di bawah perenggan (b) hendaklah mengeluarkan suatu saman menghendaki orang yang mengakui bahawa dia adalah pemilik dokumen, cagaran yang dipegang berkenaan dengan transaksi pengguna kredit, hakmilik, wang tunai, barangan, benda, harta, perkakas, kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, sistem, data, program, maklumat atau artikel dan orang yang daripadanya mereka disita untuk hadir di hadapan majistret itu dan setelah kehadiran atau ketidakhadirannya, penyampaian saman yang wajar telah dibuktikan, majistret itu hendaklah meneruskan pemeriksaan ke atas perkara itu dan dengan bukti bahawa suatu
Kredit Pengguna 93
kesalahan telah dilakukan di bawah Akta ini dan bahawa dokumen, cagaran yang dipegang berkenaan dengan transaksi pengguna kredit, hakmilik, wang tunai, barangan, benda, harta, perkakas, kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, sistem, data, program, maklumat atau artikel itu adalah hal perkara atau telah digunakan dalam pelakuan suatu kesalahan hendaklah mengarahkan yang sama itu dilucut hak dan hendaklah, sehingga yang bertentangan dibuktikan, memerintahkan pelepasan mereka.
Jika penyiasatan itu dijalankan oleh suatu Pihak Berkuasa
Pengawalseliaan dan Penyeliaan selain Kementerian Perdagangan
Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, pegawai penyiasat itu hendaklah melepaskan dokumen, cagaran yang dipegang berkenaan dengan transaksi pengguna kredit, hakmilik, wang tunai, barangan, benda, harta, perkakas, kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, sistem, data, program, maklumat atau artikel kepada mana-mana orang yang ditentukan olehnya berhak menurut undang-undang ke atasnya jika dia berpuas hati bahawa ia tidak dikehendaki bagi maksud apa-apa pendakwaan atau prosiding di bawah Akta ini, atau bagi maksud apa-apa pendakwaan di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain.
Bagi maksud subseksyen (3), jika seorang pegawai penyiasat tidak dapat mengesan orang yang berhak menurut undang-undang ke atas dokumen, cagaran yang dipegang berkenaan dengan transaksi pengguna kredit, hakmilik, wang tunai, barangan, benda, harta, perkakas, kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, sistem, data, program, maklumat atau artikel, pegawai penyiasat itu hendaklah menyebabkan untuk disiarkan suatu notis di laman sesawang Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan atau dalam apa-apa cara penerbitan lain sebagaimana yang dianggap patut oleh Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan meminta mana-mana orang yang berhak menurut undang-undang atas dokumen, cagaran yang dipegang berkenaan dengan transaksi pengguna kredit, hakmilik, wang tunai, barangan, benda, harta, perkakas, kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, sistem, data, program, maklumat atau artikel itu untuk menuntut dokumen, cagaran yang dipegang berkenaan dengan transaksi pengguna kredit, hakmilik, wang tunai, barangan, benda, harta, perkakas, kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, sistem, data, program, maklumat atau artikel itu dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis itu.
Undang-Undang Malaysia 94
Akta 873
Jika tiada tuntutan dibuat apabila habis tempoh yang ditentukan dalam notis yang disiarkan di bawah subseksyen (4)—
pegawai penyiasat itu hendaklah membuat suatu permohonan secara bertulis kepada mahkamah mengenai pelupusan dokumen, cagaran yang dipegang berkenaan dengan transaksi pengguna kredit, hakmilik, wang tunai, barangan, benda, harta, perkakas, kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, sistem, data, program, maklumat atau artikel itu; dan
mahkamah apabila menerima permohonan di bawah perenggan (a) dan setelah berpuas hati bahawa orang di bawah subseksyen (1) yang berhak menurut undang-undang atas dokumen, cagaran yang dipegang berkenaan dengan transaksi pengguna kredit, hakmilik, wang tunai, barangan, benda, harta, perkakas, kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, sistem, data, program, maklumat atau artikel itu tidak dapat dikesan, hendaklah memerintahkan yang sama itu untuk dilucut hak atau dilupuskan oleh Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan
Penyeliaan itu mengikut perintah yang dibuat oleh mahkamah.
Suatu rekod secara bertulis hendaklah dibuat oleh pegawai penyiasat yang menjalankan apa-apa pelepasan mana-mana dokumen, cagaran yang dipegang berkenaan dengan transaksi pengguna kredit, hakmilik, wang tunai, barangan, benda, harta, perkakas, kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, sistem, data, program, maklumat atau artikel di bawah subseksyen (1) berkenaan dengan pelepasan itu dengan menentukan secara terperinci hal keadaan, dan sebab bagi, pelepasan itu.
Tiada seorang pun boleh, dalam apa-apa prosiding di hadapan mana-mana mahkamah berkenaan dengan penyitaan apa-apa dokumen, cagaran yang dipegang berkenaan dengan transaksi pengguna kredit, hakmilik, wang tunai, barangan, benda, harta, perkakas, kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, sistem, data, program, maklumat, atau artikel yang disita dalam menjalankan atau yang berupa sebagai menjalankan apa-apa kuasa yang diberikan di bawah Akta ini, berhak kepada kos prosiding itu atau kepada apa-apa ganti rugi atau relief lain melainkan jika penyitaan itu dibuat tanpa sebab yang munasabah.
Kredit Pengguna 95
Jika apa-apa dokumen, cagaran yang dipegang berkenaan dengan transaksi pengguna kredit, hakmilik, wang tunai, barangan, benda, harta, perkakas, kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, sistem, data, program, maklumat atau artikel yang disita dalam penjalanan mana-mana kuasa di bawah Akta ini dipegang dalam jagaan Kerajaan sementara menunggu penyelesaian apa-apa prosiding berkenaan dengan suatu kesalahan di bawah Akta ini, kos bagi memegang yang sama itu dalam jagaan, hendaklah, jika mana-mana orang didapati bersalah atas suatu kesalahan di bawah
Akta ini, menjadi suatu hutang yang kena dibayar kepada Kerajaan oleh orang itu dan hendaklah didapatkan dengan sewajarnya.
Bagi maksud seksyen ini, jika penyiasatan itu dijalankan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan pegawai penyiasat itu ialah seorang pegawai polis, pegawai polis itu hendaklah seorang pegawai kanan polis berpangkat lebih tinggi daripada pegawai kanan polis yang melaksanakan penyitaan itu.
Pemeriksaan atas orang
97. (1) Seorang pegawai penyiasat boleh memeriksa mana-mana orang yang dia mempunyai sebab untuk mempercayai ada dalam milikannya, termasuk pada dirinya, apa-apa dokumen, cagaran yang dipegang berkenaan dengan transaksi pengguna kredit, hakmilik, wang tunai, barangan, benda, harta, perkakas, kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, sistem, data, program, maklumat, atau artikel yang perlu, pada pendapatnya, bagi maksud penyiasatan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini.
Bagi maksud suatu pemeriksaan atas seseorang di bawah subseksyen (1) atau seksyen 92 atau 94, seorang pegawai penyiasat boleh, tertakluk kepada peruntukan Kanun Tatacara Jenayah, menahan orang itu sebagaimana yang perlu untuk menjalankan pemeriksaan, dan boleh memindahkannya ke dalam jagaan di mana-mana tempat sebagaimana yang perlu untuk memudahkan pemeriksaan itu.
Seorang pegawai penyiasat yang melakukan suatu pemeriksaan atas seseorang di bawah subseksyen (1) boleh menyita, menahan atau mengambil milik apa-apa dokumen, cagaran yang dipegang berkenaan dengan transaksi pengguna kredit, hakmilik, wang tunai, barangan, benda, harta, perkakas, kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, sistem, data, program, maklumat atau artikel, yang dijumpai pada diri orang itu bagi maksud penyiasatan yang sedang dijalankan olehnya.
Undang-Undang Malaysia 96
Akta 873
Apa-apa pemeriksaan atas seseorang yang dijalankan di bawah Bahagian ini hendaklah menurut peruntukan dalam
Kanun Tatacara Jenayah.
Tiada seorang pun boleh diperiksa kecuali oleh seorang yang sama jantinanya dengan orang yang diperiksa, dan pemeriksaan itu hendaklah dijalankan dengan penuh kesopanan.
Bagi maksud suatu pemeriksaan yang dijalankan di bawah seksyen ini oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, jika pegawai penyiasat ialah seorang pegawai polis, pegawai polis itu hendaklah seorang pegawai kanan polis.
Halangan terhadap pelaksanaan kuasa oleh pegawai penyiasat
98. (1) Tiada seorang pun boleh—
enggan memberi kepada mana-mana pegawai penyiasat yang menjalankan kuasanya di bawah Penggal ini—
akses kepada mana-mana premis atau mana-mana bahagian premis itu; atau
apa-apa maklumat yang semunasabahnya boleh dikehendaki daripadanya dan yang dia berkuasa untuk memberikannya;
menyerang, menghalang, mengganggu atau melengah-lengahkan mana-mana pegawai penyiasat dalam melaksanakan kuasanya di bawah Penggal ini;
tidak—
mematuhi apa-apa tuntutan yang sah oleh mana-mana pegawai penyiasat dalam menjalankan kuasanya di bawah Penggal ini;
membenarkan dirinya diperiksa; atau
mengemukakan kepada, atau menyembunyikan atau cuba menyembunyikan daripada, seorang pegawai penyiasat apa-apa dokumen, cagaran yang dipegang berkenaan dengan transaksi
Kredit Pengguna 97
pengguna kredit, hakmilik, wang tunai, barangan, benda, harta, perkakas, kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, sistem, data, program, maklumat atau artikel yang pegawai penyiasat itu menghendaki;
mendapatkan balik atau berusaha untuk mendapatkan balik apa-apa benda yang telah disita dengan sewajarnya;
memberikan kepada seorang pegawai penyiasat maklumat sebagai benar, yang dia tahu atau mempunyai sebab bagi mempercayai adalah palsu, mengelirukan, tidak tepat atau tidak lengkap; atau
sebelum atau selepas apa-apa penyitaan, memecah atau selainnya memusnahkan apa-apa benda untuk menghalang penyitaan itu, atau melindungi benda itu.
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
Kehendak menyediakan terjemahan
99. (1) Seorang pegawai penyiasat boleh—
secara lisan atau bertulis, menghendaki seseorang yang mempunyai milikan, jagaan atau kawalan ke atas dokumen, cagaran yang dipegang berkenaan dengan transaksi pengguna kredit, hakmilik, wang tunai, komputer, output komputer, sistem, data, program, atau maklumat dalam suatu bahasa selain bahasa kebangsaan atau bahasa
Inggeris, atau dalam apa-apa isyarat atau kod, untuk memberi kepada pegawai penyiasat itu suatu terjemahan dalam bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris mengenai dokumen, cagaran yang dipegang berkenaan dengan transaksi pengguna kredit, hakmilik, wang tunai, output komputer, sistem, data, program, atau maklumat itu yang dijumpai, disita, ditahan atau diambil milik oleh pegawai penyiasat itu; dan
Undang-Undang Malaysia 98
Akta 873
menentukan tempoh yang munasabah untuk orang itu memberikan suatu terjemahan, dengan mengambil kira panjang dokumen, cagaran yang dipegang berkenaan dengan transaksi pengguna kredit, hakmilik, wang tunai, output komputer, sistem, data, program, atau maklumat, atau hal keadaan lain yang berhubungan dengannya.
Tiada seorang pun boleh dengan pengetahuannya membuat atau memberikan suatu terjemahan di bawah subseksyen (1) yang bukan suatu terjemahan yang tepat, jujur dan benar.
Jika orang yang dikehendaki untuk memberikan suatu terjemahan di bawah subseksyen (1) bukan orang yang disyaki melakukan kesalahan atau kemungkiran di bawah penyiasatan,
Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan hendaklah membayar kepadanya fi yang munasabah bagi terjemahan itu.
