Malaysia legislation
Section 43
Seksyen 43
Kesalahan bagi pengubahsuaian maklumat atau dokumen tanpa kebenaran
(2)
Bagi maksud seksyen ini—
(a)
adalah tidak material bahawa perbuatan yang berkenaan tidak ditujukan kepada—
(i)
apa-apa maklumat, statistik atau data yang tertentu;
(ii)
apa-apa jenis maklumat, statistik atau data; atau
(iii)
apa-apa maklumat, statistik atau data yang disimpan di mana-mana lokasi tertentu;
Agensi Inovasi Malaysia 33
(b)
adalah tidak material sama ada sesuatu pengubahsuaian tanpa kebenaran menjadi, atau diniatkan menjadi, kekal atau hanya sementara;
(c)
sesuatu pengubahsuaian apa-apa maklumat, statistik atau data berlaku jika—
(i)
maklumat, statistik atau data itu diubah atau dipadamkan;
(ii)
apa-apa maklumat, statistik atau data baru dimasukkan atau ditambahkan kepada maklumat, statistik atau data itu; atau
(iii)
apa-apa kejadian berlaku yang mengurangkan keupayaan Agensi untuk mendapatkan akses kepada maklumat, statistik atau data itu, dan termasuk apa-apa perbuatan yang menyumbang kepada berlakunya pengubahsuaian itu.
(3)
Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen ini boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
Kesahan perbuatan dan prosiding