Malaysia legislation
Section 57A
of *AKTA PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1993
Seksyen 57A
Tindakan bersaling
(2)
Jika
Mahkamah
Syariah di dalam
Wilayah-Wilayah
Persekutuan mengeluarkan waran yang memberikan kuasa untuk menangkap mana-mana orang atau saman yang memanggil
42 Undang-Undang Malaysia AKTA 505
mana-mana orang supaya hadir di suatu Mahkamah Syariah, dan orang itu berada atau dipercayai berada di dalam Negeri lain di
Malaysia dan waran atau saman itu dilaksanakan terhadap atau disampaikan kepada orang itu mengikut mana-mana undang-undang
Negeri itu, waran atau saman itu hendaklah, bagi maksud Akta ini, disifatkan telah dilaksanakan atau disampaikan dengan sewajarnya seolah-olah pelaksanaan atau penyampaian itu telah dilaksanakan atau disempurnakan di dalam Wilayah-Wilayah Persekutuan.
(3)
Jika Mahkamah Syariah di dalam mana-mana Negeri di
Malaysia membuat suatu perintah atau penghakiman di bawah mana-mana undang-undang Negeri itu terhadap seseorang dan orang itu berada atau dipercayai berada di dalam Wilayah-Wilayah
Persekutuan, Hakim Syarie, jika dia berpuas hati bahawa perintah atau penghakiman itu telah dikeluarkan dengan sewajarnya oleh suatu
Mahkamah Syariah yang berwibawa di dalam mana-mana Negeri di
Malaysia, boleh mengendors perintah atau penghakiman itu dan perintah atau penghakiman itu bolehlah dilaksanakan atau disampaikan, mengikut mana-mana yang berkenaan, seolah-olah perintah atau penghakiman itu telah dikeluarkan dengan sah oleh mana-mana
Mahkamah
Syariah di dalam
Wilayah-Wilayah
Persekutuan mengikut peruntukan Akta ini.
(4)
Jika
Mahkamah
Syariah di dalam
Wilayah-Wilayah
Persekutuan membuat suatu perintah atau penghakiman terhadap mana-mana orang atau suatu perintah yang memanggil mana-mana orang supaya hadir di suatu Mahkamah Syariah dan orang itu berada atau dipercayai berada di dalam Negeri lain di Malaysia dan perintah atau penghakiman itu dilaksanakan terhadap atau disampaikan kepada orang itu mengikut mana-mana undang-undang Negeri itu, perintah atau penghakiman itu hendaklah, bagi maksud Akta ini, disifatkan telah dilaksanakan atau disampaikan dengan sewajarnya seolah-olah pelaksanaan atau penyampaian itu telah dilaksanakan atau disempurnakan di dalam Wilayah-Wilayah Persekutuan.
Pentadbiran Undang-Undang Islam 43
(Wilayah-Wilayah Persekutuan)