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) atau (2)
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Kuasa untuk memeriksa orang untuk penyiasatan
100. (1) Jika seorang pegawai penyiasat mengesyaki mana-mana orang telah melakukan suatu kesalahan atau suatu kemungkiran di bawah Akta ini, dia boleh, jika pada pendapatnya adalah semunasabahnya perlu untuk berbuat demikian bagi maksud suatu penyiasatan atas kesalahan atau kemungkiran itu—
memerintahkan mana-mana orang melalui notis secara bertulis supaya—
hadir di hadapannya bagi maksud diperiksa secara lisan berhubung dengan apa-apa perkara yang boleh membantu dalam penyiasatan itu; atau
mengemukakan di hadapannya, dalam tempoh yang ditentukan oleh pegawai itu, apa-apa dokumen, cagaran yang dipegang berkenaan dengan transaksi pengguna kredit, hakmilik, wang tunai, barangan, benda, harta, perkakas,
Kredit Pengguna 99
kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, sistem, data, program, maklumat atau artikel yang boleh membantu dalam penyiasatan itu; atau
dengan notis secara bertulis menghendaki mana-mana orang untuk memberikan satu penyataan bertulis yang dibuat atas sumpah atau ikrar menerangkan di dalamnya semua maklumat yang mungkin dikehendaki di bawah notis itu, maklumat yang boleh membantu dalam penyiasatan itu.
Seseorang yang kepadanya suatu notis di bawah perenggan (1)(a)
atau (1)(b), telah diberikan hendaklah mematuhi terma notis itu dan, khususnya—
seseorang yang kepadanya suatu notis di bawah subperenggan (1)(a)(i) telah diberikan hendaklah—
hadir mengikut terma notis itu untuk diperiksa, dan hendaklah terus hadir sedemikian dari sehari ke sehari sebagaimana yang diarahkan oleh pegawai penyiasat itu sehingga penyiasatan itu selesai; dan
di sepanjang penyiasatan itu mendedahkan semua maklumat yang ada dalam pengetahuannya, atau yang tersedia ada untuknya, atau yang boleh didapatkan olehnya, berkenaan dengan perkara berhubung dengannya yang dia sedang diperiksa, sama ada atau tidak apa-apa soalan dikemukakan kepadanya mengenai perkara itu, dan jika apa-apa soalan dikemukakan kepadanya dia hendaklah menjawab soalan itu dengan benar dan sepanjang pengetahuan dan kepercayaannya, dan tidak boleh menolak untuk menjawab apa-apa soalan atas alasan yang soalan itu mungkin menunjukkan dia atau suami atau isterinya bersalah;
seseorang yang kepadanya suatu notis telah diberikan di bawah subperenggan (1)(a)(ii) tidak boleh menyembunyikan, menyorokkan, memusnahkan, mengubah, memindahkan dari atau menghantar ke luar Malaysia, atau mengurusniagakan, membelanjakan, atau melupuskan, apa-apa dokumen,
Undang-Undang Malaysia 100
Akta 873
cagaran yang dipegang berkenaan dengan transaksi pengguna kredit, hakmilik, wang tunai, barangan, benda, harta, perkakas, kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, sistem, data, program, maklumat atau artikel yang ditentukan dalam notis itu, atau mengubahkan atau mencacatkan apa-apa catatan dalam dokumen, cagaran yang dipegang berkenaan dengan transaksi pengguna kredit, hakmilik, wang tunai, output komputer, sistem, data, program, atau maklumat, atau menyebabkan perbuatan itu dilakukan, atau membantu atau berkomplot untuk melakukan perbuatan sedemikian; dan
seseorang yang kepadanya suatu notis bertulis telah diberikan di bawah perenggan (1)(b) hendaklah, dalam penyataannya yang dibuat atas sumpah atau ikrar, mengemukakan dan mendedahkan dengan benar semua maklumat yang dikehendaki di bawah notis itu yang berada dalam pengetahuannya, atau yang tersedia ada untuknya, atau yang boleh didapati olehnya, dan tidak boleh gagal untuk memberikan atau mendedahkan yang sama itu atas alasan yang ia mungkin menunjukkan dia atau suami atau isterinya bersalah.
Seseorang yang disebut di bawah subseksyen (2) hendaklah mematuhi peruntukan subseksyen (2) dan notis yang diberi di bawah subseksyen (1), walau apa pun mana-mana undang-undang, sama ada diperbuat sebelum atau selepas Akta ini berkuat kuasa, atau apa-apa sumpah, aku janji atau kehendak kerahsiaan, atau apa-apa obligasi di bawah apa-apa kontrak, perjanjian atau perkiraan, sama ada nyata atau tersirat, yang bertentangan.
Jika mana-mana orang mendedahkan apa-apa maklumat atau mengemukakan apa-apa dokumen, cagaran yang dipegang berkenaan dengan transaksi pengguna kredit, hakmilik, wang tunai, barangan, benda, harta, perkakas, kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, sistem, data, program, maklumat atau artikel, menurut subseksyen (1) dan (2), baik orang yang kali pertama disebut, mahupun mana-mana orang lain yang bagi pihak atau atas arahan atau sebagai ejen atau pegawai orang yang kali pertama disebut itu mungkin bertindak, tidak boleh, disebabkan pendedahan atau pengemukaan itu, dikenakan apa-apa pendakwaan bagi mana-mana kesalahan di bawah atau menurut kuasa mana-mana undang-undang, atau dikenakan apa-apa prosiding atau tuntutan dalam apa-apa bentuk atau apa-apa perihalan oleh mana-mana orang di bawah atau menurut kuasa mana-mana perjanjian atau perkiraan, atau selainnya.
Kredit Pengguna 101
Seorang pegawai penyiasat boleh menyita, mengambil milik dan menahan bagi apa-apa jangka masa yang disifatkannya perlu, apa-apa dokumen, cagaran yang dipegang berkenaan dengan transaksi pengguna kredit, hakmilik, wang tunai, barangan, benda, harta, perkakas, kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, sistem, data, program, maklumat atau artikel yang dikemukakan di hadapannya semasa penjalanan suatu penyiasatan di bawah subseksyen (1), atau pemeriksaan orang yang sedang disiasat olehnya di bawah subperenggan (1)(a)(i), atau yang mengemukakan apa-apa benda kepadanya di bawah subperenggan (1)(a)(ii), untuk memastikan sama ada apa-apa yang berkaitan dengan penyiasatan itu disembunyikan, atau selainnya pada diri orang itu.
Suatu pemeriksaan di bawah subperenggan (1)(a)(i) hendaklah dibuat dalam bentuk tulisan atau direkodkan dan yang kemudiannya dituliskan oleh pegawai penyiasat itu dan hendaklah ditandatangani oleh orang yang sedang disiasat atau diletakkan cap ibu jarinya selepas pernyataan itu dibacakan kepadanya, dan jika orang itu menolak untuk menandatangani rekod itu atau meletakkan cap ibu jarinya, pegawai penyiasat itu hendaklah mengendorskan padanya di bawah tandatangannya dengan menyatakan hal penolakan itu dan sebab baginya, jika ada, yang dinyatakan oleh orang yang disiasat itu.
Dalam suatu pemeriksaan ke atas seseorang di bawah subseksyen (1), pegawai penyiasat itu yang memeriksa orang itu boleh melakukan mana-mana satu atau keduanya yang berikut:
memberikan arahan tentang siapa yang boleh hadir semasa pemeriksaan itu, atau semasa mana-mana bahagian pemeriksaan itu; dan
merekodkan pemeriksaan itu atau mana-mana bahagian pemeriksaan itu dengan rakaman audio atau visual atau kombinasi keduanya.
Rekod suatu pemeriksaan di bawah subperenggan (1)(a)(i), atau suatu penyataan bertulis atas sumpah atau ikrar yang dibuat menurut perenggan (1)(b), atau apa-apa dokumen, cagaran yang dipegang berkenaan dengan transaksi pengguna kredit, hakmilik, wang tunai, barangan, benda, harta, perkakas, kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, sistem, data, program, maklumat atau artikel yang dikemukakan
Undang-Undang Malaysia 102
Akta 873
di bawah subperenggan (1)(a)(ii) atau selainnya semasa penjalanan suatu penyiasatan di bawah subperenggan (1)(a)(i) atau di bawah suatu penyataan bertulis atas sumpah atau ikrar yang dibuat menurut perenggan (1)(b) hendaklah, walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis atau rukun undang-undang yang bertentangan boleh diterima sebagai keterangan dalam mana-mana prosiding dalam mana-mana mahkamah bagi, atau berhubungan dengan—
suatu kesalahan atau kemungkiran di bawah Akta ini;
apa-apa perkara lain di bawah Akta ini; atau
apa-apa kesalahan di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain, tidak kira sama ada prosiding itu adalah terhadap orang yang telah disiasat, atau yang mengemukakan dokumen, cagaran yang dipegang berkenaan dengan transaksi pengguna kredit, hakmilik, wang tunai, barangan, benda, harta, perkakas, kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, sistem, data, program, maklumat atau artikel itu, atau yang telah membuat penyataan bertulis atas sumpah atau ikrar, atau terhadap mana-mana orang lain.
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) atau (2)
atau memberikan kepada seorang pegawai penyiasat apa-apa maklumat atau penyataan yang palsu atau mengelirukan dalam apa-apa butir material, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
Penyampaian notis secara am, dsb.
101. (1) Apa-apa notis yang diberikan di bawah Penggal ini, hendaklah, jika ia dikehendaki untuk disampaikan kepada seorang individu, disampaikan dengan—
menyerah hantarnya secara ke diri kepada orang yang kepadanya notis itu diniatkan;
menyerah hantarnya kepada seorang dewasa di tempat kediaman, pekerjaan atau perniagaan terkini diketahui yang orang itu diniatkan;
Kredit Pengguna 103
menghantarnya melalui pos berdaftar kepada orang yang diniatkan; atau
menghantarnya secara elektronik dan masa notis itu diterima dalam sistem komputer pengguna berdaftar hendaklah dianggap sebagai masa penyampaiannya, dan penghantaran itu hendaklah merupakan penyampaian yang mencukupi, tetapi tiada apa-apa jua boleh menghalang mana-mana pihak daripada membuktikan, jika sedemikian halnya, bahawa dia belum lagi disampaikan sedemikian.
Apa-apa notis yang diberikan di bawah Penggal ini hendaklah, jika dikehendaki untuk disampaikan kepada suatu pertubuhan perbadanan atau yang tidak diperbadankan, disampaikan dengan menyerah hantar notis itu kepada seorang pegawai, ejen, setiausaha atau pegawai yang serupa pertubuhan perbadanan atau yang tidak diperbadankan itu di alamat berdaftarnya atau alamat perniagaannya.
Jika pegawai yang menjalankan apa-apa notis di bawah subseksyen (1) atau (2) berpuas hati, bagi sebab yang akan direkodkan olehnya secara bertulis, bahawa notis itu tidak dapat disampaikan mengikut cara yang diperuntukkan di bawah subseksyen (1) atau (2), notis itu boleh disampaikan dengan meletakkan notis itu pada suatu bahagian premis yang mudah dilihat—
yang individu baginya notis itu diniatkan diketahui terakhir tinggal, terakhir bekerja atau terakhir menjalankan perniagaan; atau
di alamat berdaftar atau alamat perniagaan pertubuhan perbadanan atau yang tidak diperbadankan terakhir yang diketahui kepada siapa notis itu diniatkan, dan dalam hal sedemikian notis itu hendaklah disifatkan sebagai telah disampaikan dengan sempurna.
Undang-Undang Malaysia 104
Akta 873
Penyerahan dokumen perjalanan
102. (1) Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis yang bertentangan, seorang pegawai penyiasat boleh, melalui notis secara bertulis, menghendaki mana-mana orang yang tertakluk kepada suatu penyiasatan bagi suatu kesalahan di bawah Penggal ini, untuk menyerahkan dokumen perjalanannya termasuk pasport, sijil pengenalan atau mana-mana dokumen lain itu yang dalam milikannya, dalam apa-apa tempoh sebagaimana yang ditentukan dalam notis itu.
Suatu notis di bawah subseksyen (1) hendaklah disampaikan secara ke diri kepada orang yang kepadanya ia dialamatkan mengikut seksyen 101.
Seseorang yang kepadanya suatu notis di bawah subseksyen (1) disampaikan hendaklah mematuhi notis itu, jika dia gagal boleh ditangkap dan dibawa ke hadapan seorang majistret.
Jika seseorang itu dibawa ke hadapan seorang majistret, melainkan jika orang itu mematuhi notis di bawah subseksyen (1) atau memuaskan hati majistret itu bahawa dia tidak memiliki suatu dokumen perjalanan, majistret itu hendaklah dengan waran menahan orang itu dalam penjara—
sehingga habis suatu tempoh empat belas hari dari tarikh hukumannya itu; atau
sehingga dia mematuhi notis di bawah subseksyen (1), mana-mana yang berlaku lebih awal.
Bagi maksud subseksyen (4), suatu sijil yang ditandatangani oleh Pendakwa Raya yang memberi kesan bahawa orang itu telah mematuhi notis bertulis di bawah subseksyen (1) hendaklah menjadi kebenaran yang mencukupi bagi Pesuruhjaya Penjara untuk melepaskan orang itu.
