Malaysia legislation
Section 43
Seksyen 43
(a)
suatu perintah bagi responden untuk mengeluarkan suatu pernyataan permohonan maaf kepada mangsa sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu;
(b)
jika responden ialah seorang dewasa, suatu perintah bagi responden untuk menyiarkan suatu pernyataan permohonan maaf kepada mangsa dalam apa-apa cara sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu;
(c)
suatu perintah bagi responden untuk menghapuskan apa-apa kandungan yang berhubungan dengan buli daripada mana-mana platform media sosial, mana-mana peranti elektronik atau medium penyimpanan digital;
(d)
suatu perintah bagi responden, atau dalam hal responden kanak-kanak, ibu, bapa atau penjaga, untuk membayar balik mangsa bagi apa-apa perbelanjaan munasabah yang ditanggung akibat buli itu;
(e)
suatu perintah bagi responden, atau dalam hal responden kanak-kanak, ibu, bapa atau penjaga, untuk membayar apa-apa pampasan atau ganti rugi tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit bagi apa-apa kerugian atau kerosakan yang dialami oleh mangsa berkaitan buli, tidak termasuk perbelanjaan yang disebut dalam perenggan (d);
Antibuli 35
(f)
suatu perintah bagi responden untuk menghadiri apa-apa program sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Tribunal;
atau
(g)
suatu perintah yang menghendaki ibu, bapa atau penjaga responden itu untuk menghadiri, bersama dengan responden kanak-kanak, sesi kaunseling atau sokongan keibubapaan yang disediakan oleh agensi kerajaan yang berkenaan.
(2)
Tribunal boleh—
(a)
merujuk apa-apa dapatan berhubung dengan aduan yang telah ditentukan oleh Tribunal kepada Suruhanjaya
Komunikasi dan Multimedia Malaysia bagi maksud apa-apa langkah atau tindakan yang boleh diambil oleh
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998
[Akta 588] atau Akta Keselamatan Dalam Talian 2025
[Akta 866]; atau
(b)
memaklumkan institusi pendidikan atau institusi yang berkaitan mengenai apa-apa dapatan Tribunal berhubung dengan aduan yang telah ditentukan oleh Tribunal.
(3)
Tribunal boleh membuat apa-apa perintah sampingan atau berbangkit atau relief setakat yang perlu untuk menguatkuasakan apa-apa perintah yang dibuat oleh Tribunal.
(4)
Tribunal boleh menolak sesuatu aduan buli yang dianggap remeh atau menyusahkan oleh Tribunal.
Penalti jenayah kerana tidak mematuhi award