/akn/my/act/act/2026/876

AKTA ANTIBULI 2026

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Type
Act
Status
In force
Enacted
2026
Sections
56
Languages
MS · EN

Quick answer

About this act

AKTA ANTIBULI 2026 is Malaysia Act, cited as Act 876 2026, currently marked in force and first recorded in 2026.

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan mengenai mekanisme khusus untuk menangani aduan buli, untuk mencegah dan menguruskan kes buli di institusi pendidikan dan institusi lain, untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan Tribunal bagi Antibuli, untuk meningkatkan kesedaran tentang buli dan pencegahan buli dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara yang berkaitan. [ ] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

Bahagian I

Bahagian I

Seksyen 1

Open as pageSuggest a correction

(2)

Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta dan Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi permulaan kuat kuasa peruntukan yang berlainan Akta ini.

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta 876

Undang-Undang Malaysia 8

Akta 876

Tafsiran

Suggest a correction

Seksyen 2

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

Open as pageSuggest a correction

“award” ertinya suatu award yang dibuat oleh Tribunal berkenaan dengan apa-apa aduan atau perkara yang dirujuk kepadanya atau apa-apa keputusan atau perintah yang dibuat olehnya di bawah

Akta ini;

“buli” ertinya apa-apa perbuatan yang terjumlah kepada buli sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 3;

“institusi” ertinya apa-apa institusi yang ditubuhkan atau ditetapkan di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 [Akta 611] bagi maksud penahanan, pemulihan dan perlindungan sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Kedua;

“institusi pendidikan” ertinya mana-mana institusi pendidikan sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Pertama;

“mangsa” ertinya—

(a)

seorang kanak-kanak yang di bawah umur lapan belas tahun;

Suggest a correction

(b)

seorang pelajar yang tanpa mengira umurnya, yang kepadanya pendidikan atau latihan sedang diberikan di institusi pendidikan; atau

Suggest a correction

(c)

seorang kanak-kanak yang sedang ditahan, diberi pemulihan atau dilindungi di institusi termasuk orang yang ditahan di Sekolah Henry Gurney;

“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi undang-undang;

“pengadu” ertinya—

Suggest a correction

(b)

ibu, bapa atau penjaga mangsa;

Antibuli 9

“Suruhanjaya” ertinya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 3 Akta Suruhanjaya Hak Asasi

Manusia Malaysia 1999 [Akta 597];

“Tribunal” ertinya Tribunal bagi Antibuli yang ditubuhkan di bawah Bahagian VII.

Suggest a correction

Bahagian II

Bahagian II

BULI

Seksyen 3

Open as pageSuggest a correction

(2)

Buli yang disebut dalam subseksyen (1) boleh termasuk perbuatan yang berikut:

(a)

apa-apa perbuatan yang menyebabkan kemudaratan fizikal kepada mangsa atau barang kepunyaannya;

Suggest a correction

(b)

apa-apa penggunaan bahasa yang menghina, mengugut atau menjatuhkan maruah mangsa, yang menyebabkan kemudaratan kepada kesejahteraan psikologi mangsa;

Suggest a correction

(c)

apa-apa perbuatan yang diniatkan untuk mengasingkan mangsa secara sosial, merosakkan reputasi mangsa atau mewujudkan suatu persekitaran bermusuhan bagi mangsa;

Suggest a correction

(d)

apa-apa perbuatan yang memalukan atau mendiskriminasi mangsa berdasarkan jantina, ras, agama atau ketidakupayaan;

atau

Suggest a correction

(e)

apa-apa perbuatan yang disebut dalam perenggan (b), (c)

atau (d) yang dilakukan melalui komunikasi elektronik atau digital.

Undang-Undang Malaysia 10

Akta 876

Suggest a correction
Suggest a correction

Bahagian III

Bahagian III

INSTITUSI PENDIDIKAN DI BAWAH AKTA PENDIDIKAN 1996

Suggest a correction

Tafsiran

Seksyen 4

Open as pageSuggest a correction

Dalam Bahagian ini, “Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pendidikan.

Seksyen 5

Pemakaian Bahagian ini

Open as pageSuggest a correction

Bahagian ini hendaklah terpakai bagi institusi pendidikan yang ditubuhkan atau didaftarkan di bawah Akta Pendidikan 1996

[Akta 550] sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Pertama.

Seksyen 6

Kuasa Menteri di bawah Bahagian ini

Open as pageSuggest a correction

(i)

langkah yang perlu diambil untuk mencegah buli di institusi pendidikan; dan

(ii)

tatacara dalam mengendalikan kes buli di institusi pendidikan;

Suggest a correction
Suggest a correction

(b)

menyebabkan supaya dilakukan apa-apa kajian berhubung dengan pencegahan dan pengurusan kes buli;

Suggest a correction

(c)

menyebabkan supaya disediakan bahan latihan berhubung dengan pencegahan dan pengurusan kes buli bagi maksud rujukan dan panduan oleh institusi pendidikan dan jawatankuasa berhubung dengan pencegahan dan pengurusan kes buli;

Suggest a correction

(d)

menyebabkan supaya diwujudkan dan dilaksanakan apa-apa sistem yang perlu untuk mengawasi dan menilai institusi pendidikan berhubung dengan pencegahan dan pengurusan kes buli; dan

Antibuli 11

Suggest a correction

(e)

mengeluarkan apa-apa garis panduan atau memberikan apa-apa arahan sebagaimana yang suai manfaat atau perlu bagi memberikan kuat kuasa sepenuhnya atau melaksanakan peruntukan Akta ini dengan lebih baik dan bagi maksud memastikan pematuhan Akta ini.

Suggest a correction

(2)

Kuasa Menteri yang disebut dalam subseksyen (1)

di bawah Bahagian ini adalah sebagai tambahan kepada, dan tidak mengurangkan, kuasa Menteri di bawah Akta Pendidikan 1996

dan mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah

Akta Pendidikan 1996.

Kewajipan institusi pendidikan

Suggest a correction

Seksyen 7

Open as pageSuggest a correction

(a)

menubuhkan dan menyenggarakan suatu jawatankuasa berhubung dengan pencegahan dan pengurusan kes buli;

Suggest a correction

(b)

melaksanakan polisi, garis panduan dan tatacara berhubung dengan pencegahan dan pengurusan kes buli;

Suggest a correction

(c)

mewujudkan suatu saluran yang boleh diakses dan peka kanak-kanak, dan mematuhi kerahsiaan maklumat bagi mana-mana pelajar untuk melaporkan kes buli;

Suggest a correction

(d)

mewujudkan dan menyediakan perkhidmatan kaunseling dan sokongan psikososial bagi maksud menguruskan dan mencegah kes buli;

Suggest a correction

(e)

menyediakan latihan berhubung dengan pencegahan dan pengurusan kes buli sebagaimana yang ditentukan oleh institusi pendidikan; dan

Suggest a correction

(f)

mencapai standard pematuhan berhubung dengan pencegahan dan pengurusan kes buli sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri.

Undang-Undang Malaysia 12

Akta 876

Suggest a correction

(2)

Menteri boleh, dari semasa ke semasa, menyebabkan supaya diaudit institusi pendidikan bagi maksud pengawasan dan penilaian pematuhan kewajipan yang disebut dalam subseksyen (1).

Suggest a correction

(3)

Apa-apa dapatan yang telah dibuat sebagai suatu keputusan audit yang dijalankan menurut subseksyen (2) hendaklah dikemukakan kepada Suruhanjaya dalam bentuk dan mengikut cara sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri.