Seorang pegawai penyiasat boleh, dengan kelulusan bertulis
Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan yang berkaitan, melalui notis secara bertulis yang dikeluarkan kepada Ketua
Pengarah Imigresen, menghendaki bahawa mana-mana orang yang tertakluk kepada suatu penyiasatan berkenaan dengan suatu kesalahan di bawah Akta ini dicegah daripada meninggalkan Malaysia.
Kredit Pengguna 105
Tertakluk kepada apa-apa perintah yang dikeluarkan atau dibuat di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berkuat kuasa pada masa ini berhubungan dengan buang negeri atau imigresen,
Ketua Pengarah Imigresen yang menerima sesuatu permintaan di bawah subseksyen (6) berkenaan dengan seseorang, hendaklah mengambil segala langkah yang boleh termasuk pembatalan atau penahanan mana-mana dokumen perjalanan yang berhubungan dengan orang tersebut sebagaimana yang perlu untuk melaksanakan permintaan itu.
Ejen provokasi
103. Walau apa pun mana-mana undang-undang atau rukun undang-undang yang bertentangan, dalam mana-mana prosiding terhadap mana-mana orang bagi suatu kesalahan di bawah
Akta ini—
tiada ejen provokasi pun, sama ada dia seorang pegawai suatu Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan atau tidak, boleh dianggap menjadi seorang rakan jenayah atau tidak boleh dipercayai hanya kerana dia telah cuba melakukan atau bersubahat dalam, atau telah bersubahat atau terlibat dalam suatu komplot jenayah untuk melakukan, kesalahan itu jika maksud utama percubaan, persubahatan atau penglibatan itu ialah untuk mendapatkan keterangan terhadap orang itu;
apa-apa penyataan sama ada secara lisan atau bertulis yang dibuat kepada seorang ejen provokasi oleh mana-mana orang, termasuk mana-mana orang yang kemudiannya didakwa dengan suatu kesalahan di bawah
Akta ini, hendaklah menjadi boleh diterima sebagai keterangan dan diberikan kadar wajar dan pertimbangan dalam mana-mana perbicaraan bagi suatu kesalahan di bawah Akta ini; dan
Undang-Undang Malaysia 106
Akta 873
suatu sabitan bagi apa-apa kesalahan di bawah Akta ini yang semata-mata atas keterangan tanpa sokongan mana-mana ejen provokasi tidak boleh menjadi tidak sah dan tiada sabitan sedemikian boleh diketepikan hanya kerana mahkamah yang membicarakan kes itu tidak menyebut dalam alasan penghakimannya keperluan supaya mengingatkan dirinya terhadap bahaya membuat sabitan atas keterangan sedemikian.
Kebolehterimaan keterangan dokumentar, dsb.
104. Jika Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan telah mendapatkan apa-apa dokumen atau keterangan lain dalam penjalanan kuasanya di bawah Akta ini atau menurut kuasa
Akta ini, dokumen atau salinan dokumen atau keterangan lain itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah boleh diterima sebagai keterangan dalam mana-mana prosiding di bawah
Akta ini, walau apa pun apa-apa jua yang berlawanan dalam mana-mana undang-undang bertulis.
Bantuan kepada pegawai polis atau pegawai awam
105. (1) Suatu Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan boleh atas usahanya sendiri, atau atas permintaan seorang pegawai polis atau pegawai awam—
membekalkan kepada pegawai polis atau pegawai awam itu atau mana-mana pegawai awam lain suatu salinan—
mana-mana dokumen, cagaran yang dipegang berkenaan dengan transaksi pengguna kredit, hakmilik, output komputer, data atau maklumat yang disita, ditahan atau diambil milik di bawah seksyen 92, 94 atau 97;
apa-apa rekod penyiasatan di bawah perenggan 100(1)(a);
apa-apa penyataan bertulis atas sumpah atau ikrar yang dibuat di bawah perenggan 100(1)(b); atau
apa-apa dokumen, cagaran yang dipegang berkenaan dengan transaksi pengguna kredit, hakmilik, output komputer, data atau maklumat yang dikemukakan di bawah perenggan 100(1)(a), atau selainnya
Kredit Pengguna 107
dalam penjalanan apa-apa penyiasatan di bawah perenggan 100(1)(a), atau di bawah apa-apa penyataan bertulis atas sumpah atau ikrar yang dibuat menurut perenggan 100(1)(b); atau
membenarkan pegawai polis atau pegawai awam itu atau mana-mana pegawai awam lain untuk mempunyai akses kepada dan memeriksa apa-apa dokumen, cagaran yang dipegang berkenaan dengan transaksi pengguna kredit, hakmilik, wang tunai, barangan, benda, harta, perkakas, kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, sistem, data, maklumat atau artikel yang telah dikemukakan di hadapan, atau disita, ditahan atau diambil milik, oleh seorang pegawai penyiasat di bawah Bahagian ini.
Jika subseksyen (1) terpakai, pegawai polis, pegawai awam atau pegawai awam lain itu boleh menggunakan—
salinan dokumen, cagaran yang dipegang berkenaan dengan transaksi pengguna kredit, hakmilik, rekod, penyataan, output komputer, data, atau maklumat itu; atau
apa-apa pengetahuan yang diperoleh daripada akses atau pemeriksaan itu, sebagaimana yang perlu atau suai manfaat berhubung dengan pelaksanaan fungsinya, penjalanan kuasanya atau penunaian kewajipannya, berkenaan dengan mana-mana orang.
Bahagian IX
PENGUATKUASAAN
Penggal 1
Tindakan pentadbiran
Kuasa Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan untuk mengambil tindakan
106. (1) Seseorang telah melakukan suatu kemungkiran di bawah Akta ini jika orang itu tidak mematuhi atau memberi kesan kepada—
mana-mana peruntukan Akta ini;
Undang-Undang Malaysia 108
Akta 873
mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah
Akta ini; atau
mana-mana perintah, arahan, standard atau garis panduan, syarat, sekatan, penentuan atau kehendak di bawah
Akta ini.
Suatu Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan hendaklah mengambil kira perkara yang berikut dalam menentukan tindakan sewajarnya yang akan diambil dalam setiap hal:
keberkesanan tindakan yang akan diambil di bawah
Akta ini;
perkadaran tindakan yang akan diambil dengan kemungkiran yang dilakukan;
pencegahan kemungkiran masa hadapan yang serupa keadaannya oleh orang lain; dan
apa-apa perkara lain yang dipertimbangkan sebagai berkaitan pada pendapat Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan.
Jika pada pendapat Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan
Penyeliaan bahawa seseorang itu telah melakukan suatu kemungkiran dan adalah wajar untuk mengambil tindakan terhadap orang itu,
Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan boleh, tertakluk kepada seksyen 131, mengambil mana-mana satu atau lebih daripada tindakan yang berikut:
membuat suatu perintah secara bertulis menghendaki orang yang mungkir—
untuk mematuhi atau memberi kesan kepada; atau
untuk melakukan atau tidak melakukan apa-apa perbuatan untuk memastikan pematuhan dengan, mana-mana peruntukan, peraturan-peraturan, perintah, arahan, standard atau garis panduan, syarat, sekatan, penentuan atau kehendak yang disebut dalam subseksyen (1);
Kredit Pengguna 109
kecuali bagi suatu kemungkiran mana-mana peruntukan yang dinyatakan dalam Jadual 7, mengenakan suatu penalti monetari dalam apa-apa amaun sebagaimana yang Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan berpendapat patut, tetapi dalam apa-apa keadaan tidak melebihi lima ratus ribu ringgit;
mencela secara bertulis orang yang mungkir atau menghendaki orang yang mungkir itu untuk mengeluarkan suatu kenyataan umum berhubung dengan kemungkiran itu, jika pada pendapat Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan bahawa kemungkiran itu berkaitan bagi maklumat orang awam;
membuat suatu perintah secara bertulis menghendaki—
orang yang mungkir itu mengambil apa-apa langkah sebagaimana yang diarahkan oleh
Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan untuk mengurangkan kesan kemungkiran itu; atau
suatu pemberi kredit atau pemberi perkhidmatan kredit untuk meremedi kemungkiran itu termasuk membuat restitusi kepada mana-mana orang lain yang terkilan dengan kemungkiran itu; atau
membuat suatu perintah secara bertulis untuk memecat orang yang mungkir itu daripada jawatan atau bahawa orang yang mungkir itu dihalang daripada menjadi seorang ketua eksekutif, pengarah, pekongsi atau menyertai secara langsung atau tidak langsung dalam pengurusan suatu pemberi kredit atau pemberi perkhidmatan kredit, bagi suatu tempoh masa sebagaimana yang ditentukan oleh
Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan yang hendaklah tidak melebihi suatu tempoh lima tahun.
Jika suatu kemungkiran dilakukan oleh suatu pertubuhan perbadanan atau yang tidak diperbadankan, mana-mana tindakan di bawah subseksyen (3) boleh diambil terhadap—
seseorang yang merupakan pengarahnya, pengawalnya, pegawainya atau pekongsinya, atau pernah berupa untuk bertindak dalam mana-mana keupayaan sedemikian; atau
seseorang yang berkenaan dalam pengurusan hal ehwalnya,
Undang-Undang Malaysia 110
Akta 873
pada masa kemungkiran itu melainkan jika orang itu menunjukkan bahawa kemungkiran itu telah dilakukan tanpa keizinannya atau dibiarkan olehnya dan dia telah melaksanakan segala usaha untuk mencegah kemungkiran itu sebagaimana yang patut dilaksanakan olehnya, dengan mengambil kira keadaan fungsinya dalam keupayaan itu dan kepada hal keadaan itu.
Tindakan di bawah subseksyen (3) boleh diambil terhadap pertubuhan perbadanan atau yang tidak diperbadankan itu jika suatu kemungkiran dilakukan oleh—
seseorang yang merupakan seorang pengarah, pengawal, pegawai atau pekongsi pertubuhan perbadanan atau yang tidak diperbadankan itu, atau berupa untuk bertindak dalam apa-apa keupayaan sedemikian itu; atau
seseorang yang berkenaan dalam pengurusan hal ehwal pertubuhan perbadanan atau yang tidak diperbadankan itu.
Bagi maksud subperenggan (3)(d)(ii), dalam menentukan sama ada atau tidak apa-apa amaun perlu dibayar oleh pemberi kredit atau pemberi perkhidmatan kredit itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan hendaklah mengambil kira—
sama ada atau tidak satu atau lebih orang telah mengalami kehilangan atau terjejas selainnya berbangkit daripada kemungkiran itu; atau
keuntungan yang terakru kepada orang yang mungkir itu.
Apa-apa penalti monetari yang dibayar oleh seseorang mengikut perenggan (3)(b) hendaklah dibayar ke dalam dan menjadi sebahagian—
kumpulan wang operasi Suruhanjaya Koperasi Malaysia jika penalti monetari itu dikenakan oleh Suruhanjaya
Koperasi Malaysia;
Kumpulan Wang yang ditubuhkan di bawah seksyen 26
jika penalti monetari itu dikenakan oleh Suruhanjaya; atau
Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan jika penalti monetari itu dikenakan oleh Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan
Penyeliaan yang lain.
Kredit Pengguna 111
Jika seseorang itu tidak membayar suatu penalti monetari yang dikenakan menurut perenggan (3)(b) dalam tempoh yang ditentukan oleh Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan maka—
penalti yang dikenakan boleh diambil tindakan guaman dan didapatkan kembali oleh Suruhanjaya Koperasi
Malaysia sebagai suatu hutang sivil yang kena dibayar kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia;
penalti yang dikenakan boleh diambil tindakan guaman dan didapatkan kembali oleh Suruhanjaya sebagai suatu hutang sivil yang kena dibayar kepada Suruhanjaya; atau
penalti yang dikenakan oleh Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan yang lain boleh diambil tindakan guaman dan didapatkan kembali oleh Kerajaan sebagai suatu hutang sivil yang kena dibayar kepada Kerajaan.
Jika seseorang tidak meremedi kemungkiran itu termasuk membuat restitusi kepada orang lain yang terkilan disebabkan kemungkiran itu di bawah perenggan (3)(d), walau apa pun apa-apa undang-undang bertulis lain, Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan itu boleh membawa guaman dan mendapatkan kembali amaun itu sebagai suatu hutang sivil yang kena dibayar kepada orang yang terkilan oleh kemungkiran itu.
