Malaysia legislation

Section 18

of AKTA ANTIBULI 2026

Seksyen 18

(2)

Tiap-tiap jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1) hendaklah mempunyai fungsi untuk—

(a)

menasihati institusi pendidikan dalam apa-apa perkara yang berhubungan dengan pencegahan dan pengurusan kes buli;

(b)

membantu institusi pendidikan dalam apa-apa perkara yang berhubungan dengan pencegahan dan pengurusan kes buli; dan

(c)

menerima, mengendalikan dan menjalankan pengantaraan bagi apa-apa aduan berhubung dengan apa-apa kes buli dalam bentuk dan mengikut cara sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri.

(3)

Walau apa pun perenggan (2)(c), jawatankuasa boleh, jika difikirkannya sesuai, merujuk aduan itu kepada Tribunal tertakluk kepada pengadu memberikan keizinan termaklum kepada rujukan itu.