Seksyen 1
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Perkongsian 1961.
/akn/my/act/act/1961/135
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
AKTA PERKONGSIAN 1961 is Malaysia Act, cited as Act 135 1961, currently marked in force and first recorded in 1961.
Opening note
Bahagian I
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Perkongsian 1961.
Dalam Akta ini—
Tajuk ringkas.
"kebankrapan" ertinya—
Tafsiran.
menjadi perkara dalam suatu perintah penghukuman di bawah Akta Kebankrapan 1967;
membuat perkiraan untuk membayar kepada pemiutang amaun yang kurang daripada amaun sepenuhnya yang terhutang; atau
mati dalam keadaan tak solven;
“urusan” meliputi setiap tred, pekerjaan atau profesion.
Bahagian II
didaftarkan sebagai suatu syarikat di bawah Akta Syarikat 1965 atau sebagai suatu koperasi di bawah mana-mana undang-undang bertulis berhubungan dengan koperasi; atau
Perhubungan di antara anggota-anggota sesuatu syarikat atau persatuan yang—
mana-mana undang-undang lain yang berkuatkuasa di Malaysia atau manamana bahagiannya; atau
sesuatu surat kurnia, Piagam Diraja atau Akta Parlimen United Kingdom, bukanlah suatu perkongsian dalam erti Akta ini.
Untuk menentukan sama ada suatu perkongsian itu wujud atau tidak, perhatian hendaklah diberi kepada kaedah-kaedah berikut:
tenansi bersama, tenancy in common, harta bersama atau harta am atau kepunyaan separa tidak dengan sendirinya mewujudkan suatu perkongsian mengenai sesuatu yang dipegang atau dipunyai demikian, sama ada tenan atau pemunya menerima atau tidak menerima apaapa bahagian keuntungan yang diperolehi melalui penggunaannya;
pembahagian pulangan kasar tidak dengan sendirinya mewujudkan suatu perkongsian, sama ada orang-orang yang berkongsi pulangan sedemikian mempunyai atau tidak mempunyai hak atau kepentingan bersama atau am dalam sesuatu harta yang daripadanya atau daripada penggunaannya pulangan itu diperolehi;
penerimaan oleh seseorang suatu bahagian daripada keuntungan urusan adalah keterangan prima facie bahawa dia ialah
PERKONGSIAN seorang pekongsi dalam urusan itu, tetapi penerimaan bahagian sedemikian, atau suatu bayaran yang kontigen atas atau berubah mengikut keuntungan urusan itu, tidak dengan sendirinya membuatnya seorang pekongsi dalam urusan itu; dan khususnya—
penerimaan oleh seseorang suatu hutang atau lain-lain amaun tertentu jumlahnya, secara ansuran atau sebaliknya, daripada keuntungan yang terakru bagi suatu urusan tidak dengan sendirinya menjadikan dia seorang pekongsi dalam urusan itu atau bertanggungan sedemikian;
suatu kontrak bagi saraan seorang pengkhidmat atau ejen seorang yang menjalani suatu urusan dengan menerima suatu bahagian daripada keuntungan urusan itu tidak dengan sendirinya membuat pengkhidmat atau ejen itu seorang pekongsi dalam urusan itu atau bertanggungan sedemikian;
seseorang yang sebagai balu atau anak kepada pekongsi yang telah mati, dan menerima melalui anuiti umpukan daripada keuntungan yang diperolehi dalam urusan di mana si mati adalah seorang pekongsi, bukan, disebabkan hanya oleh penerimaan sedemikian, seorang pekongsi dalam urusan itu atau bertanggungan sedemikian;
pendahuluan wang secara pinjaman kepada seorang yang menjalani atau yang hampir menjalani sesuatu urusan atas suatu kontrak dengan orang itu bahawa pemberi pinjam hendaklah menerima suatu kadar bunga yang berubah mengikut keuntungan, atau hendaklah menerima suatu bahagian daripada keuntungan, yang berbangkit daripada menjalankan urusan itu, tidak dengan sendirinya membuat pemberi pinjam itu seorang pekongsi dengan orang atau orang-orang yang menjalankan urusan itu atau bertanggungan sedemikian:
Dengan syarat bahawa kontrak itu bertulis dan ditandatangani oleh atau bagi pihak semua pihak kepadanya; dan
seseorang yang menerima, melalui anuiti atau sebaliknya, umpukan daripada keuntungan urusan sebagai balasan kepada jualan olehnya namabaik urusan bukan, disebabkan hanya oleh penerimaan sedemikian, seorang pekongsi dalam urusan itu atau bertanggungan sedemikian.