Jawatankuasa berhubung dengan pencegahan dan pengurusan kes buli

Suggest a correction

Seksyen 8

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tiap-tiap jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1) hendaklah mempunyai fungsi untuk—

(a)

menasihati institusi pendidikan dalam apa-apa perkara yang berhubungan dengan pencegahan dan pengurusan kes buli;

Suggest a correction

(b)

membantu institusi pendidikan dalam apa-apa perkara yang berhubungan dengan pencegahan dan pengurusan kes buli; dan

Suggest a correction

(c)

menerima, mengendalikan dan menjalankan pengantaraan bagi apa-apa aduan berhubung dengan apa-apa kes buli dalam bentuk dan mengikut cara sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Walau apa pun perenggan (2)(c), jawatankuasa boleh, jika difikirkannya sesuai, merujuk aduan itu kepada Tribunal tertakluk kepada pengadu memberikan keizinan termaklum kepada rujukan itu.

Antibuli 13

Suggest a correction

Bahagian IV

Bahagian IV

INSTITUSI PENDIDIKAN DI BAWAH AKTA MAJLIS AMANAH

Suggest a correction

RAKYAT 1966

Tafsiran

Seksyen 9

Open as pageSuggest a correction

Dalam Bahagian ini, “Majlis” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Majlis Amanah Rakyat 1966

[No. 20 tahun 1966].

Seksyen 10

Pemakaian Bahagian ini

Open as pageSuggest a correction

Bahagian ini hendaklah terpakai bagi institusi pendidikan yang ditubuhkan di bawah Akta Majlis Amanah Rakyat 1966

sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Pertama.

Seksyen 11

Kuasa Majlis di bawah Bahagian ini

Open as pageSuggest a correction

(i)

langkah yang perlu diambil untuk mencegah buli di institusi pendidikan; dan

(ii)

tatacara dalam mengendalikan kes buli di institusi pendidikan;

Suggest a correction
Suggest a correction

(b)

menyebabkan supaya dilakukan apa-apa kajian berhubung dengan pencegahan dan pengurusan kes buli;

Suggest a correction

(c)

menyebabkan supaya disediakan bahan latihan berhubung dengan pencegahan dan pengurusan kes buli bagi maksud rujukan dan panduan oleh institusi pendidikan dan jawatankuasa berhubung dengan pencegahan dan pengurusan kes buli;

Suggest a correction

(d)

menyebabkan supaya diwujudkan dan dilaksanakan apa-apa sistem yang perlu untuk mengawasi dan menilai institusi pendidikan berhubung dengan pencegahan dan pengurusan kes buli; dan

Undang-Undang Malaysia 14

Akta 876

Suggest a correction

(e)

mengeluarkan apa-apa garis panduan atau memberikan apa-apa arahan sebagaimana yang suai manfaat atau perlu bagi memberikan kuat kuasa sepenuhnya atau melaksanakan peruntukan Akta ini dengan lebih baik dan bagi maksud memastikan pematuhan Akta ini.

Suggest a correction

(2)

Kuasa Majlis yang disebut dalam subseksyen (1)

di bawah Bahagian ini adalah sebagai tambahan kepada, dan tidak mengurangkan, kuasa Majlis di bawah Akta Majlis Amanah

Rakyat 1966 dan mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta Majlis Amanah Rakyat 1966.

Kewajipan institusi pendidikan

Suggest a correction

Seksyen 12

Open as pageSuggest a correction

(a)

menubuhkan dan menyenggarakan suatu jawatankuasa berhubung dengan pencegahan dan pengurusan kes buli;

Suggest a correction

(b)

melaksanakan polisi, garis panduan dan tatacara berhubung dengan pencegahan dan pengurusan kes buli;

Suggest a correction

(c)

mewujudkan suatu saluran yang boleh diakses dan peka kanak-kanak, dan mematuhi kerahsiaan maklumat bagi mana-mana pelajar untuk melaporkan kes buli;

Suggest a correction

(d)

mewujudkan dan menyediakan perkhidmatan kaunseling dan sokongan psikososial bagi maksud menguruskan dan mencegah kes buli;

Suggest a correction

(e)

menyediakan latihan berhubung dengan pencegahan dan pengurusan kes buli sebagaimana yang ditentukan oleh institusi pendidikan; dan

Suggest a correction

(f)

mencapai standard pematuhan berhubung dengan pencegahan dan pengurusan kes buli sebagaimana yang ditentukan oleh Majlis.

Antibuli 15

Suggest a correction

(2)

Majlis boleh, dari semasa ke semasa, menyebabkan supaya diaudit institusi pendidikan bagi maksud pengawasan dan penilaian pematuhan kewajipan yang disebut dalam subseksyen (1).

Suggest a correction

(3)

Apa-apa dapatan yang telah dibuat sebagai suatu keputusan audit yang dijalankan menurut subseksyen (2) hendaklah dikemukakan kepada Suruhanjaya dalam bentuk dan mengikut cara sebagaimana yang ditentukan oleh Majlis.

Jawatankuasa berhubung dengan pencegahan dan pengurusan kes buli

Suggest a correction

Seksyen 13

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tiap-tiap jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1) hendaklah mempunyai fungsi untuk—

(a)

menasihati institusi pendidikan dalam apa-apa perkara yang berhubungan dengan pencegahan dan pengurusan kes buli;

Suggest a correction

(b)

membantu institusi pendidikan dalam apa-apa perkara yang berhubungan dengan pencegahan dan pengurusan kes buli; dan

Suggest a correction

(c)

menerima, mengendalikan dan menjalankan pengantaraan bagi apa-apa aduan berhubung dengan apa-apa kes buli dalam bentuk dan mengikut cara sebagaimana yang ditentukan oleh Majlis.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Walau apa pun perenggan (2)(c), jawatankuasa boleh, jika difikirkannya sesuai, merujuk aduan itu kepada Tribunal tertakluk kepada pengadu memberikan keizinan termaklum kepada rujukan itu.

Undang-Undang Malaysia 16

Akta 876

Suggest a correction

Bahagian V

Bahagian V

INSTITUSI PENDIDIKAN DI BAWAH KEMENTERIAN PERTAHANAN

Suggest a correction

Tafsiran

Seksyen 14

Open as pageSuggest a correction

Dalam Bahagian ini, “Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pertahanan.

Seksyen 15

Pemakaian Bahagian ini

Open as pageSuggest a correction

Bahagian ini hendaklah terpakai bagi institusi pendidikan yang ditubuhkan oleh Kementerian Pertahanan sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Pertama.

Seksyen 16

Kuasa Menteri di bawah Bahagian ini

Open as pageSuggest a correction

(i)

langkah yang perlu diambil untuk mencegah buli di institusi pendidikan; dan

(ii)

tatacara dalam mengendalikan kes buli di institusi pendidikan;

Suggest a correction
Suggest a correction

(b)

menyebabkan supaya dilakukan apa-apa kajian berhubung dengan pencegahan dan pengurusan kes buli;

Suggest a correction

(c)

menyebabkan supaya disediakan bahan latihan berhubung dengan pencegahan dan pengurusan kes buli bagi maksud rujukan dan panduan oleh institusi pendidikan dan jawatankuasa berhubung dengan pencegahan dan pengurusan kes buli;

Suggest a correction

(d)

menyebabkan supaya diwujudkan dan dilaksanakan apa-apa sistem yang perlu untuk mengawasi dan menilai institusi pendidikan berhubung dengan pencegahan dan pengurusan kes buli; dan

Antibuli 17

Suggest a correction

(e)

mengeluarkan apa-apa garis panduan atau memberikan apa-apa arahan sebagaimana yang suai manfaat atau perlu bagi memberikan kuat kuasa sepenuhnya atau melaksanakan peruntukan Akta ini dengan lebih baik dan bagi maksud memastikan pematuhan Akta ini.

