Malaysia legislation

Section 31

of AKTA ANTIBULI 2026

Seksyen 31

(2)

Presiden hendaklah menyebabkan tatacara yang ditentukan di bawah subseksyen (1) ditulis dan disiarkan dalam apa-apa cara sebagaimana yang difikirkan patut oleh Presiden.

(3)

Walau apa pun subseksyen (1) dan (2), Menteri boleh menetapkan apa-apa tatacara yang berhubungan dengan penyampaian notis, pendengaran dan pengantaraan bagi prosiding yang melibatkan kanak-kanak dan Tribunal hendaklah melaksanakan tatacara yang ditetapkan itu.

Antibuli 27

(4)

Bagi maksud apa-apa prosiding yang melibatkan kanak-kanak, prosiding itu hendaklah dijalankan mengikut cara yang berikut:

(a)

apa-apa prosiding yang melibatkan kanak-kanak hendaklah dijalankan mengikut cara yang tidak formal dan mesra kanak-kanak;

(b)

mana-mana kanak-kanak yang terlibat hendaklah dapat memahami dan memberi keterangan dalam prosiding;

(c)

Tribunal hendaklah menerima pakai apa-apa langkah sebagaimana perlu untuk melindungi kepentingan terbaik kanak-kanak;

(d)

Tribunal hendaklah memastikan bahawa prosiding adalah sesuai dan wajar mengikut umur, kematangan dan keadaan kanak-kanak itu, yang boleh termasuk—

(i)

saksi kanak-kanak memberi keterangan dengan cara rangkaian secara langsung atau cara elektronik lain yang wajar;

(ii)

penggunaan pengadang atau perkiraan lain; dan

(iii)

pelantikan mana-mana orang tengah, ahli psikologi, pakar kurang upaya atau pakar lain yang sesuai untuk membantu Tribunal dalam berkomunikasi dengan pihak kanak-kanak.

(5)

Tiada apa jua dalam subseksyen (4) boleh mengurangkan perlindungan kepada saksi kanak-kanak di bawah Akta Keterangan

Saksi Kanak-Kanak 2007 [Akta 676].

(6)

Dalam menjalankan prosiding di bawah subseksyen (1), (2), (3)

dan (4), Tribunal hendaklah mempunyai kuasa untuk—

(a)

membuat perintah interlokutori;

(b)

menentukan keberkaitan, kebolehterimaan dan berat apa-apa keterangan;

(c)

mengambil keterangan bersumpah atau dengan ikrar dan bagi maksud itu seseorang anggota Tribunal boleh mengendalikan suatu sumpah atau ikrar;

Undang-Undang Malaysia 28

Akta 876

(d)

memerintahkan pemberian butir-butir lanjut dalam suatu pernyataan aduan buli atau pernyataan balas;

(e)

memerintahkan pemuliharaan dan jagaan interim apa-apa keterangan bagi maksud pendengaran; dan

(f)

memanggil pihak-pihak kepada prosiding atau mana-mana orang lain supaya hadir di hadapan Tribunal untuk memberikan keterangan atau mengemukakan apa-apa dokumen, rekod atau benda lain dalam milikannya atau selainnya untuk membantu Tribunal dalam pertimbangtelitiannya.

(7)

Suatu saman yang dikeluarkan oleh Tribunal di bawah seksyen ini hendaklah disampaikan dan dikuatkuasakan seolah-olah saman itu merupakan suatu saman yang dikeluarkan oleh mahkamah.

(8)

Tribunal hendaklah menentukan aduan buli berdasarkan imbangan kebarangkalian.

(9)

Bagi maksud seksyen ini, “perintah interlokutori” ertinya suatu perintah yang—

(a)

dibuat menurut suatu aduan buli kepada Tribunal dalam penjalanan apa-apa prosiding Tribunal; dan

(b)

bersampingan dengan tujuan utama prosiding itu, dan termasuklah apa-apa arahan tentang penjalanan prosiding itu, tetapi tidak termasuk apa-apa perintah separa atau interim yang membuat suatu penentuan muktamad berkenaan dengan prosiding itu.

Permulaan prosiding

Section 31 — ANTI-BULLY ACT 2026 | mylaw.my