Sekiranya berlaku kebankrapan seseorang yang kepadanya wang telah didahulukan melalui pinjaman atas suatu kontrak sebagaimana tersebut dalam seksyen 4 (c) (iv), atau kebankrapan seseorang pembeli namabaik sebagai balasan bagi suatu bahagian daripada keuntungan perniagaan itu, pemberi pinjaman itu tidak berhak mendapat balik apa-apa jua berkenaan dengan pinjamannya, dan penjual nama-baik itu tidak berhak mendapat balik apa-apa jua berkenaan dengan bahagian keuntungan yang dikontrakkan, sehingga tuntutan pemiutang-pemiutang lain bagi peminjam atau pembeli bagi balasan bernilai dalam bentuk wang atau nilaian wang telah diselesaikan.
Orang-orang yang telah mengikat perkongsian antara satu sama lain, bagi maksud Akta ini, adalah dipanggil secara kolektif sebagai suatu firma, dan nama di bawah mana perniagaan mereka dijalankan adalah dipanggil nama-firma.
Bahagian III
Tiap-tiap pekongsi adalah ejen firma dan pekongsi-pekongsinya yang lain bagi maksud urusan perkongsian itu; dan tindakan tiap-tiap pekongsi yang melakukan apa-apa tindakan bagi perjalanan biasa urusan daripada jenis yang dijalankan oleh firma itu yang mana dia adalah seorang anggota mengikat firma itu dan pekongsi-pekongsinya, melainkan pekongsi yang bertindak sedemikian sebenarnya tidak mempunyai kuasa untuk bertindak bagi firma itu dalam perkara tertentu itu, dan orang yang dengannya dia berurusniaga sama ada mengetahui bahawa dia tidak mempunyai kuasa atau tidak mengetahui atau mempercayainya sebagai seorang pekongsi.
Sesuatu tindakan atau suratcara berhubungan dengan urusan firma itu dan dilakukan atau disempurnakan atas nama firma itu, atau dengan cara yang lain yang menunjukkan niat untuk mengikat firma itu, oleh seseorang yang diberi kuasa, sama ada seorang pekongsi atau tidak, adalah mengikat firma itu dan semua pekongsinya:
Dengan syarat bahawa seksyen ini tidak menyentuh sesuatu kaedah am undang-undang berhubungan dengan penyempurnaan suratikatan atau suratcara bolehniaga.
Jika seorang pekongsi menyandarkan kredit firma itu bagi maksud yang pada zahirnya tidak berkaitan dengan perjalanan biasa urusan firma itu, firma tidak terikat, melainkan pekongsi itu sebenarnya diberi kuasa secara khusus oleh pekongsi-pekongsi lain; tetapi seksyen ini tidak menyentuh apa-apa liabiliti persendirian yang ditanggung oleh seorang pekongsi individu.
Jika telah ada persetujuan di antara pekongsi-pekongsi bahawa sesuatu sekatan hendaklah terletak pada kuasa seorang atau beberapa orang pekongsi untuk mengikat firma itu, tiada apa jua tindakan yang dilakukan berlanggaran dengan persetujuan itu boleh mengikat firma itu berkenaan dengan orang-orang yang mempunyai makluman mengenai persetujuan itu.
Tiap-tiap pekongsi suatu firma adalah bertanggungan bersesama dengan pekongsi-pekongsi lain bagi semua hutang dan obligasi firma itu yang ditanggung semasa ianya seorang pekongsi; dan selepas kematiannya harta pusakanya juga adalah bertanggungan berasingan dalam perjalanan wajar pentadbiran bagi hutang dan obligasi demikian, selagi ianya tidak dijelaskan tetapi tertakluk kepada pembayaran sebelumnya akan hutang berasingannya.