Kewajipan institusi pendidikan

Suggest a correction

Seksyen 17

Open as pageSuggest a correction

(a)

menubuhkan dan menyenggarakan suatu jawatankuasa berhubung dengan pencegahan dan pengurusan kes buli;

Suggest a correction

(b)

melaksanakan polisi, garis panduan dan tatacara berhubung dengan pencegahan dan pengurusan kes buli;

Suggest a correction

(c)

mewujudkan suatu saluran yang boleh diakses dan peka kanak-kanak, dan mematuhi kerahsiaan maklumat bagi mana-mana pelajar untuk melaporkan kes buli;

Suggest a correction

(d)

mewujudkan dan menyediakan perkhidmatan kaunseling dan sokongan psikososial bagi maksud menguruskan dan mencegah kes buli;

Suggest a correction

(e)

menyediakan latihan berhubung dengan pencegahan dan pengurusan kes buli sebagaimana yang ditentukan oleh institusi pendidikan; dan

Suggest a correction

(f)

mencapai standard pematuhan berhubung dengan pencegahan dan pengurusan kes buli sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri.

Suggest a correction

(2)

Menteri boleh, dari semasa ke semasa, menyebabkan supaya diaudit institusi pendidikan bagi maksud pengawasan dan penilaian pematuhan kewajipan yang disebut dalam subseksyen (1).

Suggest a correction

(3)

Apa-apa dapatan yang telah dibuat sebagai suatu keputusan audit yang dijalankan menurut subseksyen (2) hendaklah dikemukakan kepada Suruhanjaya dalam bentuk dan mengikut cara sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri.

Undang-Undang Malaysia 18

Akta 876

Jawatankuasa berhubung dengan pencegahan dan pengurusan kes buli

Suggest a correction

Seksyen 18

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tiap-tiap jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1) hendaklah mempunyai fungsi untuk—

(a)

menasihati institusi pendidikan dalam apa-apa perkara yang berhubungan dengan pencegahan dan pengurusan kes buli;

Suggest a correction

(b)

membantu institusi pendidikan dalam apa-apa perkara yang berhubungan dengan pencegahan dan pengurusan kes buli; dan

Suggest a correction

(c)

menerima, mengendalikan dan menjalankan pengantaraan bagi apa-apa aduan berhubung dengan apa-apa kes buli dalam bentuk dan mengikut cara sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Walau apa pun perenggan (2)(c), jawatankuasa boleh, jika difikirkannya sesuai, merujuk aduan itu kepada Tribunal tertakluk kepada pengadu memberikan keizinan termaklum kepada rujukan itu.

Suggest a correction

Bahagian VI

Bahagian VI

Seksyen 19

Open as pageSuggest a correction

Dalam Bahagian ini, “Menteri” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Kanak-Kanak 2001.

Antibuli 19

Seksyen 20

Pemakaian Bahagian ini

Open as pageSuggest a correction

Bahagian ini hendaklah terpakai bagi institusi yang ditubuhkan di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Kedua.

Seksyen 21

Penentuan Menteri yang bertanggungjawab di bawah Bahagian ini

Open as pageSuggest a correction

Bagi maksud menentukan Menteri yang bertanggungjawab bagi institusi yang berkaitan di bawah Bahagian ini, Menteri yang pada masa ini dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi perkara yang berkaitan dengan institusi yang rujukan kepada

“Menteri” dibuat, bertindak secara individu atau bersama-sama atau dengan perundingan, mengikut mana-mana yang berkehendak sebagaimana yang diperuntukkan dalam Akta Kanak-Kanak 2001

dan mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah

Akta Kanak-Kanak 2001.

Seksyen 22

Kuasa Menteri di bawah Bahagian ini

Open as pageSuggest a correction

(i)

langkah yang perlu diambil untuk mencegah buli di institusi; dan

(ii)

tatacara dalam mengendalikan kes buli di institusi;

Suggest a correction
Suggest a correction

(b)

menyebabkan supaya dilakukan apa-apa kajian berhubung dengan pencegahan dan pengurusan kes buli;

Suggest a correction

(c)

menyebabkan supaya disediakan bahan latihan berhubung dengan pencegahan dan pengurusan kes buli bagi maksud rujukan dan panduan oleh institusi dan jawatankuasa berhubung dengan pencegahan dan pengurusan kes buli;

Suggest a correction

(d)

menyebabkan supaya diwujudkan dan dilaksanakan apa-apa sistem yang perlu untuk mengawasi dan menilai institusi berhubung dengan pencegahan dan pengurusan kes buli; dan

Undang-Undang Malaysia 20

Akta 876

Suggest a correction

(e)

mengeluarkan apa-apa garis panduan atau memberikan apa-apa arahan sebagaimana yang suai manfaat atau perlu bagi memberikan kuat kuasa sepenuhnya atau melaksanakan peruntukan Akta ini dengan lebih baik dan bagi maksud memastikan pematuhan Akta ini.

Suggest a correction

(2)

Kuasa Menteri yang disebut dalam subseksyen (1)

di bawah Bahagian ini adalah sebagai tambahan kepada, dan tidak mengurangkan, kuasa Menteri di bawah Akta Kanak-Kanak 2001

dan mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah

Akta Kanak-Kanak 2001.

Kewajipan institusi

Suggest a correction

Seksyen 23

Open as pageSuggest a correction

(a)

menubuhkan dan menyenggarakan suatu jawatankuasa berhubung dengan pencegahan dan pengurusan kes buli;

Suggest a correction

(b)

melaksanakan polisi, garis panduan dan tatacara berhubung dengan pencegahan dan pengurusan kes buli;

Suggest a correction

(c)

mewujudkan suatu saluran yang boleh diakses dan peka kanak-kanak, dan mematuhi kerahsiaan maklumat bagi mana-mana kanak-kanak yang sedang ditahan, diberi pemulihan atau dilindungi di institusi termasuk orang yang ditahan di Sekolah Henry Gurney untuk melaporkan kes buli;

Suggest a correction

(d)

mewujudkan dan menyediakan perkhidmatan kaunseling dan sokongan psikososial bagi maksud menguruskan dan mencegah kes buli;

Suggest a correction

(e)

menyediakan latihan berhubung dengan pencegahan dan pengurusan kes buli sebagaimana yang ditentukan oleh institusi; dan

Suggest a correction

(f)

mencapai standard pematuhan berhubung dengan pencegahan dan pengurusan kes buli sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri.

Antibuli 21

Suggest a correction

(2)

Menteri boleh, dari semasa ke semasa, menyebabkan supaya diaudit institusi itu bagi maksud pengawasan dan penilaian pematuhan kewajipan yang disebut dalam subseksyen (1).

Suggest a correction

(3)

Apa-apa dapatan yang telah dibuat sebagai suatu keputusan audit yang dijalankan menurut subseksyen (2) hendaklah dikemukakan kepada Suruhanjaya dalam bentuk dan mengikut cara sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri.

