Malaysia legislation

Section 11

of AKTA ANTIBULI 2026

Seksyen 11

Kuasa Majlis di bawah Bahagian ini

(a)

mengeluarkan garis panduan berhubung dengan—

(i)

langkah yang perlu diambil untuk mencegah buli di institusi pendidikan; dan

(ii)

tatacara dalam mengendalikan kes buli di institusi pendidikan;

(b)

menyebabkan supaya dilakukan apa-apa kajian berhubung dengan pencegahan dan pengurusan kes buli;

(c)

menyebabkan supaya disediakan bahan latihan berhubung dengan pencegahan dan pengurusan kes buli bagi maksud rujukan dan panduan oleh institusi pendidikan dan jawatankuasa berhubung dengan pencegahan dan pengurusan kes buli;

(d)

menyebabkan supaya diwujudkan dan dilaksanakan apa-apa sistem yang perlu untuk mengawasi dan menilai institusi pendidikan berhubung dengan pencegahan dan pengurusan kes buli; dan

Undang-Undang Malaysia 14

Akta 876

(e)

mengeluarkan apa-apa garis panduan atau memberikan apa-apa arahan sebagaimana yang suai manfaat atau perlu bagi memberikan kuat kuasa sepenuhnya atau melaksanakan peruntukan Akta ini dengan lebih baik dan bagi maksud memastikan pematuhan Akta ini.

(2)

Kuasa Majlis yang disebut dalam subseksyen (1)

di bawah Bahagian ini adalah sebagai tambahan kepada, dan tidak mengurangkan, kuasa Majlis di bawah Akta Majlis Amanah

Rakyat 1966 dan mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta Majlis Amanah Rakyat 1966.

Kewajipan institusi pendidikan