Jika, melalui sesuatu tindakan atau omitan yang salah seseorang pekongsi yang bertindak dalam perjalanan biasa urusan firma itu atau dengan kuasa pekongsi bersamanya, kerugian atau kecederaan berlaku ke atas mana-mana orang yang bukannya seorang pekongsi dalam firma itu, atau sesuatu penalti tertanggung, firma itu adalah bertanggungan baginya setakat yang sama dengan pekongsi yang telah bertindak atau ketinggalan bertindak demikian.
Dalam keadaan berikut, iaitu:
jika seorang pekongsi, yang bertindak dalam skop bidang kuasanya yang zahir, menerima wang atau harta orang ketiga dan menyalahgunakannya; dan
jika suatu firma dalam perjalanan urusannya menerima wang atau harta orang ketiga, dan wang atau harta yang diterima demikian disalahgunakan oleh seorang atau beberapa orang pekongsi semasa ianya berada dalam jagaan firma itu, firma itu adalah bertanggungan untuk mengganti kerugian itu.
Tiap-tiap pekongsi adalah bertanggungan bersesama dengan pekongsi bersamanya dan juga bertanggungan berasingan bagi segala yang mana firma itu bertanggungan di bawah seksyen 12 atau 13 semasa dia menjadi seorang pekongsi di dalamnya.
Jika seorang pekongsi, yang menjadi pemegang amanah, menggunakan secara tak wajar harta amanah dalam urusan atau atas akaun perkongsian, tiada manamana pekongsi lain akan bertanggungan bagi harta amanah itu kepada orang-orang yang mempunyai kepentingan benefisial di dalamnya:
Dengan syarat seperti berikut:
seksyen ini tidak akan menyentuh sesuatu liabiliti yang ditanggung oleh seseorang pekongsi oleh sebab dia mempunyai makluman mengenai pecah amanah; dan
tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh menghalang wang amanah daripada diikuti dan didapatkan dari firma itu, jika wang amanah masih berada di dalam milik atau di bawah kawalannya.
Tiap-tiap orang yang dengan kata-kata yang dilafazkan atau dituliskan atau dengan tingkah lakunya merepresenkan dirinya, atau yang dengan disedarinya membiarkan dirinya, direpresenkan, sebagai seorang pekongsi di dalam suatu firma tertentu adalah bertanggungan sebagai seorang pekongsi kepada sesiapa yang dengan mempercayai sesuatu representasi sedemikian telah memberi kredit kepada firma itu, sama ada representasi itu telah atau belum dibuat atau kepada orang yang memberi kredit demikian oleh atau dengan pengetahuan pekongsi yang zahir yang membuat akuan atau membiarkannya dibuat:
Dengan syarat bahawa jika, selepas kematian seorang pekongsi, urusan perkongsian itu diteruskan dalam nama-firma yang lama, penggunaan terus nama itu atau nama pekongsi yang telah mati sebagai sebahagian daripadanya tidak dengan sendirinya membuat harta atau benda wasi atau pentadbir bagi pekongsi yang telah mati bertanggungan bagi apa-apa hutang perkongsian yang dikontrakkan selepas kematiannya.
Pengakuan atau representasi yang dibuat oleh mana-mana pekongsi mengenai hal-ehwal perkongsiannya, dan dalam perjalanan biasa urusannya, adalah keterangan terhadap firma itu.
Notis kepada mana-mana pekongsi yang selalunya bertindak dalam urusan perkongsian bagi apa-apa perkara berhubungan dengan hal-ehwal perkongsian adalah notis kepada firma itu, kecuali dalam hal fraud ke atas firma yang dilakukan oleh atau dengan persetujuan pekongsi itu.
Seorang pekongsi yang bersara daripada suatu firma tidak oleh kerana itu terhenti daripada menanggung hutang atau obligasi perkongisan yang ditanggung sebelum dia bersara.