Tiada apa pun dalam seksyen ini boleh menghalang
Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan daripada mengambil apa-apa tindakan yang ia diberi kuasa untuk mengambil di bawah Akta ini terhadap seseorang yang mungkir.
Permohonan bagi kajian semula atau rayuan keputusan di bawah perenggan 106(3)(b)
107. (1) Mana-mana orang yang terkilan oleh keputusan suatu
Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan di bawah perenggan 106(3)(b) boleh dalam masa tiga puluh hari selepas orang yang terkilan itu diberitahu keputusan itu, memohon secara bertulis kepada—
dalam hal suatu keputusan dibuat oleh Pihak Berkuasa
Pengawalseliaan dan Penyeliaan yang merupakan
Suruhanjaya, Bank Negara Malaysia atau Suruhanjaya
Sekuriti Malaysia, mengikut mana-mana yang berkenaan,
Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan masing-masing untuk mengkaji semula keputusannya; atau
Undang-Undang Malaysia 112
Akta 873
dalam hal suatu keputusan yang dibuat oleh Pihak Berkuasa
Pengawalseliaan dan Penyeliaan Suruhanjaya yang merupakan Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Kementerian
Perumahan dan Kerajaan Tempatan atau Kementerian
Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, mengikut mana-mana yang berkenaan, Menteri yang dipertanggungkan ke atas Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan itu bagi suatu rayuan terhadap keputusan itu.
Kajian semula yang disebut di bawah perenggan (1)(a)
tidak boleh termasuk orang yang telah mengambil bahagian dalam pertimbangtelitian keputusan terdahulu itu.
Suatu keputusan Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan
Penyeliaan atau Menteri, mengikut mana-mana yang berkenaan, di bawah subseksyen (1) adalah muktamad.
Menyerah simpan amaun yang tidak diagihkan dengan
Pendaftar Wang Tak Dituntut
108. Setakat apa-apa amaun yang dibayar di bawah subperenggan 106(3)(d)(ii) atau subseksyen 106(9) yang tidak dapat diagihkan oleh suatu pemberi kredit atau pemberi perkhidmatan kredit, mengikut mana-mana yang berkenaan, selepas usaha yang munasabah untuk memberitahu orang yang terkilan gagal oleh sebab kesulitan mengenal pasti atau memberitahu orang yang terkilan, pemberi kredit atau pemberi perkhidmatan kredit itu hendaklah menyerah simpan amaun itu dengan Pendaftar Wang Tak Dituntut mengikut peruntukan Akta Wang Tak Dituntut 1965 [Akta 370].
Penggal 2
Tindakan penguatkuasaan sivil
Tindakan penguatkuasaan sivil oleh Pihak Berkuasa
Pengawalseliaan dan Penyeliaan
109. (1) Jika suatu Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan mendapati bahawa terdapat suatu kebarangkalian munasabah bahawa mana-mana orang akan melanggar atau telah melanggar atau akan mungkir atau telah memungkiri atau berkemungkinan tidak mematuhi atau telah tidak mematuhi—
Kredit Pengguna 113
mana-mana peruntukan Akta ini;
mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah
Akta ini;
mana-mana perintah, arahan, standard atau garis panduan, syarat, sekatan, penentuan atau kehendak di bawah
Akta ini; atau
apa-apa tindakan yang diambil oleh Pihak Berkuasa
Pengawalseliaan dan Penyeliaan di bawah seksyen 106,
Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan boleh memulakan prosiding sivil di mahkamah untuk memohon apa-apa perintah yang ditentukan di bawah subseksyen 110(1) terhadap orang itu sama ada atau tidak orang itu telah dituduh dengan suatu kesalahan berkenaan dengan pelanggaran atau kemungkiran itu atau sama ada atau tidak suatu pelanggaran atau kemungkiran telah dibuktikan dalam suatu pendakwaan.
Bagi maksud seksyen ini—
Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan tidak termasuk Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan
Kos Sara Hidup; dan
prosiding sivil yang dimulakan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan hendaklah di atas nama Kerajaan.
Perintah oleh mahkamah
110. (1) Mahkamah boleh, atas suatu permohonan oleh suatu
Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan di bawah seksyen 109, membuat satu atau lebih perintah yang berikut:
suatu perintah menghendaki orang itu untuk membayar suatu amaun yang tidak melebihi tiga kali ganda—
amaun kasar ganjaran yang diperoleh atau kehilangan yang dielakkan oleh orang itu berbangkit daripada pelanggaran, kemungkiran atau ketidakpatuhan itu; atau
Undang-Undang Malaysia 114
Akta 873
amaun wang yang menjadi hal perkara pelanggaran, kemungkiran atau ketidakpatuhan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan;
suatu perintah untuk menghendaki orang itu untuk membayar suatu penalti sivil dalam apa-apa amaun sebagaimana yang mahkamah berpendapat wajar setelah mengambil kira seriusnya atau beratnya pelanggaran, kemungkiran atau ketidakpatuhan itu, tetapi dalam apa-apa keadaan tidak melebihi lima ratus ribu ringgit;
suatu perintah untuk—
menahan orang itu daripada terlibat dalam apa-apa kelakuan tertentu; atau
menghendaki pemberhentian pelanggaran, kemungkiran atau ketidakpatuhan itu;
suatu perintah untuk mengarahkan—
seseorang itu untuk melakukan suatu perbuatan tertentu;
seseorang itu, atau mana-mana orang lain yang didapati terlibat dalam pelanggaran, kemungkiran atau ketidakpatuhan itu untuk mengambil apa-apa langkah sebagaimana yang diarahkan oleh mahkamah untuk mengurangkan kesan pelanggaran, kemungkiran atau ketidapatuhan itu;
pemberi kredit atau pemberi perkhidmatan kredit itu untuk meremedi pelanggaran, kemungkiran atau ketidakpatuhan itu termasuk membuat restitusi kepada mana-mana orang lain yang terkilan dengan pelanggaran, kemungkiran atau ketidakpatuhan itu; atau
jika seseorang itu telah enggan atau tidak mematuhi tindakan yang diambil oleh Pihak Berkuasa
Pengawalseliaan dan Penyeliaan di bawah subseksyen 106(3), orang itu untuk mematuhi tindakan itu; dan
Kredit Pengguna 115
apa-apa perintah lain yang disifatkan wajar oleh mahkamah, termasuk perintah sampingan yang disifatkan perlu berikutan dengan pembuatan suatu perintah di bawah mana-mana peruntukan dalam subseksyen ini.
Jika suatu permohonan dibuat kepada suatu mahkamah bagi suatu perintah di bawah subseksyen (1), mahkamah boleh, jika disifatkannya wajar, sebelum mempertimbangkan permohonan itu, membuat suatu perintah interim daripada jenis perintah yang dipohon itu dan perintah itu hendaklah dinyatakan mempunyai kuat kuasa sementara menanti keputusan permohonan itu.
Mahkamah boleh membuat suatu perintah di bawah subseksyen (1) terhadap—
seseorang yang merupakan pengarah, pengawal, pegawai atau pekongsi, atau pernah berupa untuk bertindak dalam apa-apa keupayaan sedemikian; atau
seseorang yang berkenaan dalam pengurusan hal ehwal, suatu pertubuhan perbadanan atau yang tidak diperbadankan sekiranya pelanggaran, kemungkiran atau ketidakpatuhan telah dilakukan oleh pertubuhan perbadanan atau pertubuhan yang tidak diperbadankan itu melainkan jika orang itu membuktikan bahawa pelanggaran, kemungkiran atau ketidakpatuhan itu telah dilakukan tanpa keizinannya atau dibiarkan olehnya dan dia telah melaksanakan usaha sedemikian untuk mencegah pelakuan pelanggaran, kemungkiran atau ketidakpatuhan itu sebagaimana yang patut dilaksanakan olehnya, dengan mengambil kira jenis fungsinya atas keupayaan itu dan kepada hal keadaan itu.
Suatu perintah di bawah subseksyen (1) boleh dibuat terhadap suatu pertubuhan perbadanan atau yang tidak diperbadankan jika suatu pelanggaran, kemungkiran atau ketidakpatuhan dilakukan oleh—
seseorang yang merupakan pengarah, pengawal, pegawai atau pekongsi pertubuhan perbadanan atau yang tidak diperbadankan itu, atau yang berupa untuk bertindak dalam apa-apa keupayaan sedemikian; atau
Undang-Undang Malaysia 116
Akta 873
seseorang yang berkenaan dalam pengurusan hal ehwal pertubuhan perbadanan atau yang tidak diperbadankan itu.
Apa-apa jumlah yang diperintahkan oleh mahkamah di bawah subperenggan (1)(d)(iii) hendaklah digunakan—
pertamanya, untuk membayar orang yang terkilan oleh pelanggaran, kemungkiran atau ketidakpatuhan dalam hal perintah itu; dan
keduanya, untuk membayar Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan, termasuk apa-apa jumlah baki, untuk segala kos prosiding berkenaan dengan pelanggaran, kemungkiran atau ketidakpatuhan itu.
Apa-apa jumlah yang diperintahkan oleh mahkamah di bawah subseksyen (1) selain subperenggan (1)(d)(iii), hendaklah dibayar ke dalam dan menjadi sebahagian—
kumpulan wang operasi Suruhanjaya Koperasi Malaysia jika permohonan itu dibuat oleh Suruhanjaya Koperasi
Malaysia;
Kumpulan Wang yang ditubuhkan di bawah seksyen 26
jika permohonan itu dibuat oleh Suruhanjaya; atau
Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan jika permohonan itu dibuat oleh Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan
Penyeliaan yang lain.
Setakat amaun apa-apa bakal pengagihan di bawah subperenggan (1)(d)(iii) yang tidak dapat diagihkan oleh pemberi kredit atau pemberi perkhidmatan kredit itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, selepas usaha yang munasabah untuk memberitahu orang yang terkilan telah gagal oleh sebab kesulitan mengenal pasti atau memberitahu orang yang terkilan, pemberi kredit atau pemberi perkhidmatan kredit itu hendaklah menyerah simpan amaun itu dengan Pendaftar Wang Tak Dituntut mengikut peruntukan Akta Wang Tak Dituntut 1965.
Kredit Pengguna 117
Jika Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan membuat suatu permohonan bagi suatu perintah di bawah seksyen ini, mahkamah tidak boleh, sebagai suatu syarat bagi perintah itu diberikan, menghendaki apa-apa aku janji tentang ganti rugi yang kena diberikan oleh atau bagi pihak Pihak Berkuasa
Pengawalseliaan dan Penyeliaan itu.
Mana-mana orang yang tidak mematuhi suatu perintah mahkamah di bawah subseksyen (1) atau (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
Subseksyen (9) tidak menjejaskan kuasa mahkamah berhubung dengan hukuman menghina mahkamah.
Mahkamah boleh membatalkan atau mengubah suatu perintah yang dibuat olehnya di bawah seksyen ini atau menggantung kuat kuasa perintah itu.
Kuasa yang diberikan kepada mahkamah di bawah seksyen ini adalah sebagai tambahan kepada mana-mana kuasanya yang lain, dan tidak mengurangkan kuasanya yang lain yang diperuntukkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang lain.
Suatu permohonan yang dibuat di bawah seksyen ini—
boleh dimulakan pada bila-bila masa dalam masa enam tahun dari tarikh Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan
Penyeliaan menyedari tentang pelanggaran, kemungkiran atau ketidakpatuhan itu; dan
tidak boleh menjejaskan apa-apa tindakan lain yang boleh diambil oleh Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan, orang yang terkilan, pemberi kredit atau pemberi perkhidmatan kredit, mengikut mana-mana yang berkenaan, di bawah Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain.
Bagi maksud seksyen ini—
Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan tidak termasuk Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan
Kos Sara Hidup; dan
Undang-Undang Malaysia 118
Akta 873
prosiding sivil yang dimulakan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan hendaklah di atas nama Kerajaan.
Keterangan yang diperoleh dalam penyiasatan boleh digunakan dalam prosiding sivil
111. (1) Walau apa pun mana-mana undang-undang, apa-apa dokumen atau maklumat yang diperoleh oleh suatu Pihak Berkuasa
Pengawalseliaan dan Penyeliaan dalam melaksanakan kuasa penyiasatannya terhadap orang-orang berikut boleh digunakan oleh Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan itu dalam suatu tindakan penguatkuasaan sivil yang dimulakan oleh Pihak
Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan itu:
suatu pemberi kredit;
suatu pemberi perkhidmatan kredit;
mana-mana pengarah, pekongsi atau pegawai orang yang disebut dalam perenggan (a) atau (b);
mana-mana ejen orang yang disebut dalam perenggan (a)
atau (b); atau
mana-mana orang lain.
