Malaysia legislation
Section 16
Seksyen 16
(2)
Majlis boleh melantik mana-mana orang untuk menjadi anggota mana-mana jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1).
(3)
Majlis hendaklah melantik pengerusi jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah seksyen ini.
(4)
Jawatankuasa hendaklah tertakluk kepada dan bertindak mengikut apa-apa arahan yang diberikan oleh Majlis.
(5)
Jawatankuasa hendaklah bermesyuarat seberapa kerap yang perlu pada bila-bila masa dan di tempat yang ditentukan oleh pengerusi jawatankuasa itu.
(6)
Jawatankuasa boleh mengawal selia tatacaranya sendiri.
(7)
Jawatankuasa boleh mengundang mana-mana orang lain untuk menghadiri mana-mana mesyuarat jawatankuasa bagi maksud menasihati jawatankuasa tentang apa-apa perkara yang dibincangkan, tetapi orang yang hadir sedemikian tidak berhak untuk mengundi pada mesyuarat itu.
(8)
Anggota jawatankuasa atau mana-mana orang yang diundang di bawah subseksyen (7) untuk menghadiri mana-mana mesyuarat jawatankuasa boleh dibayar apa-apa elaun yang ditentukan oleh
Majlis.
(9)
Semua keputusan yang dibuat oleh jawatankuasa hendaklah dibentangkan semasa mesyuarat Majlis.
(10)
Jawatankuasa hendaklah menyebabkan supaya minit semua mesyuaratnya disenggarakan dan disimpan dalam bentuk yang
Agensi Inovasi Malaysia 17
sepatutnya, dan salinan minit itu hendaklah dikemukakan oleh jawatankuasa kepada Majlis secepat yang dapat dilaksanakan.
Pengosongan jawatan anggota jawatankuasa