Seorang pekongsi yang bersara boleh dilepaskan daripada sesuatu tanggungan yang wujud dengan dibuat suatu perjanjian bagi maksud itu di antaranya dengan anggota-anggota firma itu yang baru ditubuhkan dan pemiutang-pemiutang, dan perjanjian ini hendaklah sama ada ternyata atau disimpulkan sebagai suatu fakta daripada perjalanan urusniaga di antara pemiutang dan firma itu yang baru ditubuhkan.
Suatu gerenti berterusan yang diberi sama ada kepada suatu firma atau kepada orang ketiga berkenaan dengan transaksi suatu firma adalah, dengan tidak adanya suatu perjanjian sebaliknya, terbatal bagi transaksi akan datang dengan apa-apa perubahan dalam keanggotaan firma itu yang kepadanya, atau mengenai firma yang berkenaan dengan transaksi yang mana, gerenti itu diberi.
Bahagian IV
Hak dan tugas bersama pekongsi, sama ada ditentukan oleh perjanjian atau ditafsirkan oleh Akta ini, boleh diubah dengan persetujuan semua pekongsi, dan persetujuan sedemikian boleh sama ada secara ternyata atau disimpulkan daripada sesuatu perjalanan urusniaga.
Jika tuan punya bersama bagi harta atau kepentingan dalam sesuatu tanah, yang bukan sendirinya harta perkongsian, adalah pekongsi-pekongsi bagi keuntungan yang diperolehi daripada penggunaan tanah itu, dan membeli tanah lain dari keuntungan yang digunakan dengan cara yang sama, tanah yang dibeli sedemikian adalah kepunyaan mereka, jika tidak ada apa-apa perjanjian sebaliknya, bukan sebagai pekongsi-pekongsi, tetapi sebagai tuan punya bersama masing-masingnya bagi harta dan kepentingan yang sama sebagaimana dipegang oleh mereka di d'alam tanah yang pertama kali disebutkan pada tarikh pembelian itu.
16
Harta yang dibeli dengan wang perkongsian.
AKTA 135
Melainkan jika ternyata niat sebaliknya, harta yang dibeli dengan wang kepunyaan firma adalah disifatkan telah dibeli untuk firma itu.
Menukar tanah yang dipegang sebagai harta perkongsian kepada harta personal.
Jika tanah atau sesuatu kepentingan di dalamnya telah menjadi harta perkongsian, ianya hendaklah, melainkan jika ternyata niat sebaliknya dianggapkan di antara pekongsi-pekongsi (termasuk wakil-wakil seorang pekongsi yang telah mati), dan juga di antara waris-waris pekongsi yang telah mati dan wasi-wasi atau pentadbir-pentadbirnya, sebagai harta personal dan bukan sebagai harta real.
Prosedur terhadap harta perkongsian bagi hutang penghakiman berasingan pekongsi.
Mahkamah boleh atas permohonan dengan saman oleh seseorang pemiutang penghakiman bagi seorang pekongsi, membuat suatu perintah mempertanggungkan kepentingan pekongsi itu di dalam harta dan keuntungan perkongsian dengan bayaran amaun hutang penghakiman dan bunga di atasnya, dan dengan perintah yang sama atau yang berikutnya, boleh melantik seorang penerima bagi bahagian keuntungan pekongsi itu (sama ada telah pun diisytiharkan atau masih terakru), dan bagi apa-apa wang lain yang akan diterimanya berkenaan dengan perkongsian itu, dan mengarahkan semua akaun dan siasatan, dan memberi semua perintah dan arahan lain, yang mungkin telah diarahkan atau diberikan jika gadaian itu telah dibuat bagi kemudahan pemiutang penghakiman oleh pekongsi itu, atau mengikut kehendak hal-keadaan
Pekongsi atau pekongsi-pekongsi lain adalah bebas pada bila-bila masa untuk menebus kepentingan yang digadaikan, atau, jika kepentingan itu diarahkan supaya dijual, untuk membeli kepentingan itu.
