Malaysia legislation

Section 3

of AKTA ANTIBULI 2026

Seksyen 3

(2)

Buli yang disebut dalam subseksyen (1) boleh termasuk perbuatan yang berikut:

(a)

apa-apa perbuatan yang menyebabkan kemudaratan fizikal kepada mangsa atau barang kepunyaannya;

(b)

apa-apa penggunaan bahasa yang menghina, mengugut atau menjatuhkan maruah mangsa, yang menyebabkan kemudaratan kepada kesejahteraan psikologi mangsa;

(c)

apa-apa perbuatan yang diniatkan untuk mengasingkan mangsa secara sosial, merosakkan reputasi mangsa atau mewujudkan suatu persekitaran bermusuhan bagi mangsa;

(d)

apa-apa perbuatan yang memalukan atau mendiskriminasi mangsa berdasarkan jantina, ras, agama atau ketidakupayaan;

atau

(e)

apa-apa perbuatan yang disebut dalam perenggan (b), (c)

atau (d) yang dilakukan melalui komunikasi elektronik atau digital.

Undang-Undang Malaysia 10

Akta 876

Section 3 — ANTI-BULLY ACT 2026 | mylaw.my