PERMULAAN
Tajuk ringkas
/akn/my/act/act/1961/650
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
Akta 650 is Malaysia Act, cited as Act 650 1961, currently marked in force and first recorded in 1961.
Opening note
Bahagian I
Tajuk ringkas
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Pinjaman (Tempatan) 1961.
Tafsiran
“deposit pendahuluan” ertinya apa-apa deposit yang diterima di bawah subseksyen 14(1);
“Bank” ertinya Bank Negara Malaysia;
“Gabenor” ertinya Gabenor Bank;
6 Undang-Undang Malaysia AKTA 650
“Menteri” ertinya Menteri yang pada masa ini dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kewangan.
Bahagian II
Kuasa memperdapatkan pinjaman
Pinjaman yang dengan ini dibenarkan hendaklah diperdapatkan di Malaysia melalui terbitan saham berdaftar di bawah Bahagian III.
Semua saham yang diterbitkan di bawah Akta ini boleh ditebus dalam tempoh tidak melebihi lima tahun dari tarikh penerbitan.
Penggunaan pinjaman
Wang yang diterima bagi saham yang diterbitkan di bawah Akta ini hendaklah digunakan, dan dengan ini diuntukkan, bagi maksud yang berikut:
menjelaskan perbelanjaan yang berhubungan dengan penerbitan saham itu atau yang berbangkit daripada penerimaan deposit pendahuluan di bawah Bahagian V;
pembayaran, dengan terlebih dahulu mendapat kelulusan
Dewan Rakyat yang dinyatakan melalui ketetapan, ke dalam
Kumpulan Wang Pembangunan yang dinyatakan dalam
Jadual Kedua kepada Akta Tatacara Kewangan 1957
[Akta 61], bagi maksud kumpulan wang itu; dan
Pinjaman (Tempatan) 7
penebusan saham yang diterbitkan di bawah Akta ini, setakat yang ditentukan oleh Menteri.
Tanggungan wang pokok dan bunga
5. Wang pokok dan bunga yang dirupakan oleh saham yang diterbitkan di bawah Akta ini dipertanggungkan pada dan hendaklah kena dibayar daripada Kumpulan Wang Disatukan.
BAHAGIAN III
PERUNTUKAN YANG TERPAKAI BAGI TERBITAN DAN
PENDAFTARAN SAHAM
Penerbitan dan bentuk saham
6. (1) Saham yang diterbitkan di bawah Akta ini hendaklah diterbitkan bagi pihak Menteri oleh Bank, mengikut apa-apa terma yang diluluskan oleh Menteri, dan hendaklah disahkan sama ada oleh tandatangan Gabenor, atau oleh suatu faksimile tandatangan itu, atau mengikut apa-apa cara yang diluluskan oleh Gabenor.
(2)
Saham yang diterbitkan di bawah Akta ini hendaklah mengikut bentuk yang diluluskan oleh Gabenor dari semasa ke semasa.
Penolakan permohonan
7. Mana-mana permohonan untuk mengambil saham yang diterbitkan di bawah Akta ini boleh ditolak oleh Gabenor tanpa memberikan sebab.
Daftar Saham
8. (1)
Semua saham yang diterbitkan di bawah Akta ini hendaklah dicatatkan dalam suatu daftar yang hendaklah disimpan bagi maksud
8 Undang-Undang Malaysia AKTA 650
itu oleh Bank mengikut bentuk yang diluluskan dari semasa ke semasa oleh Gabenor.
Semua saham yang diterbitkan di bawah Akta ini, dan hak untuk menerima wang pokok dan bunga yang dirupakan olehnya, boleh dipindahkan melalui surat cara pemindahan yang didaftarkan oleh
Bank.
Tiada saham yang diterbitkan di bawah Akta ini boleh didaftarkan kecuali atas nama orang perseorangan atau suatu perbadanan.
Pembayaran bunga
9. (1) Bunga ke atas wang pokok yang dirupakan oleh saham yang diterbitkan di bawah Akta ini hendaklah dibayar setiap setengah tahun di pejabat Bank.