Jawatankuasa berhubung dengan pencegahan dan pengurusan kes buli

Suggest a correction

Seksyen 24

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tiap-tiap jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1) hendaklah mempunyai fungsi untuk—

(a)

menasihati institusi dalam apa-apa perkara yang berhubungan dengan pencegahan dan pengurusan kes buli;

Suggest a correction

(b)

membantu institusi dalam apa-apa perkara yang berhubungan dengan pencegahan dan pengurusan kes buli; dan

Suggest a correction

(c)

menerima, mengendalikan dan menjalankan pengantaraan bagi apa-apa aduan berhubung dengan apa-apa kes buli dalam bentuk dan mengikut cara sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Walau apa pun perenggan (2)(c), jawatankuasa boleh, jika difikirkannya sesuai, merujuk aduan itu kepada Tribunal tertakluk kepada pengadu memberikan keizinan termaklum kepada rujukan itu.

Undang-Undang Malaysia 22

Akta 876

Suggest a correction

Bahagian VII

Bahagian VII

Seksyen 25

Open as pageSuggest a correction

Maka hendaklah ditubuhkan suatu tribunal yang dikenali sebagai “Tribunal bagi Antibuli”.

Seksyen 26

Anggota, tempoh jawatan dan elaun

Open as pageSuggest a correction

(a)

seorang Presiden dan seorang Timbalan Presiden yang hendaklah dilantik dalam kalangan pegawai Perkhidmatan

Kehakiman dan Perundangan;

Suggest a correction

(b)

tidak kurang daripada lima orang anggota lain yang hendaklah terdiri daripada—

Suggest a correction

(i)

orang yang merupakan pegawai atau yang pernah memegang jawatan dalam Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan; atau

(ii)

orang yang diterima masuk sebagai peguam bela dan peguam cara di bawah Akta Profesion

Undang-Undang 1976 [Akta 166], Ordinan

Peguam Bela Sabah [Sabah Bab 2] atau Ordinan

Peguam Bela Sarawak [Sarawak Bab 110], dan yang menjalankan amalan selama tidak kurang daripada tujuh tahun dan mempunyai pengalaman dalam perkara yang berhubungan dengan kanak-kanak; dan

Suggest a correction
Suggest a correction

(c)

tidak kurang daripada lima orang anggota lain, sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri, yang mempunyai pengetahuan atau pengalaman praktikal dalam perkara yang berhubungan dengan kanak-kanak, psikologi dan perkembangan kanak-kanak, atau keadilan pemulihan kanak-kanak.

Antibuli 23

Suggest a correction

(2)

Jika Presiden atas apa-apa sebab tidak boleh melaksanakan fungsinya atau semasa apa-apa tempoh kekosongan jawatan Presiden,

Timbalan Presiden hendaklah melaksanakan fungsi Presiden.

Suggest a correction

(3)

Presiden, Timbalan Presiden dan anggota Tribunal hendaklah memegang jawatan bagi tempoh selama tiga tahun dan boleh dilantik semula hanya bagi satu tempoh lagi secara berturut-turut.

Suggest a correction

(4)

Presiden, Timbalan Presiden atau anggota Tribunal boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya dengan memberikan notis bertulis tiga bulan kepada Menteri.

Suggest a correction

(5)

Menteri boleh pada bila-bila masa membatalkan pelantikan anggota Tribunal yang dilantik di bawah perenggan (1)(b) dan (c), dan mengisi apa-apa kekosongan dalam keanggotaannya.

Suggest a correction

(6)

Presiden dan Timbalan Presiden hendaklah dibayar apa-apa elaun tetap dan elaun lain sebagaimana yang ditentukan oleh

Menteri.

Suggest a correction

(7)

Anggota Tribunal yang dilantik di bawah perenggan (1)(b)

dan (c) hendaklah dibayar suatu elaun bersidang harian semasa persidangan Tribunal dan apa-apa elaun penginapan, perjalanan dan sara hidup sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri.

Kehilangan kelayakan

Suggest a correction

Seksyen 27

Open as pageSuggest a correction

Presiden, Timbalan Presiden dan anggota Tribunal yang dilantik di bawah subseksyen 26(1) hendaklah hilang kelayakan daripada menjadi anggota Tribunal jika—

(a)

orang itu dihukum bankrap oleh sesuatu mahkamah yang mempunyai bidang kuasa berwibawa;

Suggest a correction

(b)

orang itu diperakui oleh seorang pegawai perubatan yang berkelayakan sebagai tidak berupaya dari segi fizikal atau mental untuk meneruskan jawatan;

Suggest a correction

(c)

Menteri berpendapat bahawa orang itu terlibat dalam apa-apa jawatan berbayar, komisen atau penggajian yang bercanggah dengan kewajipan orang itu di bawah Akta ini;

Undang-Undang Malaysia 24

Akta 876

Suggest a correction

(d)

kelakuan orang itu, sama ada berkaitan dengan kewajipannya sebagai seorang anggota Tribunal atau selainnya, adalah sedemikian rupa sehingga mencemarkan nama Tribunal;

Suggest a correction

(e)

orang itu telah disabitkan atas, suatu pertuduhan berkenaan dengan—

Suggest a correction

(i)

suatu kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak;

(ii)

suatu kesalahan di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan rasuah; atau

Suggest a correction

(iii)

apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan, sama ada pemenjaraan sahaja atau sebagai tambahan kepada atau sebagai ganti denda, selama lebih daripada dua tahun; atau

Suggest a correction
Suggest a correction

(f)

orang itu tidak menghadiri persidangan Tribunal tiga kali berturut-turut tanpa mendapat kebenaran Presiden.

Setiausaha, pegawai dan kakitangan Tribunal

Suggest a correction

Seksyen 28

Open as pageSuggest a correction

(b)

apa-apa bilangan pegawai dan kakitangan Tribunal lain sebagaimana yang perlu untuk menjalankan fungsi

Tribunal.

Suggest a correction

(2)

Bagi maksud perenggan (1)(a), Setiausaha hendaklah menyebabkan supaya dikemukakan kepada Suruhanjaya, secara suku tahunan, rekod dan data statistik yang berhubungan dengan aduan buli dan hasilnya.

Suggest a correction

(3)

Apa-apa data yang dikemukakan di bawah subseksyen (2)

tidak boleh termasuk nama atau butiran pengenalan diri pihak-pihak yang terlibat dan hendaklah mematuhi apa-apa undang-undang bertulis yang berhubungan dengan perlindungan data peribadi atau kerahsiaan.

Antibuli 25

Bidang kuasa Tribunal

Suggest a correction

Seksyen 29

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tribunal hendaklah mempunyai bidang kuasa untuk mendengar dan menentukan aduan buli dalam keadaan yang berikut:

(a)

jika aduan buli melibatkan kejadian yang berlaku di bawah pengawalseliaan dan pengawasan institusi pendidikan atau institusi—

Suggest a correction

(i)

pengadu telah membuat aduan buli itu kepada jawatankuasa yang disebut dalam Bahagian III,

IV, V dan VI dan mendakwa bahawa—

Suggest a correction

(A)

tiada tindakan diambil oleh jawatankuasa itu; atau

Suggest a correction

(B)

aduan itu tidak diuruskan dengan sewajarnya oleh jawatankuasa itu; atau

(ii)

pengadu telah membuat aduan buli itu kepada jawatankuasa yang disebut dalam Bahagian III,

IV, V dan VI dan jawatankuasa itu merujuk aduan itu kepada Tribunal tertakluk kepada pengadu memberikan keizinan termaklum terhadap rujukan itu;

Suggest a correction
Suggest a correction

(b)

jika aduan buli melibatkan mangsa kanak-kanak yang merupakan pelajar bagi suatu institusi pendidikan tetapi kejadian buli itu berlaku di luar pengawalseliaan atau pengawasan institusi pendidikan itu; atau

Suggest a correction

(c)

jika aduan buli melibatkan mangsa kanak-kanak yang bukan di bawah pengawalseliaan atau pengawasan mana-mana institusi pendidikan dan institusi.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Aduan buli yang dibuat di bawah subseksyen (1) hendaklah merujuk kepada buli yang berlaku selepas permulaan kuat kuasa

Akta ini.

