Malaysia legislation
Section 22
Seksyen 22
Kuasa Menteri di bawah Bahagian ini
(a)
mengeluarkan garis panduan berhubung dengan—
(i)
langkah yang perlu diambil untuk mencegah buli di institusi; dan
(ii)
tatacara dalam mengendalikan kes buli di institusi;
(b)
menyebabkan supaya dilakukan apa-apa kajian berhubung dengan pencegahan dan pengurusan kes buli;
(c)
menyebabkan supaya disediakan bahan latihan berhubung dengan pencegahan dan pengurusan kes buli bagi maksud rujukan dan panduan oleh institusi dan jawatankuasa berhubung dengan pencegahan dan pengurusan kes buli;
(d)
menyebabkan supaya diwujudkan dan dilaksanakan apa-apa sistem yang perlu untuk mengawasi dan menilai institusi berhubung dengan pencegahan dan pengurusan kes buli; dan
Undang-Undang Malaysia 20
Akta 876
(e)
mengeluarkan apa-apa garis panduan atau memberikan apa-apa arahan sebagaimana yang suai manfaat atau perlu bagi memberikan kuat kuasa sepenuhnya atau melaksanakan peruntukan Akta ini dengan lebih baik dan bagi maksud memastikan pematuhan Akta ini.
(2)
Kuasa Menteri yang disebut dalam subseksyen (1)
di bawah Bahagian ini adalah sebagai tambahan kepada, dan tidak mengurangkan, kuasa Menteri di bawah Akta Kanak-Kanak 2001
dan mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah
Akta Kanak-Kanak 2001.
Kewajipan institusi