Bagi mengelakkan keraguan, apa-apa dokumen atau maklumat yang disebut dalam subseksyen (1) tidak boleh tidak diterima dalam mana-mana prosiding sivil di bawah Bahagian ini yang Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan ialah suatu pihak disebabkan hanya kerana Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan memperolehnya dalam melaksanakan kuasa penyiasatannya dan kebolehterimaan itu hendaklah ditentukan mengikut kaedah-kaedah keterangan di bawah mana-mana undang-undang.
Bagi maksud seksyen ini—
Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan tidak termasuk Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan
Kos Sara Hidup; dan
prosiding sivil yang dimulakan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan hendaklah di atas nama Kerajaan.
Kredit Pengguna 119
Penggal 3
Kesalahan jenayah
Kesalahan berhubung dengan catatan dalam dokumen
112. (1) Tiada seorang pun boleh—
membuat atau menyebabkan dibuat suatu catatan palsu;
meninggalkan daripada membuat, atau menyebabkan ditinggalkan, apa-apa catatan; atau
mengubah, mencabutkan, menyembunyikan atau memusnahkan, atau menyebabkan untuk diubah, dicabut, disembunyikan atau dimusnahkan, apa-apa catatan, dalam apa-apa buku atau rekod, atau dalam apa-apa laporan, helaian kertas, penyata atau apa-apa jua pun dokumen lain, yang berhubungan dengan perniagaan, hal ehwal, transaksi, keadaan, harta, aset, liabiliti atau akaun, suatu pemberi kredit atau pemberi perkhidmatan kredit.
Tiada seorang pun boleh mengubah, memalsukan, memusnahkan, mencacatkan, merosakkan, menyembunyikan atau mengalihkan apa-apa dokumen untuk mengelak daripada peruntukan
Akta ini.
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) atau (2)
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
Kesalahan oleh mana-mana orang yang bertindak dalam keupayaan rasmi, dsb.
113. (1) Jika sesuatu kesalahan dilakukan oleh suatu pertubuhan perbadanan atau yang tidak diperbadankan—
seseorang yang merupakan pengarahnya, pengawalnya, pegawainya atau pekongsinya, atau berupa sebagai bertindak dalam mana-mana keupayaan sedemikian; atau
seseorang yang berkenaan dalam pengurusan hal ehwalnya,
Undang-Undang Malaysia 120
Akta 873
pada masa kesalahan itu dilakukan adalah disifatkan sebagai telah melakukan kesalahan itu melainkan jika orang itu membuktikan bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuannya atau tanpa persetujuan atau pembiarannya dan bahawa dia telah melaksanakan apa-apa usaha untuk mencegah pelakuan kesalahan itu sebagaimana yang patut dilaksanakan olehnya, dengan mengambil kira jenis fungsinya dalam keupayaan itu dan kepada hal keadaan itu.
Seseorang individu itu boleh didakwa untuk suatu kesalahan di bawah subseksyen (1) walau apa pun pertubuhan perbadanan atau yang tidak diperbadankan itu tidak disabitkan dengan kesalahan sama ada atau tidak suatu pendakwaan telah dimulakan atau suatu sabitan telah diperoleh terhadap pertubuhan yang diperbadankan atau yang tidak diperbadankan itu.
Subseksyen (1) tidak boleh menjejaskan liabiliti jenayah pertubuhan perbadanan atau yang tidak diperbadankan bagi kesalahan yang disebut dalam subseksyen itu.
Kesalahan oleh pekerja, pegawai, ejen, dsb.
114. (1) Jika sesuatu kesalahan dilakukan oleh seorang pekerja, pegawai, pengarah, pekongsi, pengawal atau ejen seseorang, semasa penjalanan pekerjaan pekerja atau pegawai itu, semasa menjalankan fungsi sebagai pengarah atau pekongsi, semasa menjalankan fungsi sebagai pengawal atau apabila ejen itu bertindak bagi pihak orang itu, secara masing-masing, orang itu adalah disifatkan telah melakukan kesalahan itu dan boleh dikenakan penalti yang sama bagi kesalahan pekerjanya, pegawainya, pengarahnya, pekongsinya, pengawalnya atau ejennya.
Tiada apa-apa jua di bawah subseksyen (1) akan membebaskan seseorang pekerja, pegawai, pengarah, pekongsi, pengawal atau ejen daripada apa-apa tanggungan bagi sesuatu kesalahan.
Percubaan, persubahatan dan pakatan
115. (1) Mana-mana orang yang—
cuba melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini;
Kredit Pengguna 121
membuat suatu perbuatan sebagai persediaan untuk, atau bagi membantu, pelakuan suatu kesalahan di bawah
Akta ini; atau
bersubahat atau terlibat dalam suatu komplot jenayah untuk melakukan, sebagaimana istilah itu diertikan dalam
Kanun Keseksaan, suatu kesalahan di bawah Akta ini, sama ada atau tidak kesalahan itu dilakukan akibat daripadanya, melakukan suatu kesalahan dan boleh dikenakan penalti bagi kesalahan itu.
Suatu peruntukan Akta ini yang merujuk kepada suatu kesalahan di bawah suatu peruntukan tertentu Akta ini hendaklah dibaca sebagai termasuk suatu sebutan kepada suatu kesalahan di bawah subseksyen (1) berhubung dengan kesalahan di bawah peruntukan tertentu itu.
Pencantuman kesalahan
116. Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam mana-mana undang-undang bertulis lain, jika seseorang dituduh melakukan lebih daripada satu kesalahan di bawah Akta ini, dia boleh dipertuduh dan dibicarakan dalam satu perbicaraan atas apa-apa bilangan kesalahan sedemikian yang dilakukan dalam apa-apa jangka masa.
Kesalahan boleh tangkap
117. (1) Tiap-tiap kesalahan yang boleh dihukum di bawah
Akta ini hendaklah menjadi suatu kesalahan boleh tangkap, dan seorang pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada pangkat Sarjan, atau seorang pegawai penyiasat yang dilantik di bawah seksyen 90 boleh menangkap tanpa waran seseorang yang dia secara munasabah mengesyaki telah melakukan atau sedang melakukan kesalahan itu.
Seorang pegawai penyiasat yang membuat suatu tangkapan di bawah subseksyen (1) hendaklah menyerahkan orang yang ditangkap itu kepada seorang pegawai polis tanpa kelengahan yang tidak berpatutan dan orang yang ditangkap itu hendaklah diuruskan mengikut undang-undang yang berhubungan dengan tatacara jenayah seolah-olah dia telah ditangkap oleh seorang pegawai polis.
Undang-Undang Malaysia 122
Akta 873
Kuasa untuk mengkompaun
118. (1) Menteri boleh, atas syor Suruhanjaya, dengan kelulusan
Pendakwa Raya, membuat peraturan-peraturan yang menetapkan—
apa-apa kesalahan di bawah Akta ini sebagai suatu kesalahan yang boleh dikompaun; dan
kaedah dan tatacara untuk mengkompaun kesalahan itu.
Suatu Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan boleh, dengan keizinan bertulis Pendakwa Raya, menawarkan secara bertulis untuk mengkompaun mana-mana kesalahan yang boleh dikompaun di bawah Akta ini dengan menerima daripada orang yang semunasabahnya disyaki telah melakukan kesalahan itu, apa-apa jumlah wang tidak melebihi lima puluh peratus daripada amaun denda maksimum yang orang itu boleh bertanggungan jika dia telah disabitkan dengan kesalahan itu, dalam apa-apa masa sebagaimana yang ditentukan dalam tawaran itu.
Suatu tawaran di bawah subseksyen (2) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan, tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya dimulakan, dan jika amaun yang ditentukan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam masa yang ditentukan dalam tawaran itu atau dalam apa-apa tempoh yang dilanjutkan yang boleh diberikan oleh Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan
Penyeliaan, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat.
Jika suatu kesalahan telah dikompaun di bawah subseksyen (2), tiada pendakwaan boleh dimulakan berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun itu telah dibuat, dan apa-apa dokumen atau benda yang disita berkaitan dengan kesalahan itu boleh dilepaskan oleh
Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan, tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh
Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan.
Semua jumlah wang yang diterima di bawah subseksyen (2)
hendaklah dibayar ke dalam dan menjadi sebahagian—
kumpulan wang operasi Suruhanjaya Koperasi
Malaysia jika penawaran kompaun itu dibuat oleh
Suruhanjaya Koperasi Malaysia;
Kredit Pengguna 123
Kumpulan Wang yang ditubuhkan di bawah seksyen 26
jika penawaran kompaun itu dibuat oleh Suruhanjaya; atau
Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan jika penawaran kompaun itu dibuat oleh Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan yang lain.
Pemulaan pendakwaan
119. Tiada pendakwaan bagi suatu kesalahan di bawah Akta ini boleh dimulakan kecuali dengan keizinan bertulis Pendakwa Raya.
Penggal 4
Perkara am
Perlindungan berhubung dengan pendedahan maklumat
120. (1) Jika seseorang mendedahkan secara suci hati kepada suatu
Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan, pengetahuannya atau kepercayaannya atau apa-apa dokumen atau maklumat bahawa suatu kemungkiran atau pelanggaran telah berlaku atau mungkin akan berlaku di bawah Akta ini—
orang itu tidak bertanggungan bagi suatu kemungkiran suatu kewajipan kerahsiaan yang dikenakan oleh mana-mana undang-undang, kontrak atau kaedah-kaedah amalan profesional;
ia hendaklah menjadi suatu pembelaan dalam suatu tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding yang dibawa, dimulakan atau diteruskan dalam mana-mana mahkamah atau di hadapan mana-mana pihak berkuasa lain terhadap orang yang membuat pendedahan kepada
Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan yang ia percaya pendedahan itu perlu bagi maksud pelaksanaan peruntukan Akta ini; atau
tidak ada kontrak atau hak atau remedi lain boleh dikuatkuasakan terhadap orang itu atas sebab pendedahan itu.
Undang-Undang Malaysia 124
Akta 873
Apa-apa dokumen atau maklumat yang didedahkan kepada
Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan di bawah subseksyen (1) dan pengenalan diri orang yang membuat pendedahan itu hendaklah menjadi rahsia antara Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan itu dan orang yang membuat pendedahan itu, melainkan jika orang yang membuat pendedahan itu mengizinkan secara bertulis pendedahan pengenalan dirinya atau dokumen atau maklumat itu oleh Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan itu.
Bahagian X
PERUNTUKAN AM
Kuasa tambahan Menteri
121. (1) Kuasa Menteri di bawah Akta ini adalah menjadi tambahan kepada, dan tidak mengurangkan, kuasa Menteri itu di bawah undang-undang bertulis berkaitan yang lain.
Bagi maksud seksyen ini, “Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kewangan, Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi perdagangan dalam negeri dan kos sara hidup, Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pembangunan koperasi atau Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi perumahan dan kerajaan tempatan, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan
122. (1) Peraturan-peraturan boleh dibuat sebagaimana yang perlu atau suai manfaat untuk melaksanakan maksud atau peruntukan
Akta ini termasuk apa-apa perkara tambahan, sampingan atau berbangkit berhubungan dengan Akta ini.
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), peraturan-peraturan boleh dibuat untuk menetapkan—
kawalan oleh suatu Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan
Penyeliaan melalui penyeliaan, pengawalseliaan, sekatan, larangan atau bagaimana jua pun selainnya, berkenaan dengan pemberian kredit, perniagaan kredit dan perniagaan perkhidmatan kredit itu;
Kredit Pengguna 125
mengenai perkara Shariah—
berkenaan dengan penjalanan apa-apa perniagaan kredit Islam, hal ehwal atau aktiviti oleh suatu pemberi kredit Islam yang menghendaki penentuan
Hukum Syarak oleh Majlis Penasihat Shariah; dan
untuk memberi kesan kepada nasihat atau keputusan
Majlis Penasihat Shariah;
perkara berikut yang tidak menghendaki penentuan
Hukum Syarak:
tadbir urus Shariah termasuk—
fungsi, kuasa dan kewajipan lembaga pengarah, pekongsi dan pengurusan kanan suatu pemberi kredit Islam berhubung dengan pematuhan Shariah;
fungsi pematuhan Shariah dalaman; dan
pelantikan seseorang untuk menasihati suatu pemberi kredit Islam dalam memastikan perniagaan kredit Islamnya, hal ehwalnya dan aktivitinya mematuhi Shariah;
pelantikan seseorang yang bebas untuk menjalankan suatu audit pematuhan Shariah oleh pemberi kredit Islam itu; dan
apa-apa perkara lain berhubung dengan perniagaan kredit Islam, hal ehwal dan aktiviti suatu pemberi kredit Islam bagi maksud pematuhan Shariah;
perkara pelakuan perniagaan dan perlindungan pengguna kredit termasuk perkara yang dinyatakan dalam seksyen 85;
borang atau cara berkenaan dengan apa-apa perkara di bawah Akta ini;
Undang-Undang Malaysia 126
Akta 873
apa-apa fi kena dibayar berkenaan dengan apa-apa perkara di bawah Akta ini atau di bawah mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini, termasuk untuk amaun dan cara pembayaran fi itu; dan
apa-apa perkara lain yang dikehendaki oleh Akta ini untuk ditetapkan.
Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini boleh menetapkan bahawa suatu perbuatan atau peninggalan yang melanggar peraturan-peraturan itu menjadi suatu kesalahan dan boleh menetapkan penalti suatu denda tidak melebihi lima juta ringgit atau pemenjaraan bagi suatu tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah perenggan (2)(b)
hendaklah mengikut nasihat atau keputusan Majlis Penasihat
Shariah.
Walau apa pun subseksyen (3), mana-mana pemberi kredit
Islam yang tidak mematuhi peraturan-peraturan yang dibuat di bawah perenggan (2)(b) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi empat tahun atau kedua-duanya.
Bagi maksud seksyen ini, orang yang berikut boleh membuat peraturan-peraturan di bawah seksyen ini:
Menteri, atas syor Suruhanjaya berkenaan dengan suatu perniagaan kredit atau perniagaan perkhidmatan kredit yang dijalankan oleh seseorang yang dikawal selia oleh
Suruhanjaya dan apa-apa perkara lain yang dinyatakan dalam Akta ini;
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup berkenaan dengan suatu perniagaan kredit atau perniagaan perkhidmatan kredit yang dijalankan oleh seseorang yang dikawal selia oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup;
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkenaan dengan suatu perniagaan kredit yang dijalankan oleh seseorang yang dikawal selia oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan;
Kredit Pengguna 127
Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pembangunan koperasi berkenaan dengan suatu perniagaan kredit yang dijalankan oleh suatu koperasi yang didaftarkan di bawah Akta Koperasi 1993;
Menteri, atas syor Bank Negara Malaysia, berkenaan dengan suatu perniagaan kredit yang dijalankan oleh—
seseorang yang diberi kuasa di bawah
Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 atau
Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013; dan
sesuatu institusi kewangan pembangunan yang ditetapkan di bawah Akta Institusi Kewangan
Pembangunan 2002; dan
Menteri, atas syor Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, berkenaan dengan suatu perniagaan kredit atau perniagaan perkhidmatan kredit yang dijalankan oleh orang yang dilesenkan, didaftarkan atau diiktiraf di bawah
Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007.
Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini boleh berhubung dengan semua atau mana-mana kelas, kategori atau perihalan orang, dan peruntukan berlainan bagi kelas, kategori atau perihalan orang yang berlainan.
Kuasa untuk menentukan standard atau garis panduan
123. (1) Standard atau garis panduan boleh ditentukan sebagaimana yang perlu atau suai manfaat untuk melaksanakan maksud atau peruntukan Akta ini termasuk apa-apa perkara tambahan, sampingan atau berbangkit berhubung dengan Akta ini.
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), standard atau garis panduan boleh ditentukan mengenai—
(a)
perkara Shariah—
berkenaan dengan penjalanan apa-apa perniagaan kredit Islam, hal ehwal atau aktiviti oleh suatu pemberi kredit Islam yang menghendaki penentuan
Hukum Syarak oleh Majlis Penasihat Shariah; dan
untuk memberi kesan kepada nasihat atau keputusan
Majlis Penasihat Shariah;
Undang-Undang Malaysia 128
Akta 873
perkara berikut yang tidak menghendaki penentuan
Hukum Syarak:
tadbir urus Shariah termasuk—
fungsi, kuasa dan kewajipan lembaga pengarah, pekongsi dan pengurusan kanan suatu pemberi kredit Islam berhubung dengan pematuhan Shariah;
fungsi pematuhan Shariah dalaman; dan
pelantikan seseorang untuk menasihati suatu pemberi kredit Islam dalam memastikan perniagaan kredit Islamnya, hal ehwalnya dan aktivitinya mematuhi Shariah;
pelantikan seseorang yang bebas untuk menjalankan suatu audit pematuhan Shariah oleh pemberi kredit Islam itu; dan
apa-apa perkara lain berhubung dengan perniagaan kredit Islam, hal ehwal dan aktiviti suatu pemberi kredit Islam bagi maksud pematuhan
Shariah;
perkara pelakuan perniagaan dan perlindungan pengguna kredit termasuk perkara yang dinyatakan dalam seksyen 85; dan
borang atau cara berkenaan dengan apa-apa perkara di bawah Akta ini.
Standard atau garis panduan yang dibuat di bawah perenggan (2)(a) hendaklah mengikut nasihat atau keputusan
Majlis Penasihat Shariah.
Bagi maksud subseksyen (1), orang yang berikut boleh menentukan standard atau garis panduan itu:
suatu Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan berkenaan dengan suatu pemberi kredit atau pemberi perkhidmatan kredit yang dikawal selia oleh
Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan itu
Kredit Pengguna 129
di bawah Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain yang ditadbir oleh Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan; atau
Suruhanjaya berkenaan dengan semua perkara yang berhubungan dengan kredit pengguna sebagaimana yang dinyatakan di bawah Akta ini.
Standard atau garis panduan yang ditentukan di bawah seksyen ini boleh berhubung dengan semua atau mana-mana kelas, kategori atau perihalan orang, dan peruntukan berlainan bagi kelas, kategori atau perihalan orang yang berlainan.
Peruntukan yang berhubungan dengan kelulusan, keizinan, standard atau garis panduan, penentuan, notis, kehendak atau arahan
124. (1) Melainkan jika diperuntukkan selainnya dengan jelas, apa-apa kelulusan atau keizinan yang diberi, atau apa-apa standard atau garis panduan, penentuan, notis, kehendak atau arahan yang ditentukan atau dikeluarkan, di bawah Akta ini—
boleh dibuat sama ada secara am atau khusus;
boleh dipinda, diubah, diketepikan atau dibatalkan oleh
Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan yang menentukannya, mengeluarkannya atau memberinya; atau
hendaklah dikeluarkan atau disampaikan mengikut cara sebagaimana yang difikirkan wajar oleh Pihak Berkuasa
Pengawalseliaan dan Penyeliaan itu dan adalah sah bagi semua maksud.
Apa-apa kelulusan atau keizinan di bawah subseksyen (1)
boleh menjadi—
mutlak atau bersyarat; atau
terhad supaya habis tempoh pada suatu tarikh yang ditentukan, melainkan jika diperbaharui.
Undang-Undang Malaysia 130
Akta 873
Kuasa Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan untuk mengeluarkan panduan
125. Suatu Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan boleh mengeluarkan panduan secara bertulis kepada mana-mana orang atau kepada mana-mana kelas, kategori atau perihalan orang yang dikawal selia oleh Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan
Penyeliaan itu yang terdiri daripada apa-apa maklumat, nasihat atau syor yang difikirkannya patut—
berkenaan dengan peruntukan Akta ini;
bagi menjalankan atau mencapai maksud Akta ini; atau
berkenaan dengan apa-apa perkara lain yang, pada pendapat
Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan, perlu untuk memberikan maklumat, nasihat atau syor.
Kuasa Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan untuk menyiarkan maklumat
126. Suatu Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan boleh, jika difikirkannya perlu, menyiarkan dalam apa-apa bentuk dan mengikut cara sebagaimana yang difikirkan patut olehnya, apa-apa maklumat berhubung dengan—
apa-apa tindakan yang diambil oleh Pihak Berkuasa
Pengawalseliaan dan Penyeliaan termasuk—
tindakan penyeliaan; dan
tindakan penguatkuasaan di bawah Akta ini termasuk prosiding jenayah, pengkompaunan, tindakan penguatkuasaan sivil dan tindakan pentadbiran; dan
keputusan tindakan yang disebut dalam perenggan (a)
termasuk keputusan apa-apa prosiding, penyelesaian dalam atau luar mahkamah berhubung dengan apa-apa kemungkiran atau pelanggaran peruntukan Akta ini.
Kredit Pengguna 131
Kuasa untuk mengecualikan
127. (1) Menteri boleh, atas syor Suruhanjaya, melalui suatu perintah yang disiarkan dalam Warta, tertakluk kepada apa-apa syarat atau sekatan yang difikirkannya perlu atau suai manfaat untuk dikenakan, mengecualikan mana-mana orang atau mana-mana kelas orang, daripada mana-mana atau semua peruntukan Akta ini.
Bagi maksud subseksyen (1), Menteri hendaklah berunding dengan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup,
Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pembangunan koperasi atau Menteri Perumahan dan Kerajaan
Tempatan, sekiranya pengecualian itu melibatkan perkara yang dikawal selia oleh Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan masing-masing, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Kuasa untuk meminda Jadual
128. Menteri boleh, atas syor Suruhanjaya, melalui suatu perintah yang disiarkan dalam Warta, meminda mana-mana Jadual kepada
Akta ini.
Kuasa untuk menghendaki pengemukaan dokumen atau maklumat
129. (1) Suatu Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan boleh, melalui notis secara bertulis, menghendaki mana-mana orang untuk mengemukakan kepada Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan apa-apa dokumen, maklumat atau data statistik sebagaimana yang ditentukan oleh Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan dalam notis itu, bagi maksud pelaksanaan mana-mana fungsinya atau penjalanan mana-mana kuasanya di bawah Akta ini.
Seseorang itu hendaklah mengemukakan dokumen, maklumat atau data itu kepada suatu Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan jika seseorang itu dikehendaki untuk berbuat sedemikian—
di bawah Akta ini; atau
oleh Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan di bawah subseksyen (1).
Undang-Undang Malaysia 132
Akta 873
Mana-mana orang yang dikehendaki untuk mengemukakan apa-apa dokumen, maklumat atau data di bawah Akta ini tidak boleh mengemukakan apa-apa dokumen, maklumat atau data—
yang dia mengetahui, atau mempunyai sebab untuk mempercayai, adalah palsu atau mengelirukan dalam suatu butir-butir material; atau
yang tidak tepat atau tidak lengkap berkenaan dengan suatu kesilapan atau ketinggalan material, atau apa-apa kesilapan atau ketinggalan berulang.
Suatu Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan boleh menghendaki—
apa-apa dokumen, maklumat atau data yang dikehendaki untuk dikemukakan di bawah Akta ini dikemukakan dalam suatu tempoh, pada apa-apa lat tempoh, dalam bentuk dan mengikut cara sebagaimana yang ditentukan oleh
Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan itu;
apa-apa dokumen, maklumat atau data yang dikemukakan di bawah Akta ini ditentusahkan dengan apa-apa cara sebagaimana yang ditentukan oleh Pihak Berkuasa
Pengawalseliaan dan Penyeliaan itu; atau
apa-apa dokumen yang dikeluarkan untuk diperakui sebagai suatu salinan sah.
Mana-mana orang yang mematuhi seksyen ini hendaklah tidak dikira sebagai memungkiri mana-mana kontrak, perjanjian atau perkiraan.
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Mana-mana orang yang melanggar perenggan (3)(a)
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
Kredit Pengguna 133
Perlindungan daripada guaman dan prosiding undang-undang
130. (1) Tiada tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding lain boleh dibawa, dimulakan, atau dikekalkan dalam mana-mana mahkamah atau di hadapan mana-mana pihak berkuasa lain terhadap—
Menteri;
Suruhanjaya, Pengerusi Eksekutif, Timbalan Pengerusi
Eksekutif, mana-mana anggota Lembaga yang lain dan mana-mana pegawai atau pekerja yang sedang atau pernah diambil bekerja oleh Suruhanjaya;
suatu Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan dan mana-mana pengarah, pegawai atau pekerja yang sedang atau pernah diambil bekerja oleh Pihak Berkuasa
Pengawalseliaan dan Penyeliaan itu;
Jawatankuasa Penasihat dan mana-mana orang yang sedang atau pernah menjadi seorang anggota Jawatankuasa
Penasihat;
mana-mana jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Suruhanjaya atau suatu Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan;
mana-mana orang yang sedang atau pernah menjadi seorang anggota jawatankuasa yang ditubuhkan oleh
Suruhanjaya atau suatu Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan; dan
mana-mana orang yang sedang atau pernah diguna khidmat atau dilantik oleh Suruhanjaya atau suatu Pihak Berkuasa
Pengawalseliaan dan Penyeliaan untuk memberikan apa-apa perkhidmatan atau bantuan kepadanya sebagaimana yang dikehendaki atau ditentukan berkaitan dengan pelaksanaan fungsi Suruhanjaya atau Pihak Berkuasa
Pengawalseliaan dan Penyeliaan, disebabkan oleh atau berkenaan dengan apa-apa perbuatan, kecuaian atau keingkaran yang dilakukan atau ditinggalkan olehnya semasa melaksanakan fungsinya, menjalankan kuasanya dan menunaikan kewajipannya di bawah Akta ini melainkan jika boleh dibuktikan bahawa perbuatan, kecuaian atau keingkaran itu telah dilakukan atau ditinggalkan dengan niat jahat dan tanpa sebab yang munasabah.