Undang-Undang Malaysia 26

Akta 876

Pengecualian bidang kuasa mahkamah

Suggest a correction

Seksyen 30

Open as pageSuggest a correction

(a)

prosiding di hadapan mahkamah telah dimulakan sebelum aduan buli itu dibuat kepada Tribunal;

Suggest a correction

(b)

aduan buli itu melibatkan apa-apa kelakuan yang menjadi suatu jenayah di bawah peruntukan mana-mana undang-undang bertulis; atau

Suggest a correction

(c)

aduan buli di hadapan Tribunal itu ditarik balik atau dibatalkan.

Suggest a correction

(2)

Jika perenggan (1)(a) terpakai, isu yang dipertikaikan dalam tuntutan buli yang kepadanya prosiding itu berkaitan, sama ada sebagaimana yang ditunjukkan dalam tuntutan yang mula-mula atau yang timbul dalam penjalanan pendengaran, tidak boleh menjadi perkara prosiding antara pihak yang sama di hadapan

Tribunal melainkan jika tuntutan buli di hadapan mahkamah itu ditarik balik atau dibatalkan.

Penentuan kaedah-kaedah dan tatacara

Suggest a correction

Seksyen 31

Open as pageSuggest a correction

(2)

Presiden hendaklah menyebabkan tatacara yang ditentukan di bawah subseksyen (1) ditulis dan disiarkan dalam apa-apa cara sebagaimana yang difikirkan patut oleh Presiden.

Suggest a correction

(3)

Walau apa pun subseksyen (1) dan (2), Menteri boleh menetapkan apa-apa tatacara yang berhubungan dengan penyampaian notis, pendengaran dan pengantaraan bagi prosiding yang melibatkan kanak-kanak dan Tribunal hendaklah melaksanakan tatacara yang ditetapkan itu.

Antibuli 27

Suggest a correction

(4)

Bagi maksud apa-apa prosiding yang melibatkan kanak-kanak, prosiding itu hendaklah dijalankan mengikut cara yang berikut:

(a)

apa-apa prosiding yang melibatkan kanak-kanak hendaklah dijalankan mengikut cara yang tidak formal dan mesra kanak-kanak;

Suggest a correction

(b)

mana-mana kanak-kanak yang terlibat hendaklah dapat memahami dan memberi keterangan dalam prosiding;

Suggest a correction

(c)

Tribunal hendaklah menerima pakai apa-apa langkah sebagaimana perlu untuk melindungi kepentingan terbaik kanak-kanak;

Suggest a correction

(d)

Tribunal hendaklah memastikan bahawa prosiding adalah sesuai dan wajar mengikut umur, kematangan dan keadaan kanak-kanak itu, yang boleh termasuk—

Suggest a correction

(i)

saksi kanak-kanak memberi keterangan dengan cara rangkaian secara langsung atau cara elektronik lain yang wajar;

(iii)

pelantikan mana-mana orang tengah, ahli psikologi, pakar kurang upaya atau pakar lain yang sesuai untuk membantu Tribunal dalam berkomunikasi dengan pihak kanak-kanak.

Suggest a correction
Suggest a correction
Suggest a correction

(5)

Tiada apa jua dalam subseksyen (4) boleh mengurangkan perlindungan kepada saksi kanak-kanak di bawah Akta Keterangan

Saksi Kanak-Kanak 2007 [Akta 676].

Suggest a correction

(6)

Dalam menjalankan prosiding di bawah subseksyen (1), (2), (3)

dan (4), Tribunal hendaklah mempunyai kuasa untuk—

(b)

menentukan keberkaitan, kebolehterimaan dan berat apa-apa keterangan;

Suggest a correction

(c)

mengambil keterangan bersumpah atau dengan ikrar dan bagi maksud itu seseorang anggota Tribunal boleh mengendalikan suatu sumpah atau ikrar;

Undang-Undang Malaysia 28

Akta 876

Suggest a correction

(d)

memerintahkan pemberian butir-butir lanjut dalam suatu pernyataan aduan buli atau pernyataan balas;

Suggest a correction

(e)

memerintahkan pemuliharaan dan jagaan interim apa-apa keterangan bagi maksud pendengaran; dan

Suggest a correction

(f)

memanggil pihak-pihak kepada prosiding atau mana-mana orang lain supaya hadir di hadapan Tribunal untuk memberikan keterangan atau mengemukakan apa-apa dokumen, rekod atau benda lain dalam milikannya atau selainnya untuk membantu Tribunal dalam pertimbangtelitiannya.

Suggest a correction
Suggest a correction

(7)

Suatu saman yang dikeluarkan oleh Tribunal di bawah seksyen ini hendaklah disampaikan dan dikuatkuasakan seolah-olah saman itu merupakan suatu saman yang dikeluarkan oleh mahkamah.

Suggest a correction

(8)

Tribunal hendaklah menentukan aduan buli berdasarkan imbangan kebarangkalian.

Suggest a correction

(9)

Bagi maksud seksyen ini, “perintah interlokutori” ertinya suatu perintah yang—

(a)

dibuat menurut suatu aduan buli kepada Tribunal dalam penjalanan apa-apa prosiding Tribunal; dan

Suggest a correction

(b)

bersampingan dengan tujuan utama prosiding itu, dan termasuklah apa-apa arahan tentang penjalanan prosiding itu, tetapi tidak termasuk apa-apa perintah separa atau interim yang membuat suatu penentuan muktamad berkenaan dengan prosiding itu.

Permulaan prosiding

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 32

Open as pageSuggest a correction

(2)

Dalam hal mangsa terlibat dalam—

(a)

aduan buli di bawah perenggan 29(2)(a), ibu, bapa atau penjaga kepada mangsa hendaklah memenuhi kehendak di bawah subperenggan 29(2)(a)(i) atau 29(2)(a)(ii)

sebelum membuat aduan kepada Tribunal dalam bentuk dan mengikut cara sebagaimana yang ditetapkan; atau

Antibuli 29

Suggest a correction

(b)

aduan buli di bawah perenggan 29(2)(b) atau 29(2)(c), ibu, bapa atau penjaga kepada mangsa boleh membuat aduan secara terus kepada Tribunal dalam bentuk dan mengikut cara sebagaimana yang ditetapkan.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Suatu aduan buli yang dirujukkan kepada Tribunal di bawah

Akta ini adalah tertakluk kepada Akta Had Masa 1953 [Akta 254],

Ordinan Had Masa Sabah [Sabah Bab 72] atau Ordinan Had Masa

Sarawak [Sarawak Bab 49], mengikut mana-mana yang berkenaan.

Pendengaran melalui cara elektronik

Suggest a correction

Seksyen 33

Open as pageSuggest a correction

(2)

Jika suatu pendengaran dijalankan melalui cara elektronik,

Tribunal hendaklah mengambil semua langkah yang munasabah untuk memastikan—

(a)

privasi dan perlindungan mana-mana kanak-kanak yang terlibat;

Suggest a correction

(c)

pihak-pihak mempunyai peluang yang munasabah untuk didengar.

