Malaysia legislation

Section 4

of AKTA KREDIT PENGGUNA 2025

Seksyen 4

Akta 873

“Akta ini” termasuklah mana-mana perundangan subsidiari, standard atau garis panduan dan pemberitahuan yang dibuat di bawah Akta ini;

“ditentukan” ertinya untuk menentukan secara bertulis dalam apa-apa bentuk termasuk standard atau garis panduan, dan suatu kuasa untuk menentukan termasuklah kuasa untuk menentukan secara berlainan bagi orang yang berlainan atau kelas, kategori atau perihalan orang, perniagaan kredit, perniagaan perkhidmatan kredit, pemberi kredit atau pemberi perkhidmatan kredit yang berlainan;

“ditetapkan” ertinya untuk ditetapkan melalui perundangan subsidiari yang disiarkan dalam Warta, dan suatu kuasa untuk menetapkan termasuklah kuasa untuk menetapkan secara berlainan bagi orang yang berlainan atau kelas, kategori atau perihalan orang, perniagaan kredit, perniagaan perkhidmatan kredit, pemberi kredit atau pemberi perkhidmatan kredit yang berlainan;

“dokumen” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 3 Akta Keterangan 1950 [Akta 56], dan termasuklah buku sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Syarikat 2016

[Akta 777] dan dokumen hakmilik kepada aset;

“harta” ertinya—

(a)

tiap-tiap jenis aset, sama ada yang zahir atau tidak zahir, alih atau tak alih, yang ketara atau tidak ketara, walau bagaimana diperoleh;

Kredit Pengguna 15

(b)

dokumen atau surat cara undang-undang dalam apa-apa bentuk, termasuk elektronik atau digital, yang menjadi keterangan tentang hakmilik kepada, atau kepentingan dalam, aset itu, termasuk kredit bank, cek kembara, cek bank, kiriman wang, syer, sekuriti, bon, draf dan surat kredit; atau

(c)

apa-apa hak, kepentingan, hakmilik, tuntutan, hak dalam tindakan, kuasa atau keistimewaan, sama ada sekarang atau masa hadapan, atau sama ada terletak hak atau kontingen, berhubung dengan mana-mana harta, atau yang selainnya mempunyai nilai;

“individu” ertinya orang sebenar;

“Jawatankuasa Lembaga” ertinya suatu jawatankuasa Lembaga yang ditubuhkan di bawah seksyen 18;

“Jawatankuasa Penasihat” ertinya Jawatankuasa Penasihat yang ditubuhkan di bawah seksyen 36;

“ketua eksekutif”, berhubung dengan suatu pertubuhan perbadanan, ertinya pegawai eksekutif utama perbadanan itu pada masa ini, dengan apa jua namanya digelar dan sama ada dia seorang pengarah atau tidak;

“komputer” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 3 Akta Keterangan 1950;

“koperasi” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 2 Akta Koperasi 1993;

“kredit” ertinya apa-apa perkiraan, perjanjian atau kemudahan sebagaimana yang dinyatakan dalam subseksyen 5(2);

“Lembaga” ertinya lembaga pengarah Suruhanjaya yang disebut dalam seksyen 9;

“lesen” ertinya suatu lesen yang diberikan di bawah seksyen 42;

“liabiliti” termasuklah hutang atau tiap-tiap jenis tanggungan, sama ada sekarang atau masa hadapan, atau sama ada terletak hak atau kontingen;

Undang-Undang Malaysia 16

Akta 873

“Majlis Penasihat Shariah” ertinya Majlis Penasihat Shariah yang ditubuhkan di bawah seksyen 51 Akta Bank Negara Malaysia 2009

[Akta 701] atau seksyen 31zi Akta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 1993;

“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kewangan;

“Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup”

ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi perdagangan dalam negeri dan kos sara hidup;

“Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi perumahan dan kerajaan tempatan;

“orang” termasuklah seorang individu, mana-mana pemilikan tunggal, perbadanan, badan berkanun, pihak berkuasa tempatan, pertubuhan, kesatuan sekerja, koperasi, perkongsian dan mana-mana badan, organisasi, persatuan atau kumpulan orang yang lain, sama ada diperbadankan atau tidak diperbadankan;

“output komputer” ertinya suatu penyataan atau gambaran, sama ada dalam bentuk bertulis, bercetak, bergambar, filem, grafik, akustik atau bentuk lain—

(a)

dikeluarkan oleh suatu komputer;

(b)

ditayangkan pada skrin suatu komputer; atau

(c)

diterjemahkan dengan tepat daripada suatu penyataan atau gambaran yang dikeluarkan sedemikian;

“pemberi kredit” ertinya seseorang yang menjalankan suatu perniagaan kredit jika orang itu—

(a)

dilesenkan di bawah Bahagian V Akta ini;

(b)

dibenarkan untuk berbuat sedemikian di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain;

(c)

tertakluk kepada Akta Sewa Beli 1967; atau

(d)

tertakluk kepada Akta Perlindungan Pengguna 1999;

Kredit Pengguna 17

“pemberi kredit Islam” ertinya seseorang yang menjalankan suatu perniagaan kredit Islam jika orang itu diberi kuasa di bawah

Akta ini atau undang-undang bertulis lain;

“pemberi perkhidmatan kredit” ertinya seseorang yang menjalankan suatu perniagaan perkhidmatan kredit jika orang itu—

(a)

didaftarkan di bawah Bahagian V Akta ini;

(b)

didaftarkan untuk berbuat sedemikian di bawah

Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007; atau

(c)

merupakan seorang pemegang permit di bawah

Akta Sewa Beli 1967;

“Pendaftar” ertinya pendaftar pemberi kredit Islam yang dilantik di bawah perenggan 35(2)(a);

“pendaftaran” ertinya suatu pendaftaran yang dibuat di bawah seksyen 59;

“pengarah” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam

Akta Syarikat 2016, dan termasuklah suatu sebutan kepada seseorang yang menduduki tempat atau bertindak dalam kedudukan sebagai seorang pengarah sesuatu perbadanan, dengan apa jua namanya digelar dan sama ada dilantik dengan sah atau tidak untuk menduduki tempat, atau diberi kuasa dengan sewajarnya untuk bertindak, dalam kedudukan itu;

“pengawal” ertinya seseorang sebagaimana yang ditakrifkan dalam subseksyen 47(6) atau subseksyen 64(6), mengikut mana-mana yang berkenaan;

“Pengerusi Eksekutif” ertinya pengerusi eksekutif Lembaga yang dilantik di bawah seksyen 9;

“pengguna kredit” ertinya mana-mana orang sebagaimana yang dinyatakan dalam subseksyen 5(1);

“pengurusan kanan” ertinya seseorang yang dilantik oleh suatu perbadanan untuk menguruskan mana-mana bahagian perniagaannya atau mempunyai kuasa dan tanggungjawab untuk perniagaan kredit, perniagaan perkhidmatan kredit atau keputusan perniagaan perbadanan itu, dengan apa jua namanya digelar dan termasuklah ketua eksekutif dan ketua pegawai kewangan;

Undang-Undang Malaysia 18

Akta 873

“perbadanan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 3 Akta Syarikat 2016;

“perjanjian kredit” ertinya suatu perjanjian yang dibuat antara suatu pemberi kredit dengan seorang pengguna kredit untuk memberikan kredit;

“perkiraan” ertinya suatu perkiraan sama ada formal atau tidak formal, lisan atau bertulis, nyata atau tersirat;

“perniagaan kredit” ertinya mana-mana perniagaan, sama ada konvensional atau Islam sebagaimana yang dinyatakan dalam