Undang-Undang Malaysia 134
Akta 873
Bagi maksud seksyen ini, “Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kewangan, Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi perdagangan dalam negeri dan kos sara hidup, Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pembangunan koperasi dan Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi perumahan dan kerajaan tempatan.
Peluang untuk membuat representasi bertulis
131. (1) Jika—
Pendaftar atau Suruhanjaya bercadang untuk mengambil apa-apa tindakan terhadap suatu pemberi kredit berlesen dengan membatalkan atau menggantungkan lesennya di bawah seksyen 50;
Suruhanjaya bercadang untuk mengambil apa-apa tindakan terhadap suatu pemberi perkhidmatan kredit berdaftar dengan membatalkan pendaftarannya atau menggantung pendaftarannya di bawah seksyen 67;
Pendaftar atau Suruhanjaya bercadang untuk mengarahkan suatu pemberi kredit berlesen atau pemberi perkhidmatan kredit berdaftar supaya memecat pengarahnya, pekongsinya atau pengurusan kanannya di bawah subseksyen 46(6)
atau subseksyen 63(6); atau
Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan bercadang untuk mengambil apa-apa tindakan terhadap mana-mana orang di bawah subseksyen 106(3),
Pendaftar, Suruhanjaya atau Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan
Penyeliaan, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah memberi orang itu suatu peluang untuk membuat representasi bertulis sebelum apa-apa keputusan dibuat.
Walau apa pun subseksyen (1) dan kecuali bagi perenggan (1)(d), Pendaftar, Suruhanjaya atau Pihak Berkuasa
Pengawalseliaan dan Penyeliaan itu boleh—
mengambil tindakan itu atau memberikan arahan itu terlebih dahulu dan peluang untuk membuat representasi secara bertulis hendaklah diberikan serta-merta selepas tindakan itu
Kredit Pengguna 135
telah diambil atau arahan itu telah diberikan jika apa-apa kelengahan dalam mengambil tindakan itu atau memberikan arahan itu akan memudaratkan kepentingan mana-mana pemberi kredit, pemberi perkhidmatan kredit, pengguna kredit, industri kredit pengguna atau orang awam secara amnya; dan
mengesahkan, meminda atau membatalkan pelaksanaan tindakan yang diambil atau arahan yang diberikan di bawah perenggan (a) berbangkit daripada representasi secara bertulis yang dibuat di bawah perenggan itu.
Obligasi kerahsiaan
132. (1) Tertakluk kepada seksyen 124 Akta Keterangan 1950, tiada mana-mana orang yang ditentukan dalam subseksyen (2) boleh mendedahkan maklumat yang diperolehnya semasa melaksanakan fungsinya atau menjalankan kuasanya di bawah Akta ini dan yang tidak disiarkan mengikut Akta ini, kecuali—
jika penzahiran itu dibenarkan di bawah suatu peruntukan
Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain, atau secara bertulis oleh Suruhanjaya atau suatu
Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan, mengikut mana-mana yang berkenaan;
dalam membantu mana-mana orang yang ditentukan dalam subseksyen (2) bagi maksud Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain; atau
dalam mana-mana prosiding jenayah atau sivil oleh atau terhadap Suruhanjaya atau suatu Pihak Berkuasa
Pengawalseliaan dan Penyeliaan itu.
Subseksyen (1) hendaklah terpakai bagi orang yang berikut, sama ada semasa atau selepas tempoh memegang jawatan atau pekerjaannya:
seorang anggota Lembaga atau Jawatankuasa Lembaga;
seorang anggota Jawatankuasa Penasihat;
seorang anggota mana-mana jawatankuasa Suruhanjaya;
Undang-Undang Malaysia 136
Akta 873
seorang pegawai atau ejen Suruhanjaya atau suatu
Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan; atau
seseorang yang menghadiri mana-mana mesyuarat Lembaga,
Jawatankuasa Penasihat atau mana-mana jawatankuasa
Suruhanjaya.
Jawatankuasa Penasihat, Suruhanjaya dan suatu Pihak
Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan, mengikut mana-mana yang berkenaan, tidak boleh diperintahkan untuk menzahirkan apa-apa dokumen kepada mahkamah di bawah Aturan 24
Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 [P.U.(A) 205/2012] dalam suatu prosiding tindakan sivil yang diambil oleh Suruhanjaya atau Pihak
Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan itu, jika Jawatankuasa
Penasihat, Suruhanjaya dan Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan
Penyeliaan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, berpendapat bahawa penzahiran itu mungkin menghalang keupayaannya untuk melaksanakan fungsinya atau menjalankan kuasanya atau kepentingan awam akan terjejas.
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi empat tahun atau kedua-duanya.
Maklumat rahsia
133. (1) Tiada seorang pun pemberi kredit atau pemberi perkhidmatan kredit, atau mana-mana pengarahnya, pekongsinya, pegawainya atau juruauditnya boleh mendedahkan dokumen atau maklumat berikut, secara sepenuhnya atau sebahagiannya, kepada mana-mana orang, kecuali dibenarkan secara bertulis oleh suatu
Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan itu:
apa-apa perkadaran yang diberikan oleh Pihak Berkuasa
Pengawalseliaan dan Penyeliaan itu;
apa-apa penilaian penyeliaan yang dibuat oleh Pihak
Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan itu; atau
apa-apa dokumen atau maklumat yang ditentukan oleh
Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan itu.
Kredit Pengguna 137
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi empat tahun atau kedua-duanya.
Perkara yang dilakukan dalam menjangkakan pembuatan
Akta ini, dsb.
134. (1) Segala perkara yang dilakukan oleh mana-mana orang sebagai persediaan dan ke arah pelaksanaan atau pentadbiran
Akta ini, dan apa-apa perbelanjaan yang ditanggung berhubung dengannya, dalam menjangkakan pembuatan Akta ini hendaklah disifatkan telah dibenarkan oleh, dan di bawah Akta ini termasuk di bawah seksyen ini.
Segala hak yang diperoleh atau obligasi yang ditanggung daripada apa-apa jua yang dilakukan sedemikian di bawah seksyen ini hendaklah pada tarikh yang ditetapkan di bawah subseksyen 1(2) disifatkan sebagai hak dan obligasi Suruhanjaya atau suatu Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan, mengikut mana-mana yang berkenaan di bawah Akta ini.
Peralihan
135. (1) Mana-mana orang yang, pada tarikh yang ditetapkan di bawah subseksyen 1(2), sedang menjalankan suatu perniagaan kredit atau perniagaan perkhidmatan kredit yang baginya kehendak lesen atau pendaftaran di bawah Akta ini terpakai hendaklah, dalam tempoh enam bulan dari tarikh itu, memohon untuk mendapatkan suatu lesen atau pendaftaran di bawah Akta ini.
Sementara menunggu keputusan atas suatu permohonan daripada orang yang disebut di bawah subseksyen (1), orang itu boleh terus menjalankan perniagaan itu tertakluk kepada apa-apa syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya atau Pendaftar, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Undang-Undang Malaysia 138
Akta 873
Jadual 1
[Subseksyen 2(1)]
KREDIT TIDAK TERTAKLUK KEPADA PEMAKAIAN AKTA
Kredit yang diberikan oleh—
suatu majikan kepada pengarahnya, pegawainya atau pekerjanya sebagai suatu faedah yang diberikan kepada orang itu untuk apa jua maksud sebagaimana yang dinyatakan di bawah skim perkhidmatan pengarah, pegawai atau pekerja itu;
Kerajaan, Kerajaan Negeri, pihak berkuasa tempatan, badan berkanun, syarikat atau perbadanan berkaitan kerajaan, atau perbadanan negeri;
apa-apa entiti yang menerima pendanaan daripada Kerajaan atau
Kerajaan Negeri bagi mentadbir atau melaksanakan skim pembiayaan mikro;
suatu yayasan bagi maksud pendidikan;
mana-mana orang kepada orang lain tanpa mengenakan apa-apa kadar faedah atau kadar keuntungan dengan apa jua nama yang digelar dalam penjalanan suatu hubungan adat, sosial, persahabatan atau keluarga;
suatu penanggung insurans berlesen di bawah Akta Perkhidmatan
Kewangan 2013 kepada suatu pemegang polisi bagi maksud menyenggara pembayaran premium suatu polisi insurans;
suatu pengendali takaful berlesen di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan
Islam 2013 kepada suatu peserta takaful bagi maksud menyenggara pembayaran sumbangan di bawah suatu sijil takaful; dan
suatu entiti berlesen di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan dan
Sekuriti Labuan 2010 [Akta 704] dan Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2010 [Akta 705] khusus bagi maksud di Labuan.
Jadual 2
[Seksyen 4]
PERNIAGAAN KREDIT
1. Jenis perniagaan kredit konvensional:
Pinjaman wang
Pemajakgadaian
Sewa beli
Kredit Pengguna 139
Jualan kredit
Skim beli sekarang bayar kemudian
Pemajakan
Pemfaktoran
2. Jenis perniagaan kredit Islam:
Kemudahan pembiayaan Islam
Pemajakgadaian Islam
Sewa beli Islam
Jualan kredit Islam
Skim beli sekarang bayar kemudian Islam
Pemajakan Islam
Pemfaktoran Islam
3. Tafsiran perniagaan kredit
“Pinjaman wang” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam
Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 dan tidak termasuk melanggan atau membeli sekuriti hutang yang termasuklah—
saham yang dikeluarkan di bawah Akta Pinjaman (Tempatan)
1959 [Akta 637];
Bil Perbendaharaan yang dikeluarkan di bawah Akta Bil
Perbendaharaan (Tempatan) 1946 [Akta 188];
pelaburan di bawah Akta Pendanaan Kerajaan 1983 [Akta 275]; dan
debentur sebagaimana ditakrifkan dalam seksyen 2
Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007.
“Perniagaan pemajakgadaian” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Pemegang Pajak Gadai 1972.
“Sewa beli” ertinya memberi kredit, dengan apa jua namanya digelar melalui suatu “perjanjian sewa beli” sebagaimana yang ditakrifkan di bawah Akta Sewa Beli 1967.
“Jualan kredit” ertinya memberi kredit, dengan apa jua namanya digelar menurut suatu “transaksi jualan kredit” sebagaimana yang ditakrifkan di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999 dan tidak termasuk suatu skim beli sekarang bayar kemudian.
Undang-Undang Malaysia 140
Akta 873
“Skim beli sekarang bayar kemudian” ertinya suatu perkiraan, dengan apa jua namanya digelar, dibuat antara seorang pengguna kredit dan suatu pemberi kredit pihak ketiga bagi pembelian barangan atau perkhidmatan oleh pengguna kredit itu daripada suatu penjual jika—
pemberi kredit pihak ketiga itu memberikan kredit kepada pengguna kredit itu; dan
pembayaran yang perlu dibayar oleh pengguna kredit itu kepada pemberi kredit pihak ketiga ditangguhkan dan boleh dibuat dalam suatu pembayaran tunggal atau secara ansuran mengikut terma dan syarat perkiraan itu, tetapi tidak termasuk—
“pinjaman wang” sebagaimana yang ditakrifkan dalam
Akta Pemberi Pinjam Wang 1951; dan
suatu “transaksi jualan kredit” sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Perlindungan Pengguna 1999.
“Pemajakan” ertinya suatu kontrak atau sebahagian daripada suatu kontrak menyewakan atau menyewakan semula aset alih yang memberikan pemajak, hak untuk menggunakan aset itu yang dimiliki oleh pemberi pajak sebagai tukaran bagi pembayaran untuk suatu tempoh yang ditentukan dengan atau tanpa suatu pilihan untuk membeli aset alih itu, tetapi tidak termasuklah apa-apa kontrak yang tertakluk kepada Akta Sewa Beli 1967 atau Akta Jualan Langsung dan
Skim Anti-Piramid 1993 [Akta 500].