Notis aduan buli

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 34

Open as pageSuggest a correction

(2)

Jika suatu pihak kepada pendengaran itu ialah seorang kanak-kanak, notis bertulis dalam subseksyen (1) hendaklah juga diberikan kepada ibu, bapa atau penjaga kanak-kanak itu.

Undang-Undang Malaysia 30

Akta 876

Persidangan Tribunal

Suggest a correction

Seksyen 35

Open as pageSuggest a correction

(a)

Presiden atau Timbalan Presiden yang dilantik di bawah perenggan 26(1)(a), atau mana-mana anggota Tribunal lain yang dilantik di bawah perenggan 26(1)(b), sebagai seorang Pengerusi; dan

Suggest a correction

(b)

mana-mana dua orang anggota Tribunal lain yang dilantik di bawah perenggan 26(1)(c).

Suggest a correction

(2)

Panel bagi setiap persidangan Tribunal dalam subseksyen (1)

hendaklah terdiri daripada sekurang-kurangnya seorang wanita.

Suggest a correction

(3)

Tribunal boleh bersidang dalam satu atau lebih persidangan pada mana-mana hari dan pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat sebagaimana yang ditentukan oleh Presiden.

Suggest a correction

(4)

Jika Pengerusi yang disebut dalam perenggan (1)(a) yang mempengerusikan mana-mana prosiding berkenaan dengan suatu aduan buli meninggal dunia atau menjadi tidak berupaya, atau atas apa-apa sebab lain tidak boleh menyelesaikan atau melupuskan prosiding itu, aduan buli itu hendaklah didengar dan diteruskan dan dipengerusikan oleh mana-mana Pengerusi lain sebagaimana yang ditentukan oleh Presiden.

Suggest a correction

(5)

Jika mana-mana anggota Tribunal yang disebut dalam perenggan (1)(b) berkenaan dengan suatu aduan buli meninggal dunia atau menjadi tidak berupaya, atau atas apa-apa sebab lain tidak boleh menyelesaikan atau melupuskan prosiding itu, Presiden hendaklah melantik mana-mana anggota Tribunal lain kepada panel itu untuk meneruskan prosiding itu.

Suggest a correction

(6)

Jika tempoh pelantikan mana-mana Pengerusi atau anggota

Tribunal yang disebut dalam perenggan (1)(b) habis semasa apa-apa prosiding belum selesai berkenaan dengan suatu aduan buli, tempoh pelantikannya hendaklah disifatkan telah dilanjutkan sehingga pelupusan muktamad aduan buli itu.

Antibuli 31

Hak untuk hadir pada pendengaran

Suggest a correction

Seksyen 36

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tiada pihak boleh diwakili oleh seorang peguam bela dan peguam cara pada sesuatu pendengaran melainkan jika, pada pendapat Tribunal, perkara yang dipersoalkan melibatkan isu undang-undang yang kompleks.

Suggest a correction

(3)

Jika suatu pihak dibenarkan untuk diwakili oleh seorang peguam bela dan peguam cara di bawah subseksyen (2), pihak yang satu lagi hendaklah juga berhak sedemikian.

Suggest a correction

(4)

Suatu pihak yang merupakan seorang kanak-kanak mempunyai hak untuk ditemani dan dibantu oleh ibu, bapa atau penjaga pada pendengaran.

Suggest a correction

(5)

Jika prosiding yang disebut dalam subseksyen (2) melibatkan kanak-kanak yang tidak diwakili, Tribunal boleh merujuk kanak-kanak yang tidak diwakili itu kepada Ketua Pengarah

Bantuan Guaman bagi maksud permohonan untuk bantuan guaman mengikut Akta Bantuan Guaman dan Pembelaan Awam 202…

[Akta ….].

Pendengaran hendaklah tertutup

Suggest a correction

Seksyen 38

Tribunal boleh bertindak semasa pihak tidak hadir

Open as pageSuggest a correction

(2)

Sebelum membuat apa-apa keputusan di bawah subseksyen (1),

Tribunal hendaklah berpuas hati bahawa—

(a)

pihak yang tidak hadir itu telah mempunyai peluang yang munasabah untuk hadir dan didengar; dan

Undang-Undang Malaysia 32

Akta 876

Suggest a correction

(b)

prosiding dalam ketidakhadiran pihak itu adalah adil dan wajar, mengambil kira kepentingan mana-mana kanak-kanak yang terlibat dalam prosiding itu.

Pengantaraan

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 39

Open as pageSuggest a correction

(a)

pihak-pihak memberikan keizinan termaklum untuk proses pengantaraan; dan

Suggest a correction

(b)

Tribunal telah menentukan bahawa pengantaraan adalah wajar, dalam segala keadaan.

Suggest a correction

(2)

Tanpa mengehadkan keluasan subseksyen (1), dalam menentukan sama ada pengantaraan adalah wajar, Tribunal hendaklah mengambil kira keselamatan dan kesejahteraan pihak kanak-kanak dan apa-apa faktor lain yang, pada pendapat Tribunal, berkemungkinan akan menjejaskan kemampuan salah satu atau kedua-dua pihak untuk menyertai dengan berkesan dalam pengantaraan.

Suggest a correction

(3)

Jika pihak-pihak memberikan suatu keizinan termaklum untuk proses pengantaraan, Tribunal hendaklah merujuk pihak-pihak itu kepada Ketua Pengarah Jabatan Bantuan Guaman bagi maksud permohonan bagi perkhidmatan pengantaraan mengikut

Akta Bantuan Guaman dan Pembelaan Awam 202… [Akta …].

Suggest a correction

(4)

Jika pihak-pihak itu mencapai suatu penyelesaian yang dipersetujui dalam sidang pengantaraan, Tribunal hendaklah meluluskan dan merekodkan penyelesaian yang dipersetujui itu, dan penyelesaian yang dipersetujui itu hendaklah kemudiannya berkuat kuasa seolah-olah penyelesaian yang dipersetujui itu ialah suatu award Tribunal.

Suggest a correction

(5)

Tribunal hendaklah meneruskan untuk menentukan aduan buli itu jika—

(a)

mana-mana satu pihak tidak bersetuju dengan pengantaraan;

Antibuli 33

Suggest a correction

(b)

ternyata kepada Tribunal bahawa adalah tidak sesuai untuk Tribunal merundingkan suatu penyelesaian yang dipersetujui berhubung dengan aduan buli itu; atau

Suggest a correction

(c)

pihak-pihak itu tidak dapat mencapai suatu penyelesaian yang dipersetujui berhubung dengan aduan buli itu.

Rujukan kepada Hakim Mahkamah Tinggi mengenai persoalan undang-undang

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 40

Open as pageSuggest a correction

(b)

yang, pada pendapat Tribunal, adalah cukup penting untuk mewajarkan rujukan itu; dan

Suggest a correction

(c)

yang penentuannya oleh Tribunal menimbulkan, pada pendapat Tribunal, keraguan yang mencukupi untuk mewajarkan rujukan itu.

Suggest a correction

(2)

Jika Tribunal merujuk apa-apa persoalan undang-undang di bawah subseksyen (1) bagi keputusan Hakim Mahkamah Tinggi,

Tribunal hendaklah membuat awardnya bertepatan dengan keputusan itu.

Suggest a correction

(3)

Bagi maksud rujukan kepada Mahkamah Tinggi mengenai apa-apa persoalan undang-undang, seorang Peguam Persekutuan yang diberi kuasa oleh Peguam Negara boleh hadir bagi pihak Tribunal dalam apa-apa prosiding di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi.

