Malaysia legislation
Section 17
Seksyen 17
(a)
dia mati;
(b)
telah dibuktikan terhadapnya, atau dia telah disabitkan atas, suatu pertuduhan berkenaan dengan—
(i)
suatu kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak;
(ii)
suatu kesalahan di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan rasuah; atau
(iii)
apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan (sama ada pemenjaraan sahaja atau sebagai tambahan kepada atau sebagai ganti denda) selama tempoh yang melebihi dua tahun;
(c)
dia menjadi bankrap;
(d)
dia tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya menunaikan kewajipannya;
(e)
dia tidak menghadiri mesyuarat jawatankuasa tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran Majlis;
(f)
peletakan jawatannya diterima oleh Majlis; atau
(g)
pelantikannya dibatalkan oleh Majlis.
(2)
Jika seseorang anggota jawatankuasa terhenti menjadi anggota,
Majlis boleh melantik seorang lain untuk mengisi kekosongan itu
18 Undang-Undang Malaysia AKTA 718
bagi baki tempoh yang anggota yang mengosongkan jawatan itu dilantik.
Penzahiran kepentingan