Malaysia legislation

Section 16

of AKTA ANTIBULI 2026

Seksyen 16

Kuasa Menteri di bawah Bahagian ini

(a)

mengeluarkan garis panduan berhubung dengan—

(i)

langkah yang perlu diambil untuk mencegah buli di institusi pendidikan; dan

(ii)

tatacara dalam mengendalikan kes buli di institusi pendidikan;

(b)

menyebabkan supaya dilakukan apa-apa kajian berhubung dengan pencegahan dan pengurusan kes buli;

(c)

menyebabkan supaya disediakan bahan latihan berhubung dengan pencegahan dan pengurusan kes buli bagi maksud rujukan dan panduan oleh institusi pendidikan dan jawatankuasa berhubung dengan pencegahan dan pengurusan kes buli;

(d)

menyebabkan supaya diwujudkan dan dilaksanakan apa-apa sistem yang perlu untuk mengawasi dan menilai institusi pendidikan berhubung dengan pencegahan dan pengurusan kes buli; dan

Antibuli 17

(e)

mengeluarkan apa-apa garis panduan atau memberikan apa-apa arahan sebagaimana yang suai manfaat atau perlu bagi memberikan kuat kuasa sepenuhnya atau melaksanakan peruntukan Akta ini dengan lebih baik dan bagi maksud memastikan pematuhan Akta ini.

Kewajipan institusi pendidikan