Kepentingan pekongsi-pekongsi dalam harta perkongsian, dan hak dan tugas mereka berhubungan dengan perkongsian itu, hendaklah ditentukan, tertakluk kepada apa-apa perjanjian, secara ternyata atau tersirat, di antara pekongsi-pekongsi itu, oleh kaedah-kaedah berikut:
semua pekongsi adalah berhak berkongsi secara sama rata modal dan keuntungan urusan itu, dan mestilah membuat caruman secara sama rata terhadap kerugian, sama ada kerugian modal atau sebaliknya, yang dialami oleh firma itu;
firma mestilah menanggung-rugi tiap-tiap pekongsi berkenaan dengan bayaran yang dibuat dan liabiliti yang ditanggung olehnya—
dalam perjalanan biasa dan wajar urusan firma itu; atau
dalam atau mengenai apa-apa yang perlu dilakukan bagi pemeliharaan urusan atau harta firma itu;
seseorang pekongsi yang membuat, bagi maksud perkongsian, apa-apa bayaran atau pendahuluan sebenar yang melebihi amaun modal yang dia telah bersetuju untuk menyumbang, adalah berhak kepada bunga atas kadar lapan peratus setahun dari tarikh bayaran atau pendahuluan itu;
seseorang pekongsi tidak berhak, sebelum keuntungan ditentukan, kepada bunga atas modal yang disumbangkan olehnya;
tiap-tiap pekongsi boleh mengambil bahagian dalam mengurus urusan perkongsian itu;
tiada seorang pun pekongsi boleh berhak menerima saraan kerana bertindak dalam urusan perkongsian itu;
tiada seorang pun boleh diterima sebagai seorang pekongsi tanpa persetujuan semua pekongsi yang ada;
sesuatu perbalahan yang timbul mengenai perkara-perkara biasa yang berkaitan dengan urusan perkongsian boleh diputuskan oleh majoriti pekongsi, tetapi tiada pertukaran boleh dibuat bagi jenis urusan perkongsian itu tanpa persetujuan semua pekongsi yang ada; dan
buku-buku perkongsian hendaklah disimpan di tempat urusan perkongsian (atau di tempat utama, jika ada lebih daripada satu tempat) dan tiap-tiap pekongsi, apabila difikirkannya patut, boleh ada akses kepada dan memeriksa dan menyalin mana-mana daripada buku-buku itu.
Majoriti daripada pekongsi tidak boleh memecat seseorang pekongsi melainkan suatu kuasa untuk berbuat demikian diberikan dengan persetujuan nyata di antara pekongsi-pekongsi itu.
Jika pada asalnya perkongsian itu telah ditubuhkan oleh dokumen bertulis, suatu notis bertulis, yang ditandatangani oleh pekongsi yang memberinya, adalah mencukupi bagi maksud ini.
Penerusan urusan oleh pekongsi-pekongsi atau beberapa daripada mereka yang selalunya bertindak semasa tempoh itu, tanpa sesuatu penyelesaian atau likuidasi hal-ehwal perkongsian, adalah dianggapkan sebagai suatu penerusan perkongsian itu.
Pekongsi adalah terikat untuk memberi akaun yang benar dan maklumat sepenuhnya mengenai semua perkara yang melibatkan perkongsian itu kepada manamana pekongsi atau wakilnya di sisi undang-undang.
Seksyen ini juga terpakai bagi transaksi yang dijalankan setelah perkongsian dibubarkan dengan kematian seorang pekongsi, dan sebelum hal-ehwal perkongsian digulungkan sepenuhnya, sama ada oleh seseorang pekongsi penekat atau oleh wakil-wakil pekongsi yang telah mati.
Jika seorang pekongsi, tanpa persetujuan pekongsi pekongsi lain, menjalankan sesuatu urusan yang sama jenisnya dan bertanding dengan urusan firma itu, dia mesti menjelaskan dan membayar kepada firma semua keuntungan yang diperolehinya dalam urusan itu.
Dalam hal suatu pembubaran perkongsian, sama ada berkenaan dengan semua pekongsi atau berkenaan dengan pekongsi yang menyerahhakkan, penerima penyerahhakan adalah berhak untuk menerima bahagian aset perkongsian yang mana pekongsi yang menyerahhakkan itu adalah berhak di antaranya dan pekongsi-pekongsi lain, dan, bagi maksud menentukan bahagian itu, dia berhak menerima akaun perkongsian dari tarikh pembubaran itu.
