Malaysia legislation

Section 2

of AKTA ANTIBULI 2026

Seksyen 2

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“award” ertinya suatu award yang dibuat oleh Tribunal berkenaan dengan apa-apa aduan atau perkara yang dirujuk kepadanya atau apa-apa keputusan atau perintah yang dibuat olehnya di bawah

Akta ini;

“buli” ertinya apa-apa perbuatan yang terjumlah kepada buli sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 3;

“institusi” ertinya apa-apa institusi yang ditubuhkan atau ditetapkan di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 [Akta 611] bagi maksud penahanan, pemulihan dan perlindungan sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Kedua;

“institusi pendidikan” ertinya mana-mana institusi pendidikan sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Pertama;

“mangsa” ertinya—

(a)

seorang kanak-kanak yang di bawah umur lapan belas tahun;

(b)

seorang pelajar yang tanpa mengira umurnya, yang kepadanya pendidikan atau latihan sedang diberikan di institusi pendidikan; atau

(c)

seorang kanak-kanak yang sedang ditahan, diberi pemulihan atau dilindungi di institusi termasuk orang yang ditahan di Sekolah Henry Gurney;

“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi undang-undang;

“pengadu” ertinya—

(a)

mangsa; atau

(b)

ibu, bapa atau penjaga mangsa;

Antibuli 9

“Suruhanjaya” ertinya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 3 Akta Suruhanjaya Hak Asasi

Manusia Malaysia 1999 [Akta 597];

“Tribunal” ertinya Tribunal bagi Antibuli yang ditubuhkan di bawah Bahagian VII.