Malaysia legislation
Section 58
of *AKTA PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1993
Seksyen 58
(2)
Ketua Pendakwa Syarie hendaklah mempunyai kuasa yang boleh dijalankan menurut budi bicaranya bagi memulakan, menjalankan atau memberhentikan apa-apa prosiding bagi sesuatu kesalahan di hadapan Mahkamah Syariah.
(3)
Ketua Pendakwa Syarie boleh melantik orang yang layak dan sesuai dalam kalangan anggota perkhidmatan awam am
Persekutuan untuk menjadi Pendakwa Syarie yang hendaklah bertindak di bawah kawalan am dan arahan Ketua Pendakwa
Syarie dan boleh menjalankan semua atau mana-mana hak dan kuasa yang terletak hak pada atau yang boleh dijalankan oleh
Ketua Pendakwa Syarie kecuali hak dan kuasa yang dinyatakan hendaklah dijalankan oleh Ketua Pendakwa Syarie sendiri.
(3A)
Hak dan kuasa yang terletak hak pada atau yang boleh dijalankan oleh Ketua Pendakwa Syarie menurut subseksyen (3)
hendaklah dijalankan oleh Ketua Pendakwa Syarie sendiri.
(4)
Majlis boleh melantik dalam kalangan anggota perkhidmatan awam am Persekutuan seorang Ketua Pegawai
Penguat Kuasa Agama dan Pegawai Penguat Kuasa Agama untuk menjalankan penyiasatan kesalahan di bawah Akta ini atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain yang menetapkan kesalahan terhadap rukun agama Islam.
(5)
Pegawai Penguat Kuasa Agama hendaklah bertindak di bawah kawalan am dan arahan Ketua Pegawai Penguat Kuasa
Agama dan boleh menjalankan semua atau mana-mana hak dan kuasa yang terletak hak pada atau yang boleh dijalankan oleh
44 Undang-Undang Malaysia AKTA 505
Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama kecuali hak dan kuasa yang dinyatakan henddijalankan oleh Ketua Pegawai Penguat Kuasa
Agama sendiri.