Bagi maksud takrif ini, “aset alih” termasuklah apa-apa loji, jentera, peralatan atau catel lain yang dipasang atau akan dipasang pada bumi atau dilekatkan atau akan dilekatkan, secara tetap atau selainnya, pada apa-apa benda yang dipasang pada bumi.
“Pemfaktoran” ertinya suatu perkiraan jika suatu pemberi kredit pihak ketiga—
membeli daripada suatu penjual, akaun belum terima semasa dan masa hadapan penjual itu yang berbangkit daripada jualan barangan atau perkhidmatan kepada suatu pembeli; atau
mendahulukan pembayaran kepada suatu penjual bagi suatu akaun belum bayar pembeli yang berbangkit daripada pembelian barangan atau perkhidmatan oleh pembeli daripada penjual.
“Kemudahan pembiayaan Islam” ertinya apa-apa pendahuluan, perkiraan pembiayaan atau kemudahan lain, dalam apa jua bentuk, sama ada berdasarkan jualan, pajakan, kebajikan, fi, ekuiti atau perkongsian, dan penerimaan atau penjaminan apa-apa liabiliti, obligasi atau kewajipan mana-mana orang, atau dengan apa jua namanya digelar dibuat mengikut Shariah tetapi tidak termasuklah perniagaan kredit
Islam sebagaimana yang dinyatakan dalam subperenggan (i) hingga (n).
Kredit Pengguna 141
“Pemajakgadaian Islam” ertinya pemberian pembiayaan yang mengikut
Shariah yang dijamin dengan suatu cagaran yang disimpan dengan selamat oleh pemberi kredit.
“Sewa beli Islam” ertinya menyewakan barangan dengan suatu pilihan diberi kepada penyewa untuk membeli barangan itu—
sebelum matangnya tempoh sewaan itu, pada suatu harga yang dipersetujui; atau
apabila matangnya tempoh sewaan itu, mengikut terma dan syarat yang dipersetujui oleh pihak-pihak, di bawah apa-apa perjanjian yang disempurnakan mengikut konsep Shariah termasuk al-ijarah thumma al-bai’ atau al-ijarah al-muntahiyah bi al-tamlik.
“Jualan kredit Islam” ertinya memberi suatu kemudahan kepada suatu pembeli di bawah suatu transaksi jualan bayaran ditangguhkan, yang mengikut Shariah, yang membenarkan pembayaran barangan yang dijual untuk dibuat dalam suatu pembayaran tunggal atau secara ansuran dan tidak termasuk suatu skim beli sekarang bayar kemudian
Islam.
“Skim beli sekarang bayar kemudian Islam” ertinya suatu perkiraan, dengan apa jua namanya digelar yang dibuat mengikut Shariah, antara seorang pengguna kredit dan suatu pemberi kredit pihak ketiga bagi pembelian barangan atau perkhidmatan oleh pengguna kredit daripada suatu penjual jika—
pemberi kredit pihak ketiga itu memberikan kredit kepada pengguna kredit itu; dan
pembayaran yang perlu dibayar oleh pengguna kredit kepada pemberi kredit pihak ketiga ditangguhkan dan boleh dibuat dalam suatu pembayaran tunggal atau secara ansuran mengikut terma dan syarat perkiraan itu, tetapi tidak termasuk kemudahan pembiayaan Islam dan jualan kredit
Islam.
“Pemajakan Islam” ertinya suatu kontrak atau sebahagian daripada suatu kontrak menyewakan atau menyewakan semula aset alih yang mengikut
Shariah yang memberikan pemajak, hak untuk menggunakan aset itu yang dimiliki oleh pemberi pajak sebagai tukaran bagi pembayaran untuk suatu tempoh yang ditentukan dengan atau tanpa suatu pilihan untuk membeli aset alih itu, tetapi tidak termasuk apa-apa transaksi sewa beli Islam.
Bagi maksud takrif ini, “aset alih” termasuklah apa-apa loji, jentera, peralatan atau catel lain yang dipasang atau akan dipasang pada bumi atau dilekatkan atau akan dilekatkan, secara tetap atau selainnya, pada apa-apa benda yang dipasang pada bumi.
Undang-Undang Malaysia 142
Akta 873
“Pemfaktoran Islam” ertinya suatu perkiraan mengikut Shariah jika suatu pemberi kredit pihak ketiga—
membeli daripada suatu penjual, akaun belum terima semasa dan masa hadapan penjual itu yang berbangkit daripada jualan barangan atau perkhidmatan kepada suatu pembeli; atau
mendahulukan pembayaran kepada suatu penjual bagi suatu akaun belum bayar pembeli yang berbangkit daripada pembelian barangan atau perkhidmatan oleh pembeli daripada penjual.
Jadual 3
[Seksyen 4]
PERNIAGAAN PERKHIDMATAN KREDIT
1. Jenis perniagaan perkhidmatan kredit
Pemungutan hutang
Pemerolehan pinjaman atau pembiayaan terjejas
Pemilikan semula
Kaunseling dan pengurusan hutang
Platform pinjaman ramai dalam talian
2. Tafsiran perniagaan perkhidmatan kredit
“Pemungutan hutang” ertinya memungut hutang atau obligasi kewangan yang perlu dibayar di bawah suatu perjanjian kredit bagi pihak suatu pemberi kredit atau pemberi perkhidmatan kredit yang menjalankan perniagaan pemerolehan pinjaman atau pembiayaan terjejas, mengikut mana-mana yang berkenaan, selain pemungutan yang dilakukan oleh seorang peguam bela dan peguam cara yang dikawal selia di bawah
Akta Profesion Undang-Undang 1976 [Akta 166].
“Pemerolehan pinjaman atau pembiayaan terjejas” ertinya memperolehi pinjaman atau pembiayaan terjejas di bawah suatu perjanjian kredit jika pemeroleh akan mengambil alih dan melaksanakan semua hak dan obligasi suatu pemberi kredit berhubung dengan perjanjian kredit itu.
“Pemilikan semula” ertinya aktiviti pemilikan semula barangan yang terkandung di dalam suatu “perjanjian sewa beli” sebagaimana yang ditakrifkan di dalam Akta Sewa Beli 1967.
Kredit Pengguna 143
“Kaunseling dan pengurusan hutang” ertinya aktiviti-aktiviti berikut yang dijalankan oleh orang-orang lain selain daripada suatu pemberi kredit:
memberikan nasihat berkenaan dengan apa-apa perkara yang berhubungan dengan suatu perjanjian kredit; dan
merundingkan suatu pelan penyelesaian hutang dengan pemberi kredit itu bagi pihak seorang pengguna kredit berkenaan dengan suatu perjanjian kredit yang boleh melibatkan penstrukturan atau penjadualan semula hutang.
“Platform pinjaman ramai dalam talian” ertinya aktiviti mengendalikan suatu platform elektronik yang diberi kuasa oleh
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, yang memudahkan secara langsung atau tidak langsung pinjaman atau pembiayaan kredit kepada seorang pengguna kredit.
Jadual 4
[Subseksyen 40(1), 41(1), 57(1) dan 58(1) dan seksyen 79]
PERNIAGAAN KREDIT DAN PERNIAGAAN PERKHIDMATAN KREDIT
MENGHENDAKI PELESENAN ATAU PENDAFTARAN
1. Perniagaan kredit dilesenkan oleh Suruhanjaya
Skim beli sekarang bayar kemudian
Pemajakan
Pemfaktoran
Skim beli sekarang bayar kemudian Islam
Pemajakan Islam
Pemfaktoran Islam
2. Perniagaan kredit dilesenkan oleh Pendaftar
Kemudahan pembiayaan Islam
Pemajakgadaian Islam
3. Perniagaan perkhidmatan kredit didaftarkan oleh Suruhanjaya
Pemungutan hutang
Pemerolehan pinjaman atau pembiayaan terjejas
Kaunseling dan pengurusan hutang
Undang-Undang Malaysia 144
Akta 873
Jadual 5
[Seksyen 79]
KETIDAKPAKAIAN KEHENDAK PELESENAN DAN PENDAFTARAN
DI BAWAH AKTA INI
1. Bank berlesen dan penanggung insurans berlesen sebagaimana yang ditakrifkan di bawah subseksyen 2(1) Akta Perkhidmatan Kewangan 2013.
2. Bank Islam berlesen dan pengendali takaful berlesen sebagaimana yang ditakrifkan di bawah subseksyen 2(1) Akta Perkhidmatan Kewangan
Islam 2013.
3. Institusi yang ditetapkan sebagaimana yang ditakrifkan di bawah subseksyen 3(1) Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002.
4. Pengeluar instrumen pembayaran yang ditetapkan iaitu kad kredit dan kad caj yang diluluskan sebagaimana yang ditakrifkan di bawah subseksyen 2(1) Akta Perkhidmatan Kewangan 2013.
5. Pengeluar instrumen pembayaran Islam yang ditetapkan iaitu kad kredit-i dan kad caj-i yang diluluskan sebagaimana yang ditakrifkan di bawah subseksyen 2(1) Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013.
6. Pemegang lesen sebagaimana yang ditakrifkan di bawah seksyen 2
Akta Perniagaan Perkhidmatan Wang 2011 [Akta 731].
7. Koperasi yang berdaftar di bawah subseksyen 7(1) Akta Koperasi 1993.
Jadual 6
[Subseksyen 87(1)]
SENARAI PELAKUAN PERNIAGAAN DILARANG
1. Melibatkan diri dalam pelakuan yang mengelirukan atau memperdayakan, atau yang mungkin mengelirukan atau memperdayakan berhubung dengan keadaan, ciri, terma atau harga apa-apa produk atau perkhidmatan kredit yang ditawarkan atau diberikan oleh mana-mana orang kepada seorang pengguna kredit di bawah apa-apa perniagaan yang berhubungan dengan pemberian kredit atau perkhidmatan kredit, mengikut mana-mana yang berkenaan.
2. Mendorong atau cuba untuk mendorong seorang pengguna kredit, termasuk melalui suatu iklan, untuk melakukan suatu perbuatan atau meninggalkan daripada melakukan suatu perbuatan berhubung dengan apa-apa produk atau perkhidmatan kredit yang ditawarkan atau diberikan oleh mana-mana orang di bawah apa-apa perniagaan yang berhubungan dengan pemberian kredit atau perkhidmatan kredit, mengikut mana-mana yang berkenaan, dengan—
membuat suatu penyataan, misalan, janji, ramalan atau perbandingan yang mengelirukan, palsu atau memperdayakan;
Kredit Pengguna 145
secara tidak jujur menyembunyikan, meninggalkan atau memberikan fakta material dengan cara yang tidak jelas; atau
secara melulu membuat apa-apa pernyataan, misalan, janji, ramalan atau perbandingan yang mengelirukan, palsu atau memperdayakan.
3. Menggunakan tekanan tidak wajar, pengaruh atau menggunakan atau mengugut untuk mengguna gangguan, paksaan atau kekerasan fizikal berhubung dengan—
penawaran atau pemberian kepada seorang pengguna kredit atau pihak ketiga yang berkaitan dengan pengguna kredit itu, apa-apa produk atau perkhidmatan kredit; atau
pembayaran oleh seorang pengguna kredit atau pihak ketiga yang berkaitan dengan pengguna kredit itu bagi apa-apa produk atau perkhidmatan kredit yang ditawarkan atau diberikan, oleh mana-mana orang di bawah apa-apa perniagaan yang berhubungan dengan pemberian kredit atau perkhidmatan kredit, mengikut mana-mana yang berkenaan.
4. Menuntut bayaran daripada seorang pengguna kredit dengan apa-apa cara bagi produk atau perkhidmatan kredit yang tidak diminta mana-mana orang di bawah apa-apa perniagaan yang berhubungan dengan pemberian kredit atau perkhidmatan kredit, mengikut mana-mana yang berkenaan, termasuk mengancam untuk membawa prosiding undang-undang.
Jadual 7
[Perenggan 106(3)(b)]
SENARAI PERUNTUKAN YANG DIKECUALIKAN DARIPADA PENALTI MONETARI
Suatu penalti monetari tidak boleh dikenakan berkenaan dengan suatu kemungkiran dengan peruntukan yang berikut:
subseksyen 40(1)
subseksyen 57(1)
subseksyen 87(1)
subseksyen 110(9)