Malaysia legislation
Section 42
Seksyen 42
Kesalahan kerana memberikan maklumat palsu atau mengelirukan
Seseorang yang memberikan, atau menyebabkan mana-mana orang memberikan, maklumat kepada Agensi yang diketahuinya atau yang dia mempunyai sebab untuk mempercayai adalah palsu atau mengelirukan, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.