Malaysia legislation
Section 39
Seksyen 39
(a)
pihak-pihak memberikan keizinan termaklum untuk proses pengantaraan; dan
(b)
Tribunal telah menentukan bahawa pengantaraan adalah wajar, dalam segala keadaan.
(2)
Tanpa mengehadkan keluasan subseksyen (1), dalam menentukan sama ada pengantaraan adalah wajar, Tribunal hendaklah mengambil kira keselamatan dan kesejahteraan pihak kanak-kanak dan apa-apa faktor lain yang, pada pendapat Tribunal, berkemungkinan akan menjejaskan kemampuan salah satu atau kedua-dua pihak untuk menyertai dengan berkesan dalam pengantaraan.
(3)
Jika pihak-pihak memberikan suatu keizinan termaklum untuk proses pengantaraan, Tribunal hendaklah merujuk pihak-pihak itu kepada Ketua Pengarah Jabatan Bantuan Guaman bagi maksud permohonan bagi perkhidmatan pengantaraan mengikut
Akta Bantuan Guaman dan Pembelaan Awam 202… [Akta …].
(4)
Jika pihak-pihak itu mencapai suatu penyelesaian yang dipersetujui dalam sidang pengantaraan, Tribunal hendaklah meluluskan dan merekodkan penyelesaian yang dipersetujui itu, dan penyelesaian yang dipersetujui itu hendaklah kemudiannya berkuat kuasa seolah-olah penyelesaian yang dipersetujui itu ialah suatu award Tribunal.
(5)
Tribunal hendaklah meneruskan untuk menentukan aduan buli itu jika—
(a)
mana-mana satu pihak tidak bersetuju dengan pengantaraan;
Antibuli 33
(b)
ternyata kepada Tribunal bahawa adalah tidak sesuai untuk Tribunal merundingkan suatu penyelesaian yang dipersetujui berhubung dengan aduan buli itu; atau
(c)
pihak-pihak itu tidak dapat mencapai suatu penyelesaian yang dipersetujui berhubung dengan aduan buli itu.
Rujukan kepada Hakim Mahkamah Tinggi mengenai persoalan undang-undang