Malaysia legislation
Section 48
Seksyen 48
Fungsi dan kuasa Suruhanjaya di bawah Akta ini
(2)
Fungsi dan kuasa Suruhanjaya di bawah Akta ini hendaklah dijalankan oleh Ketua Pesuruhjaya Kanak-Kanak yang dilantik di bawah seksyen 5 dan 6a Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia
Malaysia 1999.
(3)
Bagi maksud subseksyen (2), Ketua Pesuruhjaya Kanak-Kanak hendaklah mempunyai fungsi yang berikut:
(a)
untuk mengesyorkan kepada Kerajaan apa-apa langkah yang perlu atau sesuai untuk diambil untuk mencegah buli;
Undang-Undang Malaysia 38
Akta 876
(b)
untuk menggalakkan kesedaran dan menyediakan pendidikan yang berhubungan dengan pencegahan buli;
(c)
untuk menasihatkan dan membantu Kerajaan dalam merumuskan dasar, garis panduan, perundangan atau arahan dan tatacara pentadbiran dan mengesyorkan langkah-langkah yang perlu untuk diambil untuk mencegah buli;
(d)
untuk mengendalikan program, seminar dan bengkel yang berhubungan dengan pencegahan buli;
(e)
untuk menyebarkan dan mengedarkan keputusan apa-apa penyelidikan yang berhubungan dengan pencegahan buli;
dan
(f)
untuk menjalankan apa-apa fungsi lain yang perlu bagi memberikan kuat kuasa sepenuhnya kepada peruntukan
Akta ini.
(4)
Dalam menjalankan fungsi di bawah Bahagian ini,
Ketua Pesuruhjaya Kanak-Kanak hendaklah tertakluk kepada arahan Pengerusi.
(5)
Fungsi Ketua Pesuruhjaya Kanak-Kanak di bawah Bahagian ini hendaklah menjadi tambahan kepada, dan tidak mengurangkan, fungsinya sebagai anggota Suruhanjaya.
(6)
Bagi maksud menjalankan fungsi di bawah subseksyen (3),
Ketua Pesuruhjaya Kanak-Kanak hendaklah mempunyai segala kuasa yang perlu, atau berkaitan dengan, atau yang bersampingan dengan, pelaksanaan fungsi tersebut.
Pelaporan aktiviti yang berhubungan dengan fungsi Suruhanjaya di bawah Akta ini