Malaysia legislation
Section 22
Seksyen 22
(2)
Kumpulan Wang Operasi hendaklah terdiri daripada yang berikut:
(a)
wang yang diterima oleh Agensi dalam melaksanakan fungsinya di bawah Akta ini;
(b)
apa-apa jumlah wang yang diperuntukkan dari semasa ke semasa bagi maksud Akta ini oleh Parlimen;
(c)
wang yang diperoleh daripada pengendalian apa-apa projek atau aktiviti yang dibiayai daripada Kumpulan
Wang;
(d)
jumlah wang yang dipinjam oleh Agensi bagi maksud memenuhi mana-mana obligasinya atau menunaikan mana-mana kewajipannya; dan
(e)
semua jumlah wang atau harta lain yang boleh mengikut apa-apa cara menjadi kena dibayar kepada atau terletak hak pada Agensi berkenaan dengan apa-apa perkara yang bersampingan dengan fungsi, kuasa dan kewajipannya.
(3)
Kumpulan Wang Operasi hendaklah dibelanjakan bagi maksud yang berikut:
(a)
pembayaran apa-apa belanja, kos atau perbelanjaan operasi yang dilakukan atau disetujui terima dengan sah oleh Agensi dalam melaksanakan fungsinya atau menjalankan kuasanya di bawah Akta ini;
(b)
apa-apa pembelian yang dibuat oleh Agensi;
(c)
pembayaran saraan, elaun, faedah, pembayaran balik dan perbelanjaan pegawai dan pekerja Agensi dan anggota
Majlis atau jawatankuasa;
(d)
pembayaran balik apa-apa wang yang dipinjam di bawah
Akta ini dan bunga yang kena dibayar baginya;
(e)
pembayaran sumbangan dan derma bagi maksud tanggungjawab sosial korporat.
Agensi Inovasi Malaysia 23
(4)
Walau apa pun perenggan (2)(c), wang yang disebut dalam perenggan itu yang melebihi keperluan kewangan Agensi dalam pelaksanaan fungsinya boleh dibayar ke dalam Kumpulan Wang
Disatukan Persekutuan.
Kumpulan Wang Inovasi