Menteri hendaklah, dalam setiap tempoh setengah tahun yang berakhir pada hari yang bunga ke atas saham yang diterbitkan di bawah
Akta ini kena dibayar, menguntukkan daripada Kumpulan Wang
Disatukan suatu jumlah wang yang sama banyak dengan bunga untuk setengah tahun ke atas keseluruhan saham yang diterbitkan sedemikian supaya bunga bagi setengah tahun itu boleh dibayar daripadanya.
Fi yang kena dibayar kepada Bank
10. Menteri boleh menetapkan apa-apa fi yang difikirkannya munasabah bagi pelaksanaan oleh Bank apa-apa kuasa atau tugas yang diberikan atau dikenakan di bawah Akta ini, dan fi yang ditetapkan itu dipertanggungkan pada dan diuntukkan daripada Kumpulan Wang
Disatukan.
Pinjaman (Tempatan) 9
BAHAGIAN IV
PERUNTUKAN YANG BERHUBUNGAN DENGAN PENEBUSAN
SAHAM
Penebusan saham
11.
Saham yang diterbitkan di bawah Akta ini boleh ditebus pada tara pada tarikh yang dinyatakan dalam prospektus, yang selepas tarikh itu semua bunga ke atas wang pokok yang dirupakan olehnya hendaklah terhenti dan tamat, sama ada pembayaran wang pokok itu dituntut atau tidak.
Pembayaran balik saham
12.
Pembayaran balik segala wang pokok yang dirupakan oleh saham yang diterbitkan di bawah Akta ini pada masa apabila wang pokok itu genap masa hendaklah dibuat oleh Menteri daripada
Kumpulan Wang Disatukan.
Penyerahan saham atas pembayaran balik
13.
Sebelum pembayaran balik wang pokok yang dirupakan oleh mana-mana saham yang diterbitkan di bawah Akta ini, saham itu hendaklah diserahkan kepada Bank bagi pembatalan.
BAHAGIAN V
AM
Penerimaan deposit pendahuluan
14. (1)
Pada menjangkakan memperdapat apa-apa pinjaman di bawah kuasa Akta ini Menteri boleh, jika difikirkannya patut, membenarkan penerimaan oleh Bank bagi pihak Persekutuan, deposit yang tidak melebihi amaun pinjaman itu.
10 Undang-Undang Malaysia AKTA 650
Deposit pendahuluan hendaklah digunakan untuk pembelian saham bagi pinjaman pertama yang dikeluarkan di bawah Akta ini selepas tarikh yang deposit itu diterima oleh Bank, melainkan jika seseorang pendeposit memberikan notis bertulis dalam masa tujuh hari selepas tarikh pengeluaran pinjaman itu bahawa dia mahukan deposit pendahuluan atau sebahagian daripadanya yang dibuat olehnya dibayar balik.
Apabila seseorang pendeposit memberikan notis bahawa dia mahukan kesemua atau sebahagian daripada deposit pendahuluan yang dibuat olehnya dibayar balik, deposit atau sebahagian daripadanya itu yang dibuat oleh pendeposit itu hendaklah dibayar balik dengan serta-merta, tetapi tiada bunga boleh kena dibayar ke atasnya.
Deposit pendahuluan yang digunakan untuk pembelian saham mengikut subseksyen (2) hendaklah membawa bunga pada kadar yang terpakai bagi saham itu yang dikira dari tarikh deposit itu diterima oleh
Bank, dan apa-apa bunga hendaklah dipertanggungkan pada
Kumpulan Wang Disatukan dan diuntukkan daripadanya.
Apa-apa kuasa untuk melabur yang diberikan kepada seseorang melalui apa-apa surat cara atau undang-undang bertulis hendaklah termasuk kuasa untuk membuat deposit pendahuluan mengikut seksyen ini.
11
Akta 650
SENARAI PINDAAN
Undang-undang yang meminda
Tajuk ringkas
Berkuat kuasa dari
Akta 31 tahun 1963
Akta
Pinjaman
(Deposit
Pendahuluan) 1963
12-09-1963
Akta 160
Akta Mata Wang Malaysia
(Ringgit) 1975
29-08-1975
12
Akta 650
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari
14
Akta
Pinjaman
(Deposit
Pendahuluan) 1963
12-09-1963