Tatacara jika tiada peruntukan dibuat

Suggest a correction

Seksyen 41

Open as pageSuggest a correction

Jika tiada peruntukan dibuat yang berhubungan dengan tatacara Tribunal, tertakluk kepada Akta ini dan mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, Tribunal hendaklah menerima pakai apa-apa tatacara yang difikirkan patut oleh Tribunal.

Undang-Undang Malaysia 34

Akta 876

Seksyen 42

Award Tribunal

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tribunal hendaklah menyatakan secara bertulis sebab bagi award atau penolakan aduan buli itu bersama dengan apa-apa dapatan fakta yang diambil maklum oleh Tribunal atau syor yang telah dibuat oleh Tribunal dalam prosiding itu.

Suggest a correction

(3)

Prosiding hendaklah diputuskan mengikut keputusan majoriti anggota yang menganggotai Tribunal itu.

Kuasa untuk membuat perintah, untuk merujuk, dsb.

Suggest a correction

Seksyen 43

Open as pageSuggest a correction

(a)

suatu perintah bagi responden untuk mengeluarkan suatu pernyataan permohonan maaf kepada mangsa sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu;

Suggest a correction

(b)

jika responden ialah seorang dewasa, suatu perintah bagi responden untuk menyiarkan suatu pernyataan permohonan maaf kepada mangsa dalam apa-apa cara sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu;

Suggest a correction

(c)

suatu perintah bagi responden untuk menghapuskan apa-apa kandungan yang berhubungan dengan buli daripada mana-mana platform media sosial, mana-mana peranti elektronik atau medium penyimpanan digital;

Suggest a correction

(d)

suatu perintah bagi responden, atau dalam hal responden kanak-kanak, ibu, bapa atau penjaga, untuk membayar balik mangsa bagi apa-apa perbelanjaan munasabah yang ditanggung akibat buli itu;

Suggest a correction

(e)

suatu perintah bagi responden, atau dalam hal responden kanak-kanak, ibu, bapa atau penjaga, untuk membayar apa-apa pampasan atau ganti rugi tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit bagi apa-apa kerugian atau kerosakan yang dialami oleh mangsa berkaitan buli, tidak termasuk perbelanjaan yang disebut dalam perenggan (d);

Antibuli 35

Suggest a correction

(f)

suatu perintah bagi responden untuk menghadiri apa-apa program sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Tribunal;

atau

Suggest a correction

(g)

suatu perintah yang menghendaki ibu, bapa atau penjaga responden itu untuk menghadiri, bersama dengan responden kanak-kanak, sesi kaunseling atau sokongan keibubapaan yang disediakan oleh agensi kerajaan yang berkenaan.

Suggest a correction

(2)

Tribunal boleh—

(a)

merujuk apa-apa dapatan berhubung dengan aduan yang telah ditentukan oleh Tribunal kepada Suruhanjaya

Komunikasi dan Multimedia Malaysia bagi maksud apa-apa langkah atau tindakan yang boleh diambil oleh

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998

[Akta 588] atau Akta Keselamatan Dalam Talian 2025

[Akta 866]; atau

Suggest a correction

(b)

memaklumkan institusi pendidikan atau institusi yang berkaitan mengenai apa-apa dapatan Tribunal berhubung dengan aduan yang telah ditentukan oleh Tribunal.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Tribunal boleh membuat apa-apa perintah sampingan atau berbangkit atau relief setakat yang perlu untuk menguatkuasakan apa-apa perintah yang dibuat oleh Tribunal.

Suggest a correction

(4)

Tribunal boleh menolak sesuatu aduan buli yang dianggap remeh atau menyusahkan oleh Tribunal.

Penalti jenayah kerana tidak mematuhi award

Suggest a correction

Seksyen 44

Open as pageSuggest a correction

(a)

dalam hal apa-apa pampasan atau ganti rugi diperintahkan oleh Tribunal, suatu denda yang dua kali ganda amaun keseluruhan pampasan atau ganti rugi itu, atau dipenjarakan selama tempoh yang tidak melebihi dua tahun, atau kedua-duanya; atau

Undang-Undang Malaysia 36

Akta 876

Suggest a correction

(b)

dalam hal tiada pampasan atau ganti rugi diperintahkan oleh

Tribunal, suatu denda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit, atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun, atau kedua-duanya.

Suggest a correction

(2)

Dalam hal suatu kesalahan yang berterusan, orang itu boleh, sebagai tambahan kepada penalti yang dinyatakan di bawah subseksyen (1), dikenakan denda yang tidak melebihi satu ribu ringgit bagi setiap hari atau sebahagian hari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

Award Tribunal adalah muktamad

Suggest a correction

Seksyen 45

Open as pageSuggest a correction

(a)

muktamad dan mengikat semua pihak kepada prosiding itu; dan

Suggest a correction

(b)

disifatkan sebagai suatu perintah mahkamah dan dikuatkuasakan dengan sewajarnya oleh mana-mana pihak kepada prosiding itu.

Suggest a correction

(2)

Bagi maksud perenggan (1)(b), Setiausaha kepada Tribunal hendaklah menghantar suatu salinan award yang dibuat oleh

Tribunal kepada mahkamah yang mempunyai bidang kuasa di tempat yang baginya award itu berkaitan atau di tempat yang award itu dibuat dan mahkamah hendaklah menyebabkan salinan award itu direkodkan.

Mencabar award atas alasan ketidakteraturan yang serius

Suggest a correction

Seksyen 46

Open as pageSuggest a correction

(2)

Jika terdapat ketidakteraturan yang serius yang menjejaskan award, Mahkamah Tinggi boleh—

(a)

mengembalikan award itu kepada Tribunal, secara keseluruhan atau sebahagian, untuk pertimbangan semula; atau

Suggest a correction

(b)

mengetepikan award itu secara keseluruhan atau sebahagian.

Antibuli 37

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Bagi maksud seksyen ini, “ketidakteraturan yang serius”

ertinya suatu ketidakteraturan mengenai satu atau lebih jenis yang berikut yang Mahkamah Tinggi berpendapat telah menyebabkan ketidakadilan yang substansial kepada pemohon:

(a)

kegagalan Tribunal untuk menangani semua isu yang berkaitan yang dikemukakan kepadanya; atau

Suggest a correction

(b)

ketidaktentuan atau ketaksaan mengenai kesan award itu.

Suggest a correction
Suggest a correction

Bahagian VIII

Bahagian VIII

FUNGSI SURUHANJAYA HAK ASASI MANUSIA MALAYSIA

Suggest a correction

DI BAWAH AKTA INI

Tafsiran

Seksyen 47

Dalam bahagian ini, “Pengerusi” ertinya Pengerusi

Open as pageSuggest a correction

Suruhanjaya yang dilantik dan ditetapkan di bawah seksyen 5

dan 6a Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999 yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi hak asasi manusia.

Seksyen 48

Fungsi dan kuasa Suruhanjaya di bawah Akta ini

Open as pageSuggest a correction

(2)

Fungsi dan kuasa Suruhanjaya di bawah Akta ini hendaklah dijalankan oleh Ketua Pesuruhjaya Kanak-Kanak yang dilantik di bawah seksyen 5 dan 6a Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia

Malaysia 1999.