Bahagian V
jika dibuat bagi suatu duganiaga atau usaha, dengan berakhirnya duganiaga atau usaha itu; atau
jika dibuat bagi suatu masa yang tidak ditentukan, dengan seseorang pekongsi memberi notis kepada pekongsi atau pekongsi-pekongsi lain mengenai niatnya untuk membubarkan perkongsian itu.
Dalam hal yang terakhir disebut perkongsian itu terbubar mulai dari tarikh yang disebutkan di dalam notis itu sebagai tarikh pembubaran, atau jika tiada tarikh disebutkan, dari tarikh penyampaian notis itu.
Sesuatu perkongsian, atas opsyen pekongsi-pekongsi lain, boleh dibubarkan jika seseorang pekongsi itu membiarkan bahagian harta perkongsiannya digadaikan di bawah Akta ini bagi hutangnya yang berasingan.
Suatu perkongsian adalah dalam tiap-tiap hal terbubar dengan berlakunya suatu kejadian yang menyebabkannya menyalahi undang-undang bagi urusan firma itu dijalankan atau bagi anggota-anggota firma itu menjalankannya dalam perkongsian.
Atas permohonan oleh seorang pekongsi, mahkamah boleh mendekrikan pembubaran perkongsian dalam hal berikut:
apabila seorang pekongsi didapati gila atau dipernampakkan, dengan memuaskan hati mahkamah, sebagai tak sempurna akal secara kekal, dalam kedua-dua keadaan permohonan boleh juga dibuat bagi pihak pekongsi itu oleh komitinya, atau sahabat wakil, atau orang yang mempunyai hak untuk campur tangan sebagaimana seseorang pekongsi yang lain;
apabila seorang pekongsi, selain daripada pekongsi yang mendakwa, menjadi dengan sesuatu cara yang lain tak upaya secara kekal untuk melaksanakan bahagiannya bagi kontrak perkongsian;
apabila seorang pekongsi, selain daripada pekongsi yang mendakwa, telah bersalah atas kelakuan, yang pada pendapat mahkamah, setelah perhatian diberi kepada jenis urusan itu, boleh dikira akan menjejaskan perjalanan urusan itu;
apabila seorang pekongsi, selain daripada pekongsi yang mendakwa, dengan sengaja atau dengan kerap mungkir perjanjian perkongsian atau sebaliknya bertindak sedemikian dalam perkara yang berhubungan dengan urusan perkongsian hingga tidak semunasabahnya praktik bagi pekongsi atau pekongsi-pekongsi lain menjalankan urusan perkongsian dengannya;
pada bila-bila masa dalam sesuatu hal-keadaan timbul yang, pada pendapat mahkamah, menyebabkannya adil dan saksama supaya perkongsian itu dibubarkan.
Suatu iklan dalam Warta Persekutuan mengenai suatu firma yang tempat utama urusannya adalah di Malaysia Barat, dalam Warta Sabah mengenai suatu firma yang tempat utama urusannya adalah di Sabah, dan dalam Warta Sarawak mengenai suatu firma yang tempat utama urusannya adalah di Sarawak, adalah notis bagi orang-orang yang tidak ada urusan dengan firma itu sebelum tarikh pembubaran atau pertukaran yang diiklankan demikian.
Estet seorang pekongsi yang mati atau yang menjadi bankrap, atau seorang pekongsi yang, dengan tidak diketahui oleh orang yang berurusniaga dengan firma itu sebagai seorang pekongsi, bersara dari firma itu, tidak bertanggungan masing-masingnya bagi hutang perkongsian yang dikontrakkan selepas tarikh kematian, kebankrapan atau persaraan itu.
Atas pembubaran suatu perkongsian atau persaraan seorang pekongsi, mana-mana pekongsi boleh memberitahu kepada awam mengenai pembubaran atau persaraan itu, dan boleh menghendaki pekongsi atau pekongsi-pekongsi yang lain untuk bersetuju bagi maksud itu dalam segala tindakan yang perlu atau wajar, jika ada, yang tidak boleh dijalankan tanpa persetujuannya atau persetujuan mereka.
