Malaysia legislation

Section 23

of AKTA ANTIBULI 2026

Seksyen 23

(a)

menubuhkan dan menyenggarakan suatu jawatankuasa berhubung dengan pencegahan dan pengurusan kes buli;

(b)

melaksanakan polisi, garis panduan dan tatacara berhubung dengan pencegahan dan pengurusan kes buli;

(c)

mewujudkan suatu saluran yang boleh diakses dan peka kanak-kanak, dan mematuhi kerahsiaan maklumat bagi mana-mana kanak-kanak yang sedang ditahan, diberi pemulihan atau dilindungi di institusi termasuk orang yang ditahan di Sekolah Henry Gurney untuk melaporkan kes buli;

(d)

mewujudkan dan menyediakan perkhidmatan kaunseling dan sokongan psikososial bagi maksud menguruskan dan mencegah kes buli;

(e)

menyediakan latihan berhubung dengan pencegahan dan pengurusan kes buli sebagaimana yang ditentukan oleh institusi; dan

(f)

mencapai standard pematuhan berhubung dengan pencegahan dan pengurusan kes buli sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri.

Antibuli 21

(2)

Menteri boleh, dari semasa ke semasa, menyebabkan supaya diaudit institusi itu bagi maksud pengawasan dan penilaian pematuhan kewajipan yang disebut dalam subseksyen (1).

(3)

Apa-apa dapatan yang telah dibuat sebagai suatu keputusan audit yang dijalankan menurut subseksyen (2) hendaklah dikemukakan kepada Suruhanjaya dalam bentuk dan mengikut cara sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri.

Jawatankuasa berhubung dengan pencegahan dan pengurusan kes buli