Malaysia legislation

Section 21

of *AKTA AGENSI INOVASI MALAYSIA 2010

Seksyen 21

(2)

Agensi boleh membuat apa-apa peraturan untuk membuat peruntukan mengenai kelakuan dan tatatertib pegawai dan pekerjanya.

(3)

Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini boleh termasuk—

Agensi Inovasi Malaysia 21

(a)

peruntukan bagi penubuhan jawatankuasa tatatertib yang sewajarnya dan tatacara yang perlu dipatuhi;

(b)

peruntukan bagi penubuhan jawatankuasa rayuan tatatertib untuk mendengar rayuan terhadap keputusan jawatankuasa tatatertib dan tatacara yang perlu dipatuhi;

dan

(c)

peruntukan bagi—

(i)

penahanan kerja dengan pengurangan gaji atau saraan lain; atau

(ii)

penggantungan kerja tanpa gaji atau saraan lain, seseorang pegawai atau pekerja Agensi sementara menunggu prosiding tatatertib selesai.

(4)

Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini boleh mewujudkan apa-apa kesalahan tatatertib dan mengadakan peruntukan mengenai apa-apa hukuman tatatertib yang difikirkan sesuai oleh Agensi, dan hukuman yang diperuntukkan sedemikian boleh meliputi buang kerja atau penurunan pangkat.

(5)

Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini hendaklah, dalam menetapkan tatacara untuk prosiding tatatertib, memberi peluang kepada pegawai atau pekerja Agensi yang prosiding tatatertib diambil terhadapnya untuk membuat representasi sebelum suatu keputusan dibuat oleh jawatankuasa tatatertib mengenai pertuduhan tatatertib yang dibuat terhadap orang itu.

Section 21 — AKTA AGENSI INOVASI MALAYSIA 2010 | mylaw.my