Suggest a correction

(3)

Bagi maksud subseksyen (2), Ketua Pesuruhjaya Kanak-Kanak hendaklah mempunyai fungsi yang berikut:

(a)

untuk mengesyorkan kepada Kerajaan apa-apa langkah yang perlu atau sesuai untuk diambil untuk mencegah buli;

Undang-Undang Malaysia 38

Akta 876

Suggest a correction

(b)

untuk menggalakkan kesedaran dan menyediakan pendidikan yang berhubungan dengan pencegahan buli;

Suggest a correction

(c)

untuk menasihatkan dan membantu Kerajaan dalam merumuskan dasar, garis panduan, perundangan atau arahan dan tatacara pentadbiran dan mengesyorkan langkah-langkah yang perlu untuk diambil untuk mencegah buli;

Suggest a correction

(d)

untuk mengendalikan program, seminar dan bengkel yang berhubungan dengan pencegahan buli;

Suggest a correction

(e)

untuk menyebarkan dan mengedarkan keputusan apa-apa penyelidikan yang berhubungan dengan pencegahan buli;

dan

Suggest a correction

(f)

untuk menjalankan apa-apa fungsi lain yang perlu bagi memberikan kuat kuasa sepenuhnya kepada peruntukan

Akta ini.

Suggest a correction
Suggest a correction

(4)

Dalam menjalankan fungsi di bawah Bahagian ini,

Ketua Pesuruhjaya Kanak-Kanak hendaklah tertakluk kepada arahan Pengerusi.

Suggest a correction

(5)

Fungsi Ketua Pesuruhjaya Kanak-Kanak di bawah Bahagian ini hendaklah menjadi tambahan kepada, dan tidak mengurangkan, fungsinya sebagai anggota Suruhanjaya.

Suggest a correction

(6)

Bagi maksud menjalankan fungsi di bawah subseksyen (3),

Ketua Pesuruhjaya Kanak-Kanak hendaklah mempunyai segala kuasa yang perlu, atau berkaitan dengan, atau yang bersampingan dengan, pelaksanaan fungsi tersebut.

Pelaporan aktiviti yang berhubungan dengan fungsi Suruhanjaya di bawah Akta ini

Suggest a correction

Seksyen 49

Open as pageSuggest a correction

Bagi maksud Bahagian ini, Suruhanjaya hendaklah mengadakan dalam laporan tahunannya kepada Parlimen, suatu pelaporan semua aktivitinya yang berhubungan dengan pencegahan dan pengurusan kes buli di institusi pendidikan dan institusi di sepanjang tahun yang dimaksudkan oleh laporan itu, menurut seksyen 21

Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999.

Antibuli 39

Bahagian IX

Bahagian IX

Seksyen 50

Open as pageSuggest a correction

(2)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Perlindungan di bawah Akta ini

Suggest a correction

Seksyen 51

Open as pageSuggest a correction

(a)

Presiden, Timbalan Presiden atau mana-mana anggota

Tribunal;

Suggest a correction

(b)

Setiausaha Tribunal, atau mana-mana pegawai atau kakitangan Tribunal;

Suggest a correction

(c)

mana-mana orang yang bertanggungjawab bagi pentadbiran, pengurusan dan pengawalseliaan institusi pendidikan, institusi atau jawatankuasa di bawah Bahagian III, IV,

V atau VI; atau

Suggest a correction

(d)

mana-mana orang lain bagi atau bertanggungan atau berkenaan dengan apa-apa tindakan yang dilakukan atau bertujuan untuk dilakukan olehnya di bawah perintah, arahan atau suruhan orang yang disebut dalam perenggan (c),

Undang-Undang Malaysia 40

Akta 876

berkenaan dengan apa-apa perbuatan yang dilakukan atau pernyataan yang dibuat dengan suci hati dalam pelaksanaan apa-apa kewajipan atau fungsi, atau dalam menjalankan apa-apa kuasa, di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat dibawahnya.

Suggest a correction

(2)

Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh mengecualikan mana-mana orang daripada liabiliti bagi apa-apa perbuatan atau peninggalan yang dilakukan secara cuai, fraud atau dengan niat jahat.

Kuasa untuk meminda Jadual

Suggest a correction

Bahagian III

Bahagian III, IV, V atau VI, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, meminda Jadual kepada Akta ini.

Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan

Seksyen 53

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), peraturan-peraturan boleh dibuat bagi—

(a)

menetapkan borang yang akan digunakan dalam prosiding di hadapan Tribunal;

Suggest a correction

(b)

menetapkan cara dan bentuk yang aduan boleh dibuat kepada Tribunal, termasuk melalui cara elektronik;

Suggest a correction

(c)

menetapkan cara penyampaian notis di bawah Akta ini;

Suggest a correction

(d)

menetapkan tatacara yang berhubungan dengan penyampaian notis dan pendengaran yang melibatkan kanak-kanak;

Suggest a correction

(e)

menetapkan tatacara yang berhubungan dengan pengantaraan;

dan

Suggest a correction

(f)

menetapkan apa-apa perkara lain yang dikehendaki untuk ditetapkan di bawah Akta ini.

Antibuli 41

Peruntukan khas bagi laporan polis di bawah mana-mana undang-undang

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 54

Open as pageSuggest a correction

Walau apa pun suatu aduan buli yang dibuat di bawah Akta ini, seorang pengadu tidak terhalang daripada membuat suatu laporan polis bagi apa-apa kesalahan yang berhubungan dengan buli di bawah mana-mana undang-undang bertulis.

Jadual

Suggest a correction

Jadual Pertama

[Seksyen 2]

INSTITUSI PENDIDIKAN

Tafsiran

Dalam Jadual ini—

“institusi pendidikan bantuan Kerajaan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Pendidikan 1996;

“institusi pendidikan Kerajaan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Pendidikan 1996;

“institusi pendidikan swasta” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Pendidikan 1996;

“Maktab Rendah Sains MARA” ertinya institusi pendidikan yang ditubuhkan oleh Majlis Amanah Rakyat;

“Maktab Tentera Diraja” ertinya institusi pendidikan yang ditubuhkan oleh

Kementerian Pertahanan.

(1)

Bil.

(2)

Institusi pendidikan 1.

Institusi pendidikan Kerajaan 2.

Institusi pendidikan bantuan Kerajaan 3.

Institusi pendidikan swasta 4.

Maktab Rendah Sains MARA

5.

Maktab Tentera Diraja

Undang-Undang Malaysia 42

Akta 876

Jadual

Suggest a correction

Jadual Kedua

[Seksyen 2]

INSTITUSI

Tafsiran

Dalam Jadual ini—

“asrama akhlak” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam

Akta Kanak-Kanak 2001;

“sekolah diluluskan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam

Akta Kanak-Kanak 2001;

“Sekolah Henry Gurney” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam

Akta Kanak-Kanak 2001;

“tempat perlindungan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam

Akta Kanak-Kanak 2001;

“tempat selamat” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam

Akta Kanak-Kanak 2001.

(1)

Bil.

(2)

Institusi 1.

Tempat selamat 2.

Asrama akhlak 3.

Sekolah diluluskan 4.

Tempat perlindungan 5.

Sekolah Henry Gurney

Common questions

What is ANTI-BULLY ACT 2026?
AKTA ANTIBULI 2026 is Malaysia Act, cited as Act 876 2026, currently marked in force and first recorded in 2026.
Is ANTI-BULLY ACT 2026 still in force?
Yes — ANTI-BULLY ACT 2026 is currently in force.
When did ANTI-BULLY ACT 2026 take effect?
ANTI-BULLY ACT 2026 was first recorded in 2026.
How many sections does ANTI-BULLY ACT 2026 have?
ANTI-BULLY ACT 2026 contains 54 sections.
Where can I read the official version of ANTI-BULLY ACT 2026?
The official text of ANTI-BULLY ACT 2026 is published at lom.agc.gov.my.