Selepas pembubaran suatu perkongsian, kuasa tiaptiap pekongsi untuk mengikat firma itu, dan hak dan obligasi lain pekongsi itu, adalah berterusan, walaupun pembubaran itu, sejauh mana yang perlu bagi menggulung hal-ehwal perkongsian itu, dan untuk
PERKONGSIAN menyempurnakan transaksi yang telah dimulakan tetapi belum diselesaikan pada masa pembubaran itu, tetapi tidak sebaliknya:
Dengan syarat bahawa firma itu dalam apa-apa hal pun tidak terekat dengan tindakan seorang pekongsi yang telah menjadi bankrap; tetapi proviso ini tidak menyentuh liabiliti seseorang yang telah, setelah kebankrapan itu, merepresenkan dirinya atau dengan diketahuinya membiarkan dirinya direpresenkan sebagai seorang pekongsi orang bankrap.
Atas pembubaran suatu perkongsian, tiap-tiap pekongsi adalah berhak, terhadap pekongsi-pekongsi lain di dalam firma itu dan semua orang yang menuntut melalui mereka berkenaan dengan kepentingan mereka sebagai pekongsi, supaya harta perkongsian itu digunakan bagi membayar hutang dan liabiliti firma itu, dan supaya aset lebihan selepas pembayaran sedemikian digunakan bagi membayar apa-apa yang kena dibayar masing-masingnya kepada pekongsi-pekongsi, setelah menolak apa yang kena dibayar oleh pekongsi-pekongsi itu kepada firma; dan bagi maksud itu seseorang pekongsi atau wakilnya, atas penamatan perkongsian itu, boleh memohon kepada mahkamah untuk menggulung urusan dan hal-ehwal firma itu.
Jika seorang pekongsi telah membayar premium kepada pekongsi lain apabila memasuki suatu perkongsian bagi suatu tempoh tetap, dan perkongsian itu dibubarkan sebelum tamat tempoh itu selain daripada dengan kematian seorang pekongsi, mahkamah boleh memerintahkan pembayaran balik premium itu, atau sebahagian darinya sebagaimana difikirkan adil, setelah memberi perhatian kepada terma-terma kontrak pekongsian dan kepada jangka masa dalam mana perkongsian itu telah berterusan; melainkan—
pembubaran itu, mengikut penghakiman mahkamah, adalah seluruhnya atau sebahagian besarnya disebabkan oleh salah laku pekongsi yang membayar premium itu, atau
perkongsian itu telah dibubarkan dengan suatu perjanjian yang tidak mengandungi peruntukan mengenai pemulangan apa-apa bahagian premium itu.
Jika sesuatu kontrak perkongsian dibatalkan atas alasan fraud atau salah nyataan salah satu pihak daripadanya, pihak yang berhak membatalkan kontrak perkongsian itu adalah berhak, tanpa menjejaskan mana-mana hak lain—
kepada lien ke atas, atau hak menyimpan, aset lebihan perkongsian, setelah menyelesaikan liabiliti perkongsian bagi sesuatu jumlah wang yang dibayar olehnya bagi membeli suatu bahagian dalam perkongsian itu dan bagi apaapa modal yang dicarumkan olehnya; dan hendaklah
mengambil tempat pemiutang-pemiutang firma bagi apa-apa bayaran yang dibuat olehnya berkenaan dengan liabiliti perkongsian; dan
ditanggung-rugi oleh orang yang bersalah kerana fraud atau yang membuat salah nyataan terhadap segala hutang dan liabiliti firma itu.
