Malaysia legislation
Section 35
Seksyen 35
(a)
Presiden atau Timbalan Presiden yang dilantik di bawah perenggan 26(1)(a), atau mana-mana anggota Tribunal lain yang dilantik di bawah perenggan 26(1)(b), sebagai seorang Pengerusi; dan
(b)
mana-mana dua orang anggota Tribunal lain yang dilantik di bawah perenggan 26(1)(c).
(2)
Panel bagi setiap persidangan Tribunal dalam subseksyen (1)
hendaklah terdiri daripada sekurang-kurangnya seorang wanita.
(3)
Tribunal boleh bersidang dalam satu atau lebih persidangan pada mana-mana hari dan pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat sebagaimana yang ditentukan oleh Presiden.
(4)
Jika Pengerusi yang disebut dalam perenggan (1)(a) yang mempengerusikan mana-mana prosiding berkenaan dengan suatu aduan buli meninggal dunia atau menjadi tidak berupaya, atau atas apa-apa sebab lain tidak boleh menyelesaikan atau melupuskan prosiding itu, aduan buli itu hendaklah didengar dan diteruskan dan dipengerusikan oleh mana-mana Pengerusi lain sebagaimana yang ditentukan oleh Presiden.
(5)
Jika mana-mana anggota Tribunal yang disebut dalam perenggan (1)(b) berkenaan dengan suatu aduan buli meninggal dunia atau menjadi tidak berupaya, atau atas apa-apa sebab lain tidak boleh menyelesaikan atau melupuskan prosiding itu, Presiden hendaklah melantik mana-mana anggota Tribunal lain kepada panel itu untuk meneruskan prosiding itu.
(6)
Jika tempoh pelantikan mana-mana Pengerusi atau anggota
Tribunal yang disebut dalam perenggan (1)(b) habis semasa apa-apa prosiding belum selesai berkenaan dengan suatu aduan buli, tempoh pelantikannya hendaklah disifatkan telah dilanjutkan sehingga pelupusan muktamad aduan buli itu.
Antibuli 31
Hak untuk hadir pada pendengaran