Jika mana-mana anggota suatu firma telah mati atau sebaliknya terhenti daripada menjadi seorang pekongsi, dan pekongsi-pekongsi yang menakat atau yang berterusan, menjalankan urusan firma itu dengan modal atau aset tanpa apa-apa penyelesaian muktamad akan akaun di antara firma dan pekongsi yang keluar atau harta pusakanya, maka, dengan tidak adanya suatu perjanjian sebaliknya, pekongsi yang keluar atau harta pusakanya adalah berhak, atas opsyennya sendiri atau wakilnya, kepada apa-apa bahagian keuntungan sedemikian yang diperolehi semenjak pembubaran sebagaimana mahkamah dapati disebabkan oleh penggunaan bahagiannya dalam aset perkongsian, atau kepada bunga atas kadar lapan peratus setahun atas amaun bahagiannya dalam aset perkongsian:
Dengan syarat bahawa jika, melalui kontrak perkongsian, suatu opsyen diberi kepada pekongsipekongsi yang menakat atau yang berterusan untuk
PERKONGSIAN membeli kepentingan seseorang pekongsi yang telah mati atau keluar, dan opsyen digunakan dengan sewajarnya, harta pusaka pekongsi yang telah mati atau pekongsi yang telah keluar atau harta pusakanya mengikut mana yang berkenaan, tidak berhak kepada apa-apa keuntungan selanjutnya atau keuntungan lain; tetapi jika seseorang pekongsi yang bertindak dengan menggunakan opsyen itu tidak dalam segala aspek yang material mematuhi terma-terma opsyen itu, dia adalah bertanggungan untuk menjelaskan di bawah peruntukan terdahulu seksyen ini.
Tertakluk kepada apa-apa perjanjian di antara pekongsi-pekongsi, amaun yang kena dibayar oleh pekongsi yang menakat atau yang berterusan kepada seorang pekongsi yang keluar atau kepada wakil-wakil pekongsi yang telah mati berkenaan dengan bahagian pekongsi yang keluar atau telah mati adalah suatu hutang yang terakru pada tarikh pembubaran atau kematian itu.
Dalam menyelesaikan akaun-akaun di antara pekongsi-pekongsi selepas pembubaran perkongsian, kaedah-kaedah berikut hendaklah, tertakluk kepada apa-apa perjanjian, dipatuhi:
kerugian, termasuk kerugian dan kekurangan modal, hendaklah terlebih dahulu dibayar daripada keuntungan, kemudian daripada modal dan akhirnya, jika perlu, oleh pekongsipekongsi secara individu mengikut kadar yang mereka berhak berkongsi keuntungan; dan
aset firma itu, termasuk jumlah, jika ada yang dicarumkan oleh pekongsi untuk menggantikan kerugian atau kekurangan modal, hendaklah digunakan dengan cara dan susunan berikut:
bagi membayar hutang dan liabiliti firma itu kepada orang-orang yang bukan pekongsi di dalamnya;
bagi membayar kepada setiap pekongsi menurut kadar apa yang kena dibayar oleh firma kepadanya bagi pendahuluan dengan dibezakan daripada modal;
bagi membayar setiap pekongsi menurut kadar apa yang kena dibayar oleh firma kepadanya berkenaan dengan modal; dan
residu terakhir, jika ada, hendaklah dibahagikan di antara pekongsi-pekongsi mengikut kadar yang keuntungan boleh dibahagikan.
Kecualian.
Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh dibaca sebagai membenarkan sesuatu pertubuhan mengandungi lebih daripada dua puluh orang dibentuk atau menjalankan sesuatu urusan yang berlawanan dengan seksyen 14 (3) (b) Akta Syarikat 1965.
nobled lanyy goino-geio absqed art
Akta 135
AKTA PERKONGSIAN 1961
(Disemak—1974)
Butir-butir di bawah seksyen 7 (ii) dan (iii) Akta Penyemakan Undang-undang 1968 (Akta 1)
SENARAI PINDAAN
Undang-undang yang meminda
Tajuk ringkas
Berkuatkuasa dari
129/63 ... Perintah dalam Majlis 16-9-1963 Mesyuarat Sabah, Sarawak dan Singapura (Perlembagaan Negeri) 1963
P.U.P.458/64 Perintah Ubahsuaian Undang-undang (Perkongsian) (Sabah) 1964 24-12-1964
Akta A240 ... Akta Perkongsian (Pindaan) 1-7-1974 1974
SENARAI UNDANG-UNDANG ATAU BAHAGIANBAHAGIANNYA YANG DIGANTI
No.
Ord. Sabah 1 Tahun 1961
Tajuk Ordinan Perkongsian 1961